19 Disember 2009

Adakah haid jika keluar sekejap tidak sampai sehari semalam?


Pernah aku terdengar persoalan ini timbul dan bagaimana aku nak jawab persoalan ini. Semua ini memerlukan penelitian dan kefahaman yang baik dalam isu ini. Aku bukan lah orang yang arif dalam bidang ini apatah lagi memberi hukum terhadap sesuatu isu…
Dulu, pernah ustazah kat sekolah aku sebut…jika seseorang wanita melihat pada seluarnya darah setitik atau darah berwarna coklat, perlu baginya menunggu sehari semalam. Jika darah tidak keluar lagi, ia tidak dianggap darah haid. Jika darah keluar lagi dalam tempoh sehari semalam itu, maka ia dikira haid. Ini adalah tempoh paling minima. Pelbagai jawapan yang keluar dari ustaz atau ustazah menyebabkan kita bingung dan serba salah.
Kemudian aku merujuk kepada Kitab Ihathah yang  ditulis oleh ulama’ Indonesia, Syeikh Nuruddin Marbu  Banjar Al-Makki. Halaman 18, terbitan Darul Aman-Hussein-Qaherah,Mesir. Menurut apa yang ditulis dalam kitabnya (menurut terjemahan aku yang tak pandai ni):
Persepakatan semua orang muslim, 3 jenis darah yang keluar dari faraj wanita
1.       Darah haid : darah yang keluar dari faraj wanita dalam keadaan sihat tubuh badannya
2.       Darah Nifas: darah yang keluar sebaik sahaja melahirkan anak (wiladah)
3.       Darah Istihadhah:  darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas tapi sebab sakit
Kembali kepada persoalan ‘Adakah haid jika keluar sekejap tidak sampai sehari semalam?
Menurut kitab ini lagi:
Kadar haid
1)      Pendapat Asyafieyyah dan al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira haid.
2)      Al- Malikiyyah: cukup sekejap sahaja dah dikira haid
3)      Yang masyhur dari kalangan ulama’ Hanafiah: 3 hari 3 malam paling sedikit.
Bila seorang perempuan mengadu darahnya keluar sehari semalam, adakah ia dikira haid atau tidak? Jawab Ibn Hajar Al-Haithami ia tidak dikira haid berbeza dengan Imam Ramly dan ia mensyaratkan haid paling sedikit adalah wujudnya darah bila kita letak kapas pada tempat keluarnya darah.
Untuk lebih berhati-hati…aku cadangkan kalau dah tahu semasa keluar darah itu dalam tempoh haid, ia dikira haid. Kalau puasa pada hari itu, ganti lah pada hari lainnya. Jika dalam tempoh sehari semalam itu tidak keluar darah lagi, perlu mandi wajib dan solat seperti biasa.
Wallahua’lam…



Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...