26 Februari 2019

Perlindungan dariNya.

Kegelapan menyelubungi ruangan bilik tidur. Hanya cahaya samar-samar mencapah masuk ke lubang pintu yang sedikit terbuka. Sunyi. Sepi.

Ada bayangan susuk tubuh sasa dengan baju hodie di kepala. Bayangan mengeras. Aku ingin bergerak tetapi tidak mampu. Terasa dihimpit. Tangan diangkat tetapi masih keras. Terus tenangkan diri sambil baca doa:

استودعك الله الذي لا تضيع ودائعه

Bacaan disambung lagi.

اللهم انت ربي لا اله الا انت ،عليك توكلت وانت رب العرش العظيم، ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن ،لا حول ولا قوة الا بالله.

Sedikit demi sedikit tanganku mampu digerakkan. Bayangan hitam tadi semakin kabur dan hilang.

Alhamdulillah

23 Februari 2019

Pakej 3 hari 2 malam.

àjAlhamdulillah perkhemahan kali ini di luar kawasan melebihi 2 marhalah. Perjalanan lebih 1 jam dan bayaran bas RM1300. Adakah bayaran ini murah.

Sebelum memilih tempat ini, aku dan kaunselor sekolah telah membuat 'site visit' ke tempat. Senang dan mudah. Jauh dari kesibukan hari minggu.

Hari ini bermulalah perkhemahan pimpinan ps, pss dan prs. 4 pengiring, 2 guru lelaki dan 2 guru perempuan. Aku salah seorang dari guru pengiring. 40 pelajar yang menjadi peserta.

Malam tadi bermula jam 11.00 malam, 'night walk' bermula. Tamat 1.30 pagi. Apakah yang telah berlaku? Banyaklah ragam anak manja.

Ada yang cedera langgar bonggol ketika turun jalan berbukit.Ada yang berpatah balik selepas gilirannya. Ada yang menangis, tak nak teruskan. Ada yang pening, nak balik rumah. Ada yang nak tarik diri. Alasan 'lemah semangat' takut pengsan.

******
Hari ke-2

Solat...senaman atau regangan serta bersiar-siar dalam taman ini. Semuanya berjalan lancar.

Muka masing-masing kelat dan muram. Mungkin tidak cukup tidur dan tidak mandi termasuk fasi. Selepas sarapan, slot komunikasi. Yang selalu ke depan adalah orang sama. Apa nak buat lagi? Mulut bagaikan menelan emas. Jika mem'bawang', dialah no. satu.

Jadi pengiring ini cuba jauhkan diri seketika untuk beri ruang kepada fasi dan peserta dapat 'personal incharge'. Istimewa sangat.

Pada jam 11.00 pagi, aktiviti memanah. Walaupun tempat terhad, sebagai permulaan sangat sesuai untuk pelajar ini. Tidak ramai yang dapat tuju sasaran.

Petang diadakan 'jungle tracking'. Seorang tarik diri kerana 'sesungut'. Istilah cikgu 'addmath' pernah berikan. Dalam hutan kecil ini, diperkenalkan pokok akar banir. Boleh jadi tempat perlindungan sementara. Pokok ini juga boleh buat 'ketuk-ketuk ramadhan'. Seperti pukul bedok sebelum masuk azan. Ada dengar bunyi gegaran yang keluar. Peserta ada melalui anak sungai. Jika sesat, carilah arah anak sungai ini mengalir.

Malam diadakan forum. Setiap kumpulan akan ada moderator dan panel. Mereka ada bakat cuma perlu digilap.

Keesokannya, hari terakhir. Aktiviti eksplore race sekitar taman botani ini. Sementara menunggu mereka selesaikan tugasan, kami berdua sebagai guru pengiring berjalan ke trek 'night walk'. Jalan baharu. Laluan tiada halangan kecuali para fasi yang bertugas. Tugasan fasi hanya beri sedikit tekanan jiwa apabila malam tanpa cahaya menjelma. Singgah sekejap di Kampung Buku. Banyak buku menarik ada di sini. Pelbagai genre dimasukkan dalam 'kampung buku'.

11.45 pagi, majlis penutup diadakan. Sijil penghargaan lupa buat. GPK1datang bersama keluarga mewakili pengetua.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

16 Februari 2019

Susunan Kerajaan dan kisah tersembunyi.

Teringin nak beli buku Bidayah Wan Nihayah versi Bahasa Melayu. Yang ada dalam koleksi hanya dalam Bahasa Arab. Sebagai orang yang lemah dalam Bahasa Arab, kadang-kadang bimbang terjemahan sendiri tersasar dari maksud yang sebenar. Sebab kelemahan ini, aku perlukan terjemahan dari pakar yang boleh terjemahkan kitab ini secara keseluruhan.

Penciptaan langit dan bumi

Zaman Nabi Adam hingga Nabi Isa.

Kerajaan Islam

1. Kerajaan Islam pertama : Kerajaan dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW

2. Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin. Kerajaan ini dibawah pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Bin Affan Ali Bin Abi Thalib.

3. Khalifah Kerajaan Umaiyyah. Kerajaan yang mempunyai ramai ilmuan Islam pada zaman ini.

4. Khalifah Kerajaan Abbasiyyah. Kerjaan yang berjaya menakluki Baitul Maqdis dibawah tentera Salahuddin Al-Ayubi.

5. Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ini kerajaan yang terakhir sebelum kejatuhan sistem Khilafah.

Ketika pergi ke muzium Melaka, aku ada terbaca tentang hubungan baik kerajaan Islam Melaka dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Gambar itu hilang. Kehadiran Jepun ke Tanah Melayu adalah untuk membantu membebaskan Tanah Melayu dari tentera British. Tetapi aku tiada sumber untuk dibuat rujukan. Sejak akhir-akhir ini, aku terjumpa video dari Youtube tentang kajian DNA yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia. Dibentangkan oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin.



Aku juga pernah baca di IIUM berkaitan sejarah keluarganya. Banyak sejarah kita yang masih tersembunyi.

Boleh baca dalam blog berikut:






13 Februari 2019

Entri biasa.

Satu karya dari entri yang telah lama telah di 'edit' semula dan ditambah baik. Aku cuba meminta penambahbaikan dari guru BM. Masa tidak mengizinkan guru tersebut menanda kesalahan dan membuat penambahbaikan. Masa tidak boleh ditunggu, malah perlu diurus sebaik mungkin.

Awal tahun sangat padat dengan pelbagai aktiviti. Selalu berkejar ke sana ke mari. Keletihan mental fizikal membataskan idea untuk berkarya. Jadi blog ini bahan rujukan aku.

Menulis bukan sahaja menjadi 'pelepas' stress ketika bekerja, malah karya itu diterima baik oleh pihak tertentu. Aku bukanlah seorang yang pandai meluahkan isi hati. Aku bukanlah seorang yang banyak idea. Tanpa pembacaan, diri ini tetap lemah melontarkan idea.

Pengalaman mengajar anak remaja 13,14 dan 15 tahun, menjadikan diri ini sentiasa berfikir cara terbaik untuk mereka belajar. Target tidak perlu tinggi. Jika harapan tinggi, pasti jatuh tersungkur. Aku hanya ikut keadaan dan banyak memerhati. Tindakan sangat kurang kecuali dalam keadaan terpaksa.

Melihat kepada keadaan disekeliling yang kurang membantu personaliti 'mutadayyin' dikalangan murid, menyebabkan aku hampir buntu melaksanakan aktiviti. Semakin banyak program dan aktiviti, mereka semakin berani. Itulah kesimpulan yang keterlaluan bagiku.

Tugasan semakin sukar. Dunia semakin mendesak. Politik semakin panas. Remaja semakin agresif. Kerjaya guru semakin mencabar.

Walaupun kerjaya guru mencabar, ada lagi bidang yang lebih mencabar lagi. Kerjaya doktor. Kerjaya bomba. Kerjaya jururawat. Semoga pekerjaan yang dilakukan memberi keberkatan kepada hidup kita pada masa akan datang.

Lihatlah kepada hero kita Adib, Abdul Bari Asyraf dan ramai lagi termasuk 7 orang bomba yang terkorban. Mereka tidak dikenali ketika hidup tetapi terkenal selepas kematiannya. Mereka bukanlah ulama', bukan menteri, bukan siapa-siapa. Allah angkat kemuliaannya dengan pengorbanan yang dilihat kecil bagi dirinya, tetapi dipandang besar oleh semua orang.

اللهم ارحمهم وعافهم واعف عنهم، واكرم نزلهم، ووسع مدخلهم، واغسلهم بالماء والثلج والبرد، ونقهم من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس، وابدلهم دارا خيرا من دارهم، واهلا خيرا من اهلهم، وزوجا خيرا من زوجهم، وادخلهم الجنة، واعذهم من عذاب القبر ومن عذاب النار.

" Ya Allah ampunilah mereka, kasihanilah mereka, sejahterakanlah mereka, ampunilah dosa dan kesalahan merek hormatilah  kedatangan mereka dan luaskanlah tempat tinggal mereka, bersihkanlah mereka dengan air salji dan embun. Bersihkanlah mereka dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran, dan gantikanlah bagi mereka rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarga mereka yang dahulu dan peliharalah mereka dari seksaan kubur dan azab api neraka"

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...