15 September 2018

Gambar Rasulullah dan Para Sahabat.

Alhamdulillah. Sambutan Maal Hijrah telah selamat dijalankan. Terima kasih buat rakan-rakan seguru serta ustaz dan ustazah.

Ada satu persoalan yang agak susah dijawab kecuali orang yang ahlinya. Apa yang terbaik adalah 'Hanya Allah Yang Tahu'. Allahu A'lam!

Di sini, aku cuba kongsikan berdasarkan rujukan yang bertauliah. Jika aa kesilapan, mohon ampun dan tolong perbetulkan kerana aku bukan ahlinya. Masih belum cukup ilmu agamaku. 

Hukum asal melukis adalah HARUS.

Dalam bab melukis benda hidup termasuk manusia apatah lagi Rasulullah dan para sahabat Rasulullah, ada hadis yang melarang;
hadis Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar RA, sabda Rasulullah SAW,
إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.
Yang bermaksud, Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau tidak berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): ”Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu.”
Syeikh ’Atiyyah Saqr melalui kitabnya menyebut, sesungghnya ulama’ telah menegah daripada lakonan tokoh-tokoh yang terhormat seperti para Nabi dan Rasul. Mereka juga mengharamkan lakonan secara mutlak sebagaimana diharamkan lukisan dan mempotretkan mereka. Ini kerana beberapa alasan:
i.                 Lakonan atau gambaran tidak berbetulan atau bertepatan dengan yang asal dan sebenarnya.
ii.                Tidak menepati realiti yang betul sama ada gambaran atau sebenar.
iii                Mereka adalah tokoh dan contoh ikutan kepada yang lain. Justeru, berdusta ke atas mereka dengan lakonan atau lukisan adalah tidak benar
iv                Melukis atau menggambarkan mereka jika tidak baik boleh memberi satu gambaran yang tidak baik kepada yang menonton atau yang melihatnya
Hal ini dikuatkan lagi dengan fatwa ulama’ Muktabar antaranya,
i.                     Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950, iaitu al-Fatawa al-Islamiyah Jil. 4 halaman 1297
ii.                   Lujnah Fatwa Azhar pada bulan Jun 1968.
iii.                  Majlis Majma’ Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972
iv.                 Muktamar ke-8 Majma’ pada bulan Oktober 1977
v.                   Majlis Majma’ pada bulan April 1978
vi.                 Dar Ifta’ Mesir pada bulan Ogos 1980

Antara nasnya ialah,
وكان منطلق التحريم هو أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح، فإذا كانت الثقافة تحتاج إلى خروج على الآداب فإن الضرر من ذلك يفوق المصلحة- وذلك إلى جانب متررات التحريم التى سبق ذكرها- كما جاء فى عبارة دار الإفتاء: أن عصمة الله لأنبياءه ورسله من أن يتمثل بهم شيطان مانعة من أن يمثل شخصياتهم إنسان.
ويمتد ذلك إلى أصولهم وفروعهم وزوجاتهم وصحابة الرسول عليه الصلاة والسلام، ومن جهة العبرة من قصص الأنبيا قال: كيف تتأتى الإستفادة من تمثيل إنسان لشخص نبي، ومن قبل مثل شخص عربيد مقامر سكير رفيق حانات وأخ للدعارة والداعرات، ومن بعد يمثل كل أولئك أو كثيرا منهم؟.
Yang bermaksud, Pengharaman ini adalah berdasarkan kaedah fiqhiyah (menghindarkan kerosakan adalah diutamakan daripada mengambil kemaslahatan).

Apabila sesuatu kebudayaan memerlukan kepada keluarnya daripada adab dan norma maka sesungguhnya kemudaratan itu mengatasi kemaslahatan. Di samping itu, terdapat banyak alasan pengharaman yang telah disebutkan seperti mana yang disebut di dalam dar al-Ifta’ Mesir : Sesungguhnya Allah telah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru ataupun dilakonkan oleh syaitan. Demikian jugalah Allah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru atau dilakonkan oleh manusia .
Demikian jugalah pengharaman meniru usul (nenek moyang) furu’ (anak cucu), isteri-isteri dan sahabat-sahabat Rasul.
Adapun yang berkaitan dengan pengajaran yang diambil daripada kisah-kisah nabi, fatwa ini menyebutkan bagaimana mungkin kita mengambil pengajaran daripada lakonan seorang manusia biasa terhadap peribadi seorang nabi. Siapakah yang sanggup menerima lakonan seorang bodoh, kaki judi, pemabuk, pelanggan kedai arak dan persundalan? Merekakah yang melakonkan lakonan para nabi dan sahabat?
Berdasarkan hadis di atas, melukis gambar apatah lagi gambar sahabat amatlah ditegah termasuk juga seperti lakonan. Ini kerana beberapa alasan.
1.      Umum hadis berkenaan dengan larangan melukis gambar yang mempunyai roh.
2.      Kemuliaan para sahabat hendaklah dipertahankan.
3.      Ia mungkin termasuk dalam menghina para sahabat.
4.      Lukisan tersebut lebih kepada andaian dan khayalan oleh pelukis melalui sedikit maklumat.
5.      Hal ini tidak dilakukan oleh Salaf al-Soleh seperti imam-imam yang empat.
Satu “Garis Panduan dan Penjelasan Mengenai Seni Tampak Dari Kaca Mata Islam” telah di keluarkan oleh BAHEIS dan telah dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam N.S bil 4/87 menyatakan haram melukis gambar-gambar malaikat, nabi-nabi dan para sahabat besar iaitu 10 yang dijamin masuk syurga.
Fatwa Negeri Sabah telah mengharamkan perbuatan melukis gambar sahabat Nabi SAW yang diwartakan pada 11 Disember 2003, sebagaimana petikan di bawah ini:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
"Perbuatan melukis, melakar atau mengukir gambar para Sahabat adalah diharamkan".

SUMBER RUJUKAN:

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...