25 Oktober 2017

Pengiring

Kenapa aku terpilih? sedangkan pelajarku tiada. Ramai lagi guru lain, kenapa aku dipilih? Siapa pilih aku? 'pilih' itu kerja Allah.

Guru pengiring sebahagian kerja yang perlu dilaksanakan. Aku pernah jadi guru pengiring di peringkat sekolah, peringkat daerah dan peringkat negeri.

Suatu ketika, aku baru balik dari perjalanan musafir yang jauh. Hampir 500km. Pada pagi keesokan perlu hadir ke suatu tempat menjadi guru pengiring. Badan panas. Kepala berdenyut. Demam. Boleh sahaja aku ke klinik ambil mc. Tetapi aku tidak suka ke klinik. Ada sebabnya. Paling tidak suka bila kena 'warded'.

Aku teruskan tugas itu bersama pengiring lain. Kata bos "dah sampai di sini, teruskan....".Yang pasti kami berdua sahaja guru pengiring perempuan. Semuanya ada hikmah walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Di sana, aku banyak habiskan masa  mandi dan nikmati air sungai. Sejuk, nyaman dan tenang. Kepalaku pasti merasai kenikmatan itu. Aku tidak berseorangan tetapi bersama guru pengiring lain dan juga jabatan lain. Aku 'join' sesiapa yang turun sungai. Berkenalan dalam air. Mereka sangat 'sporting'.  Rupa-rupanya mereka senior kusza. Rasa kerdil diri ini.

Hampir seminggu juga aku berada di sini. Seolah-olah Allah menghantar diriku untuk berehat. Nak pergi sorang2 memang mustahil. Jumpa juga personaliti tv tetapi aku tidak berminat bersembang lama kerana demam dan suara hilang.

Pengalaman di sana sangat  berharga dan tidak boleh digambarkan dengan mata pena. Inilah pengalaman 2 tahun lepas tetapi rasa baharu sahaja berlaku. Moga perkenalan ketika di sana masih terjalin kukuh. Insya Allah.

23 Oktober 2017

Kem Ulu Yam

Sekolah. Selesaikan pemantauan skpmg2 dan semak soalan. 10.50 pagi bertolak ke spi. 12.45 tengahari bertolak dari spi ke Ulu Yam, Sungai Tua. Lalu Batu Caves dan Selayang. Sampai Kem lebih kurang pukul 3 petang.

Demam. Membataskan pergerakan. Moga peristiwa 2010 tidak berulang lagi.

Jumpa rakan-rakan seguru dari pelbagai negeri. Berkongsi cerita. Mandi manda di Sungai Tua. Sejuk. Hilang rasa panas badan.

Kisah suka duka rakan seguru. Apa yang aku boleh simpulkan,iman seseorang bukan pada penampilannya, panggilan ustaz atau ustazah, haji atau hajjahnya. Iman akhir zaman luar biasa. Luar jangkaan. Menakutkan. Jagalah Allah, pasti Allah menjaga kita.

Peserta di sini kelihatan bagus. Anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Kerjasama sepenuhnya. Aku fikir, mereka baru sahaja menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

14 Oktober 2017

Catatan Kuliah: Amalan Ibadat Sunat

uHadis 257 Syamail Muhammadiah

Kelebihan solat sunat.

1. dekat dengan Allah. Allah kasih. Bila kasih, Allah jaga kita.

2. Tampung cacat cela ibadat fardu

3. Tanda syukur.

Qiamullail. Mulakan dengan solat ringkas dahulu. Warm up. Dua rakaat ringan.

Mulakan dengan solat duduk pada umur 60 - an sebelum wafat.

Last dengan solat witir 13 rakaat.

Solat Tahajut Nabi jadikan amalan besar dalam hidup.

Sebagai permulaan, mulakan dengan solat witir 1 rakaat.

Abdul Rahman Bin Auf, semua anaknya periwayat hadis. Banyak sedekah, itulah berkat amalannya.

Saidina Omar, 23 rakaat terawih.

Solat malam مثنى مثنى dua rakaat, dua rakaat. Nabi buat.

1 rakaat nabi baca satu surah al-Baqarah.

Khususiyyat nabi, nabi tidur tapi hatinya tetap jaga.

Saidina Abu Bakar, sebelum tidur laksanakan witir, bimbang tak bangun malam. Kemudian bangun malam pula.

10 Oktober 2017

Batch Terakhir

Kali ini cabaran terakhir buat batch kbsm. Semua pengetahuan dan ilmu dicurahkan. Itulah kemampuan diriku yang dhaif. Merekalah harapan terakhirku untuk batch kbsm.

Melihat mereka yang berhadapan pt3 seolah-olah berhadapan dengan calon SPM.

Siapa cakap guru telah melihat soalan dan disebarkan kepada calon? Siapa cakap mereka jawab tiada keberkatan kerana soalan bocor?

Ya. Aku guru mereka. Aku penanda skrip jawapan mereka. Semua ini telah mengikut etika yang telah ditetapkan sebagaimana SOP.

PT3 adalah penentu mereka ke tingkatan 4. Aliran sains.Aliran Sastera. Sains Agama. Sastera agama. Vokasional. Sekolah biasa. Banyak lagi pilihan. Aku lebih suka mereka ke sekolah agama. Ada suasana agama. Bi'ah agama.

Hari ini, rabu. Hari ketiga mereka menjawab soalan PT3. Pagi, hujan telah mendinginkan suasana. Sejuk. Aku harapkan mereka sihat sejahtera. Esok hari terakhir dan juga kertas mata pelajaranku.

Ada yang mula batuk. Ada yang selsema. Ketabahan mereka teruji. Inilah waktunya jika belajar untuk peperiksaan. Belajar perlu diteruskan. Tiada had. Tiada tempoh.

Semoga mereka tenang dan dipermudahkan urusan menjawab soalan pt3.

03 Oktober 2017

Awak suka saya tak?

Isu remaja diluar jangkaan. Mereka kelihatan matang, tetapi hakikatnya masih kanak-kanak. Media massa seperti FB, IG, Tweet, Wechat, What'Up dan banyak lagi mengundang gejala sosial yang lebih serius. Tahniah buat mereka yang tidak mempunyai akaun tersebut!

Mudahnya mereka berkomunikasi.
Mudahnya mereka menabur fitnah.
Mudahnya mereka dapat maklumat.
Mudahnya mereka mendapat cerita.
Mudahnya mereka mendapat kawan.
Mudahnya mereka sindir menyindir.

Segalanya bertambah mudah. Hanya mempunyai telefon dan talian internet. Semuanya dihujung jari. Benarlah! jari sedang berkata-kata.

Ujian semakin banyak. Belum selesai ujian pertama, masuk ujian kedua. Itulah rutin hidup. Hidup sendiri ada masalah, masih cuba selesaikan masalah orang lain.

Tiada manusia yang sempurna. Tiada manusia impikan neraka. Tiada manusia cita-cita hidup susah. Tiada manusia mahu pegang 'api'.

الدين النصيحة
'Agama itu adalah nasihat'

Jika ada perselisihan faham, cubalah berhadapan 'face to face'. Bercakap. Luahkan. Menangislah. Pastikan ada orang tengah yang dihormati oleh kedua-dua pihak. Jika tidak, akan berlaku tumbuk menumbuk. Lebih parah jika ada 'pengadu domba'.

Maaf atas kekurangan diri ini. Bagai tiada masa untuk kalian.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...