21 Ogos 2014

Pengganti Khilafah Abbasi

Kerajaan Seljuk merupakan Empayar Turk. Mereka daripada Suku Turk. Kerajaan Seljuk juga merupakan penyokong kuat Khilafah Abbasi di Baghdad.

Khilafah Abbasi berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Khilafah Fatimi di Mesir dan Syam yang berfahaman Syiah.

Kerajaan Buwehi pula di Iran dan Iraq yang berfahaman syiah.

447H : Tugrul Bey atau Sultan Ruknuddin Tugrul Bey atau Sultan Tugrul Bey memerintah kerajaan Seljuk. Ketika ini kerajaan Seljuk menjatuhkan kerajaan Buwehi. Secara tak langsung menghapuskan pengaruh syiah di Buwehi.

Selepas Tugrul Bey meninggal, Sultan Muhammad -anak saudara Tugrul Bey menggantikan beliau dengan gelaran Alp Arslan (Singa Berani)----> macam dalam cerita NANIA. Be;iau melaksanakan DASAR TERTUTUP dalam pentadbirannya.
Antara akhlak Alp Arslan:

  • Penyayang dan pemurah
  • berdoa mendapat nikmat Allah
  • sentiasa bersedekah
  • derma 15 ribu dinar
  • tiada kes jenayah dan pelanggaran undang-undang sepanjang pemerintahannya
  • sentiasa jaga harta rakyat.

Alp Arslan meninggal dan kerajaan Seljuk digantikan oleh anaknya, Malikshah.

Ketika pemerintahan Malikshah;

  • gagal menyatupadukan empayar. 
  • berlaku perebutan kuasa.
  • gagal mendapatkan hak khalifah dan sultan kepada cucu beliau.
Kemudian zaman kegemilangan Empayar Seljuk berakhir.

Siapa Nizam Al-Mulk? Anak beliau adalah Imaduddin Zinki.

  • Menteri yang hebat
  • minat ilmu
  • menguasai ilmu hadis
  • menteri penasihat bagi Sultan Alp Arslan dan Malikshah
  • hafal al-Quran 
  • bermazhab Syafii
  • sentiasa berwudu' dan solat sunat
  • apabila dengar azan, beliau hentikan aktiviti yang dilakukan dan bersedia untuk solat.
  • Beliau meninggal dunia oleh seorang budak ketika mahu berangkat menunaikan haji. Disangkanya budak itu ingin memeluknya. Ketika dipeluk, beliau ditikam dan meninggal dunia selepas mengucap kalimah syahadah. Sebelum meninggal dunia, beliau telah berpesan dan mengatakan beliau telah memaafkan pembunuh itu.
Zaman kejatuhan kerajaan Seljuk


Sultan Malikshah mempunyai 4 orang anak;

1. Barkiyaruq
2. Muhammad
3. Sarjar
4. Mahmud

Pengganti Sultan Malikshah adalah Mahmud. Sedangkan beliau merupakan anak ke-4 dan masih kecil. Beliau dikenali Nasiruddin Mahmud. Beliau dilantik adalah disebabkan ibunya , Turukan Khatun orang yang berkedudukan tinggi pada zaman Malikshah. Beliau sempat memerintah selama 2 tahun sahaja. Pada tahun 487H /1094M, beliau meninggal dunia bersama ibunya.

Beliau digantikan oleh Barkiyaruq atau Ruknuddin Abu al-Muzafar Barkiyaruq bin Malikshah sehingga pada tahun 498H/ 1105M. Kemudian beliau digantikan oleh Ruknuddin Malikshah II. Dalam tahun yang sama pemerintahan Empayat disandang oleh Ghiyasuddin Abu Sujak Muhammad. Pemerintahan ini berlangsung hingga 511H/ 1128M. Kerajaan ini jatuh pada tahun 522H/ 1128M di tangan Shahnat Khaawarizm.

Kemudiaan Empayar Seljuk mula berpecah dan kuasa mereka mula lemah. Empayar ini berpecah kepada beberapa blok dan puak. Mereka saling berperang sesama sendiri demi merebut takhta. Empayar ini berpecah kepada beberapa negara dan kerajaan kecil. Negara dan kerajaan kecil ini tidak tunduk kepada seorang sultan seperti zaman Sultan Tugrul Bey, Sultan Alp Arslan dan Sultan Malikshah serta beberapa sultan yang terkemudian. Mereka tunduk di bawah pemerintahan berasingan dan tiada hubungan kerjasama antara mereka.

Kesannya
----> muncul  kerajaan Khawarizm di wilayah Seberang Sungai. Muncul selepas menghalang serangan Monggol
----> dalam masa yang sama muncul kerajaan kecil Seljuk di utara Iraq dan Sham yang dikenali negara--negara Atabek.
----> dalam pada masa yang sama juga muncul kerajaan Seljuk Rom. Kerajaan ini menghalang serangan tentera Salib. Mereka menyekat serangan ini di sempadan barat laut Asia Minor. Tetapi kerajaan ini dihancurkan oleh beberapa serangan Monggol selepas itu.

SUMBER: Buku Empayar Uthmaniah oleh Dr. Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam.

03 Ogos 2014

Siapa Polis Dunia?

Selamat meneruskan puasa syawal 1435H.

Kali ini aku nak cuba kongsi berkaitan siapa polis dunia yang dianggap HERO. Sekarang kezaliman yang dilakukan bersama para zionis mencetuskan kematian kanak-kanak, wanita dan orang tua di Palestin terutama Gaza. Negara Palestin dirampas melalui tangan pengkhianat Islam seperti Mustafa Kamal At-Tartuk di Turki dan Muhammad Ali di Mesir serta ramai lagi.

Tanpa kita sedar, perancangan mereka menjauhi orang Islam dari Al-Quran sudah berjaya. Amerika Syarikat banyak menolong puak Zionis mencapai cita-cita mereka. Boleh rujuk entri sebelum ini.

Surat bertarikh 16 Julai 1763 daripada Jeneral Jeffery Amherst kepada Kolonel Bouquet mengesahkan perang biologi sebagai polisi rasmi Amerika Syarikat (US).

Sebelum US menjadi sebuah negara, golongan berkuasa yang mentadbir dan mengawal tanah melakukan keganasan, penghapusan kaum dan perang biologi. Cara mereka adalah dengan menyebarkan kuman-dan penyakit kepada penduduk yang disasarkan.

Jeneral Amherst menghapuskan puak-puak Red Indian dengan memberi bantuan selimut. Selimut itu sebenarnya telah dijangkiti penyakit cacar.

"Adakah boleh sekiranya diaturkan suatu cara bagi menyebarkan kuman campak kepada suku kaum Red Indian? Dalam hal ini, kita perlu menggunakan apa-apa strategi bagi mengurangkan jumlah mereka," kata Jeneral Amherst kepada Kolonel Henry Bouquet melalui surat.

"Saya akan menyebarkan penyakit itu melalui selimut-selimut yang akan diberikan kepada mereka. Saya akan berusaha semaksimum mungkin supaya tidak turt berjangkit sama," balas Bouquet.

****************
100 tahun kemudian , penggunaan kuman sebagai senjata secara berkala dalam peperangan menjadi polisi US. Abad ke-19 tentera US mengagihkan selimut-selimut dan barangan lain yang sudah dicemari kuman  penyakit kepada suku kaum asli Amerika Syarikat. US turut menggunakan kuman jenis variola, taun dan cacar.

Tahun 1900, tentera US menggunakan pelbagai jenis senjata biologi ke atas tahanan perang sama ada warga Amerika atau warga asing. 5 orang tahanan Filipina dijangkiti pelbagai penyakit dan 29 tahanan lain dijangkiti penyakit beri-beri (penyakit disebabkan kekuranganvitamin B1 yang mempengaruhi banyak bahagian tubuh termasuk otot, jantung, saraf...

Tahun 1915, ejen-ejen kerajaan melakukan eksperimen dengan sejenis racun yang dapat menyerang dan merosakkan otak serta sistem saraf pusat manusia. Eksperimen dijalankan kepada 12 orang rakyat US yang ditahan di Penjara Missisippi. Hasilnya, mereka mengalami pellagra (kekurangan Vitamin B3 atau niasin). Semenjak itu, pembangunan dan eksperimen intensif ke atas senjata kimia dan biologi dilakukan secara rutin  di US, England dan Jerman.

**************

Perang biologi pertama dimulakn oleh Fritz Haber, seorang ahli kimia terkenal yang menghasilkan gas-gas beracun kepada Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Tahun 1919, Frits Haber dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang kimia.

Mangsa eksperimen senjata biologi adalah rakyat US sendiri termasuk tentera US.

**************
Penggunaan  gas mustard menyebabkan kerengsangan kecil  pada mata dan tekak. Keadaan bertambah teruk dari semasa ke semasa. Gas mustard adalah agen wap panas menyebabkan pendarahan  dan luka pada kulit, paru-paru dan mata. Mangsa akan jadi buta dan kulit badan akan tertanggal.

Sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an, tentera US menggunakan  gas mustard ke atas lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang menentang penjajahan Amerika Syarikat di Filipina dan Puerto Rico. Cara ini berkesan mengawal orang ramai. Mereka menyembur gas mustard ke arah para demonstrasi dan membunuh mereka. Oleh itu, tiada seorang pun berani membantah.

Protokol 1925 digubal bagi melarang penggunaan gas-gas asfiksia, beracun ataupun kaedah-kaedah bakteriologi yang lain dalam peperangan. Tujuannya adalah demi melindungi kita daripada melindungi kita daripada senjata pemusnah besar-besaran tapi kita semua sebenarnya salah.

Tahun 1931, Dr Cornelius Rhoads seorang ejen kerajaan yang dilantik Rockefeller Institute for Medical Investigations menyebarkan kuman penyakit kepada lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sel-sel kanser. Sebagai ketua bahagian senjata biologi tentera Amerika Syarikat dan anggota Suruhanjaya Tenaga Atom, Rhoads menjalankan cubaan radikal rahsia ke atas ribuan warganegara Amerika Syarikat. Tindakan ini lansung tidak dicurigai.

Ketika disoal berkenaan penduduk Puerto Rico, Dr Rhoads menulis, "Apa yang diperlukan di kepulauan itu bukanlah pekerjaan untuk kesihatan wam, tetapi sebuah ombak besar yang dapat memusnahkan keseluruhan populasi."

Mangsa pertama Sifilis tahun 1931 adalah seorang warga berkulit hitam dari Tuskegee, Alabama. Tahun 1932, dalam proses mempelajari perkembangan penyakit itu, doktor-doktor dari Perkhidmatan Kesihatan Awam tidak merawat penyakit yang dijangkiti. Para pesakit tidak tahu bahawa mereka adalah bahan eksperimen. Mereka tidak dirawat malah diberi ubat palsu. 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1942, ribuan rakyat US terdedah pelbagai jangkitan penyakit termasuk 400 orang tahanan di penjara Chicago. Mereka dijangkiti virus malaria. US membenarkan Suruhanjaya Tenaga Amerika supaya menyuntik pesakit-pesakit di hospital dengan plutonium secara rahsia bagi mendapat 'profil' kesan jangka panjangnya. Hasilnya, sebahagian daripada mereka mengalami sakit tenat dan kemudian meninggal dunia.

**************
Akhir Perang Dunia ke-2, US mengaji ratusan doktor Nazi dan Jepun yang pernah melakukan eksperimen kejam terhdap tahanan perang. Antaranya adalah Dr Shiro, Pengarah Angkatan Pertahanan Diri Jepun. Dia menjalankan eksperimen melalui penyebaran kuman Sifilis secara senbunyi. Tomato yang dicemari dengan virus demam kepialu, bakteria tetanus (kancing gigi), kutu pembawa penyakit dan bom-bom kuman berpenyakit yang dijatuhkan kepda penduduk awam serta tahanan diikat pada tiang kayu dalam keadaan bertelanjang. Mereka yang mampu bertahan akan dibedah untuk kajian tanpa belas kasihan dan tanpa ubat bius oleh Dr Shiro. Bukan Dr Shiro sahaja yang terlepas dari hukuman jenayah perang malah ramai lagi. Mereka menjadi ejen CIA dan kakitangan kerajaan Amerika Syarikat.

Jun 1944, hampir 10,000 petigas risikan yang dikenali dengan T-Forces, melakukan pendaratan tepat dibelakang batalion pihak bersekutu. Matlamat mereka supaya dapat menangkap dan menawan saintis Jerman dan merampas bahan-bahan penyelidikan mereka, termasuk pakar senjata dan juruteknik mereka. Tahanan-tahanan ini ditempatkan di kem rahsia yang digelar 'Dustbin'. Mereka disoal siasat di situ.

Dalam Bahasa Inggeris yang mudah disebut 'hostile corporate take-over', iaitu perampasa korporat secara kasar. Aset Jerman dalam tanggungan pembayar cukai US, menjadi aset pada syarikat-syarikat perusahaan Amerika berhubung dengan Dulles, Bush, Harriman, Rockefekker dan rakan-rakan mereka.

Anehnya, ramai petugas T-Force ini adalah saintis-saintis dan penjawat tinggi sebuah syarikat yang tidak terikat dengan US tetapi terikat dengan keluarga Rockefeller, Harriman, Bush dan agensi-agensi tempat mereka bekerja.

**************
Banyak lagi pendedahan yang dibuat dalam buku ini. Untuk tahu lebih lanjut boleh baca seperti dalam sumber rujukan dibawah. Sekian.


SUMBER: Deadly Mist: Agenda Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia oleh Jerry D.Gray. Penulis buku best seller Art of Deception. Penerbit PTS Islamika. Cetakan ke-5 tahun 2014.

01 Ogos 2014

Cepat Masa Berlalu.

Bulan Ramadhan sudah berlalu. Esok masuk 6 Syawal 1435H. Rasa tak cukup masa balik kampung. Terperangkap dalam 'jam' di jalan raya. Masa juga berlalu begitu sahaja. Masa tak pernah menunggu kita. Seperti kata pepatah arab " Masa seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia (masa) akan memotong kamu". Sangat tepat!

"تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال"

Pratonton
'Banner puasa'

Tidak terlambat untukku mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'. Maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisanku selama ini. Teguran kalian amat diperlukan supaya aku dapat baiki diri dan penulisan yang 'coret dan carik' ini.


Semalam 4 syawal. Aku ke Dungun. Kenduri perkahwinan sahabatku. Orangnya sempoi dan 'slamber'. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang yang dekat. Majlis ini dibuat bersama adik perempuannya. Semuanya sudah selamat berumah tangga. Tenanglah hati ibunya kerana ada penjaga anakanda-anakanda tersayang.

Sejak pulang ke tanah air tahun 2007, ini kali pertama bertemu muka dengannya. Kurus tetapi muka tetap 'cubby'. Kami hanya brhubung melalui telefon, whatsupp atau facebook sahaja. Aku hanya dapat berdoa dari jauh "Selamat pngantin baru Salihah! Semoga Allah mengekalkan kebahagiaan sahabatku ini hingga ke syurga,". بارك الله لكما و جمع بينكما في الخير....

Jodoh & ajal sudah ditentukan. Jangan lah kalian merasa susah hati terhadap perancangan Allah ini.

Jodoh...persoalan paling glamor. Persoalan paling hot. Persoalan yang tiada jawapan kecuali hanya Allah yang tahu. Doakan diri ini dan kalian di luar sana dipertemukan jodoh yang baik.

Anak...persoalan bagi rakan-rakan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Sabarlah. Moga Allah menggantikan pahala terhadap kesabaran kalian.

Ada rakan yang 'janda' pada usia muda. Aku doakan kalian mendapat jodoh yang baik. Yang bertanggungjawab memikul amanah Allah. Jangan terpengaruh dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah'. Kita semua manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan dosa.

Pernah jumpa seorang doktor muda. Membebel berkaitan 'lambat kahwin'. Umur dah tua tapi anak masih kecil. Segala persoalannya, dia jawab sendiri. Tiada guna berhujah. Diam lebih baik. Kadang ada sedikit 'bengang' dengan doktor ini. Moga bertemu lagi. Harap tiada 'bebelan'. Tiada teori yang panjang. Tiada andaian yang tak masuk akal.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...