19 Oktober 2015

Konspirasi Aneh Tapi Ada Kebenarannya.

Kenapa Amerika Syarikat jadi boneka zionis? 

Kenapa Saddam Hussein dan Gadafi dihapuskan?

 Kenapa bumi Palestin dipilih jadi negara Israel? 

Kenapa emas dan perak dihalang jadi matawang? 

Perancangan mewujudkan Imam Mahdi palsu melalui teknologi dari menara jam. Negara Islam bergaduh sesama sendiri. Banyak lagi.

Sebagai umat Islam, akidah Islam perlu diperkukuhkan diri sendiri untuk hadapi dunia akhir zaman.
Faham dan hayati novel ini. Pasti semua soalan di atas terjawab.

Teknik penceritaan ada pengaruh penulisan Ramli Awang Murshid. Penuh misteri. Penuh triller. Ingatkan penulis lelaki. Tak sangka pula,  buku ini dari penulis wanita. Banyak rujukan terutama dari buku penulisan Jerry D. Gray.

Cerita dan kisahnya berkaitan dengan isu terkini. Perancangan Zionis menguasai dunia melalui boneka mereka, Amerika Syarikat. Bagaimana mereka jalankan proksi mereka. Mereka merancang mewujudkan Imam Mahdi palsu supaya umat Islam duduk dibawah telunjuk mereka. Konon keajaiban kemunculan Imam Mahdi di penjuru kaabah melalui pancaran dari menara jam yang dibina tinggi.

Bangunan tinggi dibina dan boleh diruntuhkan pada bila-bila masa untuk membunuh ramai umat islam ketika musim haji. Teringat peristiwa kren runtuh dan rempuhan di Mina. Ramai yang tak bersalah meninggal dunia.

Penggunaan duit fiat atau duit kertas yang tiada sandaran nilai dan menghalang emas dan perak jadi matawang. Melaga-lagakan pemimpin Islam supaya bergaduh sesama sendiri dengan mewujudkan sistem demokrasi.

Buku teks sejarah dicipta secara terbalik,  menyebabkan pelajar tidak minat sejarah. Sepatutnya pelajar memcari kebenaran dari sejarah sebenar. Sebab itu, Al-Quran tidak dapat diubah oleh mereka. Janji Allah adalah mukjizat Al-Quran akan terpelihara hingga hari kiamat.
Banyak lagi konspirasi yang didedahkan. Tidak rugi bagi sesiapa yang membaca buku ini.
Selamat membaca ^^,


Bila cerita pasal bangsa melayu, mereka cakap...orang melayu ada teknologi canggih. teknologi zikir.

" Teknologi zikir yang duduk di atas tikar terbang sambil bawa dua biji kelapa sebagai pengimbang, dan teropong ajaib sebagai alat gps?

Saja nak kongsi supaya kita semua fikir kebenarannya: 

" Seperti bangsa Arab yang terlena dengan kemewahan,bangsa Melayu pula terlena dengan hiburan. Kejayaan kita menundukkan mereka semakin dekat ".


"Kita mulakan rancangan penaklukan sejak zaman penjajahan British dan Belanda ke atas Tanah Melayu. Semasa penjajahan, Konsortium kita dah racuni bangsa Melayu dengan ideologi demokrasi, sodialisme, komunisme, dan sekularisme. Perlahan-lahan, mereka terpisah daripada agama mereka. Perlahan-lahan, mereka ikut cara kita. Konsortium sengaja biarkan mereka dijajah oleh Jepun supaya mereka dapat bandingkan betapa 'baik'nya penjajah dari British dan Belanda dan betapa kejamnya penjajah dari Jepun. Penjajahan kali kedua oleh British dan Belanda daripada cengkaman Jepun buat mereka rasa terhutang budi. Dengan mudah, kits racuni pemikiran mereka supaya ikut ideologi kita"

"Kemudian, kita berlagak baik lagi. Kita berikan mereka kemerdekaan tanpa keganasan. Awak tahu kenapa?"

"Kita berikan mereka kemerdekaan hanya setelah kita pasti minda mereka dah berjaya diracuni oleh ideologi kita. Walaupin negara mereka merdeka, tapi minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"

"Macam mana kita tahu minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"

"Kerana mereka masih memandang tinggi kepada tamadun Barat. Mereka memperakui orang Barat adalah orang yang bijak. Bagi mereka, semua dari Barat adalah tanda orang yang terpelajar. Cara berpakaian mestilah ikut cara Barat, barulah berprestij. Berbahasa Inggeris menunjukkan seseorang itu terpelajar. Makan makanan Barat menunjukkan seseorang itu ada kelas tersendiri, "

"semua yang dari nenek moyang mereka adalah kolot dan ketinggalan zaman. Dulu mereka boleh baca akhbar tulisan jawi. Dan bertutur dalam bahasa arab, bahasa Al-Quran. Dan bahasa Melayu yang puitis. Sekarang, mana ada orang Melayu baca akhbar tulisan Jawi? Mana ada orang Melayu bertutur bahasa Arab? Bercakap dalam bahasa Melayu pun tergagap-gagap. Dan sekarang muncul pula bahasa SMS yang rosakkan bahasa Melayu itu sendiri."

"Dan apabila ada antara mereka makan ulam-ulaman, mereka sendiri kata orang itu kekampungan sebab makan makanan kampung. Kemudian mereka menyumbat perut mereka dengan makanan Barat dan makanan yang diproses. Mereka lupa tentang sunnah Nabi Muhammad tentang makanan. Padahal, Yahudi amat tegas dalam mengamalkan cara pemakanan yang sama dengan cara pemakanan yang disarankan oleh Nabi Muhammad."

"Dahlah kita racun minda mereka, tubuh mereka juga kita racun. Kita masukkan bahan-bahan haram ke dalam makanan mereka. Kita masukkan bahan kimia beracun ke dalam makanan mereka. Dan kita galakkan mereka makan dengan cara tidak sihat. Sehingga mereka menjadi bangsa gemuk dan obes yang pemalas dan lemah fikiran."

"Akhirnya, bangsa Melayu yang lemah tu jadi semakin lemah."

"Dan bangsa yang lemah tu pula dijangkiti wabak penyakit".

"Awak fikir wabaj SARS, H1N1, Swine Flu dan MERS tu terjadi secara tak langsung?"

"Kita yang cipta virus tu dan sebarkan ke negara-negara itu."


"Tapi kenapa kita cipta vaksin untuk penyakit-penyakit tu? Biarkan saja mereka mati."

"Bukan ke Sang Perancang pernah kata, kita cipta masalah dan kemudian kita tawarkan penyelesaian. Penyelesaian yang menguntungkan kita. Mereka beli vaksin kita, kita dapat duit."

"Dan awak tahu apa yang ada dalam vaksin itu?"

"Ubat?!"

"Tidak! kita letakkan nanorobot dalam vaksin. Kita sedang buat penyelidikan agar kita dapat kawal nanorobot tu dari jarak jauh. Agar suatu hari nanti, kita dapat kawal mereka melalui nanorobot yang dah tertanam dalam otak mereka".

"Tengok, kita tak perlu susah payah berperang dengan mereka secara fizikal. Kita hanya tunggu merrka musnah dengan sendirinya."

Kisah Walt Disney.

Sang Perancang tersenyum.


"Kita juga dah mengawal minda manusia sejak kecil. Tengok saja cerita dongeng yang diterbitkan oleh orang kita, iaitu Walt Disney."

"Cerita dongeng pun kita buat?" Daren mencari kepastian.

Sang perancang menekan butang. Filem dogeng Walt Disney terpancar pada skrin. Warna-warna yang menarik minat kanak-kanak. Watak-watak yang comel impian kanak-kanak. Dan lagu-lagu yang menarik.

"Apa mesej dalam dongeng Snow White?" tanya Sang Perancang.

"Kejahatan melawan kebaikan, " jawa Daren sambil memandang skrin yang menayangkan filem Snow White.

"Kurang tepat. Mesej yang nak disampaikan adalah seorang gadis boleh bersekedudukan dengan tujuh orang lelaki asing, " jawab Sang Perancang.

"Ajaran yang tidak bermoral! " Daren bersuara. Dia mula melihat tujuh watak orang kerdil dari sudut negatif.

"Itu yang kita mahu. Biar manusia jadi tidak bermoral. Apa mesej dalam dongeng Rapunzel?" Sang Perancang bertanya.

"Seseorang ada hak untuk bebas, " Daren menjaesb sambil menonton watak Rapunzel yang berambut panjang sehingga dapat dijadikan tali untuk hero memanjat masuk ke biliknya.

"Salah. Seorang gadis boleh gunakan anggota tubuhnya untuk dapatkan lelaki yang diidamnya. Dia juga boleh membawa masuk lelaki ke dalam biliknya pada bila-bila mass, " jawab Sang Perancang.

"Perniagaan tubuh? Pelacuran?" Daren bertanya.

"Tepat sekali. Bukankah melacur diri adalah haram bagi umat Islam? Tapi, itu yang kita sogokkan kepada anak-anak mereka. Separa sedar, anak-anak ini akan menerima perbuatan tidak bermoral itu sebagai sesuatu yang comel, " kata Sang Perancang. 

Daren mengangguk, " Cinderella?"

"Supaya wanita berparti dan berpesta sehingga tak ingat mahu pulang ke rumah melewati tengah malam", jawab Sang Perancang bersahaja.

"Macam mana dengan dongeng Sleeping Beauty pula? Dia tak buat apa-apa kesalahan kerana tidur sahaja," kata Daren melihat aksi Sleeping Beauty yang tidur sehingga tidak sedar hutan belantara sudah mengelilinginya.

Sang Perancang menjawab, " Itu yang kita mahukan. Tidur, tidur, dan tidur. Kita mahu umat Islam menjadi Puteri Beradu yang tidak bangun-bangun. Menjadi umat Islam yang pemalas."

"Walt Disney kaya-raya hanya dengan dongeng kanak-kanak sahaja, "kata Daren.

SUMBER:

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...