29 Januari 2023

Air Mata Kekecewaan

Hampir 6 bulan aku berada di sekolah berprestasi tinggi. Aku masih tidak mampu memahami semua perkara yang berlaku di sekolah ini. Diberi jawatan, aku laksanakan semampu aku. Tidak kuhirau kritikan mahupun cakap-cakap belakang. Aku percaya, perkara yanh diucapkan kerana mereka rudak mengenaliku. 

Tugas semakin mencabar, namun aku tempuhi jua. Aku buat sebaik yang mungkin dalam keterbatasan waktu dan kemampuan diri yang terhad untuk berada dalam semua situasi. Aku mampu jadi pendengar, sebaliknya aku kurang kata-kata pujukan. 

Seorang pelajar yang pada awalnya aku kenali sebagai atlet sekolah dan menyertai hampir semua sukan yang dipertandingkan. Orang yang lebih kepada aktiviti fizikal, tetapi pelajaran Bahasa Arab dan hafazan menjadi kelemahannya.

Pada bulan 10/2022 aku menerima jadual baru dan diamanahkan mengajar BA semua kelas tingkatan 3. Biar pun aku telah lama tinggalkan mata pelajaran 'killer' ini sejak 2016, aku tetap mengajar kelas mereka. Semua guru yang mengajar sebelumku adalah guru-guru senior yang hebat. Kebanyakan pelajar di sini mendapat keputusan peperiksaan yang tinggi walaupun ada yang gagal. 

Kebiasaan di sekolah lama, aku berhadapan dengan satu kelas yang mempunyai pelbagai aras kemampuan mereka. Ini menyebabkan aku cuba membantu pelajar yang gagal walaupun guru senior sekolah 'hebat' ini menganggap mereka tiada harapan lagi. Sama dengan cara seseorang yang dahulu yang mencadangkan aku tinggalkan pelajar yang lemah. Tetapi aku tetap terus mengajar mereka walaupun akhirnya mereka tetap gagal.

Kembali kepada pelajar kuat sukan ini. 

Tadi, dia datang jumpa aku. Aku hairan kerana ini bukan kebiasaannya. Aku juga tidak lagi mengajar kelas mereka bermula awal januari ini. Aku tinggalkan kelas itu, 2 minggu sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik UASA dilaksanakan. Aku diberi DUA kelas tingkatan 3 dan DUA kelas tingkatan 2. 

Dia ceritakan betapa dia berusaha study malam sebelum menjawab soalan BA. Dia tidur pukul 3 pagi dan berusaha nak mendapat A dalam subjek ini. Sambil menangis dia berkata, "kenapa saya tak boleh dapat markah tinggi macam kawan2 lain?"

Ya, Ujian Pertengahan Tahun atau pertengahan penggal yang dilaksanakan pada awal aku reposting ke sekolah itu, dia mendapat markah lebih kurang 30%. Hari ini dia mendapat 50% lebih. Kecewanya dia kerana tidak mendapat markah A dan B seperti kawan-kawan yang lain. Hampir semua rakan sekelasnya mendapat A.

Kehebatan kelas ini yang boleh aku puji adalah kawan yang pandai mengajar kawan yang lemah. Tetapi tidak semua yang pandai ini, sabar dengan kawan yang lemah ini. Kebanyakan mereka suka bertanya yang kadang-kadang aku sendiri tidak mampu menjawab. Mereka adalah anak-anak Dr, Prof, maha guru dll. Keluarga yang hebat. 

Pelajar ini sendiri ada masalah keluarga dan berperang dengan diri sendiri. Aku minta dia belajar bukan untuk mendapat A, bukan untuk tunjuk hebat di hadapan kedua ibu bapa tapi untuk dapat redha Allah. A bukan segala-galanya. Biarlah belajar untuk diri sendiri. Ikut kemampuan diri. Jadi diri sendiri. Bukan nak jadi seperti dia yang otak genius. Belajar mengikut kemampuan diri dan bukan untuk peperiksaan. 

Pada akhirnya, dia minta aku doakan untuk dia. Doa apa? Aku sebut doa dihadapannya " Ya Allah, berilah S ini kemuliaan dunia akhirat dan dipermudahkan urusannya dalam menuntut ilmu serta berjaya dalam apa jua bidang. aminn" Semakin banyak air matanya menitis. Aku dah mati akal untuk memberi kata-kata lagi. Hanya tanganku yang mampu menyentuh tangannya. Datang rakan sejawatku datang tepuk belakangnya. Mungkin cikgu ini telah dengar dari jauh dan aku sendiri tidak menyedari kehadirannya.

p/s: ini hanya cerita aku sendiri. Hanya untuk menunjukkan masih ada pelajar yang memandang A adalah bukti kecerdikan dan kehebatan diri. Ini adalah kelemahan sistem peperiksaan. Aku bukan anti peperiksaan. Sebaliknya aku tidak suka pelajar yang gagal dianggap 'bodoh' sedangkan kekuatan pemahaman lambat berbanding rakan lain. Ada tidak mahu belajar kerana merasakan mata pelajaran ini adalah sia-sia.

10 Januari 2023

Cerita warden 1

Duty warden hari ini. awal2 pagi ada ibu pelajar dah call. tanya perihal anaknya yang dapat mc dan berada di sickbay.

Kadang terfikir juga, kenapa masa aku duty penjaga akan call suruh aku tengokkan anak dia begini dan begitu. Kenapa anaknya sakit tapi diberi mc sehari, bla bla bla.

Selepas jaga kelas peperiksaan pukul 12.00 tengahri, aku ke bilik cetakan untuk susun soalan ting 3 bagi Bahasa Arab. Jenuh juga nak habiskan sebab jumlah mereka 86 orang. Kawan aku sorang lagi 120 orang yang berada di ting 2. Siap bahagian aku, aku tolong dia sekejap.

Asalnya aku nak makan di kantin sahaja. last2 atas desakan rakan warden, aku ke dema untuk makan tengahari. Udang, sayur, tauhu goreng n nasi. punya mewah makanan asrama ni.

Habis makan, ada budak bagitau kawan dia seliuh. ingat nak pergi solat, terlencong ke surau. selepas suruh kawan dia beli makanan di kantin, aku balik ke asrama utk tengok budak di sickbay n solat. Sickbay dah bertambah seorang. Seorang itu sahaja yang nampak sakit. Yang lain sihat wal afiat. Sial bersembang sambil makan makanan yang dibungkus dari Dema. Kalau ikut penyelia asrama, mereka perlu pergi sendiri ke Dema untuk makan.

Dah solat, aku dapat panggilan 2 kelas belum mula kertas UASA. Aku maklum kpd penyelia asrama utk kunci pintu dan terus berkejar ke kelas. Aku silap jadual lagi sekali. 

Ada rakan sejawat dah tlog ambilkan kertas dan aku sempat jumpa mereka di pertengahan jalan. lebih kurang 20 minit juga 2 kelas ni lambat mula pekse.

Bertabahlah wahai hati. Serupa oncall.😜

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...