20 Julai 2014

Duri Dalam Empayar Islam.

Assalamualaikum dan selamat mempertingkatkan amalan di fasa terakhir Ramadhan 1435H.

Salam takziah untuk keluarga tragedi MH17.

Pray4Gaza.

Penuh dugaan di bulan Ramadhan. Ketika pesta bola bermaharajalela, Gaza diserang bertubi-tubi. Apa yang pasti umat Islam sedunia adalah penonton sahaja termasuk aku. Begitu lemah kita sekarang ketika berhadapan dengan saudara sendiri disembelih dihadapan mata tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ampunilah kami, Ya Allah. Bantuan dan doa menjadi senjata terakhir dari diriku yang hina ini. Allah...

Semalam, aku baru sahaja dapat menghabiskan bacaan berkaitan zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah. Tokoh yang tersangat baik dihadapan rakyat, rupanya seorang pengkhianat kepada kerajaan Islam. Tokoh ini diberi nama Muhammad Ali. Muhammad Ali merupakan Islam pada nama tetapi bukan pada amalan. Kenapa aku berkata sedemikian?

Kisahnya bermula dengan perjanjian yang dibuat bersama Perancis sebelum Muhammad Ali menjadi Perdana Menteri di Mesir pada tahun 1805M. Pengaruh Perancis membuatkan Muhammad Ali diangkat menjadi PM. Dalam pentadbirannya, terdapat orang Kristian, Yahudi dan sedikit orang Islam. Tentera Mesir juga bercampur dengan bukan Islam.

Sebelum ini, tentera Islam terdiri daripada orang muslim yang kuat pegangan agama. Jika masuk waktu, terus solat berjemaah. Berjaga malam. Sentiasa membaca Al-Quran. Sebaliknya berlaku pada zaman Muhammad Ali di Mesir. Mereka sentiasa dipenuhi dengan arak, penghibur-penghibur wanita dan penzinaan dianggap perkara biasa.

Muhammad Ali merupakan boneka kepada kerajaan Perancis. Perancis melantik Muhammad Ali supaya dapat meneruskan agenda yang telah dirancang ketika menjajah Mesir. Muhamamd Ali mendapat tunjuk ajar dari Perancis. Gerakan Freemason yang dibawa oleh Perancis mencapai matlamat mereka melalui Muhammad Ali. Pemerintahannya dianggap kejam dan bertentangan dengan Islam. Undang-undang Islam ditukar dengan undang-undang Perancis. Britain yang merupakan sekutu Perancis menggunakan Muhammad Ali dengan meletakkan Armada Laut mereka di Iskandariah.

Ketika golongan Salafi atau dipanggil Wahabi menguasai Tanah Haram (Mekah dan Madinah). Berlaku fitnah yang mengatakan penguasa Tanah Haram, Putera Saud menentang Kerajaan Uthmaniah. Kerajaan Uthmaniah meminta Muhammad Ali menangani masalah ini. Muhammad Ali menghantar anaknya, Ibrahim Basha dan berjaya menawan dua  kota ini. Putera Saud ditangkap, diarak sekeliling kota dengan cara pernghinaan dan 3 hari kemudian dibunuh. Kejam!

Ahli Sejarah, Abdul Rahman Al-Jabarati menggambarkan Muhammad Ali

1. Seorang penipu dan pembohong

2. Selalu mengguinakan sumpah palsu.

3. Menggunakan idealogi Mechiavelli (matlamat menghalalkan cara)

4. Kebanyakan penasihat beliau adalah pegawai kanan yang beragama Kristian dan Yahudi.

5. Sifat buruk seperti gila kuasa, kejam, ego dan membelakangkan agama Islam ---> sifat yang diingini oleh gerakan Freemason---> menjadikan Muhammad Ali tokoh yang bakal menghancurkan Islam dan Khilafah Islam dari dalam. Kemudian diikuti tokoh seperti Mustafa Kamal Attartuk.

Apa kaitan Muhammad Ali dan Freemason?

Jika dilihat dari keupayaan Muhammad Ali, amat mustahil bagi diri mencapai kejayaan yang membanggakan menjadi Pemerintah Mesir tanpa bantuan. Muhammad Ali masih muda, tiada pengalaman, tidak tahu sejarah dan budaya Mesir tetapi boleh jadi Pemerintah. Disebalik kejayaannya, ada pihak lain yang membantunya mencapai matlamat. Banyak perkara yang perlu dipersoalkan. Antaranya bagaimana Muhammad Ali dapat membanyar gaji tentera terutama selepas Mamalek di pedalaman menjaya menawan harta penduduk di sana?

1798 gerakan Freemason secara rahsia muncul melalui pegawai-pegawai kempen Perancis dan diberi kebenaran oleh Napoleon. Kleber yang menggantikan Napoleon dan beberapa pegawai Perancis mengasaskan gerakan Freemason di Kaherah menggunakan nama gerakan Isis, Memphis atau cara timur kuno. Tahun 1800 gerakan ini aktif secara rasmi selepas kematian Kleber. Mereka masih bergerak secara rahsia.

Antara Kempen Perancis yang mendokong idealogi Freemason:
"Menyemai budaya tercemar dalam budaya umat Islam Mesir seperti perzinaan, pendedahan aurat, menggalakkan wanita-wanita jalanan melakukan perkara-perkara haram secara terbuka"
Ulama' yang terpengaruh dengan gerakan ini adalan Syeikh Hasan Attar. Pada awalnya, Syeikh Hasan melarikan diri ke pedalaman tetapi kembali ke Kaherah selepas dipelawa oleh Perancis. Syeikh Hasan mengajar Bahasa Arab kepada pihak Perancis. Beliau menguasai ilmu-ilmu pengetahuan mereka. Syair-syair karangan Syeikh Hasan kerapa memuji persahabatan dengan Perancis. Semua ini mendorong beliau mendakwa diriknya sebagai pendokong pembaharuan. Syeikh Hasan semakin akrab dengan Muhammad Ali.

Apakah Freemason?

1. Freemason jambatan yang digunakan oleh Zionis Antarabangsa yang ditubuhkan oleh 9 orang Yahudi. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Yahudi antarabangsa yang menguasai dunia. Sekarang sudah wujud iaitu Israel.

2. Mereka menamakan diri mereka sebagai 'kuasa rahsia'. Mereka mengamalkan KERAHSIAAN, PERJANJIAN dan KESETIAAN yang diambil dari anggota yang menyertai mereka. Ahli mereka ini sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka.

3. Gerakan Freemason ini berjaya merosakkan masyarakat Barat. Mereka berjaya menarik ramai anggota melelaui slogan ' kebebasan, persaudaraan dan persamaan'. Inilah yang berlaku sekarang.

4. Freemason dalah tangan-tangan Yahudi yang melaksanakan rancangan mereka menindas, menghancur, membunuh dan merampas dengan cara berkesan di seluruh dunia.

5. Freemason adalah senjata pemburu yang berada di tangan Yahudi. Senjata ini digunakan untuk menundukkan pemimpin-pemimpin negara, memperdayakan bangsa yang alpa dan rakyat yang jahil.


6. Freemason adalah bahaya yang tersembunyi di sebalik simbol, istilah dan kerambit yang ditusuk oleh Yahudi ke hati bangsa manusia. Mereka mewujudkan musuh dalam bangsa itu sendiri mewujudkan kepincangan di tengah masyarakat manusia.

7. Freemason adalah kala jengking ynag menyengat bisa kepada seluruh manusia semenjak berkurun lama. Mereka berselindung disebalik  slogan 'kebebasan, persaudaraan dan persamaan'

8. Freemason bangsa Yahudi yang mahir dengan komplot dan muslihat sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dalam kisah Bani Israel. Kisah bersama Musa. Bunuh para nabi dan rasul dan banyak lagi. Mereka menyebarkan anti-Tuhan dan menyuburkan budaya perosak dan tidak bermoral.

Demi menjaga kepentingan Freemason, Perancis perlu menyokong Muhammad Ali di Mesir. Pusat-pusat Freemason berkembang pesat di Mesir, Sham dan Turki.

Muhammad Al meneruskan polisi menghantar para pelajar yang masih muda ke Eropah untuk belajar di sana. Tindakan ini amt merbahaya kerana membuka ruang kepada fahaman sekularisme. Fahaman ini masuk dalam bidang pendidikan dan seterusnya masuk dalam kehidupan di Mesir. Anak muda ini menjadi senjata barat apabila kembali ke negara sendiri. Mereka ini alat yang memudahkan Zionis menghancurkan Empayar  Uthmaniah tanpa menggunakan kuasa ketenteraan.

Modul pengajaran yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Freemason Napoleon. Ini diakui oleh ahli sejarah Inggeris, Arnold J Toynbee:
"Muhammad Ali adalah seorang diktator yang mampu mengubah ideologi Napoleon menjadi realiti di Mesir"
SUMBER: Buku Empayar Uthmaniah

16 Julai 2014

Tentera Inkishar atau Tentera Jennisaries.

Nama 'tentera Janisari' pertama kali aku aku tahu ketika membaca buku berkaitan Empayar Uthmaniah. Bukan mudah untuk aku ceritakan semula tentang tentera ini. Tentera Janisari dibubarkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud II  (1223H-1255H/ 1808M-1839M)

Janisari berasal dari bahasa Turki Uthmaniah yang membawa maksud 'pasukan baru'. Pasukan ini dibentuk oleh Sultan Murad I dari Khalifah Bani Seljuk abad ke-14. Pasukan ini pada awalnya terdiri daripada tahanan perang (asal dari Balkan) yang diampuni tetapi dengan syarat membela Empayar Turki Uthamaniah. Mereka merupakan pasukan elit yang terkuat di dunia kerana mereka dianggap tentera pertama yang menggunakan senapang. Tentera ini terkenal sebagai tentera elit pengawal sultan. Tentera inilah yang banyak membantu Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Byzantin.

'sekadar hiasan dari pak google'

Sikap tentera Janisari semakin buruk dan akhlak mereka berubah. Peranan mereka mula berubah. Mereka mula menjadi punca masalah kepada Empayar Uthmaniah dan rakyat. Mereka sentiasa masuk campur dalam urusan  Empayar dan sentiasa terpedaya dengan kuasa. Mereka tenggelam dalam hiburan dan perkara yang haram. Mereka tidak mahu dikerah ketika musim sejuk. Mereka sentiasa mahukan anugerah daripada Sultan. Mereka sentiasa merampas harta ketika menyerang beberapa negara. Mereka mengabaikan semua matlamat mereka ditubuhkan. Mereka bergelumang dengan arak. Mereka sentiasa beroleh kekalahan kerana menjauhkan diri dari kemenangan yang sebenar. Mereka sentiasa memecat dan membunuh Sultan seperti Sultan Uthman.

Sepanjang 10 tahun ketika zaman Sultan Murad IV, tentera Janisari memimpin dalam kesesatan dan kezaliman mereka. Mereka bertanggungjawab melantik sultan dan berkuasa menentukan segala keputusan. Mereka juga bertanggungjawab membunuh Sultan Ibrahim I kerana mahu menjatuhkan beliau. Mereka juga bertanggungjawab merosakkan Empayar kerana mahu mewujudkan suasana yang tidak stabil apabila mereka membunuh Sultan dan melantik anak-anak yang masih kecil sebagai Sultan seperti Sultan Muhammad IV. Akibatnya tentera asing menjajah wilayah-wilayah sehingga memaksa Perdana Menteri dan para ulama' menjatuhkan beliau.

Pada zaman Sultan Salim II, tentera Janisari memberontak dan menyebabkan tentera musuh menawan beberapa wilayah Empayar. Tentera Janisari juga memecat Sultan Mustafa II, Sultan Ahmad III dan Sultan Mustafa IV. Akhirnya pada tahun 1241H, Allah izinkan Sultan Mahmud II membubarkan mereka.

***************************************************

Pada zaman pemerintahan Urkhan bin Uthman (anak kepada pengasas kerajaan Uthmaniah-Uthman) pasukan baru diwujudkan. Pasukan ini lebih sistematik berbanding pasukan sebelum ini. Tentera ini mendapat didikan kha tentang jihad. Mereka bukan dikalangan penganut kristian seperti dakwaan penulis sejarah barat. Mereka adalah anak-anak yang bapa mereka telah memeluk Islam. Bapa mereka ini telah meninggalkan agama Kristian  dan menerima ajaran Islam. Ayah mereka ini secara sukarela menyerahkan anak-anak kepada Sultan untuk mendapat didikan Pendidikan Islam yang sempurna.

Penulis barat mendakwa anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.

Tentera janisari ini juga terdiri daripada pengawai atau tentera Rom yang memeluk Islam dan amalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka sentiasa bersiap sedia sama ada dalam keadaan perang atau aman. Daripada pasukan ini, Urkhan Uthman menubuhkan pasukan berkuda dan tentera pejalan kaki yang akan segera sambut seruan jihad.

Awak Marah Ke?

Kejadian tahun 2010 berulang kembali. Memalukan. Bukan sahaja guru malah malu dengan keadaan pelajar sekolah agama yang dianggap oleh semua orang di sekeliling sebagai pelajar yang baik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa yang boleh aku buat? Kemarahan terluah tetapi adakah itu sekadar tontonan pelajar? Tiada cara penambahbaikan untuk menangani masalah ini. Aku tidak menunding jari kepada orang lain. Aku sendiri lemah. Jika aku lemah, apatah lagi pelajar? Jika guru buta agama, anak murid apatah lagi. Pergaulan bebas antara mereka dibiarkan. Pengisian agama sekadar program sekolah. Hebat di atas kertas tetapi hakikatnya keberkesanan ZERO! 




Apa dayaku? Media dan orang sekeliling mereka sangat memainkan peranan terhadap perubahan tingkahlaku mereka. Ibu bapa paling utama. Ya Allah, Ampunilah dosa kami.

p/s: Wahai remaja, jangan terlalu ikut perasaan. Ingatlah sumbangan ibu bapa dalam membesarkan kalian. Sehingga diri anda tiada cacat cela. Mereka sangat sayang kepada anak-anak. Anak-anak adalah kebahagiaan mereka. Melarikan diri tidak menyelesaikan masalah. Membiarkan ibu bapa menangis siang dan malam memikirkan apa yang telah berlaku pada waktu ini. Anakku makan atau belum? Anakku tinggal bersama siapa? Siapakah yang mereka jumpa? Orang baik atau orang jahat? Polis jumpa atau belum?

15 Julai 2014

Generasi Hampir Hilang.



Adik Musa dimuliakan kerana Al-Quran. Mengalir air mata sesiapa sahaja yang memahaminya. 

Kuatlah Diri, Wahai Pejuang!


Man walks past a mural dedicated to Palestinian resistance fighters

Ramadhan. Bulan yang mulia. Seribu kebaikan dikumpulkan dalam satu bulan. Seribu ujian juga untuk umat Islam yang terpilih. Umat Islam tetap umat yang kuat jika ada iman dalam diri. Di mana iman umat Islam sekarang? Adakah seperti buih di lautan???!

Terasa lemah diri ini apabila aku hanya menonton apa yang berlaku kepada saudara seagama di Palestin. Hancur badan di mamah bom daripada kafir laknatullah, Zionis bukan Israel (Nama Nabi Yaakub). 

10 Julai 2014

Sultan Yang Terlibat Dalam Kejatuhan Empayar Uthmaniah.

Permulaan jatuh Empayar Uthmaniah selepas kematian Sultan Sulaiman Al-Qanuni

Sultan Sulaiman Al-Qaanuni Tahun 974H /1566M

Sultan Salim II, tahun 974H

Sultan Murad III, 982H/ 1974M-1003H/ 1594M

Sultan Muhammad Khan III, tahun 1003H (tak jumpa gambar)

Sultan Ahmad I tahun 1012H/ 1603M

Sultan yang lemah

Sultan Mustafa I (1026H/ 1617M & 1621M-1622M)

Osman 2.jpg
Sultan Uthman II (1026H-1031H/ 1617M-1621M)

IV. Murat.jpg
Sultan Murad IV (1032H-1049/ 1622M-1639M)


Sultan Ibrahim bin Ahmad (1049H-1058H/ 1639M-1648M)- tiada gambar

Sultan Muhammad IV (1051H-1104H/ 1642M-1692M)- tiada gambar
Naik takhta umur 7 tahun.

Sultan Sulaiman Khan II dilantik tahun 1099-tiada gambar

Sultan Ahmad II (1102H-1106H/ 1690M-1694M)-tiada gambar

Sultan Mustafa II (1106H-1115H/ 1694M-1703M)-tiada gambar

Levni 002.jpeg
Sultan Ahmad III (1115H-1143H/ 1703M-1730M)

Mahmud1.jpg
Sultan Mahmud I (1143H-1168H/ 1730M-1758M)

Osman III.jpg
Sultan Uthman III (1168H-1171H/ 1758M-1761M)

Mustafa3.jpg
Sultan Mustafa III (1171H-1187H/ 1757M-1773M)

Sultan Abdul Hamid II of the Ottoman Empire.jpg
Sultan Abdul Hamid I (1187H-1203H/ 1773M-1788M)
***************************************
Konstantin Kapidagli 002.jpg
Sultan Salim III (1203H-1222H/ 1788M-1807M)

Athanasios Karantz(ou)las - Sultan Mahmud II - Google Art Project.jpg
Sultan Mahmud II (1223H-1255H/ 1808M-1839M)
Muhammad Ali pengkhianat agama!

Sultan Abdul Majid I (1255H-1277H/ 1839M-1860M)

Sultan Abdulaziz of the Ottoman Empire.jpg
Sultan Abdul Aziz (1277H-1293H/ 1861M-1876M)

Sultan Murad V
Sultan Murad V 1293H- memerintah 93 hari.

08 Julai 2014

Ringkasan Buku Daulah Uthmaniyyah

Aspek negatif pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang banyak memberi kesan kepada kelemahan politik.

1. Mengabaikan Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran dan hadis pada peringkat akhir mepayar ini.

2. Mereka tidak memahami Islam yang sebenar.

3. Penyelewengan daripada syariat Allah

4. Terpengaruh dengan dakyah barat. Peranan ini dimainkan oleh Muhammad Ali dengan tindakan kerasnya terhadap gerakan Islam di Mesir, Jijjaz, dan Sham bagi menjaga kepentingan British dan Perancis. Beliau menerapkan pengaruh Barat yang dianggap usaha meminggirkan prinsip Islam yang sebenar. Lobi Freemason yang wujud disebalik segala dasar Muhammad Ali yang merosakkan Umat Islam.

Muhammad Ali adalah racun yang digunakan oleh musuh bagi melaksanakan agenda mereka. Atas sebab ini, mereka menyokong Muhammad Ali membangunkan kemajuan sains, ekonomi dan ketenteraan.. Hal ini kerana mereka yakin wujud kelemahan dari aspek akidah dan pegangan Islam pada diri Muhammad Ali, pembantu dan tentera beliau.

Faktor kelemahan Muhammad Ali ini, menyedarkan negara Eropah bahawa Empayar Uthmaniah bakal jatuh. Persediaan mereka adalah membahagikan wilayah empayar ini apabila peluang terbuka luas.

****************************
Sultan Mahmud II mengikut telunjuk tamadun barat dalam usaha reformsinya. Kemudian anaknya, Abdul Majid yang memegang tampuk pemerintahan. Abdul Majid tunduk kepada pengaruh menterinya, Rashid Basha yang terpengaruh dengan idealogi Freemason. Menteri ini bersama-sama konco-konconya turut mempercepatkan proses penerapan nilai barat yang bertunjangkan kepada 3 paksi penting.

****************************
Langkah yang dilakukan oleh Zionis untuk menamatkan Khilafah Islamiah. Tindakan tokoh boneka mereka, Mustafa Kamal. Mustafa berusaha menyisihkan Turki daripada akidah Islam, memerangi pegangan agama Islam, menindas para pendakwah Islam dan menggalakkan budaya kuning dan pergaulan bebas.

Faktor kejatuhan Empayar ini berdasarkan perspektif Al-Quran.

1. Penyelewengan yang wujud dalam fahaman Islam tentang agama seperti fahaman al-wala' wa al-barra' (setia dan suci) dan kefahaman tentang ibadat.

2. Tersebarnya budaya syirik dan bidaah.

3. Penyelewengan atau kemunculan tarikat sufi sebagai satu kuasa berpengaruh dalam masyarakat Islam yang membawa akidah, fahaman dan ibadat yang jauh menyimpang daripada Kitab Allah dan Sunnah utusan Allah.

***************************
Ancaman kumpulan-kumpulan sesat yang mampu melemahkan kekuatan umat Islam seperti Kumpulan Syiah Rafidah Imam Dua Belas, Druze, Nasiri, Ismaili, Qadiani, Baha'i dan banyak lagi fahaman yang dikaitkan dengan Islam.

***************************

Faktor kehilangan kepimpinan Rabbaniah punca kehilangan identiti umat, terutama...

1. Apabila ulama' Islam hanya menjadi mainan pemerintah yang kejam.

2. Para ulama' mengejar jawatan, pangkat dan mengabaikan peranan yang sepatutnya dimainkan.

3. Akhir pemerintahan Uthamaniah, bidang ilmu agama menjadi kaku dan beku.

4. Para ulama' tertumpu dalam menghasilkan rumusan, huraian, nota dan pengesahan buku.

5. Mereka mengenepikan semangat Islam yang sebenar berdasrkan Al-Quran dan Hadis.

6. Para ulama' enggan membuka pintu ijtihad. Orang awam yang taqlik dan jumud menganggap mereka ini kufur.

****************************
Buku ini mendedahkan kezaliman yang berleluasa dalam Empayar ini.

1. Sikap mereka yang tenggelam dalam nafsu, pertikaian dan perpecahan.

2. Akibat penolakan syariat Allah, ia membawa kesan buruk seperti kelemahan politik, ketenteraan, ekonomi, ilmu, akhlak dan sosial.

Jom baca.....

SUMBER: Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan EMPAYAR UTHMANIAH oleh Dr Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam. Diterjemahkan oleh Ustaz Solehan Ayub. Cetakan 2011.


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...