24 Jun 2012

Kerdil Diri Ini.

Bangun di awal pagi untuk memulakan perjalanan ke sekolah yang belum pernah aku jejaki. Berdasarkan pelan yang diberi oleh rakan-rakan, aku beranikan diri untuk meredah apa jua halangan. Seperti biasa, lebih kurang 7 pagi aku sudah bersedia untuk bertolak ke tempat pertandingan. Surat tugasan dan lantikan mengunci mindaku. Apa sebenar tugasanku? Tiada taklimat atau penerangan yang boleh aku jadikan 'clue'. Pengalaman apatah lagi.

Atas alasan 'aku menurut perintah', aku cuba penuhi permintaan bertugas jam 7.30 pagi. Pada hakikatnya janji melayu tetap tidak akan dimulai 7.30 pagi. Suasana pagi yang baik memboleh aku memandu dalam keadaan aman dan selesa. Hampir ke lokasi yang dituju, kereta mula meluncur perlahan sambil mata melihat kiri dan kanan mencari lokasi sebenar. Aku melepasi pagar sekolah. Sekolah yang besar kelihatan jauh ke dalam. Alhamdulillah aku sampai ke lokasinya.

Majlis ihtifal bermula jam 8.30 pagi. Tidak dapat aku lihat persembahan pelajar-pelajarku. Dari awal hingga akhir, aku berada di kawasan bertugas. Tugasan yang mudah tetapi memerlukan kerjasama yang baik dari semua rakan setugas. Walaupun ada kesilapan teknikal, semuanya berjalan lancar. 12.30 tengahari, bahagian tugasanku selesai. Keringat dan perutku mula meminta diisi.

Maaf. Kali ini aku tidak dapat buat apa-apa kesimpulan memandangkan aku tidak bersama-sama pelajar. Saingan kali ini agak hebat dikalangan sekolah SBP dan SMKA, jangan putus asa untuk persediaan tahun depan. Pengalaman hari ini bukan untuk ditangisi tetapi penguat semangat. Redhalah dengan ketentuan Allah. Moga tiada kekecewaan dalam hati.


Pada pagi sebelum aku ke tempat bertugas, aku sempat buka FB. Adik aku mengatakan ayah tak sihat. Kata-katanya menyentuh hatiku. Ayah batuk dan muntah-muntah. Tak bermaya. Terasa nak balik kampung. Bila aku buka FB semula, chatting dengan adik. Katanya ayah dah ok. Alhamdulillah. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kedua ibubapaku. Lambat lagi cuti? Bila aku nak ambil peluang pulang walaupun sekejap ni? Aku masih berani?

21 Jun 2012

Cinta Bukan Matlamat Tetapi Sebagai Alat

Pernah tengok filem Bollywood? Penuh dengan cinta. Sehingga sesiapa yang menonton akan merasakan cinta itu adalah segala-galanya. sehingga Tuhan pun tidak dapat memisahkan mereka. Adusss! Bertuhankan cinta pula. rosak betul muda mudi sekarang jika mereka jadikan filem-filem ini contoh. Siapa yang masukkan unsur-unsur ini?

Keluarlah kata-kata 'makan tak kenyang...mandi tak basah'. Dengar tazkirah dari Ustaz Pahrol ini dulu. Jom layan...^_^

'Ustaz Pahrol'

Orang berilmu yang tawaddu' diumpamakan seperti air. Air akan mengalir ke tempat yang rendah. Air akan terjun dari tempat tinggi ke tempat rendah. Air juga akan berkumpul ditempat rendah seperti lembah, wadi dan sebagainya. Akhirnya membentuk sumber air bagi kehidupan manusia.

Begitulah seorang manusi. Lagi dia merendah diri, lagi mudah dia mendapat ilmu. Tidak malu menerima ilmu dari orang yang yang lebih kecil dari kita. Dari segi jawatan dan sebagainya. Sehingga ada hadis mengatakan mengatakan," Aku tidak tahu," adalah sepatuh daripada ilmu. Sebab itu akhir sterakhir begi orang yang berilmu adalah "Allahu A'lam," yang membawa maksud Allah yang lebih mengetahui. Pengetahuan manusia terbatas. Hanya diumpamakan setitis air dilautan yang luas.

Persoalan 'cinta' bagi Ustaz Pahrol adalah penting kerana Allah berfirman dalam Al-Quran sebanyak 80 kali. 80 kali tu. Jika Allah sebut sekali pun dah dikira penting. Ini 80 kali. Ini menunjukkan CINTA itu penting. Ada yang tidak bersetuju? Ada juga aku dengar ,"manusia memerlukan kasih sayang,". Betul. Aku tak salahkan ayat ini. Sebab kurang kasih sayang menyebabkan remaja sej=karang lebih percaya kekasih daripada ibubapa. "BF saya lebih memahami saya berbanding orang lain," kata seorang remaja. "kalau saya terluka, dia memujuk saya dengan kata-kata yang lemah lembut,"ayat biasa aku dengar.

Kita kembali kepada persoalan kenapa cinta itu penting?

CINTA menentukan masa depan kita pada masa akan datang!

Ada seorang Arab badwi datang jumpa Rasulullah dan bertanyakan tentang hari kiamat. Nabi jawab dengan pertanyaan juga,"Apa pesiapan kamu menghadapinya?"kata badwi ini ,"aku tidak bersedia menghadapinya lagi. Cuma akau persiapkan diri aku dengan cintakanmu, wahai Rasulullah"."Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat nanti," kata Rasulullah SAW.AWAS!Jika kamu cinta di dunia, kamu menuainya di akhirat nanti.Jika kamu cintakan kebaikan, kebaikan yang kamu dapat di akhirat nanti.
Jika kamu cintakan keburukan, kebutukan itu akan datang kepada kamu di akhirat nanti.

Tanda cinta....

1. RINDU : terasa dalam diri. teringat akan dia.

2. SEBUT : selalu sebut. tidak letih menyebut. berulang-ulang kali sebut.

3. JUMPA : nak berjumpa. ingin berjumpa.

4. IKUT :ikut kelakuannya. buat selaras dengan kehendak orang yang dicintai.

Betul tak??? Fikir la sendiri ^^

Manusia juga ada yang menjadi HAMBA CINTA. Sebab manusia akan bertindak dengan apa yang dia RASA.

Contoh...

Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah, 80% orang Islam di Malaysia tidak solat. Aku tak tau adakah Melayu sahaja atau campur dengan bangsa lain. Dalam 5 solat fardu itu, solat subuh la paling ramai orang Islam tidak solat. Susah nak buat. Semua orang Islam akan kata ,"Assolatu Khairum Mina Naum (Solat itu lebih baik dari tidur)," Kita tau tetapi tidak rasa solat itu lebih baik dari tidur...

Aku nak ambil kata-kata Ustaz Pahrol ini," ramai orang mencari bahagia dalam rumahtangga tetapi tidak ramai orang membawa bahagia dalam rumah tangga. Kata ulama' JANGAN cari bahagia dalam rumah tanggan tapi BAWAlah bahagia dalam rumahtangga," Bila difikirkan...betul juga. Mungkin sebab itu, wujud perceraian setiap 15 minit. Seorang bayi lahir setiap 18 minit akibat zina. Hancur negara!

Ini menunjukkan kita TIDAK PANDAI URUSKAN CINTA DALAM KEHIDUPAN.

Ingatlah!

Kita harus akui umat Islam telah jatuh ke tahap paling bawah. Agama Islam tidak akan jatuh tetapi umat Islam yang jatuh. Jika pen jatuh ke bawah, adakah dia akan jatuh lagi? Tidak kan. Sebab tidak ada bawah lagi. Begitu juga jika kita tidak akui kita telah jatuh ke tempat paling bawah, kita akan terus jatuh lagi. Jadi, JANGAN nafikan bahawa kita tidak jatuh lagi. Sebab bila kita jatuh ke tempat paling bawah, kita akan naik semula. sebab tiada tempat lagi kita nak pergi. Mesti kita naik semula kan.

Analogi...

Jika kita nak satu kayu dengan kayu, perlu cantumkan dengan paku.

Jika kita nak satukan batu dengan batu, mesti dengan simen.

Jika kita nak satukan manusia, perlu dengan IMAN.

Kenapa umat Islam sekarang berpecah? Apa puncanya?

1. Percaya ada Allah tetapi tidak yakin kepada Allah.

2. Percaya kepada akhirat tetapi tak rasa akhirat itu ada. Cuba lihat dalam agama lain. Adanya percaya kehidupan semula bagi agama Budha. Adanya hukum karma bagi agama hindu. Ini menunjukkan TIDAK ADA KEADILAN MUTLAK ATAS DUNIA. Hati atau fitrah kita merintih inginkan akhirat. Adanya hari pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan di dunia ini...andai kita semua rasa adanya hari pembalasan ini, kita tidak akan melakukan apa yang Allah larang. Tidak ada balas dendam dan hasad dengki. Tapi tengok sekarang...realiti kita...huhuhu

3. Terlalu pentingkan diri sendiri. Sebab itu CINTA MESTI KERANA ALLAH yang pasti kena CINTA ALLAH DAHULU.

Kenapa Allah anugerahkan cinta kepada kita?

Mulakan dengan tujuan Allah ciptakan kita. Iaitu untuk menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

AMANAH...berat atau ringan. Sebelum Allah offer kepada manusia, Allah telah offer kepada makhluk lain. Semua tidak sanggup. Sehingga dalam al-quran surah Al-Hasy ada menyebut bahawa jika diberi kepada gunung, hancur berkecai gunung itu. Bila di 'offer' kepada manusia, manusia sanggup menanggungnya. Tapi Allah bagitau...JANGAN TANGGUNG SAORANG-SORANG. Mesti berJEMAAH, bersama-sama.huhuhu

Cinta bukan matlamat tetapi sebagai alat.
Cinta bukan tujuan tetapi sebagai jalan.


Syarat CINTA KERANA ALLAH.

1. Ikhlas. Cinta seorang suami atau isteri sebab dia adalah teman untuk merebut cinta Allah.

2. Ikut syariat. Ikut apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.

3. Dahulukan Allah jika bertembung kehendak isteri atau suami dengan suruhan Allah.

Bila seseorang ada masalah, mesti dia ada masalah dalam rukun iman. Kalau syahadah sudah lengkap, cuba tengok solat. lengkap tak?

NAK BAIKI DUNIA, KENA BAIKI MANUSIA,
NAK BAIKI MANUSIA, BAIKI HATINYA,
NAK BAIKI HATINYA, KENA BAIKI SOLATNYA.
BETUL ATAU SALAH?

"Kecilkan masalah, besarkan cita-cita"

Seperti Al-Fateh. Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membebaskan Kostantinopel. Walaupun Rasulullah menyebut dalam hadis," hanya pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik akan dapat menawan Konstantinopel". Al-Fateh tak kata ,"Itu mesti orang lain yang dapat tawan,"..Bahkan dia mengatakan,"aku akan membenarkan kata-kata Rasulullah itu. Akulah orang itu!"

KISAH 1 SINI

KISAH 2 SINI

KISAH 3 SINI


Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Betul?

Bagaimaman nak selesaikan benang yang kusut? Kalau ditarik kasar, benang kan putus. Jika berlembut, sampai bila akan selesai? Petua orang tua-tua...cari punca dahulu. Akhirnyas edikit demi sedikit akan selesai kekusutan benang itu. Wallahu A'lam...

Jika silap pemahamanku..tegur ye

20 Jun 2012

Allah Sayang Hambanya.

Dua minggu, waktu persekolahan berjalan seperti biasa. Penuh dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tidak terlepas dengan perbincangan keputusan peperiksaan pertengahan tahun sebelum cuti. Ada yang mengecewakan. Itu adalah rencah bagi sesebuah sekolah. Kenapa pelajar gagal? Kenapa pelajar ini dapat markah terus sangat? jawapan kepada soalan ini akan menyalahkan seorang guru. Pada hakikatnya, guru telah berusaha sedaya upaya. 

Sekolah sebagai tempat apa bagi seseorang? Terpulang kepada individu. Persepsi seseorang ada perbezaan. Yang paling penting, sebuah sekolah agama perlu menampakkan ciri-ciri sekolah agama. Bermula dari ketua hingga kepada pelajar. Adakah perlu mengaburi mata semua orang dengan sebuah masjid berada didalamnya? Jika begitu, apabila azan berkumandang sepatutnya semua orang Islam patut masuk ke dalam masjid. Semua pekerjaan lain boleh dibuat selepas itu.

Lemahnya diri ini. Ya, aku lemah. Insan lemah. Hanya mampu mengikut kemahuan mereka. Tanpa sedar  diri ini terikut sama bersetuju dengan alasan mereka. Syaitan mula ketawa dengan keadaanku sekarang.    alangkah lemahnya diri ini. Di mana kekuatan diriku yang lalu? Ya Allah bantulah hambamu ini...

Alangkah indahnya perancangan Allah. Allah hadirkan seorang ustaz yang menampakkan ciri-ciri seorang ustaz. Ustaz yang ramai aku kenali tidak sebegitu. Walaupun ada yang mengatakan tidak ada ustaz nak masuk ke sekolahku. Tidak ada permohonan. Sekolah ustaz tak lepaskan ustaz. Pelbagai jawapan yang didengari. Halangan demi halangan, akhirnya seorang ustaz dihantar ke sekolahku. jika dulu aku tertanya-tanya 'Tidakkah pelik sekolah menengah agama tidak mempunyai seorang ustaz?' Alhamdulillah. Moga sinar 'islamic' bersinar di sekolahku.

Jumaat yang lalu. Allah sayang kepada kami. Orang ramai membanjiri masjid untuk menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan kepada semua lelaki kecuali ada keuzuran. Kenderaan memenuhi ruang tempat kosong yang ada. Jika melihat jemaah yang ramai ini, masjid perlu diperbesarkan. Alangkah kecewa menjelang solat fardu. Hanya beberapa orang sahaja yang berjemaah. Adakah ini petanda lemahnya iman umat akhir zaman?


Seorang lelaki berkepala botak. Berseluar jeans warna denim. Memakai baju t-shirt hijau lumut. Penampilannya pelik. Tidak seperti orang yang ingin menunaikan solat jumaat. Aku cuba berbaik sangka. Datang berjumpa dengan GPK kami. Hajatnya ingin menghantar anaknya ke sekolah agama ini. Anaknya dari Maahad Ahmadi. Aku bersangka baik lagi. 'Bagus orang ini hantar anak ke maahad' tapi penampilannya tidak meyakinkan aku. Azan hampir berkumandang. Dia masih bersembang. Selepas kelihatan mesra, dia tawaran barangan murah. Kononnya hasil rampasan kastam. Dia nak jual murah. 

Kepala botak sebab nak pergi umrah. Bila aku tanya macam mana nak tahlul kalau tiada rambut. Dari jawapan yang dijawab, aku dapat agak bahawa dia tidak tahu apa itu tahlul. Atas alasan ingin tolong jual barang original dengan harga murah, nak mudahkan urusan umrah...ada sedikit kepercayaan yang diberikan bahawa dia 'orang baik'. Takkan dia berani sebut,"Saya nak mudahkan urusan di sana. Saya balik ke sini atau tak terpulang la. Mana tau kan?"...perkara ini bukan boleh main. Mana tau andai dia tipu, dia mati katak lepas ni...Atas kepercayaan ini, rakanku telah dahulukan duitnya untuk membayar barang itu. Dapat sahaja duit, aku andaikan dia pergi solat jumaat dulu.

Atas kepercayaan ini, kami telah tunggu sehingga hampir solat asar. Batang hidung pun tak nampak. Sah! dia telah tipu. Jika difikir semula, ada hikmahnya. Mungkin dia nak merompak. Dia tukar plan saat akhir dengan alasan pertukaran anaknya. Jika tak dapat duit, barang kami yang terdiri dari laptop dan komputer disekolah boleh diambilnya. Tapi itu tidak berlaku. Hanya hilang duit sedikit berbanding nyawa kami yang tidak boleh diganti lagi. Hilang duit, kami selamat. Alhamdulillah. Hanya Allah mengetahui.

Andai orang itu membaca entri ini, ingatlah bahawa dia tidak akan selamat dengan kata-kata beraninya. Aku andaikan orang ini tidak akan berani menjejak tanah suci Mekah. Wallahu A'lam.

Moga ia menjadi pengajaran kepada orang lain. 

16 Jun 2012

Keimanan Diuji.

Edit semula dan ubah tajuk ^_^

Peristiwa yang dirakamkan dalam permulaan surah Isra' :

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haran ke Masjidil Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya kerana kami ingin memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Keimanan pengikut Nabi Muhammad SAW diuji. Adakah dia yakin dengan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW?



Akibat tidak percaya peristiwa Isra' dan Mikraj ini,  pengikut baginda ramai murtad.

"Demi Allah, ini sesuatu yang sangat aneh. Demi Allah, sesungguhnya rombongan yang bermusafir  paling cepat boleh sampai selama sebulan dari Mekah ke Syam. Adakah Muhammad mampu ke Syam dan pulang semula ke Mekah hanya satu malam sahaja?" kata salah seorang orang Quraisy sebaik sahaja mendengar cerita yang disampaikan oleh Muhammad SAW. Mustahil bagi mereka, tetapi tidak mustahil bagi Allah terhadap kekasihnya, Muhammad bin Abdullah.

"Hai Muhammad, apa buktinya yang boleh kamu tunjukkan kepada kami?Belum pernah kami mendengar kejadian ini," kata salah seorang dari mereka.

"Aku tersempak dnegan kabilah Bani Fulan. Apabila mendengar suara haiwan, mereka lari lintang pukang. Aku memanggilnya tetapi tidak dipedulikannya. Aku terus menuju ke Syam. Kemudian aku jumpa satu kafilah lagi. Mereka sedang tidur. Aku membuka tempat isi air mereka dan aku minum dan aku tutup penutupnya seperti biasa," kata Rasulullah.

"Jika kamu tidak percaya, ada bukti lain lagi," mereka ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

"Kafilah tadi sedang singgah di Baidha' di Tsanitatum Tantim. Di depan mereka didahului unta berwarna kelabu. Unta itu ada dua karung. Satu berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih bersinar," jelas Rasulullah.

Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka pergi ke Tsaniyyah. Disana mereka bertanya mengenai tempat air kafilah yang kosong dan peristiwa mereka lari lintang pukang.

"Demi Allah, dia berkata benar. Memang kami lari lintang pukang pada malam itu selepas terdengar suara haiwan. Kemudian kami mendengar ada seseorang memanggil," kata ahli kafilah ini.

Peristiwa yang menguji logik akal mereka tidak dapat diterima mereka. Lantaran iman yang tidak kuat dan tiada iman dalam hati, mereka menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengetahui pandangan seorang sahabat yang paling rapat kepada Muhammad bin Abdullah ini.

"Muhammad mengaku dia telah pergi ke Baitul Maqdis dan solat di sana. Kemudian kembali ke Mekah. Bagaimana pendapatmu tentang sahabatmu ini, wahai Abu Bakar?" tanya mereka.

"Apakah kamu tidak mempercayai ceritanya?" tanya Abu Bakar.

"Ya, aku tidak mempercayainya. Dia berada di masjid, sedang menceritakan peristiwa yang baru dialaminya," jawab mereka.

"Demi Allah, jika itu yang dikatakannya. Benarlah. Kenapa kamu pelik dengan kenyataannya? Demi Allah, sesungguhnya jika dia menceritakan bahawa dia pergi dari bumi ke langi dalam masa satu saat, aku tetap mempercayaunya," kata Abu Bakar dengan tegas.

Abu Bakar terus pergi mencari Rasulullah. Selepas bertemu, Abu Bakat bertanya," Wahai Nabi Allah, Benarkah kamu telah menceritakan kepada mereka bahawa kamu diperjalankan ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah menyatakan betul apa yang diperkatakan oleh mereka. Kemudian Abu Bakar berkata,"Wahai Nabi Allah, ceritakan kepadau gambaran Baitul Maqdis itu, kerana aku pernah pergi ke sana,"

Dengan izin Allah, Nabi Muhammad dapat melihat dengan jelas gambaran Baitul Maqdis dan menceritakan kepada Abu Bakar selengkapnya. "Engkau berkata benar, aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah," kata Abu Bakar. Setiap kali Rasulullah menceritakan ciri-ciri Baitul Maqdis, Abu Bakar berkata,"Engkau berkata benar, aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah,"sehinggalah Rasulullah selesai bercerita.

"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau As-Siddiq, orang yang membenarkan," kata Rasulullah sambil memuji Abu Bakar dan memberi gelaran As-Siddiq. Sejak itu Abu Bakar dinamakan As-Siddiq.

Nabi Muhammad SAW tidur di rumah ibu saudaranya, Ummu Hani'. Selepas solat Isya', Nabi Muhammad SAW tidur. Begitu juga keluarga Ummu Hani'. Selepas subuh, Rasulullah menceritakan tentang kejadian pada malam itu sehingga baginda naik ke langit ke-7 dan berjumpa dengan para nabi. Ummu Hani' melarang Rasulullah menceritakan kepada orang ramai kerana bimbang Rasulullah akan disakiti.

Ada pula yang menceritakan bahawa ketika itu Nabi Muhammad SAW tidur di Hajar Aswad, tiba-tiba malaikat mengejutkan baginda. Baginda bangun dan tidak melihat apa-apa. Kemudian baginda sambung tidur semula. Kemudian Jibril datang lagi mengejutkan baginda kali kedua. Seperti kali pertama, baginda tidak melihat sesuatu apa pun dan sambung tidur semula. kali ke-3 baginda dikejutkan lagi. Kali ketiga ini baginda berdiri dan mengikut Jibril ke pintu masjid.

Rasulullah dibuat pembedahan kali kedua oleh dua malaikat, Jibril dan Mikail. Dadanya dibelah dan dikeluarkan hatinya. Hati baginda dicuci dengan air zamzam. Keludian dikeluarkan ketulan hitam iaitu tempat syaitan membisikkan perasaan was-was. Kemudian dituangkan hikmah, iman, dan ilmu ke dalam dada baginda. Kemudian dada baginda dijahit dengan Khatamun Nubuwwah. Selepas selesai pembedahan ini, Baginda Rasulullah SAW menunggang Buraq diperjalankan ke Baitul Maqdis atau dipanggil Isra'. Haiwan ini putih seperti keldai. Pada dua paha haiwan ini ada sayap.

Dalam perjalanan itu, Rasulullah ditemani Jibrail dan Israfil. Apabila tiba di satu tempat-tempat tertentu , Jibrail mengarahkan Buraq berhenti dan Rasulullah diminta solat dua rakaat. Tempat-tempat ini adalah tempat bersejarah. Taybah atau Madinah merupakan tempat hijrah Rasulullah.  Bukit Thursina, tempat Nabi Musa menerima wahyu. Batul Laham, tempat Nabi Isa dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Nabi Muhammad menghadapi gangguan dari Jin Ifrit yang membawa jamung api. Di situ, Rasulullah diperlihatkan kaum yang sedang menanam dan terus menuaikan hasil tanaman mereka. Apabila dituai, keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai lagi. Hal ini berlaku berulang-ulang kali.

"Itulah kaum yang berjihad 'fi sabilillah' yang digandakan pahala kebajikannya sebanyak 700 kali ganda. Bahkan digandakan lebih banyak lagi," kata Jibrail.

Kemudian Rasulullah melalui tempat yang berbau harum.

"Itulah bau kubur Masyitah, tukang sisir rambut anak Fir'aun bersama suaminya dan anak-anaknya. Termasuklah bayi yang boleh bercakap untuk menguatkan iman ibunya yang tidak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan," kata Jibrail.

Kemudian Rasulullah berjumpa sekumpulan manusia sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali kepala itu dipecahkan, ia kembali sembuh. Kemudian dipecahkan semula. Kejadian ini berulang-ulang kali.


"Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud iaitu bersolat," kata Jibrail.


Kemudian Rasulullah melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka memakan bara api dan batu dari neraka. Kata Jibrail," Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka."


Kemudian Rasulullah melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail,"Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami."


Kemudian Rasulullah diperlihatkan seorang lelaki berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail,a" Itulah orang yang makan riba."


Kemudian Rasulullah melihat seorang lelaki menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail,"Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain."


Kemudian Rasulullah melihat satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail,"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya."


Kemudian Rasulullah melihat satu kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail,"Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."


Kemudian Rasulullah melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail ,"Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat."


Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan memanggil Rasulullah. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail,"Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."


Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail," Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua."


Kemudian Rasulullah melihat seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail,' Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat."


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat. Makmumnya terdiri daripada para Anbiyao dan para Solihin.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail,"Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat."


Kemudian baginda di Mi'rajkan dalam Surah An-Najm ayat 11-18:

"Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Maka apakah kamu hendak membantahnya tentang apa yang dia lihat itu? Padahal sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi. Di dekat Sidratul Muntaha. Yang di sisinya ada syurga tempat kembali. Tatkala Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputi. Tidak berpaling penglihatan matanya dan tidak dia melampaui batas."

Semasa Rasulullah dimikraj iaitu naik ke Sidratul Muntaha menemui Allah.


Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


 Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S


Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. 


“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga,”pesan Rasulullah. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


Seterusnya, ke Sidratul Muntaha, “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya


Pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Rasulullah berjumpa Allah tanpa hijab, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad. 


Rasulullah : Labbaika. 


Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 


Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. Nabi Musa  menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj, Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

Gunakan Kesempatan Yang Ada.

Berapa ramai manusia melakukan kerja atas usaha sendiri?

Berapa ramai manusia suka mengampu ketua mereka?

Berapa ramai manusia suka menggunakan 'cabel'?

Berapa ramai manusia suka mengambil hak orang lain?

Berapa ramai manusia suka mendapat kekayaan dalam sekelip mata?

Jawapan kepada soalan aku ini ada positif dan negatifnya.

Semua manusia ingin membuat kerja yang senang tanpa usaha yang luar biasa.

Contoh yang aku lihat disekelilingku adalah suka mengampu ketua supaya mudah mendapat habuan. Mereka suka menggunakan 'cabel' tanpa bergantung kepada Allah. Mereka lebuh suka mengguna hak orang lain tetapi tidak menggunakan apa yang ada pada diri mereka. Mereka suka mendapat harta tanpa usaha seperti harta pusaka.

Allahurabbi!

Mungkin harta kita yang hilang boleh menyelamatkan diri dari sesuatu kecelakaan. Mungkin juga harta kita tidak bersih, dengan cara dirompak secara halus. Jika tidak, berlaku kerosakan yang lebih besar lagi. Itulah hikmahnya diluar kesedaran kita.

Ada sesuatu yang mencabar daya ketahanan diriku. Sesuatu yang membuatkan aku kurang menghormati seseorang. Bukan dibuat-buat...tetapi hatiku tertutup untuk menerima kebaikannya. Adakah hatiku kotor? Ya Allah, bersihkan hatiku dengan namaMu yang Maha Tinggi dan Maha Penyayang.

Bulan puasa tidak sampai sebulan lagi. Allahumma Balighna Ramadhan!

Hari isnin ini cuti sempena Isra' Mikraj.


Tugasan keduaku yang diberi kesempatan oleh seseorang agak mengecewakan. Aku hilang fokus. Tugasan pertama dikira berjaya. Aku akan cuba buat semula kerana ini sahaja kesempatan yang ada untuk aku pelajari dari orang yang berpengalaman. Ada yang tawarkan diri untuk menyemak hasil kerjaku, sepatutnya aku buat dengan bersungguh-sungguh. Silapku kerana tidak yakin kepada diri sendiri.

Aku redha andai tugasan ini menyebabkan aku tidak mendapat tugasan ke-3. Gagal ke-2 tidak bermakna aku akan terus menyerah. Ini kesempatan masa mudaku sebelum masa tua. Masa lapang sebelum masa sibuk.

Sessi pembelajaran tidak akan habis sehinggalah aku dijemput ilahi. Teringat kematian adalah terapi paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tapi aku tidak kuat menghadapi godaan dunia termasuk teknologi yang semakin berkembang ini.

Aku sangat mengharapkan ada seseorang yang dapat memandu aku terus beristiqamah mendekatkan diri kepada Allah. Moga harapan ini menjadikan aku orang yang mengharap belas ehsan dari Pencipta, Allahurabbi!

11 Jun 2012

Ya Allah, tabahkan Hati Mereka.

Perjalanan 500m dari sekolah menemukan aku dengan deretan kereta yang datang ziarah. Hati mana tidak keruan andai itu adalah keluarganya atau ibu bapanya. Perjalan merentasi deretan rumah yang cantik dan kemas serta penempatan yang terancang menjadikan diri ini terasa kerdil. Kampung ini memang cantik tetapi ada pilu dihati ahli keluarga terdekat. Orang ramai membanjiri sekitar rumah. Penuh kaum wanita di dalam rumah dan juga pebuh kaum lelaki di luar rumah. Ramai rakan seangkatan datang menziarahi memberi sokongan kepada keluarga ini.

Hafiy dan Faris, masing-masing di tingkatan tiga dan satu menhadapi kematian ibunya yang masih muda. Ibunya masih muda pada anggapanku. Orangnya cantik berkulit bersih dan sentiasa tersenyum. Menambah seri dimukanya tampak lembut berbudi bahasa dan bersahaja.

Beliau meninggalkan 5 orang cahaya mata dan Hafiy adalah anak sulong. Paling bongsu masih berumur dalam lingkungan 3 tahun. Bagaimana keadaan mereka tanpa ibu pada hari-hari akan datang? Tidak dapat aku bayangkan keadaan mereka. Allah Maha Kuasa yang menghidupkan dan mematikan manusia. Tidak satu makhluk pun yang mampu menghalang kehendak Allah ini.


11.10 pagi, aku menghabis sessi pembelajaran atau perbincangan soalan percubaan PMR 2011 bersama pelajar tingkatan 3. Terlupa menanyakan tentang ketiadaan Hafiy dalam kelas. Tiada pertanyaan untuk pelajar yang tidak hadir pada hari pertama selepas cuti pertengahan tahun ini. Aku tenggelam dengan perbincangan jawapan.

Aku masuk ke bilik guru seperti biasa membawa buku rekod mengajar dan buku set soalan percubaan PMR. Belum sempat sampai ke mejaku, satu suara menyapa,"Pia, mak Hafiy meninggal," kata Kak Sue. Kelu sekejap sebelum aku mengalunkan kalimah 'innalillah wa inna ilairajiunn'. Patutlah ramai guru 'hilang'. Mereka pergi ziarah keluarga Hafiy dan Faris.

"Kata orang mak Hafy demam. Doktor tak dapat detect penyakit apa pun. Dia meninggal kat rumah," entah siapa yang cakap dikalangan guru ini. Fikiranku tidak berfokus kepada sesiapa kecuali mendengar maklumat yang disampaikan.

Bila pulang ke rumah, terbayang kisahku sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Tiada kematian berlaku dalam keluargaku kecuali beberapa orang yang kritikal. Seorang ke ICU Hospital Sultanah Zahirah, Kula Terengganu. Seorang lagi di ICU HUKM Kubang Kerian. Ketika itu aku masih tinggal di asrama. Sejak peristiwa itu, aku banyak menyendiri dan termenung memikirkan nasib adik dan abangku yang masih di ICU. Kadang-kadang air yang bertakung pada mata ini turun dengan lebat. Sokongan dari keluarga lain dan kawan menguatkan diri ini untuk teruskan pembelajaran. Alhamdulillah, mereka berdua kembali sihat dan meneruskan pembelajaran. Walaupun mereka ada kekurangan, mereka tetap berusaha belajar.

Moga keluarga Hafiy dan Fares terus tabah menghadapi kehidupan yang sementara ini. Bila-bila masa sahaja Allah mampu menarik kembali apa yang Dia beri sebagai pinjaman. Janji Allah sentiasa benar. Redhalah dengan apa yang berlaku. Kembali kepada Allah. Pohonlah kekuatan dari Allah. Jadilah anak yang soleh untuk ibu dan ayah sebagai bekalan mereka di sana.

Al-fatihah untuk Allahyarhamah !

09 Jun 2012

Kisah Penulis.

Penulis ini pernah menghasilkan buku Catatan Hati Nik Nur Madihah dan juga skrip drama 'Dingin Lavenda'. Banyak lagi buku, cerpen dan skrip drama yang telah dibuat. Semuanya 'top-top!' Umurnya setahun lebih veteren dari aku. Anak penulis terkenal yang mempunyai nama di tanah air ini. Ummu Hani Abu Hassan empunya nama. Inilah hasil didikan bapanya sejak kecil walaupun pada asalnya seorang yang agak nakal ketika usia kanak-kanak rebina.

'I Want to Be A Writer' menjadi santapan mataku. Tujuan asal mencari buku 'Sunan Musafir' oleh Ramle Awang Mursyid tidak kesampaian. Terus tangan ini mencapai 'I want to be a writer' di rak-rak buku yang tersusun rapi. Bermula dengan sinopsis dibahagian belakang dan aku terus membaca sedikit isinya kandungannya. Cara penceritaannya agak santai mengurangkan rasa kantukku berbanding membaca buku 'berat', sarat dengan maklumat.


Latihan pertama yang diberikan adalah mencatat apa yang dilihat sepanjang perjalanan balik kampung. Kereta, pokok, jalan raya, sign board, trafik light, ragam manusia yang memandu dan sebagainya.Seterusnya menulis dalam diari ketidakpuasan hati terhadap sesiapa sahaja yang berada disekeliling. Latihan ini berjaya dikembangkan menjadi idea kreatif dalam penulisan. Suka adaptasi cerita dan imaginasi yang membawa kepada mengenal Allah. Tidak lupa juga kembara ke tempat-tempat tertentu dinukilkan sebagai kenangan dalam bentuk penulisan. Ini adalah hadiah yang terbaik untuk  keluarga, kenalan, sahabat dan guru.

Tak rugi membaca kisah Kak Ummu ni. Jika anda berminat menulis, boleh cari buku ini di mana-mana kedai buku walaupun baucer 200 dah habis.

08 Jun 2012

Lawatan Ke Terengganu.

Galau dihati bila mendapat tahu 'lawatan ke Terengganu'. Cuti sekolah memang 'jem' jalan di negeriku ini. Apatah lagi lawatan yang membawa ramai pelancong ke sini. Aku berlapang dada bila Dr Baharrudin minta dibuat 6 Jun 2012. Setelah perbincangan dibuat antara kaunselor dan pihak pentadbir sekolah. tarikh 6 Jun dipersetujui. Harapanku agar dapat ke Balai Cerap Kusza di Maran. Balai cerap ini mengingatkanku tentang pembelajaranku dalam Sijil Falak Syarie 2005. Memang ilmu falak mudah dilupai jika tidak dipraktikkan seperti ilmu faraid juga. Inilah ilmu yang terawal hilang dari manusia di akhir zaman ini.

Harapan ke Balai Cerap Kusza terhapus bila cerapan ini dibuka untuk orang ramai di Padang Latihan Memanah Unisza. Seawal 8.15 pagi, kami bertolak dari homestay As-Salam di Tanjung Jaafar. Hanya 10 minit perjalanan, kami sudah berada di pintu pagar Unisza. Tergeliat lidahku nak sebut nama ini. Nama KUSZA lagi best. Apa kata bekas pelajar KUSZA?hehehe...

Fenomena langit atau transit zuhrah yang berlaku pada 6 Jun 2012 dihebohkan dalam akhbar oleh Dr Baharrudin Zainal. Berita  yang disiarkan pula di Baitul Hilal. Kecian Dr Bahar.Tiada laporan pemberita pasal hal ini di padang sasar latihan memanah di UNISZA. Tak perlu penghargaan dari orang tapi yang penting apa sumbangan kita kepada orang lain termasuk orang ramai yang buta tentang fenomena ini.

'Titik hitam yang kecil itu( Zuhrah) melintasi Matahari 105 tahun sekali. Ehsan dari Kak Zu Norwi'


'Gambar dari Kak Jamilah'













Seterusnya Taman Tamadun Islam tempat lawatan seterusnya. 21 replika masjid seluruh dunia dipertontonkan di Pulau Wan Man ini. Semuanya ada nilai sejarah yang telah terkubur dengan arus kemodenan sekular. Masjid bukan dibuat tempat solat, malah dijadikan tempat pelancongan. Adakah kita masih berfikir tentang hal ini? Allahu Akbar!



 












Lawatan singkat ini berakhir di Pasar Payang. Sebagai warga Terengganu, terlalu jarang aku ke sini. Tempat ini bergantung kepada pelancong sebagai pembelinya. Sekadar pemerhatianku yang cetek ini. Semuanya terpulang kepada individu.

p/s: Maaf...sekadar yang termampu aku buat untuk membantu melancarkan perjalanan lawatan ini. Aku tidak sesuai dijadikan pemandu pelancong. Lebih kenal negeri orang dari negeri sendiri.

Catatan ringkas ini sebagai pembuka mindaku. Sekarang dalam proses menghadam buku 'I want to be a writer' oleh Ummu Hani Abu Hassan. Anak kepada penulis yang ternama Cikgu Abu Hassan Morad. Best la kak Ummu ^_^

04 Jun 2012

Ku Terima TakdirMu.

Kau penentu hidupku,
Walau dicemuh oleh orang disekelilingku,
Desakan demi desakan,
Tapi aku tetap dengan diriku,

Aku tetap hambaMu,
Yang mendambakan perhatianMu,
Meniti hari-hari dengan penuh cabaran,
Persoalan tidak pernah habis diselesaikan,
Aku terus merungkai persoalan ini,
Walau pun mempunyai seribu halangan didepan,

Perlahan-lahan menyelesaikannya
Bagaikan menarik rambut dalam tepung.
Adakah aku mampu melakukannya?
Terus berusaha untuk mengapai sebuah impian.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian,
Jangan berputus asa dengan RahmatNya,
Pelangi mungkin ada selepas hujan,
Mungkin juga tidak.

'gambar hiasan'

Tabahlah hati menempuh dugaan,
Yang tak pernah habis,
Sebelum dijemput Ilahi,
Adakah aku bersedia?

Alhamdulillah,
Engkau tunjukkan jalanMu,
Sebelum aku berharap kepada insan itu,
Engkau tunjuk keredhaanMu,

Andai ini Kisahku,
Aku terima takdirMu,
Dengan hati yang lapang,
Semoga yang lebih baik akan menyusul.

p/s: Tak tau nama apa ni. Jangan salah faham yea. Ada kaitan antara hidup dan mati.hehehe...

01 Jun 2012

Fenomena Langit 6 Jun.

Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.


Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.
Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.
Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.
“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.
“Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari,” katanya, di sini, semalam.
Baharrudin berkata, berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’.
“Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.
“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata, di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.
“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.
Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.
Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama.

SUMBER: BH

p/s: Jika di izinkan Allah (Insya Allah) kita akan melihat fenomena ini. Tolong jaga adab di tempat orang ramai yea. tq ^_^

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...