29 Ogos 2010

Banner Baru.

Bosan. Tak tau nak buat apa. Pas2 aku tengok photoshop CS5 ni. Lama aku tak test. Buat banner blog.

Lepas tu aku ambil gambar guna power point 2010 atau Words 2010. 

Best jugak guna perisian baru ni.

Layannnnn.




Versi panas lagi. Animasi pun best.


Mungkin screenshot penambahan yang boleh aku nampak setakat ni ^_^

Lagipun kamera aku tak ada.

Kongsi ilmu bulan puasa ni.

Bukan nak promote yea

25 Ogos 2010

Minuman ringan beralkohol



MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.




GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.
Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

23 Ogos 2010

Kaabah Kota Ajaib.

Semua ni aku 'petik' dalam majalah al-Islam keluaran terbaru ( Ogos 2010)

Ini gambar Kawasan Kaabah yang bercahaya dalam google maps.

Kenapa Mekah jadi kiblat

1. Pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan.

Contoh: stesen televisyen berbayar seperti astro. Astro pasti ada piring para bola untuk terima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk dapatkan siaran yang jelas, piring itu mesti dihalakan ke arah kiblat atau ka'bah. Kalau tak percaya cuba perhatikan piring tu menghala ke mana?

2. Mekah adalah pusat bumi.

Buktinya sudah ditemui kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Dalam satu temubual di stesen TV Al-Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Ia dibuktikan secra saintifik semasa Neil Armstong dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan oleh bumi. Radiasi dalam gelombang pendek. Pasukannya rasa pelik dan cuba kaji dan buat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secra tepat dari Kaabah.

Kata Dr  Abd Al-Baset:" Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Neil Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. radiasi itu mempunyai sifat istimewa dan yang paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaqabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat,"

"Bayangkan anda berada di Kutub Utara dan saya berada di Kutub Selatan, di tengah-tengKalau hendak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati, jarum kompas itu tidak bergerak. Ini menunjukkan Kaabah adalah zon magnetisme saifar. Tarikan untuk kedua-dua medan adalah sama kuat."

Ia juga memberi kesan kepada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itu orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan ini memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.

Sudah jelas bahawa Mekah adalah tempat paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itu air zam zam tidak akan kering dan akan sentiasa membuak-buak keluar. Kalau ikut saiz memang tak masuk akal sebab boleh membekalkan air kepada berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji sepanjang tahun. Hanya tekanan graviti tinggi dan kuat sahaja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

Kerana itu dalam Islam, banyak perkara kita perlu mengadap kiblat. Contohnya sembelih haiwan ternakan, mengebumikan jenazah dan banyak lagi. Hanya satu yang tidak boleh mengadap kiblat. Tandas atau membuang air besar atau kecil.


Sebab apa kita disunatkan sembelih mengadap kiblat?

Menurut kajian yang telah dijalankan, darah yangbkeluar akan membawa toksid, racun dan kolestrol. Hasilnya daging akan manis dan sihat. Berbeza dengan penyembelihan yang tidak mengambil kira arah kiblat. Dagingnya lebam dan tidak sedap.

19 Ogos 2010

Video penyumbang zina berleluasa!


60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah


BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.


KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.
“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

18 Ogos 2010

Perang Badar, Perang Penentuan.



Aku ceritakan kisah yang tiada aib di dalamnya


Dengan jujur dan tidak berbohong


Kisah tentang apa yang diperbuat Allah untuk kita


Terhadap orang musyrikin di Badar pada pagi hari


Kita hadapi mereka


Seperti singa-singa belantara yang masih muda


Di hadapan nabi Muhammad


Mereka mendukung beliau


Dalam menghadapi musuh di medan perang


Mereka memegang senjata tajam


Bani Aus yang dermawan didukung Bani Najjar


Yang kuat agamanya


Kita tinggalkan Abu Jahal yang tewas


Kita tinggalkan Uthbah  di antara tanah dan batu


Kita tinggalkan Syaibah bersama orang dungu


Jika nasab mereka disebutkan ahli nasab


Ketika kita lemparkan mereka ke dalam lubang


Rasulullah berseru kepada mereka 


Bukankah kalian sekarang mengetahui


Bahawa perkataanku adalah benar


Dan perintah Allah itu masuk ke dalam hati


Mereka tidak dapat berbicara


Seandainya mereka dapat bicara, mereka akan berkata


Ya engkau benar dan engkau mempunyai pendapat yang benar...


Hassan bin Thabit menulis sebuah puisi selepas berakhirnya Perang Badar.

**************
Perang Badar adalah peperangan pertama yang pernah dilalui oleh umat Islam. Apatah lagi, ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada masa ini , umat Islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa di siang hari dan pada masa yang sama diuji berperang bersama Rasulullah.

313 orang yang mendaftarkan diri, 8 orang dibenarkan tidak turut serta atas sebab-sebab tertentu. Uthman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Zaid, Abu Lubababah bin Abdul Munzir, Asim bin Adiyy al-Ajalani, Al-Harith bin Hatib al-Amri, Al-Harith bin as-Shimmah dan Khawwat bin Jubair. Yang berperang cuma 305 orang dan 70 ekor unta sahaja. Tetapi mereka semua mendapat ganjaran pahala sebagaimana  orang yang berperang  dalam Perang Badar.

**************
8 Ramadhan tahun 2 Hijrah


Malam semakin larut, suasana sepi. Dalam kegelapan malam itu, dua lembaga manusia berjalan pantas. Kemudian kedua-duanya berpecah. Seorang menuju ke rumah Zubair bin Awwam dan seorang lagi menuju ke rumah Miqdad bin Aswad al-Kindy. Kedatangan lelaki itu disambut tuan rumah yang sedang menunggu kedatangan mereka.

"Selamat datang wahai sahabatku, Thalhah. Ada sesiapa yang mengekori perjalanan kamu ke sini?" tanya Zubair.

"Saya pasti tidak siapa yang tahu kecuali Allah dan RasulNya," jawab Thalhah.

"Mari ikut saya," kata Zubair.

Thalhah mengekorinya dari belakang. Mereka menuju ke belakang rumah Zubair. Di sana terdapat seekor kuda.

"Saya serahkan kuda ini kepada awak. Gunakan sebaiknya bagi menjalankan tugas yang diberikan oleh Rasulullah. Saya bekalkan juga buah kurma dan air minuman," kata Zubair bin Awwam.

"Terima kasih. Doakan perjalanan saya selamat. Semoga kita bertemu lagi," kata Thalhah pula. Kedua-duanya berpelukan sebelum berpisah.

Miqdad bin Aswad al-Kindy juga menunggu kedatangan sahabatnya Sa'id bin Zaid. Dia juga menyerahkan kudanya kepada lelaki itu sambil mendoakannya supaya selamat menjalankan tugas.

Sebelum itu Nabi Muhammad memerintahkan Thalhah bin Ubaidillah dan Sa'id bin Zaid pergi ke utara bagi mendapatkan maklumat tentang kafilah Quraisy yang dipimpin Abu Sufian bin Harb yang dapat meloloskan diri diri ke Syam (dengan bantuan Abdullah bin Ubai, Orang Yahudi yang memeluk Islam. Berpura-pura taat dan salah seorang golongan munafik).

Oleh kerana kafilah dagang Quraisy itu besar dan ramai, maka Nabi Muhammad mengambil perhatian yang serius. Baginda memerintahkan Thalhah dan Sa'id  bagi mendapatkan maklumat berkenaannya dan segera melaporkan kepadanya. Perjalanan itu jauh dan mereka perlu bergerak pantas yang memerlukan kuda sebagai tunggangan. Di kalangan pengikut Rasulullah di Madinah cuma dua orang sahaja yang memiliki kuda iaitu Zubair dan Miqdad. Thalhah meminjamkan kuda Zubair dan Sa'id meminjamkan kuda Miqdad.

Kedua-duanya keluar dari Madinah pada waktu malam supaya tidak dilihat oleh Abdullah bin Ubai dan konco-konconya. Mereka memecut kuda dengan laju meredah padang pasir yang samar-samar diterangi oleh bulan sabit. Menjelang pagi mereka sampai ke suatu tempat bernama al-Haura. Thalhah dan Sa'id menyamar sebagai pengembara.

Al-Haura terletak di tengah perjalanan antara Mekah dan Syam. Tempat ini dijadikan persinggahan pedagang atau pengembara dari Syam atau Mekah. Penduduknya terdiri dari bangsa Yahudi, Habsyah, Yaman, dan Arab. Selepas berada di Al-Haura selama 3 hari, kabilah dagang Quraisy yang dalam perjalanan pulang ke Mekah singgah di situ bagi mengisi air dan bekalan makanan.

"Kami pengembara dari Khurasan. Bolehkah kami menumpang kafilah tuan untuk ke Mekah?" tanya Sa'id kepada Abu sufian. Abu Sufian tidak mengenali mereka kerana Thalhah dan Sa'id penduduk Madinah. Kedua-duanya menyamar sebagai pengembara dari Khurasan.

"Mahukah kalian berdua bekerja dengan saya," tanya Abu Sufian pula.

"Kerja apa?" tanya Thalhah pula.

"Saya memerlukan ramai pengawal bagi menjaga keselamatan kafilah dagang ini. sekiranya kamu mahu, kamu boleh menjadi pengawal kami," jawab Abu Sufian.

Menurut Abu Sufian, dia sudah mengupah 40 orang lelaki dari Syam bagi menjaga keselamatan kafailah dagang itu. tetapi daia memerlukan lebih ramai lagi pengawal.

"Kami sering diancam perompak dari Madinah. Kami memerlukan ramai pengawal," beritahu Abu Sufian.

"Kebetulan kami memerlukan duit bagi perbelanjaan kami ke Mekah nanti. Dengan itu kami terima tawaran tuan," kata Thalhah.

"Bagi memudahkan tugas kami, boleh beritahu apakah barang-barang yang dibawa oleh kafilah ini?" tanya Sa'id pula.

"Kami membawa seribu ekor unta yang sarat membawa makanan dan senjata untuk penduduk Mekah. Kami juga membawa 5000 keping dinar emas, tetapi kami tidak akan memberitahu kamu unta mana yang membawanya," jawab Abu Sufian.

"Tuan membeli banyak senjata dari Syam bagi dibawa ke Mekah. Apa tujuannya?" tanya Thalhah pula.

"Kami hendak berperang dengan penduduk Madinah kerana mereka melantik Muhammad sebagai pemimpin mereka. Kami memusuhi Muhammad sejak dia berada di Mekah," jawab Abu Sufian.

"Boleh kami tahu upah yang ditawarkan kepada kami bagi menjadi pengawal kafilah ini?" tanya Sa'id pula.

"Sepuluh dirham sehari," jawab Abu Sufian.

"Upah itu terlalu murah bagi tugas yang bahaya ini," kata Thalhah yang sengaja mencari helah.

"Sekiranya tuan sanggup membayar tiga kali ganda daripada upah yang tuan tawarkan itu, baru kami setuju," kata Sa'id pula.

"Dasar orang Khurasan yang tidak sedar diri. Saya menolong kamu bagi mendapatkan pekerjaan. Tetapi kamu meminta upah yang membuatkan saya akan mengalami kerugian besar," marah Abu Sufian.

"Sekiranya begitu kami menolong tawaran tuan itu," kata Thalhah.

"Pergi kamu berdua. Kamu tidak dibenarkan menumpang kafilah dagang kami," kata Abu sufian lalu menghalau Thalhah dan Sa'id dari situ.

Mereka pergi dan terus memecut kuda mereka menghala pulang ke Madinah. Kemudian mereka melaporkan kepada Rasulullah.

****************
17 Ramadhan tahun 2 Hijrah /17 Mac 624 Masihi


Suasana petang amat mendamaikan. Cahaya matahari yang kemerahan menyinari kawasan Badar yang subur dengan tanaman. pohon kurmma meliuk-liuk dipuput angin petang. Para petani pulang ke rumah masing-masi ng lepas penat bekerja di ladang. Tiba-tiba suasana yang damai itu bertukar menjadi riuh rendah dengan kehadiran pasukan tentera Quraisy yang dipimpin Abu Jahal dan pasukan tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad.

Pada awalnya Rasulullah menempatkan pasukannya di kawasan berbukit tetapi tidak di senangi oleh al-Hubab bin al-Munzir keran dirasakan kawasan itu tidak sesuai. Dia segera menghadap Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, mengapa tuan memilih tempat ini bagi dijadikan pangkalan kita? Apakah pemilihan ini wahyu daripada Allah atau hanya pandangan tuan?" tanya al-Hubab.

"Daripada pendapat saya sahaja," jawab Nabi Muhammad.

" Wahai Rasulullah, saya tidak bermaksud hendak menentang pendapat tuan. Tetapi saya berpendapat tempat ini tidak sesuai. Kita mesti pergi ke kawasan lain yang lebih selamat,"kat al-Hubab.

Kemudian katanya lagi," Pada pendapat saya, lebih baik kita pergi ke kawasan yang dekat dengan punca air. Kemudian kita kuasai kawasan itu supaya musuh tidak mendahului kita. Di sana kita bina takungan air bersih bagi membolehkan pasukan kita menggunakannya. Apabila berlaku pertempuran, pihak musuh akan kehausan tetapi mereka tidak mempunyai air kerana kita menguasainya,"

"Benar pendapatmu itu," kata Rasulullah.

Pada malam itu juga Rasulullah menyuruh pasukannya berpimdah ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Menjelang pagi, pasukan tentera Islam sudah menguasai semua kawasan punca air. Kemudian mereka membuat takungan air bersih bagi kegunaan tentera Islam.

Kemudian Rasulullah diiringi beberapa oramg sahabat memantau kawasan yang dijangka berlakunya medan pertempuran antara orang Islam dan tentera Quraisy. Di situ Rasulullah menunjukkan tempat di mana akan terbunuhnya Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan beberapa orang lagi. Selepas itu,Rasulullah pulang ke pangkalan pasukan Islam lalu menyuruh mereka berehat keran tidak lama lagi akan berlaku peperangan.

************

Jika ada masa aku sambung semula....

Petikan dari Buku Novel Sejarah Islam: Prang Badar, Perang Penentuan. Oleh Abdul Latip Talib. Keluaran PTS litera Utama Sdn Bhd 2010

Boleh rujuk link ini untuk maklumat tambahan:

Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan

Perang Badar

Wikipedia

Peristiwa Perang Badar


14 Ogos 2010

Gambar Sepanjang Jaulah ke Kemboja.

Bukan aku yang pergi ke Kemboja. Cuma aku nak kongsi gambar sahaja.

Ini van yang hampir mencecah 1juta membawa 'peserta bantuan kemanusiaan' ke kemboja.


Anak Kemboja merenung masa depan.huhuhu


Cuba teka...Ini tempat tinggal siapa?

Keadaan luar rumah.


Dalam rumah.




Gambar ini boleh menceritakan segala-galanya. Aku tak boleh cerita banyak. Sebab bukan aku pergi. 

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur. Orang miskin kat Malaysia pun tidak ada yang duduk atas rumah macam reban ayam. Sempena bulan puasa ni, Cuba bagi sedekah. Kita dapat hayati kesusahan orang yang jarang makan. Ada yang kadang-kadang 3 hari tidak jumpa makanan. Kita berpuasa setakat 14 jam sahaja menahan lapar dan dahaga. 

13 Ogos 2010

Salam dari Mekah.

Cuaca di Mekah terlalu panas. Kering. Ada yang mandi dengan jubah atau pakaian yang dipakai. Bibir kering. kaki merekah. Puasa memerlukan jihad yang besar apabila berada di Masjidil Haram. 

Mak ayah aku dah sampai di Mekah pukul 10 pagi. Selepas solat jumaat tadi, mak ayah dan kawan seangkatannya keletihan dan tidur untuk mengembalikan tenaga. 

Sempat lagi ayah telefon aku dan keluarga di kampung dari bumi Mekah. Bertanya khabar tentang kami adik beradik. Terutama adik bongsuku. Sekarang dah ok. Minta ayah beli hadiah untuknya dan macam-macam permintaan. Ayah setuju untuk mengembirakan hatinya.


Ayah minta doakannya selamat di sana. Ramai yang tidak tahan dengan cuaca yang agak terlampau panas bagi kita rakyat Malaysia. 

Para sahabat sekalian...

Doakan mak ayah serta jemaah lain selamat. Semoga ibadah mereka di permudahkan oleh Allah.
Amiiiin Ya Rabb!

11 Ogos 2010

Detik tengok anak bulan.

Kelahiran anak bulan tak sama dengan anak manusia. Bukan 'datang bulan'. Bukan senang-senang boleh nampak dengan mata kasar. Kena guna alat. Alat yang biasa kita tengok bila orang ukur jalan. Aku dah lupa namanya.huhuhu...Belajar falak tahun 2002 di KUSZA nge Cikgu Baha (sekarang dah jadi DR BAHA). En Taufan juga pernah jadi guru falakku. Lama dah aku tak ulangkaji pasal falak.

Aku nak masukkan gambar yang aku jumpe dalam internet untuk santapan mataku. Maaf kalau ada sesiapa tak izinkan. Ini nak jadikan ia kenangan untuk aku (gambar lama ada...tapi malas nak scan).

Tak berubah sejak aku menjejak kaki kat sini. Ini pintu depan. 


Gambar yang menarik. Ini ruang belakang tempat tengok (skodeng) anak bulan.hehehe


Ni nota pasal kedudukan anak bulan dengan matahari. Aku kena study balik ni...


Ini nota pasal apa yea.?aku dah lupa...ijtimak ke?


Ini pula pasal fasa-fasa bulan. Kalau bulan penuh atau bulan mengambang tu menunjukkan 15 hb bagi bulan Hijrah. Apa bulan hijrah ni?Bulan Hijrah bermula dengan Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab , Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah. Macam mengajar budak-budak baru lahir je..hihihi


Ini pula kedudukan Bumi, bulan dan matahari. Masa ini boleh cari anak bulan. Ntah-ntah nampak tanduk syaitan kat celah awan ...hahaha

(masa ni matahari baru tenggelam)



Ya Ramadhan!


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 

"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. 

Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: 

"Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" 

Dijawab oleh Rasulullah SAW: 

"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

********************
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, 

di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, 

menurunkan rahmat, 

mengampuni dosa-dosa kamu, 

memakbulkan doa-doa kamu, 

melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar 

dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. 

Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. 

Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

*****************
Sahur....! Jangan tak sahur...banyak keberkatan sahur ni selain menampung perut hampir 12 jam atau 13 jam ni. Sahur lah sekurang-kurangnya minum air kosong (ada juga orang sebut air mati. Kuman dah mati kot atau zat air dah mati..hehehe)

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

**********************
Baharu sehari puasa. Mulut tak terjaga. Masih bercakap sesuatu yang sia-sia. Merendah-rendahkan orang lain. Alangkah indahnya diri kita jika dihiasi dengan senyuman, zikir dan baca al-Quran. Berharganya puasa ni. Jika tidak puasa tiada gantian lain hingga kita mati...huhuhu

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

10 Ogos 2010

Sambut Ramadhan.


Boleh berkenalan dengan awak?

Nama saya Sya'ban.

Saya ingin mengingatkan awak bahwa jiran saya iaitu Ramadhana kan datang mengunjungi awak tak lama lagi.

Bersama isterinya , Rezeki dan kedua-dua anaknya Sahur dan Iftar.

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaikipesawat penerbangan Eidul Airlines.

Hargai mereka. Awak akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda...

Insya Allah...Ameen

~Salam Ramadhan~

SuJuD DAhi mEnCeCah BuMi

tAnDa sYuKur KeBeSaRan iLaHi

RaMaDhAn AL-MuBaRaK DaTaNg LaGi

BeRsAmALaH kItA mEnAmBAh iMaN dIhAtI

SeLaMat MeNyAmBut RaMadHan AL-MuBaRak


KHAMIS cari JUMAAT

Nak tanya nampak tak SABTU?

Agar ingatkan AHAD

Bagitahu ISNIN supaya tidak lupa

mesej kat SELASA

yang RABU dah puasa!!!

Selamat Menyambut Ramadhan.

MaRhAbAn yA RAmAdHAn

NAmAmU d IngAtI,

KedAtAngAnmU dInAntI.

FAthILAtmU dIcArI,

GAnjArAnmU dIhAjAtI dAn

IbAdAhmU dIbErkAtI.

SAlAm RAmAdhAn Al-mUbArAk...

Jika hati sejernih air,

Jangan biar ia keruh,

Jika hati seputeh awan,

Jangan biarkan ia mendung,

Jika hati seindah bulan,

Hiasinya dengan iman.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...
MOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA...aMINN!

"Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu..." hadis...

'Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan ini'

"Ramadhan Kareem"

Kelakar aku baca mesej dalam telefon ini. Ada kawan hantar. Ada adik beradik hantar. Ada anak murid hantar. Mungkin ini jadi pengubat hatiku yang masih beremosi ini. hehehe

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR!

AHLAN YA RAMADHAN.....


Sedih...Gembira...

Esok...
Hati gembira menyambut bulan yang penuh barakah...
Dalam 12 bulan, satu bulan sahaja Allah wajibkan puasa penuh...
Ahlan Ya, Ramadhan! Ahlan! Ahlan!

Tak habis lagi air jernih ini mengalir...
Mengalir dan terus mengalir...
Mungkin air ini kering
Baru ia tidak akan mengalir...

"Man dan Salam tidur dengan aku. Sedih dan sebak aku tengok diorang ni. Menangis 'slow-slow'. Tak tau la macam mana nanti. Sedih sangat-sangat 'wase'...,"

"Diorang tahan nangis. Tadi diorang nangis masing-masing. Man nangis bawah bantal. Adik je tak tahan. Esak-esak slow-slow. Sebak aku tengok air muka budak-budak ni....,"

"Aku selama ini tak keluar air mata pun 'selok' dah ni...,"

"Budak-budak ni, esok lusa ok la. sekarang pun tidur dalam air mata,"

Ini lah isi kandungan mesej yang salah seorang keluarga aku sempat hantar. Memberi laporan tentang 2 orang adik aku. Masing-masing 6 tahun dan 10 tahun. Ini lah keadaan mereka selepas mak dan ayah aku bertolak ke Mekah membuat umrah selama sebulan. mereka bari bertolak pukul 10 malam semalam dari KLIA ke Amman, Jordan dahulu kemudian ke Jeddah.

Air mata aku tak tertahan lagi. Tumpah lagi. Aku tak tahannnn...Huwaaaa!

"Adik mimpi, mak ajak adik pergi Mekah,"

Mak senyum sahaja bila adik sebut tentang mimpi dia. Adik minta macam-macam. Mak layan. Mak tak nak adik sedih bila mak tinggalkan dia selama sebulan. Mak belikan baju raya 2 pasang seorang untuk Man dan Salam (adik).

Malam sebelum mak ayah aku bertolak, ayah azan isya' di surau. Mak dan kami adik beradik berkumpul di surau. Ayah yang menjadi imam. Sebaknya hatiku bila ayah baca ayat panjang. Air mataku terus mengalir dalam solat. Teringat...esok ayah nak pergi ke Mekah dah. Macam sengaja ayah panjangkan solatnya. Kotor sejadah surau dengan air mataku. Nasib tak banjir.

Ini sahaja yang sempat aku kongsi...

Doakan SEMOGA MAK DAN AYAHKU selamat pergi dan balik dengan SELAMAT.SEMOGA IBADAT MEREKA MENJALAN LANCAR.

"Ya, Allah. Selamatkan ibubapaku daripada segala bencana. Mudahkanlah perjalanan mereka ke sana menunaikan ibadah kepada-Mu untuk mendekatkan diri kepada-MU. Semoga mereka selamat pergi dan pulang. Serta jemaah yang lain...ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار,"

08 Ogos 2010

Sakineh...

Sakineh dakwa dianiayai


2010/08/08

AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar  Square, London.
AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London.
Pihak berkuasa Iran batal rejam sampai mati, arah digantung

TEHERAN: Wanita Iran yang menghadapi hukuman gantung atas kesalahan zina, Sakineh Mohammadi Ashtiani, menuduh pihak berkuasa berbohong mengenai dakwaan ke atasnya supaya dapat membunuhnya secara rahsia.
Sakineh, 43, dihukum rejam dengan batu atas kesalahan itu sebelum diubah kepada gantung sampai mati selepas masyarakat antarabangsa membantah, lapor akhbar The Guardian, semalam.

Beliau pada awalnya dituduh menjalin hubungan luar nikah sebelum pegawai Iran mendakwa beliau juga bersalah kerana membunuh suami dan perlu direjam sampai mati.

“Mereka tipu kerana terlalu malu dengan publisiti meluas kes saya dan cuba mengalihkan perhatian selain mengelirukan media supaya dapat membunuh saya.”

Kelmarin, pegawai kanan kehakiman Iran, Mossadegh Kahnemoui, memberitahu Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum: "Selain bersalah atas dua dakwaan zina, dia juga bersalah atas tuduhan membunuh suaminya.”

Menjelaskan perkara itu, Sakineh berkata: “Saya didapati bersalah kerana zina dan dilepaskan daripada tuduhan bunuh tetapi lelaki yang membunuh suami saya sudah dikenal pasti dan dipenjara tetapi tidak dihukum mati.”
Lelaki berkenaan yang tidak dinamakan, tidak menghadapi hukuman mati kerana anak lelaki Sakineh memberi pengampunan kepadanya.

Tetapi, Sakineh pula yang menghadapi hukuman mati selepas seorang pendakwa di Tabriz menuduhnya melakukan zina.

“Jawapannya senang saja. Ia kerana saya perempuan. Mereka fikir boleh buat apa saja terhadap wanita di negara ini. Bagi mereka, zina lebih teruk daripada bunuh.

“Tetapi, tidak semua bentuk zina dikenakan hukuman mati. Seorang lelaki melakukan zina tidak langsung dipenjara tetapi bagi wanita, mereka dihukum mati.

“Ia juga kerana saya tinggal di negara yang tidak memberi hak kepada wanita menceraikan suami mereka dan tidak diberi hak asasi,” katanya.

Sakineh percaya, nasibnya malang kerana pihak berkuasa mengenakan hukuman buang negeri terhadap peguamnya, Mohammad Mostafaei.

“Mereka tidak mahu dia membela saya, jadi mudah bagi mereka membuat apa jua tuduhan tanpa dicabar. Jika tidak kerana usahanya, saya mungkin sudah direjam sampai mati,” katanya lagi. - Agensi

***********************
Aku: Tak tau la perkembangan cerita ini. Takkan ada konspirasi kot. Apa pun aku tunggu perkembangan selanjutnya.

07 Ogos 2010

Masjid Aqsa sudah dilupai?



Serangan Biologi 2013?

Movie Terbaru?

Tanpa aku sedari pengaruh 'mata satu' sudah mula dalam movie aksi dan penyiasatan. Semua dilakukan tanpa kita (orang Islam) sedari. Bangunlah wahai ikhwati!!!

Penemuanku.

Balik Kampung...

Lama dah aku tak balik kampung. Lega bila masuk ke negeri sendiri. Perjalanan kami mengambil masa 6 jam setengah dari Bangi. Terus berjalan tanpa henti kecuali untuk solat jama' qasar. Ini kelonggaran yang diberikan Allah kepada umat Muhammad. Alhamdulillah...

Dalam perjalanan ke kampung, aku berhadapan dengan ragam-ragam pemandu. Ada tanpa bagi 'signal' terus masuk ke kanan atau kiri. Ada juga yang terus masuk ke tengah. waktu maghrib adalah waktu paling memeningkan. Perubahan dari suasana cerah kepada gelap.

Waktu inilah berlaku 'sesuatu' ke atas aku. Jalan 2 'line'. Aku yang duduk di 'line' tepi(kiri). Tiba-tiba sebuah kereta wira masuk ke 'line' aku. Secara automatik aku mengelak. Sebab kereta aku dalam keadaan laju 100km/j. Tak mungkin aku brek mendadak. Kebetulan 'line' kanan aku ada pajero yang lebih laju dari aku muncul di sebelah kanan. Aku sempat lihat pajero ni dan kedudukan aku di tengah 'line'. Hampir bergesel myvi aku dengan pajero ini. Marah betul pemandu pajero. Hon dibunyikan masa aku hampir himpit dia. Lepas aku jalan seiring dengannya, sekali lagi dibunyikan hon. Aku hanya tepuk kepala. Allah masih memanjangkan usia aku yang sudah tua ini. huhuhu...Lain kali pandu dengan cermat!

Isnin ini mak ayah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Teringin aku ke sana. Jika duit mencukupi dan tiada kekangan lain, insya Allah aku akan menjejakkan kaki di sana. Merasai perasaan berhadapan dengan Kaabah adalah saat aku tunggu. Merasai air zamzam yang lazat...ermmm tak dapat aku bayangkan.



04 Ogos 2010

Pelajar Atau Guru Biadab?

Mungkin video ini tiada makna bagi mereka yang tidak sensitif.

Tiada makna bagi mereka yang suka menyalahkan guru 100%.

Tiada makna bagi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak.

Tiada makna bagi ibu bapa yang tidak pernah mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam (jika Islam) sejak dilahirkan.

Tiada makna bagi masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Tiada makna bagi guru yang hanya mengajar sahaja di sekolah.

Tiada makna bagi pihak yang bertanggungjawab membiarkan media massa memonopoli pemikiran pelajar dengan program-program yang tidak bermoral.

Tiada makna bagi pemimpin yang suka menyalahkan orang lain tanpa melihat masalah di depan mata.

Masalah pelajar di sekolah semakin menjadi-jadi. Apa tindakan kita? Bila bertindak sendiri (bagi guru) akhirnya masuk ke 'court'. Kena bayar RM20,000 (anggaran aku).

Apa penyelesaiannya sekarang???...'tepuk dada, tanya iman'

Cuba dengar baik-baik. Apa yang disebut oleh pelajar dan guru ini...

Ambil la pengajaran dan jangan jadikan ini contoh tauladan.

Mak...! Ayahhh!

Assalamualaikummm...

Aku nak kongsi video yang boleh mengusik hatiku yang keras ni. Hati batu pun boleh tersentuh.

"Kasihi lah ibubapa kita. Mereka tidak dapat diganti oleh sesiapa pun di dunia ni," ni ingatan untuk aku...

Bila aku tengok video ni memang sedih sangat-sangat. Ingat mak ayah kat kampung.huhuhu....Lame dah aku tak balik.

Minggu depan mereka berdua nak pergi buat umrah. Nak ambil pahala di bulan Ramadhan. Sebulan diorang akan pergi. Bukan sekejap. Lama tu. Doakan untuk mak ayah aku selamat pergi dan pulang. WAAAAAAAAA.....NAK BALIK!!!!

03 Ogos 2010

Pantai...!?

Bacaan nilam di sekolah habis pukul 3.15 petang. Terus aku ke 'town'. Sebelum sampai ke 'town' aku pergi ambil rakan sekerjaku. Cuba teka..siapa ye?hehehe...Aku pergi ke rumahnya dekat dengan hotel tepi pantai ni.

Terus kami jelajah 'town' macam burung merpati yang bebas. Makan rojak dan air cendol. Rakan sekerjaku yang belanja. Terima kasih. Syukran. (tiada gambar nak upload...huhuhu...)

Kami jalan-jalan masuk satu kedai ke satu kedai. Sambil-sambil dapat merasa kesejukan aircond.hehehe...macam tak pernah jumpa aircond. Bukan beli barang pun.hehehe...Maklum la kami berpeluh berjalan.

Sekarang aku duduk di rumah rakan sekerjaku sebelum ke tempat ceramah malam ni. Ustaz Harun Din Al-Hafiz yang bagi ceramah. Ni saat aku tunggu-tunggu. Tengok Ustaz secara 'live'. Teruja la juga.

Ok.Setakat ni dulu. Idea nak dicoretkan dah kering. Sekarang dah petang dan nak masuk maghrib. Dah azannnnn!

02 Ogos 2010

Jalan-jalan Cari Masjid Selat Melaka


"Kalau kita ambil wudu', terasa ombak tu...," raungan ombak terasa di telinga. Sungguh syahdu menyampaikan mesej supaya mengerjakan solat dengan khusyuk. Mengingatkan kebesaran Allah. Nikmat ketenangan.

Apa tunggu lagi...!Mai la pi cepat....

Tak sangka aku. Sampai jugak aku kat Melaka ni. Ini pertama kali aku sampai di bumi Hang Tuah ni. Dulu kita biasa membaca sejarah Malaysia dengan cerita Parameswara. Bagaimana Melaka di ambil nama?(klik) huhuhu...Aku tak nak ulang semula cerita tu. Walaupun dulu memang tidak aku minat sejarah. Markah aku tetap tinggi masa sekolah dulu. Sekarang ni aku berjinak-jinak dengan sejarah terutama sejarah berkaitan kejatuhan Islam Turki Uthmaniyyah. Kalau nak tahu...bacalah 'Secakir Teh Pengubat Letih' oleh saifulislam.com

Masjid Selat Melaka ni terletak di pulau buatan manusia di Bandar Pulau Melaka (kalau salah beritahu yea). Kos pembinaan lebih kurang RM10 juta . Perasmian pada 24 November 2006 oleh Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (masa tu jadi Yang di-Pertuan Agung).

Sempat aku ziarah rumah 'housemate' aku. Makan cincaluk masin. Hehehe...Ingatkan nak merasa masakan asam pedas. Kali ini tak dapat. Insya Allah panjang umur aku boleh sampai lagi kat Melaka ni.

Terima kasih buat 'Yher' kerana bawa kami jalan-jalan walaupun pada awalnya pasrah tak jumpa Masjid Selat Melaka ni. Biasalah 'jaulah' kali pertama. Kami lalu di MITC hampir 5 kali. Pusing-pusing jumpa tempat yang sama. Memang letih satu badan (bagi pemandu la). Sempat juga men'jaulah'kan diri melawat PCFair kat situ.

Penuh 'zahmah' di PCfair. Hari terakhir banyak la jualan murah. Kadang-kadang cukup dengan 'servey' harga laptop baru. Ini la peluang aku untuk tengok 'apa-apa' yang canggih. tapi tak jumpa kelainan.

Bila dalam perjalanan pulang...di highway 'jem'. Jam 11.30 malam baru sampai kat rumah. Bersendirian meredah lautan malam. Apa lagi...pecutttttt!.....ZZZZZZZZZZ


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...