24 Ogos 2019

Dia pergi jua

Pada awalnya, si suami tidak benarkan sesiapapun viralkan kisah isterinya. Ya betul. Ramai akan kasihan. Ramai yang akan melawat. Ramai nak beri pertolongan. Ramai yang baik mahu bantu apa yang termampu. Orang baik!

Kini kisahnya telah viral. Kanser lidah. Jarang diketahui termasuk diriku. Ia bermula dengan ulser pada lidah. Selepas 2 minggu , masih belum sembuh. Allahuakbar! kuatkah keluarga dan anak-anak? Pasti sukar. Allah tahu keperluan mereka. Suaminya redha. Pasti syurga tempatnya.

Aku dapat berita pula tentang penyakit tb yang menyebabkan kumannya makan tulang. Aku cuba google. Rupanya memang ada. Antara pesakit-pesakit tb 10% adalah tb jenis merebak ke tulang. Kebanyakannya serang paru- paru.

Apakah ini peringatan untuk diriku ? Tiada siapa tahu saat kematiannya. Begitu juga aku. Umur 35 tahun bukan jaminan untuk terus hidup. Amalan belum sempurna. Cukupkah amalanku untuk menempah syurgaMu? Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha illa Allah!

22 Ogos 2019

Biar tersalah ampun dari tersalah hukum

Hari ini kisah dahulu kembali berpusing umpama roda. Aku pernah melihat. Aku melihat hasilnya. Aku kenal kedua-duanya walaupun tidak secara mendalam. Bagi aku, orang yang lebih tua atau yang berkuasa bersalah.

Maaf, andai coretan ini memahat memori dahulu. Bagi aku ' biar tersalah ampun dari tersalah hukum '. Hipotesis aku mungkin tersalah dan mungkin juga betul. Boleh juga dibuat kajian tindakan jika sesuai.

Hari ini. Aku mendengar EMPAT murid ditampar, ditendang tanpa pembelaan. Aku tidak tahu kebenaran dari pihak mana.

Pagi-pagi lagi, aku dengar suara riuh. Malangnya, aku masih kepenatan memandu 3 hari dengan jarak km yang jauh. Tiada mood untuk ambil tahu apa yang terjadi.

Menurut cerita guru D, ada pelajar letak kasut atas motor cikgu E. Ada la habuk sedikit. Dek kerana pembersih, pelajar-pelajar yang berdekatan motor jadi mangsa. Jika tak nak kecoh, tepuk sikit biar habuk hilang. Selesai masalah kan. Si A sedang cari siapa yang buat.

Aku sempat bertanya sebaik sahaja aku bertemu mangsa sebelum berjalan masuk ke kelas untuk PdPc seterusnya.

"Dah jumpa siapa yang buat kerja ini?" tanyaku kepada 3 orang dari mangsa.

"Belum jumpa la ,ustazah. Memang teruk la kalau saya tau siapa yang buat!" luah salah si A.

"Masih rasa sakit?" tanyaku sambil lihat rahang mereka. Kawasan malap dan kulit mereka kurang cerah. Sukar untuk aku nampak kesannya. Mereka tunjukkan sambil gosok pipi.

"Ustazah! dia tak tanya pun kami, terus dipukulnya?" kata si B.

"kenapa tak lari cepat-cepat?" kataku.

"Tak boleh ustazah! nanti lagi teruk kami kena kerjakan". kata si B lagi.

"Nanti kita cari jalan ye", aku cuba leraikan ketegangan mereka. Mungkin esok, aku boleh tanya lagi. Lagipun aku dah terlambat masuk kelas.

Dahulu pernah seorang pengawas pss dihukum rotan oleh Cikgu F. Sekarang tiada lagi di sekolah. Pengawas dituduh merokok. Dia tak mengaku kerana dia tak buat dan sedang berpuasa. Aku sendiri tak tahu dia dirotan.

" Saya benci tengok dia dan keluarganya!" ucap pengawas ini di hadapanku. Aku mula rasa sesuatu. Ketika ini pengawas ini telah tinggalkan sekolah 3 tahun kemudian.

" Apa yang berlaku ni? tak elok benci cikgu sendiri "kataku.

" Ustazah ingat tak pasal saya kena rotan dahulu?" tanya si pengawas.

" Yang pasal rotan ke?" aku cuba ingat peristiwa itu.

" Haaa! sejak tu la saya tak boleh boleh pandang dia. Rasa nak tumbuk je. Nasib saya baik".

" Bayangkan masa tu saya puasa. Takkan saya merokok. Nasib iman saya kuat masih teruskan puasa". aku dengar luahannya.

" Maafkan lah dia. Saya juga ada rasa benci tu. Tak ke mana pun perasaan tu. Kita jadi sakit kerana marah. Kita doakan dia mendapat hidayah dan mohon maaf kepada kita semua". kataku untuk hilangkan galau di hati. Ya. Semua orang buat silap. Tak salah minta maaf. Kita manusia biasa.

Itulah peristiwa lama yang masih aku ingat. Bagi aku "jika ada bukti dan saksi yang ramai, baru kita boleh nilai kesalahan mereka" Mereka akan ingat sampai bila-bila.

BIAR TERSALAH AMPUN DARI TERSALAH HUKUM.

#cabaranduniapendidikan
#gurudanmuridberpisahtiada
#jadilahguruyangikhlas
#masihbelajar

06 Ogos 2019

Haji Satu Perjalanan Menyucikan Diri.

Bukan semua orang akan terpilih menunaikan ibadat haji. Kuota haji 2019 adalah 30, 200 orang bagi negara kita, Malaysia. Aku juga teringin ke sana. Adakah betul, perempuan umur 35 tahun ke atas tidak memerlukan mahram untuk menunaikan haji? Wallahu a'lam.

Pengalaman umrah tidak sama pengalaman haji. Haji lebih lama. Haji memerlukan tenaga yang kuat. Sebab itu 'kemampuan' sangat ditekankan. 

Maksud Haji

Dari sudut bahasa: menuju / mengunjungi

Dari sudut syara' : Mengunjungi Bitullah al-Haram untuk melakukan ibadat.

Hukum menunaikan haji

Wajib dilakukan sekali seumur hidup ke atas orang yang mampu lakukan.

Syarat Wajib Haji
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Waras
  4. Merdeka
  5. Berkemampuan
Rukun Haji
  1. Niat ihram haji
  2. Wukuf di Arafahwalaupun seketika
  3. Tawaf Ifadah di Baitullah 7 kali pusingan
  4. Saei antara bukit Sofa dan Bukit Marwah
  5. Bercukur atau bergunting
  6. Tertib pada kebanyakan rukun


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...