24 Jun 2019

Ujian buatmu sahabat.

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر.

Besar sungguh ujianmu sahabat. Diriku tidak mampu menghadapinya.

Melalui pembedahan yang begitu lama hampir separuh hari. Bermula dengan menghidup insan baharu. Insan ini baru mengenal dunia, tetapi ibunya masih tidak sedarkan diri. Tahniah buat para doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa ibu dan anak ini.

Buat kami, ia adalah ujian persahabatan. Doa kami dari jauh. Solat hajat dan bacaan yasin setiap malam. Setiap kali terjaga pada waktu qiamullail terus lidah menyebut, " Ya Allah selamatnya seperti sediakala!". Siapa diri ini, andai ini ketentuan Allah. Moga diri yang merasai ujian berat ini redha dan terus tabah.

Hilang nikmat lisan. Berderai airmataku apabila terbaca di what'up tentang hasil pembedahan yang telah dilakukan. Bagaimana nak makan? Bagaimana nak rasa masakan? Bagaimana nak mengajar? lisan merupakan senjata bagi seorang guru kecuali menggunakan bahasa isyarat.

Sakit ceaser bersalin anak 27 minggu. Tebuk saluran penafasan. Cabut gigi. Buang lisan. Tidak dapatku bayangkan kesakitannya setelah semua bius telah hilang.

Mengenali susuk diri yang sangat peramah, manja, lembut dan sentiasa menyenangi rakan-rakan. Muka sentiasa senyum ceria seolah-olah orang yang sangat bahagia.

Moga ujian ini mengangkat darjatnya di sisi Allah. Ujian untuk diri ini juga.

05 Jun 2019

Hai Budak Jordan!

Alhamdulillah.

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم!

عيد المبارك السعيد!

كل عام وانتم بخير!
Hari pertama perayaan Aid kali ini, semua usraty dapat berkumpul kecuali seorang.

Budak Jordan tertinggal seorang. Budak Jordan seorang lagi telah pulang bercuti hingga September.

Keluarga kita bertambah ramai. Anak kecil, Sumayyah, Aisyah Humaira', Abqari, Rayyan Al- Fateh. Jika dahulu ada Firdaus, Akrimie ,Adibah, Wa'iz dan Aisyah Irdina. Eh! ada dua baby baru la. Ehemmm...

2018 semua beraya di rumah mertua bagi yang telah berumah tangga. Mak, ayah dan aku beraya di klia. 2017 mak ayah dan 'budak jordan tertinggal' buat umrah. Malam raya, aku yang 'sakit'. Tak dapat buat persiapan raya. Kesian kami yang berada di rumah. Tak dapat rasa suasana raya.

Raya bermakna dengan kehadiran mak dan ayah.

04 Jun 2019

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Keputusan epgo telah keluar. Tahun ke-9 aku isi secara online. Setiap kali 'result' keluar, harapan aku tetap ada. Untuk pulang (khidmat) ke kampung (negeri). Banyak kali terlintas dihati untuk menggunakan ' orang dalam'. Aku tahu, semua itu rezeki dari Allah. Apakan daya, aku tetap manusia biasa.

Musafir bersendirian mengundang banyak risiko. Sejak 10 tahun yang lalu. Musafir ini tetap ada hukumnya. Haram bagi seorang perempuan. Ya. Haram. Aku ada jumpa pendapat 'ustazah selebriti' dengan mengatakan hukumnya HARUS sebab negara aman. Inilah pendapat yang menguatkan aku tetap bermusafir tanpa mahram.

Aku tetap masih di 'sini'. Khidmatku masih diperlukan. Adakah kepercayaan ini dapat aku pikul? Aku masih berusaha baiki diri. Depan mataku, masih ramai yang berkaliber. Mungkin pengalaman adalah kurang kerana masih belajar. Getaran tetap ada apabila berhadapan para cendekiawan muda. Paling menakutkan apabila ada soalan. Maafkan diri ini. Terasa tidak layak pegang tanggungjawab ini. Jadi aku anggap ini adalah peluang. Peluang masih terbuka luas untuk timba pengalaman.

Awal pembabitanku dalam dunia kerjaya ini sangat kecil berbanding rakan lain. Mereka tidak dapat hadir ke suatu program dalam tempoh yang lama dengan alasan keluarga. Apabila aku sentiasa hadir dan dihantar untuk sesuatu program, aku tiada alasan untuk menolak tawaran.

Pernah suatu ketika pemanduan dari kampung mengambil masa hampir 10 jam. Aku keletihan. Demam. Aku tetap hadir menjadi pengiring kontijen negeri. Seminggu. Demam. Hilang suara. Rupa-rupanya aku dapat kenalan baharu. Perkongsian pengalaman baharu. Percutian percuma. Mandi air sungai yang sejuk. Itulah hikmahnya.

Alhamdulillah. Orang yang paling layak lulus epgo telah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Bertugas di sekolah lamanya sebagai guru. Lebih kurang 3 minggu menjadi  ' housemate' aku. Di sekolah kelihatan sihat. Tetapi di rumah, dia tidak mampu sembunyikan kesakitannya. Memang dia layak dekat dengan keluarganya. Rezeki Allah, tiada siapa yang tahu.

Moga dia terus istiqamah menabur bakti di sekolah itu. Amin.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...