28 Ogos 2020

Dedikasi Untuk Farah

Farah hadir selepas pencen PT lama. Kedua-dua mereka sangat cemerlang dan amanah dalam tugas. Bukan mudah kerja mereka. Cabaran tetap ada walaupun bukan pendidik. Mereka sangat membantu para guru untuk dapatkan dana, rekod keluar masuk kewangan, urusan kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya. 

Farah masih muda. Beliau merupakan seorang ibu, isteri dan pelajar. Beliau masih belajar untuk menjadi seorang pendidik. 2 Tahun lagi, beliau akan dipanggil Cikgu!

Hari ini, telah dilaksanakan majlis perpisahan untuk beliau. Alhamdulillah, dengan kenaikan pangkat ini, maka beliau berpindah kebahagian lebih mencabar. Aku percaya dengan kesungguhannya, dia bakal cemerlang di mana sahaja berada.

Selamat maju jaya dan terus cemerlang!

19 Ogos 2020

Peluang Cuti

Alhamdulillah.
Dikurniakan kebenaran bercuti adalah satu nikmat. Nikmat bersama keluarga. Adakah ini petunjuk bahawa aku akan bercuti lama lagi? Wallahu a'lam.

Cuti kali ini meraikan adik pengantin baru 15/8/2020 . Musim ini masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pasca Covid-19. Jemputan tidak seramai sebelum ini kerana banyak SOP penjarakan fizikal perlu diambil kira. Majlis ini tetap meriah dengan kehadiran tetamu.

Hari ini, aku telah mulai sakit kepala. Terasa pusing dunia ini. Entah kenapa. Moga aku masih boleh bertahan. Aku gagahkan diri untuk tulis walaupun terasa pendek.

Hari ini juga peserta e-kalimatussobah bagi Aktiviti Adab dan Nilai Secara Atas Talian membuat rakaman semula setelah memenangi kategori ini peringkat daerah. Tahniah! Tahniah! Tahniah.

Tiada perancangan untuk hantar peserta bagi acara ini. Sebelum ini, DUA guru telah hadir untuk mendapat taklimat berkaitan program ini. Seperti biasa, kategori khat, hafazan dan tilawah yang akan dihantar. Masih tiada perancangan hantar peserta e-kalimatussobah. 

5/8/2020(rabu) aku sendiri telah menghadiri Sesi Muzakarah Hakim Peringkat Daerah. Aku merupakan hakim bagi kategori sekolah rendah. Aku telah bersembang dengan rakan seguru dari sekolah menengah yang sama denganku, dan beliau mendesakku hantar wakil untuk kategori e-kalimatussobah. Beliau menunjukkan tajuk dan syarat pertandingan. Apabila tengok tajuk, aku rasa sangat senang. Tapi aku perlu sokongan rakan-rakan dari guru agama sekolahku.

Malam itu, aku cuba bincang dalam group wasup. Aku minta pertolongan guru interim untuk olah isi insya' yang aku telah berikan. Pada awalnya, aku dah terasa tiada sokongan. Alhamdulillah, Allah ilhamkan kepada seorang guru interim ini untuk olah semula isi kandungan itu.

Dalam masa yang sama aku wasup anak muridku. Aku percayakan dia. Dia masih di tingakatan 4 tetapi dia banyak menunjukkan kesungguhannya tanpa pengaruh kawan. Ya. Pengawas. Aku guru pengawas. Sejak di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku telah lihat kemampuannya.

Hari khamis malam aku beri skrip, hari jumaat aku dengar bacaannya. Ketika dengar bacaannya, aku hanya berserah dan tidak mendesaknya. Hanya bagi galakan dan perbetulkan kesilapan baris. Aku sangat berharap dia hafal skrip dan akan buat rakaman hari isnin akan datang. Hanya sabtu dan ahad, masa dia hafal. 2 hari sahaja. 

Hari isnin, pada awal pagi aku telah panggil dia untuk sesi rakaman. Berulangkali cuba, masih gagap. Masih tersangkut. Masih ada suara bising masuk. Guru Bahasa Inggeris cadangkan buat rakaman dalam bilik guru kaunselor sekolah. Aku mohon kebenaran beliau. Alhamdulillah, beliau sangat baik dan benarkan kami guna biliknya. Syukran Cikgu J dan Teacher S. Moga Allah bagi ganjaran yang baik untuk kalian. 

13/8/2020 pihak PPD wasup aku dan memaklumkan bahawa peserta e-kalimatussobah aku terpilih ke peringkat negeri dan pihak PPD akan beri bantuan untuk rakaman semula. Apabila ditanya siapa Personal In Charge (PIC) yang perlu diletakkan, aku berikan nama ustazah N sebagai pengurus pertandingan kali ini . Ustaz PPD ucap tahniah atas skrip yang mantap. 

18/8/2020 Aku telah buat panggilan kepada peserta itu dan dia sangat terkejut. Dia sangka 27/8/2020. Aku bagi sokongan dan minta dia buat latihan bersama Ustaz H. Alhamdulillah. Sokongan banyak pihak, membuahkan hasil. Yang negatif, kita tolak tepi. Tanpa sokongan rakan lain, pelajar ini tetap di sekolah dan.tiada penyertaan. Siapa sangka keputusan di saat akhir, boleh bawa ke peringkat negeri. Itu berkat kesungguhan peserta itu sendiri.

Hari ini 19/8/2020, sesi rakaman telah selesai. Alhamdulillah. Allah bantu hambaNya yang berserah diri kepadaNya. 

Ini bukan lagi coretan pendek malah catatan panjang apabila jari ralit menekan. Itulah curahan idea yang tak pernah habis.

25/8/2020, Insya Allah aku kembali ke sekolah.

06 Ogos 2020

Temujanji Medical Checkup

8.00 pagi dah terpacak di tempat letak kereta Klinik Kesihatan. Hajatnya biar cepat sampai, cepat la boleh balik ke sekolah. Rupanya urusan medical checkup selesai pukul 12.00 tengahari. 

Bahagian pergigian, lambat untuk keselamatan bersama. Tukar sarung tangan. Lap atau sanitiz tombol pintu, tempat duduk dll. Cukup berhati-hati petugas kesihatan. 

Kita pakai mask atau pelitup muka satu sahaja, sedangkan mereka 2 pelitup muka. Cukup sabar. Suara memang perlu kuat terutama kepada warga emas yang kurang pendengaran. Bukan tanda marah.

Teruja tengok seorang nurse melayu, bertutur dalam bahasa cina. Bagi arahan dalam bahasa cina. Tak dapat pastikan dialek kantonis atau mandarin atau bla bla bla. 

Di bilik X-ray, tertinggal fail dalam bilik persalinan pakaian. Selesai urusan, baru cari semula. Alhamdulillah masih di tempat asal. 

Makmal urine test tak oerlu tunggu lama. Kemudian ke bilik rawatan untuk test mata. Bercermin mata dan tanpa cermin mata. Apabila tengok huruf dan nombor tanpa cermin mata, sebelah kanan tak nampak dan sebelah kiri nampak dua baris dari atas. Sejak di tingkatan 3, dah rabun. Umur 18 tahun, sepenuhnya bercermin mata kecuali di rumah. Rimas. 

Petugas kesihatan seolah-olah tak rehat langsung. Mereka tetap sabar melayan karenah pesakit. Ada 3 bilik pemeriksaan. Setiap bilik, ada 2 doktor yang berkongsi meja. Sangat berhati-hati menulis laporan kesihatan. Ada juga sesekali menjawab  telefon.

Kerja guru tidak seteruk kerja petugas kesihatan. Bersyukur apa yang di depan mata. Pandanglah orang lain lebih berjasa dari kita. Jawab soalan mereka dengan jujur. Tidak perlu reka cerita atau tambah cerita. Penambah perisa itu semakin merumitkan bukan membantu. 

#Kitajagakita

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...