31 Januari 2012

Buta Huruf Masuk PLKN.

Aku copy artikel yang menyebabkan salah seorang kawanku meradang dan kecewa terhadap para guru. Dia merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital di Malaysia ni. Tak perlu aku sebut nama. Cukup sekadar aku tulis semula luahan hatinya.

Artikel :Punca2 pelajar sekolah menengah buta huruf.

SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

*****
Aku yang baru berpengalaman mengajar 3 tahun bersetuju dengan artikel ni. Bila aku share di wall fb aku, terus Si Doktor ini chat denganku. Cukup aku copy semula segala luahannya untuk para pendidik.

"Awak mengajar sekolah mana?" tanya Si Doktor.

"Mengajar sekolah menengah agama. Kenapa? ada yang tak kena dengan artikel ni ke?" aku pelik selepas share artikel ni terus dia chat.

"Saya sedih la tengok ramai sangat yang buta huruf," luahan hati bila baca artikel tu.

"Masalah negara kita jugak tu," dalam kepala aku...guru-guru banyak bebanan. Pelajar tidak boleh dirotan dll. Jangkaanku salah pada tanggapan doktor ni.

"Bukan salah cikgu...otak diorang memang kurang akal. Awak, ni bukan masalah hukuman," terkejut aku...mmm, kalau bukan masalah hukuman...masalah ape yea?*senyumm*

"Sedih bila lambat detect. kalau detect awal, kita boleh kurangkan deficit," sambungnya lagi.

"Kalau boleh tolong sampaikan kat cikgu2 di luar sana. Unjurkan pesanan saya ni. kalau kelas2 belakang dan dapat nombor tercorot, usahakan untuk suggest ibu bapa untuk jumpa doktor untuk asses IQ," pesannya.

"Saya yang asses IQ budak-budak ni," sambungnya lagi.

"Pernah terjadi kat cikgu sekolah saya dulu. Dia cadangkan anaknya jumpa doktor. Bapa ni kata anaknya bukan OKU. Susah la nak bagi diorang jumpe doktor. Diorang malu kot," aku cuba terangkan keadaan guru.

"Diorang tak faham. Kalu macam tu cuba guna kuasa pengetua," kelu dah lidahku kalau guna kuasa pengetua. huhuhu

"Saya rasa berdosa sangat. Bila umur dah masuk remaja, tak boleh baca, menulis dengan zaman canggih dan  banyak kemudahan ni," terkilan .

"Kalau detect masa sekolah rendah, akan dapat extra 2 tahun sebelum ambil UPSR," sambung lagi.

"Bila dah masuk remaja, mereka malu dengan kawan-kawan. then jadi tak minat ke sekolah. Ponteng kelas. Kalu cikgu yang tak faham akan title pelajar ni pemalas. then kena hukum. tapi hakikatnya otak mereka kurang cerdik. Intellectual deficit," waaa...memang doktor cakap campur2 macam ni ek.hehehe...aku fahammm...

"Biasa kalau pesakit ni, watak dia macam mana?" aku cuba cungkil...alang-lang ada orang nak bagitau kan.hehehe

"Kalau awak nak tau...kes2 social berlambak2, rempit, zina tuh...mostly budak2 IQ rendah. Undetected," mana jwapan utk soalan aku ni...

"Tak specific...kebanyakan appear normal je...tapi ade learnig disability. Saya rasa nak pergi je ke sekolah buat screaming," semangat betul doktor sorang nii. Aku suruh wat artikel..kata tak tau menulis...jadi aku tolong tulis guna ayat dia juga.hehehe...

"Abis kalau nak cadangkan kepada ibu bapa...nak suruh refer ke mana?" serius juga aku ni. hahaha

"Buat suggestion kat diorang pergi jumpa doktor. Ambil surat rujukan kat klinik untuk jumpe psychitary untuk IQ assesment," cadang Si Doktor.

"Biasa doktor cadangkan apa? pergi ke sekolah khas ke?" tanyaku tanda berminat.

"Yer..kita akan cadangkan ke sekolah khas.  Besar peranan cikgu2 khas ni. Bukan calang-calang orang nak didik anak2 low IQ ni,"

"Tolong sebarkan yea. Harap2 ada changes. Saya sedih sangat-sangat  saya tengok diorang. I do cry...cry a lot,"

"Nanti ibu bapa tu marah kat cikgu seolah-olah dia tak kenal anaknya OKU atau tak. Kadang-kadang mak ayah ni malu," kataku.

"Malu tak ke mana. Buat rugi jer..."

"jangan bazir masa. Lihat dan tumpu kepada kekurangan. bangkit untuk atsi kekurangan. Kita semua berperanan..." tegas betul doktor sorang ni. Dulu pendiam je.

"Doktor willing jer untuk IQ Assesment, tapi tolong detect awal. Seawal sekolah rendah  lagi. suggest la kat mak ayah tu pi jumpa doktor,"

"Kalau asyik duk kelas belakang 1-6. Pastu...dapat nombor last pulak tuh...sah-sah ada masalah. Act fast. Jangan tunggu lama-lama,"

"Cadang jumpa doktor dulu. Minta report. selebihnya doktor deal explained. Jika ibu bapa tak setuju untuk register as OKU, kita takkan sign. At last kita tak rasa berdosa. sebab dah well explained. Kita dah buat kerja kita,"

"Cadangan jumpe doktor tu biasa mak ayah hangin," tambah kawanku. guru sekolah rendah.

"Jemput doktor bahagian kesihatan mental semasa perjumpaan ibu bapa," cadang Doktor.

Aku pun harap...sesiapa yang baca coretan aku ni leh kongsi dgn rakan2 guru atau ibu bapa kawan. Itu sahaja. Waallahu a'lamm ;)

Sambungan KLIK

30 Januari 2012

Anak Sekarang



Aku on je fb. Lepas tu aku jalan-jalan ke satu blog ke satu blog yang lain. Jumpa blog budak-budak yang warna-warni. Keluar blin222. Waa pening mataku. Maalish (maaf) deh. Aku serabut tengok benda-benda macam tu. Terus aku 'close'.

Jalan-jalan lagi...

Jumpa blog yang pasang lagu-lagu. Waaa...off speaker. Aduh... Kreatif betul korang ni. Lama-lama aku close juga.

Bila ada blog yang ada unsur-unsur ilmu sikit atau jalan kehidupan yang agak menarik aku singgah. Kalau banyak yang best...aku jadi follower la.

Aku tau blog aku memang tak best. Asalkan aku enjoy dengan penulisan tak skema ni. Blog PSS yang aku buat dulu dah senyap. Pw aku lupa. Ayat pula kena la skema. Jaga nama baik sekolah. Baik coret2 di blog aku. nak conteng apa-apa pun boleh. hehehe

Aku tak pandai komunikasi kan...jadi medium ini la jadi tempat komunikasi aku. Kalau terasa pedih...cepat-cepat tekan 'close'.

Kelas tarannum ditangguhkan ke isnin depan. Aku lupa isnin depan cuti sempena Maulidur Rasul. Ni mesti Ustaz lupa juga.

Walaupun ustaz tak dapat datang, kami tetap buat kelas sampai 3.30 petang. Apa yang mengecewakan pelajar lelaki...Mana korang ar??? nak balik cepat sangat...Korang nak belajar tak? takkan belajar pun malu. Kelas ni kami tak kenakan bayaran pun.

Aku teringat adikku. Sekarang darjah 6. Setiap hari minggu ke rumah ustaz untuk belajar tarannum. Bayaran sebulan RM60...Mana minat pelajar melayu Islam di sekolahku ini???

Kalau belajar al-Quran kena paksa...macam mana nak faham Islam? macam mana nak perbaiki bacaan Quran?

Mana tanggungjawab mak ayah korang?

Aku teringat ayat Ustaz Don...

"Jika anak merasa agama itu kecil, tanggungjawab ibu bapalah menyedarkan agama itu besar!"

"Adakah anak hari ini akan meratur untuk memandikan Jenazah ibu atau bapa. Mengimamkan solat jenazah ibu bapa. Memasukkan Jenazah Ibu bapa dalam liang dengan penuh kasih sayang..." Lebih kurang ayat Ustaz Don.

29 Januari 2012

Berdua.


"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
*** PENONTON TERCENGANG! ***
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"
"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". -Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
 Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

'Gambar hiasan'
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?
Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
*** TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
*** BLACKOUT, TUTUP TV ***
SUMBER: iluvislam

28 Januari 2012

Teruskan.


 

Hari ini sepatutnya ada Program Cintai Bahasa Arab. Perancanganku tertangguh kerana ustaz ada mesyuarat PIBG. Komitmennya akan lebih kepada sekolah berbanding jemputan kami. Itulah dinamakan perancangan Allah. Program ini insya Allah akan diteruskan. Aku sudah bersetuju dengan tarikh yang sudah dipilih itu, cuma makluman kepada pelajar mungkin akan dibuat semula. Macam jodoh jugak kan...tak semestinya pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan dan begitulah sebaliknya. Doaku semoga program ini akan diteruskan.

Sudah 3 hari aku masuk sekolah dan meneruskan tugas yang tertangguh. Think +ve untuk semua pelajarku. Tahun ini aku mula mengajar BA dari F1 hingga F3. Tercabar juga sebab aku bukan dari jurusan BA. Aku cuba buat yang terbaik supaya tidak dianggap subjek killer. Hanya aku seorang mengajar BA...Rabbi Yassir Wala Tuassir....

Perjalanan dari kampung tidak sebagaimana selepas cuti panjang sebelum ini. Adikku yang masih di USIM nak cuba memandu walaupun baru habis test JPJ dan baru dapat lesen P. Macam seronok pula dia bawa kereta ni. Sehingga masuk USIM dia masih memandu keretaku. Aku mula ambil posisi driver bermula dari USIM. Teruja betul kalau kali pertama boleh bawa kereta jauh-jauh ni. Mantoppp! ..hahaha...

Sebelum ini ada status kawan satu dpli denganku ucap takziah untuk Kak Anis Wizana. Aku sempat la ucap takziah dala ruangan komen. Entah kenapa aku jadi sangsi dengan kenyataan itu.

"Betul ke mak kak Anis meninggal?" tanya kak Mas.

"Tak tau la kak...takut nak telefon kak anis..." entah apa dalam kepala aku ni. Pelik jawapan aku kan.

2 hari lepas tergerak hatiku nak telefon kak Anis. Sebelum ni kak Anis ada mesej nak minta power point/ persembahan multimedia yang pernah aku buat di sekolah praktikum aku dulu. Selepas kak Anis posting...dia ditempatkan di sekolah bestari. Memang dia sangat memerlukan bahan-bahan ini. Lagipun kak Anis tak balas mesej aku. 2 hari lepas tergerak hatiku nak telefon kak Anis.

Selepas aku sembang pasal bahan multimedia tu...aku cuba tanya direct. Aku ni memang tak suka bahasa kiasan ni. Susah nak faham.hehehe

"Betul ke mak Kak Anis....mmmm..." tak sanggup aku sebut. Terus kak Anis gelak.hahaha

"Tak betul...Bukan mak Kak Anis la. Isteri Ustaz Abu Bakar Abdullah...Kan nama ayah kak Anis Abu Bakat juga," Lega dengar penjelasan kak Anis.

"Tolong kak Anis betulkan status fb tu yea. Kak Anis tak sempat nak buka fb ni. Maklumla...sibuk nge anak-anak..."

Tak sangka kan berita macam tu terlepas kat fb tapi tiada siapa betulkan. Tak semua maklumat di internet / fb ini benar kecuali kena selidik dan bertanya empunya diri. Aku juga hampir percaya...

PSS aku macam mana yea?

Sekarang dah jadi bilik rawatan untuk nurse2 check gigi pelajar sekolahku. Apala nasib sekolahku selagi menumpang tanah wakaf masjid. Tak berkembang langsung!

22 Januari 2012

Fiksyen 302...

Dalam masa sehari aku dapat habiskan novel terbaru RAM 'Fiksyen 302'. Novel karangan RAM ni memang mencabar minda. Kadang-kadang rasa RAM ni terpengaruh dengan komik Conan. Budak detektif tu...hahaha

Ramai lelaki suka baca novel RAM ni termasuk adik beradik lelakiku. Cara bacanya...

<<< Jangan lompat-lompat>>>>

 Maksudnya jangan langkau ke helaian lain kecuali jika telah baca.

<<< Fahami plot-plot cerita kerana banyak di imbas kembali dan masuk tahun akan datang>>>

Banyak penggunaan psikologi dlam cerita ni. Aku pun terasa tak sabar nak tau akhir cerita ni. Sebab tu cepat-cepat habiskan sebelum ada 'seseorang' yang akan ambil secara sembunyi. hehehe

Kisahnya berkaitan dengan hukuman kanun keseksaan 302...Hukuman mati madatori. Kisah yang diceritakan ini berkaitan empat orang pembunuh dan juga bekas pesakit mental. Mereka mendapat arahan yang sama dari ZONAN. ..entah2 conan.hehehe..Adakah ia sekadar ilusi atau realiti?


Kisah ini berlanjutan hingga ke tahun 2032 untuk merungkai misteri ni. Penggunaan mesin masa depan membongkar misteri tetapi disabotaj sehingga meninggalkan kesan kepada subjek pertama yang merupakan anak kepada Datuk yang dibunuh kejam.

Kalau sesiapa yang berminat dengan kisah novel ni...boleh cari di pasaran sekarang atau pinjam dengan kawan.  Best tapi JANGAN PERCAYA. hahaha

21 Januari 2012

Dugaan Balik Kampung.

Alhamdulillah,

Aku sampai ke rumah jam 6 petang selepas bertolak pukul 7 pagi. Perjalanan yang cukup lama bagiku berbanding sebelum ini.

Kali ini perjalananku ditemani oleh dua orang kakak. Seorang hamil. Aku cukup bimbang dengan kakak yang hamil ini. Kandungan 6 bulan. Perjalanan pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina memang cukup mencabar. Trafik jem.

Perancanganku ingin bertolak sebelum subuh. Atas permintaan 2 orang kakak ni, aku bertolak selepas subuh. Aku cuba sampai awal di tol gombak. Apakan daya, aku terpaksa ikut lori dan kenderaan yang seumpamanya.

Sepanjang di highway perjalananku berjalan lancar. Walaupun setiap kali nak bayar tol terpaksa berbaris panjang dan berjalan macam siput. Siput lambat lagi la. hehehe...

1.30 petang, kami singgah di masjid untuk solat jama' taqdim dan qasar. Terus cari tempat untuk isi perut. lapar wooo. kihkihkih...

2.30 petang, tiba-tiba enjin mati dan semua sistem seperti terhenti...terus aku bertindak tarik stereng ke bahu jalan. Alhamdulillah stereng kereta tak lock. First time jadi macam ni. Aku teringat pasal kejadian lampu dan radio kereta terpasang selama satu jam 2 hari yang lepas. Aku terlupa  nak check bateri kereta sebelum bertolak. Lupa untuk ke bengkel. Salahku...

Kawasannya berdekatan dengan masjid. Aku teringat abangku yang tinggal berdekatan lebih kurang 30 minit perjalanan. Aku telefon dan dia minta aku berjalan-jalan sekitar kawasan tu untuk cari bengkel. Aku minta abangku temankan kami memandangkan tiada lelaki dikalangan kami.

Bengkel tutup. Aku jumpa seorang makcik ni. Dia tolong telefom kenalannya, mechanic kampung tu. Alhamdulillah...

Jangkaanku betul berkaitan dengan bateri kereta. Apa yang pelik, timah pada cas +ve tu hancur. Putus dari dasar lagi. En. Mechanic ni pun rasa pelik. Dia cadangkan beli bateri baru. Jika tak percaya boleh ikut dia untuk beli bateri tu. Terpaksa aku heret kakak ni ikut sekali. Lagipun tak patut lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan dalam satu kereta kan.

RM155 bateri jenama yokohama dan upah pasang RM 20. Syukran Lillah...Alhamdulillah Engkau kirimkan En Mechanic ni untuk membantu aku. Alhamdulillah aku tidak panik. Terima kasih Cheq De yang tolong panggilkan En Mechanic ni. Aku juga jumpa 3 orang pembuat jala ikan dan tolong carikan Mechanic lain Tapi masa tu aku tengah cari kedai bateri bersama En Mechanic satu lagi. Moga pahala untuk mereka yang berniat baik.


4.00 petang, aku teruskan perjalananku. Banyak kereta yang tersusun di jalan raya seperti beratur panjang. Sempat lagi kereta honda abangku potong aku. hehehe...

Negeriku juga jem seperti di KL. Ramai sangat orang pantai timur balik kampung. Hubungan kekeluargaan masih utuh...Moga ia berkekalan. Aminnn >>>>^^

19 Januari 2012

Makan Tuan.

Semalam aku dah tidur lambat. Bangun pun kira lambat juga..jam 6 pagi. Basuh baju & masak. Tepat jam 7 pagi aku bersedia untuk pergi sekolah. Sempat la tengok MHI...Ally Iskandar dah nak kahwin esok. Tu je aku sempat proses. hehehe

Kali ni alat security makan tuan. Aku tak masukkan kad scan selepas masuk dalam kereta dan undur keluar dari pagar. Bila dia minta kad dan lampunya dah berwarna merah...aku tak peduli. aku keluar untuk tutup pagar. Terus auto lock pintu kereta dan lampu menyala serta radio masih terpasang. Beberapa saat kemudian enjin mati. Waaaaa...aku blurr. Tak tau nak buat apa. Woha!

'gambar hiasan pak google'

Aku pergi ke rumah pengetua sekolahku yang tak jauh dari rumahku ni. Minta tolong matikan lampu dan radio keretaku yang masih terpasang. Bukan senang. Hampir satu jam juga percubaan demi percubaan. Apa pun syukran atau terima kasih buat pengetua, isteri dan anaknya serta kak sue. Sanggup berusaha dan tunggu hingga sama-sama lambat ke sekolah hari ni. Terharu betul rasanya : )...Tak sangka Allah hantarkan mesej kepadaku untuk meminta bantuan mereka.

Selepas hampir satu jam menunggu, housemate aku balik. Bukan main gembira aku. Kak Mira!...Aku pinjam kunci rumah dan hsetnya. Terus kepalaku cari nombor telefon si hafiz yang promote anti-hijack ni. Untuk pengetahuan korang, semua kunci, hsetku dan barang2 penting lain ada dalam kereta yang terkunci tu.

Alhamdulillah, si hafiz yang berloghat terengganu ni terus bagitau cara-cara nak buka kereta tanpa merosakkan pintu atau lain2 tempat. Aku dapat satu ilmu dan maklumat darinya. Aku tak boleh ajar orang lain kecuali terdesak. Mungkin itu prinsip si hafiz ni juga. Yang ada disekeliling aku dah pandai. harap2 diorang tak bocorkan. Sebab ini adalah cara men**** . Bagi tenaga aku memang tak cukup. Pengetua yang tolong dengan tenaga lelakinya. Harap2 ucapan terima kasihku diterima. Moga dia berada dalam hidayah Allah. Aminn ;)

Dengan tangan kotor sebab basuh tak guna sabun, aku pergi sekolah. Beberapa pelajar lelaki tegurku kerana tudung comot kot. Tapi aku tengok nampak biasa je. Prihatin betul la budak-budak ni.

Tercatat sejarah, aku lambat pergi sekolah awal tahun 2012. hehehe...

Terdahulu SINI

17 Januari 2012

Watak Kecil.

Kadang-kadang terasa diri ini zalim. Kenapa yea...

"Sejak ayah akak....,'' aku terus menyampuk. Tak sanggup aku dengar luahan hatinya.

"Maaf kak. Saya baru tahu minggu lepas pasal ayah akak dah tak ada. Takziah kak," terasa panas di mataku. Andai kau tahu apa yang ada dihatiku ketika itu.

"Tak ape...akak ingat semua guru dah tahu," entah apa aku fikir...

Aku betul-betul tak tahu tentang kematian ayahnya. Moga ayahnya bersama-sama golongan solihin di alam sana. Al-fatihah untuk Allahyarham.

Dalam perbualanku dengannya ada aku selitkan beberapa kata. Tapi kata-kata itu mungkin memerangkap diriku sendiri.

"Akak mesti ada orang jaga. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga akak," kataku.

Dalam fikiranku, dia pernah sakit. Pernah ditahan di wad. Selama ini ayahnya yang menjaga. Sekarang dia tinggal seorang diri di rumah. Dua adiknya bekerja jauh dan tidak tinggal bersama kakaknya. Pernah aku dengar ada adiknya nak berhenti kerja dan menjaga kakak tapi tidak dibenarkan. Keselamatannya bagaimana jika tiba-tiba diserang penyakit. Moga Allah sentiasa memeliharanya. Aku tak sanggup mendengar cerita tentang ayahnya. Aku terus ubah tajuk.

"Prinsip akak jika nak berkawan tak apa. Kalau betul serius, mesti jumpa ayah akak. Sekarang boleh jumpa bapa saudara akak. Sekarang bukan masanya nak main-main," aku tak sangka itu ayat yang aku dengar. Tabik ar. Guru kaunseling tu. hehehe...

Pertanyaan tentang aku...hahaha...aku gelak je la. Untuk diriku, susah nak bercerita. Sejak dulu lagi aku sukakan watak kecil. Aku tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh dengan orang lain. Cukup aku bagi pertolongan disebalik tabir. Aku tidak sukakan pangkat kerana takut akan hilang identiti. Biarlah aku menguasai dan menyelesaikan tugasan.

Setiap tempat aku yang aku pergi, mungkin aku meninggalkan satu 'perbuatan' yang menyebabkan orang bencikanku. Hanya SATU. Lain-lain bantuanku hanya aku harapkan balasan dari Allah. Bukan untuk dibalas oleh manusia.

'watak kecil yang takutkan azab Allah'

Sejak ber'blog' aku cuba menggambarkan keresahanku dalam bentuk memberi peringatan untukku. Aku sukakan keadaan ini. Biarlah manusia tidak mengenaliku. Aku suka watak kecil.

Cukuplah aku tidak membebankan sesiapa. Biarlah aku bercakap secara umum. Jika perlu, aku 'direct' bercakap kepada empunya diri.

Maaf jika aku terkasar bahasa kerana aku tidak boleh memendam lama. Nanti meletup!

Terima kasih kerana membaca hingga ke coretan terakhir ini >>>

14 Januari 2012

Karamah Penghafaz Al-Quran.

Ta'jub!


Tak terkata bila aku melihat video ni walaupun tersekat-sekat akibat speed broadband celcom di kontrol.

Sheikh Nadal berumur lebih kurang 35 tahun. Seorang imam masjid dan penghafaz al-Quran 30 juzu'. Dia dimasukkan ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Dalam keadaan masih tidak sedarkan diri...sebaik sahaja habis pembedahan...dia membaca Al-Quran:

"Tidak sama orang yang menjadi ahli neraka dengan orang yang menjadi ahli syurga. Orang yang menjadi ahli syurga itulah orang yang berjaya" << ini adalah terjemahan ayat yang dibaca oleh Tuan Syeikh ini.

Sebaik sahaja alat penafasannya ditanggalkan, dia mengucap dua kalimah syahadat. Bila dia sedar selepas 2 jam, doktor memberitahu bahawa pembedahannya sudah berjaya

Dia mengucap syukur dengan suara antara dengar dan tidak dengar.

Sedangkan semasa dia masih tidak sedar, dia membaca Al-Quran dengan jelas seperti dalam video.
Semua ini kuasa Allah kepada orang yang sentiasa melazimi bibirnya dengan ayat Al-Quran.

***Nasihat untuk diriku...jangan tinggal baca al-Quran walaupun aku bukan penghafaz al-Quran***




Catatan.

Kini aku menggunakan aplikasi baru untuk membuat catatan di blog ini. 'Coretan' atau catatan aku di alam maya hanya untuk melatih diriku untuk menulis. Bukan untuk berbisnes. Ada yang mencadangkan supaya dibuat bisness tapi aku tidak nampak 'jalan'. Atau lebih tepat lagi aku tiada produk yang berkualiti untuk ditonjolkan. Masa akan datang...Insya Allah.

Aku tidak memerlukan trafik yang tinggi. Jika ramai yang masuk ke blog aku, bermakna ramai yang membaca coretanku yang merapu. Hanya nak hilangkan stress. Bila stress aku banyak idea. Sebab itu tajuk blog ini 'coretan idea'. Andai ia membosankan, anda digalakkan untuk 'close' blog aku ni. Tiada paksaan.

Ada juga terfikir untuk 'private'kan blog aku dari pandangan blogger2 lain. Bila difikir kembali, catatanku boleh jadi pengajaran dan sempadan kepada pembaca. Andai nyawaku tidak panjang. Biarlah blog ini jadi sedekah jariah kepadaku di alam sana. 


Catatanku adalah suasana sekitarku yang berlaku. Begitulah pemahamanku. Jika pemahamanku salah, tolong betulkan. Aku bukan seorang ulama'. Aku hanya insan biasa yang menumpang nikmat Allah di alam dunia. Berkelana mencari pendapatan untuk meneruskan hidup. Bukan untuk menyusahkan orang lain terutama ibu bapaku.

Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan keadaanku di sini. Berkelana sendiri tanpa bantuan lelaki. Aku tidak suka meminta bantuan lelaki kecuali keluargaku sendiri. Adakah aku hilang kepercayaan kepada mereka?  Kepercayaanku bergantung kepada keadaan dan situasi. Aku bertawakal dan semoga Allah memberikan pencerahan kepada hatiku ini. Aku milik-Nya.

Semalam aku terima jualan dari rumah ke rumah. Pemasangan eagis AG200. Anti rompakan untuk kereta. Deposit RM100 dan bulan RM108 selama setahun. Ia menggunakan kad untuk diimbas sebelum enjin kereta dihidupkan. Awalnya aku susah nak percaya. Apatah lagi promoter adalah satu negeri denganku. Kesian pun ada. Tak salah aku mencuba kan...

Bila difikirkan aku terlalu banyak berjalan jauh apatah lagi pulang ke kampung yang mengambil masa 6 jam menggunakan hway atau pergi ke tempat kursus. Travel222.

Jika negara 1Malaysia ini selamat, aku tidak perlukan fikirkan semua ini. Hanya Allah tempat pergantungan kita dan kita juga perlukan sesuatu usaha untuk mengelakkan kecelakaan. 'Mencegah lebih baik dari mengubati'. 

*pertandingan tilawah al-quran kelas Tahsin (Tarannum) terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan salah seorang peserta*

12 Januari 2012

Iman Nipis.

Orang bukan Islam boleh tolong Islam. Kenapa orang Islam sendiri susah nak tolong sesama Islam? Aku tidak menyebut pun pasal kafir atau yang seumpamanya. Susah sangat ke nak luangkan masa dengan aktiviti di masjid. Memegang syariat Islam seolah-olah mengenggam bara.

Kalau rasa susah, kita lepaskan. Semua perlukan ganjaran dunia. Pujian. Wang. Hadiah. Kadang-kadang rasa kuat bila dalam ceramah agama. Bila keluar dari tempat agama ni terus rasa tak bermaya. Tak bersemangat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan iman senipis bawang pada akhir zaman?

"Saya bukan Ustaz,"

"Saya bukan Ustazah,"

Bukankah hadis ada berbunyi...

"Sesiapa yang mengucapkan kalimah syahadat la ilaha illallah, dia adalah pendakwah/ daei" (tak sempat nak rujuk hadis dari mana).

Kalau semua orang tak nak 'islah diri' atau perbaiki diri...bagaimana pelajar nak jadi seorang yang berakhlak atau mencari model. 

Kenapa orang baru masuk Islam lebih baik daripada kita yang Islam sejak lahir?

Mereka pergi belajar kemudian mengajar orang yang memang dah islam secara keturunan ni.

Adakah hati mereka dah tertutup untuk menerima taklifan sebagai fasilitator? Bukan kami nak hina. Cuba la belajar. Ya, kalau nak minta aku ajar BI, tiada masalah. Aku akan cuba dan kalau tidak tahu...boleh minta pelajar rujuk dengan guru BI sendiri. Objektif tercapai atau tidak...itu terpulang. Cuba dulu tak boleh ke? 

Banyak persoalan aku timbulkan. Macam lepas geram kat blog. Jika di FB aku tak boleh membebel panjang. hehehe...

'dulu biasa beli bawang besar atas kereta keldai'

Biar la Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Jika tidak, berilah peringatan kepadanya supaya sedar akan nikmat Allah yang dia pinjam. Doa orang zalim jangan diperlekehkan sebab ia adalah doa yang mustajab. Tiada hijab. Ingatlah...Jika kita buat 'sesuatu' kepada orang lain, ada orang lain yang akan buat lebih teruk atau sama ke atas kita. Allah Maha Adil.

11 Januari 2012

Minyak hitam.

"7000km you baru tukor minyak hitam oo...bla bla..,"aku dah khayal. Entah2 aku kena tipu kali ni.huhuhu...

"ni fisrt time sy dengar...biasanya 5000km baru tukar minyak hitam...," aku fikir semula.

"ok la sy cuba kali ni...kalau tak elok kereta ni, memang sy cari bengkel lain la," aku setuju dengan cadangannya.

Terkilan. Kalau ikutkan next change engine oil lebih kurang 8000km. Aku takut bengkel sebelum ni tersilap tanda. Dalam 6000km, aku dah pergi servis. Ada juga terfikir...

"Kenapa aku tak tanya orang lain dulu? dah rugi 2000km. Lain kali kena banyak bertanya,"

Aku guna havoline caltex...RM 104. Dulu memang aku pergi ke perodua servis. Mahal tapi minyak hitam semi syn dlm RM 75. Bila bayar..jumlah semua hampir RM 200 juga. Tunggu lama pula.

Apa pun aku belajar juga pasal minyak hitam ni. Kebanyakan lelaki je cakna dengan minyak hitam ni. jadi banyakkan bertanya. hehehe


'sekadar hiasan'

06 Januari 2012

Alhamdulillah...

"Adakah anda sebut 'Bismillah' setiap kali angkat telefon...sebelum sebut 'assalamualaikum/ hello'?"

Mungkin tak pernah buat. Jadi selepas mendengar kata-kata itu...rasa nak buat la.hehehe...perubahan 2012...

Tadi dah selesai urusan kertas kerja untuk pogram untuk panitiaku. Untuk satu mata pelajaran ni...aku seorang sahaja yang mengajar dari tingkatan 1 hingga 3. Aku lah pembuat soalan. Aku lah perancang P & P. Aku lah yang sediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. Itu lah rutin yang tak pernah habis...

Nak minta sponsor...rasa segan. Tapi untuk pelajar-pelajar, aku terpaksa tebalkan muka yang nipis ni.huhuhu...

Walaupun berat tanggungjawab di sekolah tahun ni, ramai yang sudi menolong termasuk pelajar-pelajar. Hanya Allah yang membalas jasa kalian. Mood mengajar masih tiada kerana pendaftaran & bayaran yuran persekolahan. Jadual pula asyik bertukar-tukar. Ada juga jadualku bertembung. Pening juga pembuat last minit ni kan. Jika pelajar buat last minit mesti kena membebel hingga habis waktu. Jangan terasa kalau ada guru2 yang buat perangai macam tu yea.

Kenapa la aku jumpa ramai orang yang ramah hari ini? Aku tak kenal tapi bila bercakap. Orang tu seolah-olah kenal aku lama. Siap tanya berapa orang anak? aku senyum & bagitau je perkara sebenar. Alhamdulillah...

Tadi aku berjaya telefon orang yang ingin aku jemput ke program panitiaku. Segan juga. Guru cemerlang katakan. Aku jadi segan dengan orang hebat ni. Tapi bila aku call...ok je. Hilang rasa segan aku ni.hehehe...Cuma sekarang ni aku perlu bincang dengan pihak sekolah. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusanku.


Allah uji kesusahan tapi aku tak rasa tertekan pun kali ni. Mungkin pengalaman dahulu mematangkan aku untuk berhadapan dengan situasi ini. Hanya Allah tempat aku bergantung walau apa pun terjadi.

Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang sabar. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur....

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...