27 November 2015

Belajar Ingat dan Fikir

Semua pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Semua manusia ada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Apabila seseorang pelajar belajar, kebanyakan mereka mempunyai ingatan jangka pendek. Hanya dalam kelas. Antara kata mereka:

"Dalam kelas semalam, saya masih ingat. Hari ini saya dah lupa".

"Semalam saya dah faham, hari ini saya dah konfius."

Dulu Bloom untuk PBS, sekarang Anderson untuk KBAT.

Aras pertama adalah ingat. Ingat kembali. Jika pada aras ini, pelajar tidak dapat ingat, bagaimana mereka nak melangkah ke aras yang lebih tinggi iaitu faham. Bahagian kognitif mengingat, pelajar masih gagal.

Apa perlu dilakukan oleh seorang guru?

Apa pula yang perlu dilaksanakan oleh pelajar?

Nota? Nota bagaimana? Bentuk peta minda? Peta I-think? Buntu.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan adaptasi yang berkesan supaya pelajar dapat fikir dan fikir. Kaji dan terus mengkaji.

Aku pernah menghadiri beberapa kursus berkaitan i-think. Mula diperkenalkan, aku fikir adalah peta i-think ini kbat? Kemudian dalam kursus yang lain, aku fikir bagaimana i-think ini jadi kbat? Dalam kursus yang lain pula, panel mengatakan peta i-think perlu dilukiskan pada papan putih sambil memberi penerangan kepada pelajar. Daripada peta i-think pelajar dapat  fikir perkaitan yang mereka belajar. Dalam kursus lain, i-think itu salah satu tool kbat. Jadi ada cara lain lagi asalkan pelajar mencapai Dimensi Proses Kognitif yang bermula dengan INGAT. Aku jadi pening. Lalu biarkan ia berlalu. Waktu cuti ini, ingatan kembali menerjah ruang fikiran untuk pelajar tahun 2016.

Perancangan, pelaksanaan, penerimaan dan hasil. Masing-masing ada cabaran. Paling teruk pelaksana. Perancang inginkan hasil. Hasil yang positif.Setiap daripada kita mempunyai pendekatan yang berbeza. Ikut kemampuan pelajar iaitu penerima. Paksaan menyeksa kedua-dua pihak iaitu pelaksana dan penerima. Jadi aku tidak akan memaksa diri, tetapi akan cuba semampu yang boleh. Insya Allah.

Sekarang aku minat cara Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam.com, Khalifah Model School (Secondary) KMSS. Aku sangat setuju dengan entri Sistem Pendidikan Mendepani Fitnah Dajjal. Entri ini membuatkan aku berfikir, adakah sistem pendidikan sekarang mampu menjadi kebal dari fitnah Dajjal? Teringat seorang panel dalam satu kursus mengatakan 'sekolah menghasilkan orang bodoh', 'sekolah menghasilkan orang yang 'taat' kepada sistem' dan ' sekolah menghasilkan pekerja kilang'. Ini berdasarkan kata seorang bekas guru dalam beberapa buah bukunya. Aku dah lupa nama buku dan penulisnya. Mungkin aku perlu semak nota kembali.

Masih dalam proses sambungan ...maaf perlu publish terlebih dahulu supaya entri ini dapat mengingatkan apa pernah dicoret caritkan...

21 November 2015

Penangan Sakti

Jualan Gedung Karangkraf. Aku meninjau fb. Terlihat buku baharu yang penuh sakti. Apa yang sakti itu? Hari minggu sebelum cuti sempena Deepavali, aku mengambil peluang mencari buku yang menarik minatku. Bukan buku yang sarat dengan info, bukan juga jiwang karat. Buku  bentuk novel tetapi terdapat info baharu yang diselitkan. Info ini menunjukkan penulis bukan sebarangan orang. Sunan Cinta Nan Sakti. 8 Nov 2015 adalah hari keramat kerana buku ini telah sampai ke tanganku. Di Karangkraf Shah Alam.

'Sempat sambar'

Kisah cinta Sunan dengan Sang Ratu. Cinta adalah fitrah. Jika cinta Allah melebihi cinta manusia pasti manusia tidak akan bertuhankan nafsu. Cinta tetapi dihalang oleh Wali Sufi kerana sebab tertentu menyebabkan Sunan dan Sang Ratu berpisah. Angkara syaitan berwajah manusia, Sang Ratu kembali menjadi kejam dan musuh kepada Sunan. Pertemuan demi pertemuan. Semuanya berlandaskan nafsu sang pemerintah.

Saifuddin seorang yang taat kepada ajaran Wali Sufi. Saifuddin mengamalkan segala ilmu dan nasihat gurunya, Wali Sufi. Ilmu Saifuddin bertambah kukuh dibawah bimbingan guru yang hebat. Bibir Saifuddin sentiasa menyebut kalimah Allah menyebabkan semua perancangan jahat sang pemerintah gagal.

MARAH. Sifat yang menyebabkan seseorang tunduk kepada syaitan. Itulah yang berlaku kepada Jaka. Watak menginsafkan. Angkara cinta, Jaka sanggup mengucap kalimah kufur. Jaka kembali ke pangkal jalan dan akibat dendam dia dimusuhi hingga mati.

Selanjutnya...boleh dapatkan SUNAN Cinta Nan Sakti di pasaran.






gambar: sekadar hiasan

Ketika di Karangkraf, aku dapat info, ada expo buku islam Antarabangsa di Putrajaya. Aku singgah di sana. Paling mengejutkan, aku lihat tiada sambutan. Tak seramai di Karangkraf. Mungkin hujan. Banyak buku dapat potongan 30%, 40%, 50% dan diberi hadiah cabutan. Hadiah saguhati yang dimenangi tidak menjadi milikku kerana aku telah pulang ke rumah. Itu rezeki orang lain. Mungkin rezeki aku di tempat lain.

Sempat juga aku tinjau Putrajaya International Islamic Art And Culture Festival. Wah! Sungguh cantik khat yang dipamerkan. Harga boleh tahan. Paling kecil RM50. Simple. Hanya kalimah Allah dan Muhammad. Ada juga harga RM 7,000. Tak mampu beli, sekadar kagum dengan hasil seni yang dipamerkan. Ketika ini terfikir juga, andai pelajar Jepun datang tengok seni kaligrafi Islam seperti ini. Berangan! Khat aku sekadar asas. Kurang berseni. Teringin buat persatuan/ kelab Khat di sekolah. Adakah aku mampu mengajar khat? Seni ini semakin pupus. Bukan semua ustaz atau ustazah mampu menulis khat mengikut kaedah yang betul. Hanya yang betul-betul berminat mampu melakukannya. Moga seni khat bertahan di persada dunia Islam.

Pelajar Jepun datang! Kerana sekolahku ada KHAT? Tahun ini, aku kurang mengajar khat walaupun tahun 2014 seorang pelajarku menjadi Johan Khat peringkat Daerah. Tahun ini tumpuan banyak kepada pengajaran akademik. Menghabis silibus untuk pelajar PT3. Pada hari yang sama, kpw datang untuk tujuan moderasi kertas PT3. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Cabaran perlu dijadikan peluang. Ya peluang perlu direbut sebaik mungkin. Aku hanya insan yang lemah. Kadangkala aku lemah berhadapan dengan karenah manusia di sekeliling. Apakan daya aku terpaksa mengikut rentak mereka. Di sana aku dapat belajar sesuatu yang baharu.

3 Nov 2015, mak dan ayah datang ke rumah. Tinggal bersamaku selama seminggu. 4 Nov aku bawa ibu dan ayah ke Darul Syifa' Bangi untuk taklimat Umrah bersama ZAHAFIZ Travel. Akibat kejatuhan nilai matawang MYR, pakej 4 orang sebilik perlu tambah RM150. Jika pakej 2 orang sebilik, tambahan semakin banyak. Duit Riyal dinasihatkan tukar di Malaysia. Tindakan berjaga-jaga. Ada kebaikannya. Kali ini, mak, ayah dan ibu saudaraku akan menunaikan umrah. Menjadi Dhuyuffur Rahman. Doakan mereka semua terutama ibuku mampu menunaikan umrah dengan sempurna. Sembuhkan sakit lutut ibuku. Hanya 10 hari. Tidak lama. 3 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah.

Ya Allah, Engkau permudahkan perjalanan ibuku. Hilangkan dan sembuhkan sakit lutut ibuku. Pertemukanlah mereka dengan orang yang baik dan mudah memberi pertolongan. Permudahkan urusan mak, ayah dan che ngah dan urusan ibadah mereka berjalan lancar. Selamatkan perjalan pergi dan pulang ke tanah air. Hanya Engkau Maha Penyembuh. Engkaulah Maha Pengampun. Engkaulah Maha Mengasihani. Engkaulah Maha Mengetahui niat  hamba-hambaMu. Amin.

p/s: Untuk pelajar F3, maaf kerana tidak hadir ke Majlis Jamuan Akhir tahun. Ada sesuatu yang berlaku menghalang saya melangkah masuk ke kelas kalian. Harap kalian tahu apa yang telah berlaku pada hari akhir persekolahan itu.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...