31 Disember 2020

Wawasan 2020 berakhir.

Tahun 2020, penuh suka duka terutama dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan menjadi satu lumrah hidupku. Belajar dari PASTI, kemudian ke sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, masuk kolej buat diploma, pergi ke luar negara untuk sambung ijazah, ambil diploma pendidikan, menjadi guru dan sekarang menjadi pelajar semula.

Sejak dibangku sekolah, wawasan sekolah diheboh kan dan guru-guru minta buat bayangan apa yang berlaku apabila tahun 2020. Pemikiran kanak-kanak sebayaku hampir sama, fikirkan kereta terbang, mudahnya nak perlu luar negara dengan kereta terbang. Wujud pula cerita kartun pasal angkasa dan macam-macam lagi.

Namun bayangan ini tida berlaku. Yang berlaku adalah perkara yang tidak difikirkan sebelum ini. Apa yang berlaku?

Kehidupan norma baharu. Kita semua masih mencuba adaptasi norma baharu walaupun mencabar. Perkara ini perlu dilalui bagi meneruskan kehidupan. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku sama ada kita masih teruskan hidup atau tewas dipertengahan perjalanan kerana penularan penyakit yang tiada penghujungnya. Itulah Covid-19. 

Pada awalnya, sekolah masih diteruskan seperti biasa sehingga cuti pertengahan penggal pertama. Ketika itulah mula dibuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diteruskan dengan PKPB dan PKPD. Kehidupan bagi orang yang sentiasa ada gaji setiap bulan, tidak terjejas. Manakala kehidupan rakyat marhein yang perlu hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Apabila tiada kerja, tiadalah pendapatan dan tiadalah makanan untuk dimakan. Sungguh terseksa keadaan apatah lagi ramai yang dibuang kerja, dipoting gaji dan gaji tidak diberi. Ujian.

Rezeki aku mungkin tidak sama dengan orang lain. Rezekiku dapat belajar semula dengan mendapat tajaan dan gaji bergerak seperti biasa. Orang lain ada rezeki lain yang aku tidak perolehi, jadi aku teruskan kehidupan mengikut arus semasa. Berjalan dan terus berjalan. Bergerak dan terus bergerak. Aku yang menjadi pelajar tua yang perlu perlahankan kayuhan kerana meninggalkan dunia belajar hampir 13 tahun dan perlu bersaing dengan pelajar yang terus sambung adalah cabaran terbesar untuk diriku. 

Aku terpaksa mencari dan menggali semula kitab pengajianku yang terdahulu. Alhamdulillah buku-buku dan kitab-kitab yang pernah aku pelajari masih tersimpan kemas dan boleh dijadikan rujukan. Norma baharu yang aku perlu tempuhi juga dengan menggunakan semaksima mungkin penggunaan internet. Beli laptop baharu, perisian baharu, mendaftarkan diri dalam mana-mana web yang perlu dibayar, termasuk pembelian buku secara online di shopee.

sumber: google image

Ada kala aku hilang hala tuju pembelajaranku. Bukan senang diungkapkan. Hanya jiwa yang kental perlu lalui proses ini. Ibarat kata guruku, jika nak senang tak perlu sambung belajar. Apabila belajar, kesukaran pasti wujud. Latihan demi latihan penulisan perlu di upgrade ke tahap yang lebih ilmiah. 

Walaupun aku banyak menulis dalam blog, aku masih tidak mampu menulis secara ilmiah dengan kata lain, dunia akademi berbeza dengan penulisan santai aku ini yang berbentuk curahan idea dan coretan idea. Apa yang terlintas terus tulis. Tak perlu kepada rujukan yang berautoriti dan merujuk kepada siapa yang bercakap atau menulis. Hanya tangan bergerak ikut apa yang difikirkan. 

Selepas ini, blog aku akan dijadikan bahan kuliahku kerana melalui ini, aku dapat menjana idea baharu. Harapannya semoga tiada siapa yang membaca. Siapalah aku untuk menghalang orang lain membaca. Yang pasti, komen pembaca sukar aku baca kerana kekangan tertentu. Aku hanya melawat blog apabila aku nak cari rujukan terdahulu atau nak buat entri terbaharu.

Doakan aku terus ke hadapan melalui liku-liku dan cabaran belajar di usia bukan muda dengan jayanya. Dengan penutup tahun 2020, menjadikan aku lebih terbuka dengan mendapat ilmu baharu dan akan digunakan pada masa akan datang. Aku banyak kelemahan. Aku juga banyak buat kesilapan dan kesalahan tanpa aku sedar secara langsung atau tidak langsung. Maafkan aku andai aku tersilap kata dan tersilap menulis. Semoga Allah memberi keampunan dan kekuatan untuk teruskan pencarian hidup yang tiada batasan ini. 

Selamat menempuh dunia tahun 2021 yang pasti mencabar keapda kita semua.

11 Disember 2020

Cara nak cari hadis online.

 Apakah anda belajar takhrij hadis? Aku sendiri tak pernah belajar takhrij hadis dan pernah dengar tentang takhrij hadis. Mungkin ramai kata aku tipu. Eh..kan dulu dah belajar masa diploma? Oh. mungkin aku dah lupa. Bila dah masuk ke pengajian terkini, aku terasa aku tidak tahu apa-apa.

Pengunaan apps dalam internet. Guna pdf. Aku sendiri kekurangan kitab hadis ini. Jika guna internet, insya Allah, aku boleh explore sendiri. 

Berkaitan dengan takhrij hadis secara terperinci, boleh la cari guru dalam bidang hadis. Aku sendiri tak berani nak tulis. Bimbang lari maksud sebab kurang arif tentang bidang hadis ini. Aku lebih kepada penulisan ilmiah atau penulisan akademik. Jika tengok kepada tulisan aku selama ini, aku hanya tulis ikut hati dan idea sendiri. 

Perisian hadis menggunakan teknologi. Perlu download apps bagi sumber dibawah. Ada yang berbayar dan free. Ini untuk rujukan sendiri dan aku belum terokai cara penggunaan apps ini.

1) LIDWA : Dapatkan Ensiklopedi Hadits - Kitab 9 Imam (lidwa.com)

2) semakhadis.com : Semak Hadis – Semak Dulu Sebelum Sebar

3) dorar.net : الدرر السنية (dorar.net)

4) sunnah.com: Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم)

5) maktabah syamelah : الرئيسية • الموقع الرسمي للمكتبة الشاملة (shamela.ws)

Keutamaan adalah merujuk Kutub Tis'ah.








01 Disember 2020

Takshilul Awlawiyyat

Keaslian/ prinsip / dari mana datangnya Fiqh Awlawiyyat?

Perbahasan ini membentangkan contoh untuk meraikan awlawiyat dalam syariah Islam(kehidupan muslim) dari sumber pertama atau asal : Al-Quran, sunnah Nabi yang mulia sebagaimana yang telah disebut beberapa contoh daripada kata-kata ulama'...

Begitu juga wajib tanwiyyah bahawa ia todak menyentuh tentang masalah khilaf fiqhiyyah. Contoh yang dibawa untuk bagitau perbincangan yang diberikan adalah contoh yang terangkan idea atau diterangbuntuk difahami. Contoh yang disebut atau disenaraikan berkaitan dengan ulama', sekadar menjalankan perbahasan dan perlu merujuk kepada kitab fiqh.

Contoh dari Al-Quran untuk menjaga awlawiyyat (keutamaan/ kepakaran/kelayakan)

Pengkajian dalam Al-Quran didapati bahwa awlawiyyat tidak datang dengan arahan yang mutlak, tidak kira masa dan tempat dan individu. Segala arahan dan anjuran datang dengaa isyarat yang jelas dengan mengambil kira masa dilaksanakan san menentukan alternatif yang sesuai bersama keadaan mukallaf. Ini dianggap aplikasi mengikut situasi berkaitan perkara syariah yang dinamakan meraikan awlawiyyat iaitu metode yang berjalan di atasnya Al-Quran dalam menyelsaikan isu semasa yang mendtang. Paling penting dari yang penting dan contohnya antara penjagaan ke atau kemuharatan kemudian berpjndah kepada mencapai hajjiayat daa seterusnya tahsiniyyat.

Telah datang beberapa ayat untuk meminda prinsip awlawiyyat seperti prinsip dan pemikiran yang umum tanpa mengkhususkan masalah yang umum dan hukum juz'e. Ia baayak dalam Al-Quran. Contohnya dalam surah Abasa. Kisah ini masyhur ketika itu, mala surah ini menggambarkan kepada kita bahawa ketika Rasulullah berada dlaam satu majlis, baginda berdakwah kepada Allah dan berhasrat Allah bagi hidayat kepada pemimpin Quraisy. Apabila datang Ummu Al-Makhtum dalam keadaan buta. Ummu Makhtum datang mengadap Rasulullah tetapi Rasulullah tidak memndang kepadanya dan membuat pandangan tidak suka sebab sedang mementingkan perkara yang dikhuatiri dengan memberi tumpuan kepada pemimpin itu, maka turunlah surah ini.

Ini adalah teguran Allah kepada Rasulullah dengan mengatakan cara Rasulullah itu salah. Apabila dia masalah bertembung, sepatutnya utamakan mana yang diyakini. Pemimpin tidak semestinya dapat hidayah, tetapi Ummu Makhtum memanng dah dapat hidayah.

Maka ayat Al-Quran ini bukan semata-mata menjelaskan hakikat bagaimana  muamalah individu dari manusia lain? Sebagaimana makna terdekat dalam kisah Ummu Makhtum, tetapi boleh pergi lebih jauh lagi iaitu bagaiman menyeimbangkan manusia begi erkara kehidupan dan bagaimana mendahulukan yang Awla? dan dari mana pegaagan nilai yang boleh seimbangkannya? Inilah penilaian yang ditentukan Allah yang tidak diketahui oleh manusia. maka ini mencela dengan sebab menguruskan pertembungan yang utama maka kepentingan dan kesibukan dengan persoalan Ummu Makhtum tentang Islam dan perkara yangbperlu didahului daripada sibuk dengan orangbkafir dan ini pertembungan yang danbil kira dalam keseimbangan dari Allah.

Ayat ini datang untik menjaga prinsip awlawiuuat dengan cara mebandingkan antara dua maslahah fiqhiyyah dan mendahulukan hukum  ini berbanding hukumhakam yang lain bersama isyarat yaag jelas dengan mmngikut masa bagi setiap keadaan. Datang beberapa ayat dengan hukumnya terhimpun alternatif dengan mendahulukan hukum hakam dan mendahulukan sebahagian yang lain. Ia terbahagi kepada dua bahagian:

1) mendahulukan perkara yang lebih afdal dri segi amalan dan menjelaskan perbezaan mengikut martabat atau kedudukan

2) mendahulukan perkara yang lebih afdhal antara manusia dan menjelaskan perbezaan dua martabat.

30 November 2020

Penggunaan Serbuk Plasma Darah

Darah: cecair khusus yang memainkan fungsi penting dalam mengangkut sel-sel yang ada di dalam tubuh manusia dan haiwan. Bahagian darah yang cair dari darah yang mengandungi elektrolit, nutrien, vitamin, hormon, faktor pembekuan dan protein

Produk makanan yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk digabungkan dengan darah. Sebagai contoh, dalam penyediaan sosej, darah binatang dimasak dengan pengisi (daging, gandum lemak) hingga cukup pekat untuk membeku ketika disejukkan. Dalam kes ini, darah babi dan lembu paling kerap digunakan. 

Darah juga digunakan sebagai pengental dalam sos dan puding kerana kemampuannya memberikan rasa atau warna pada daging. Selain itu, darah telah digunakan sebagai bahagian kuah untuk sup dan rebusan. 

Plasma darah daging sama ada dalam bentuk pekat atau hidrolisis telah digunakan sebagai bahan dalam produk berasaskan surimi untuk meningkatkan kualitinya. Sekumpulan penyelidik melaporkan bahawa pekat protein plasma daging dapat memperbaiki pembentukan gel surimi dan menyebabkan tekanan ricih torsi meningkat dan ketegangan gel surimi. Peningkatan sifat fungsional surimi dengan penambahan daging-plasma disimpulkan disebabkan oleh penghambatan aktiviti enzim proteolitik kerana penggunaan darah yang banyak dalam produk makanan, pengguna Muslim terdedah terhadap penipuan dan pencerobohan. Pembekal makanan cenderung memasukkan darah ke dalam produk makanan mereka untuk tujuan ekonomi tanpa label yang betul. Ini telah meningkatkan kesedaran pengguna Muslim terhadap kesucian produk makanan yang dijual sekarang. 

Di kebanyakan negara eropah, pilihan makanan khasnya produk industri daging, dibuat dengan menggunakan plasma darah yang boleh didapati di kedai daging dan pasar raya . Teknologi untuk pengumpulan darah, pemeliharaan dan pemprosesan, serta peralatannya diperlukan, memuaskan, terkenal dan tersedia secara umum.(C. W. Dill 1964)

Plasma darah mempunyai kemampuan melarut dan pengemulsi yang tinggi, kelikatan yang rendah serta kemampuan untuk membentuk gel yang kuat dan menambah baik tekstur dan menjadi pengikat dalam penghasilan produk makanan moden. Ia juga merupakan alternatif protein yang murah bagi pengganti lemak dalam penghasilan produk daging rendah lemak. Walau bagaimanapun, kajian mendapati plasma darah mengandungi pelbagai mikroorganisma dan hasilan metabolisme yang berkemungkinan merbahaya akibat daripada toksin dan protein darah. Kini, terdapat pelbagai kaedah pengesanan yang boleh dijalankan untuk mengesan plasma darah dalam makanan bagi menentukan status halal. Terdapat dua pandangan berkenaan hukum penggunaan plasma darah, pandangan pertama bersependapat, penggunaan plasma darah dalam produk makanan adalah harus jika telah berlaku proses istihalah yang sempurna. Manakala pandangan kedua, mengharamkan plasma darah kerana ia adalah proses tidak sempurna (istihalah fasidah). Oleh itu, penentuan hukum terhadap istihalah dalam penghasilan plasma darah mestilah menepati kehendak syariat Islam di samping memastikan hukum berkaitan isu ini tidak ketinggalan zaman (Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim et al. 2017)

SUMBER

HALAL ISSUES ON THE USE OF BLOOD IN FOOD PRODUCTS | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL (upm.edu.my)

C. W. Dill.  1964. Use of Plasma in Edible Meat Products. 29th Annual Reciprocal Meat Conference of the American Meat Science Association, 1976 100(916): 239–240.

Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nur Asmadayana Hasim, Rizafizah Othaman, Mohammad Zaini Yahaya, Rozida Khalid, Muhammad Adib Samsudin & Diana Mardiana Mat Zin.  2017. Plasma Darah dalam Makanan daripada Perspektif Islam dan Sains 46(10): 1779–1787.


Peptida Bioaktif

Peptida bioaktif adalah sejenis peptida yang mempunyai urutan pasti komposisi asid amino, adalah serpihan protein, dengan protein asli itu sendiri tidak mempunyai aktiviti biologi. Sebatian peptida ini mempunyai dan memperlihatkan sifat khusus, sebaik sahaja dilepaskan atau dibebaskan dari molekul protein asli dengan tindakan enzim. 

Jenis peptida yang dimaksudkan biasanya mempunyai berat molekul rendah (BM), hanya terdiri daripada 3 hingga 10 asid amino dan biasanya hidrofobik (tidak sesuai dengan air). Sebatian peptida bioaktif ini berfungsi sangat aktif dan mempunyai kesan positif terhadap kesihatan saluran pencernaan manusia. Sebatian bioaktif biasanya terbentuk kerana layanan yang baik dan oleh kerja enzim pencernaan. Walau bagaimanapun, beberapa enzim yang dihasilkan oleh bakteria asid laktik juga dapat membentuk peptida bioaktif, dengan memecah protein yang ada di saluran pencernaan pada masa itu. 

Sumber lain menunjukkan bahawa peptida bioaktif adalah serpihan protein spesifik yang mempunyai kesan positif terhadap fungsi atau keadaan badan dan akhirnya boleh mempengaruhi kesihatan (Kitts & Weiler 2003). Mereka mempengaruhi banyak proses biologi termasuk tindak balas tingkah laku, neurologi, hormon, pemakanan dan gastrointestinal (Clare & Swaisgood 2000). 

Peptida bioaktif biasanya mengandungi 3-20 residu asid amino dan aktivitinya berdasarkan komposisi dan urutan asid amino (Pihlanto-Leppa¨la¨ 2000). 

Fungsi Bioaktif Peptida 
- Meningkatkan sistem ketahanan badan 
- Mencegah dan menghalang perkembangan sel barah 
- Penahan selera makan 
- Antipersitif - Garam hempedu yang mengikat 
- Antibakteria - meningkatkan (dimodulasi) peristalsis usus dan meningkatkan rembesan insulin. 
- Menurut satu kajian, peptida bioaktif juga dapat membutakan munculnya suasana hati yang baik. 

Jenis- jenis Peptida Bioaktif 

- Dalam susu ibu terdapat peptida bioaktif termasuk imunoglobulin, lyzozyme dan lactoferrin. 
- Dalam susu soya terdapat peptida bioaktif yang dapat mencegah sel barah, iaitu Lunasin.
 - Peptida fosforilasi yang berasal dari kasein, CPP adalah peptida bioaktif yang berasal dari kasein yang terfosfolkan. 
- Di pusat data bernama "Biopep", lebih dari 1500 jenis peptida bioaktif telah ditunjukkan. Antara yang paling biasa adalah penghambat enzim penukar angiotensin (ACE) dan perencat dipeptidil peptidase IV (perencat dipeptidil peptidase IV), yang menunjukkan aktiviti antihipertensi. 
- Anorektik, penekan selera makan sebagai peptida penekan selera makan. 


 


SUMBER

peptida bioaktif :) | lulaby (wordpress.com)


29 November 2020

Takrif Fiqh Awlawiyyat

Entri kali ini memerlukan guru bukan sekadar membaca. Aku masukkan nota ini untuk kefahaman sahaja. Sekadar menterjemahkan.

Fiqh Awlawiyyat perlu diberi kefahaman melalui takrif. Dalam bahasa standart adalah definisi, maksud. lebih kurang macam tu la maknanya.

Takrif Awlawiyyat dari sudut bahasa.

Kalimah asal أولويات adalah kata asal و، ل، ي menjadi ولي. Wali ialah hampir, dekat. Dia kata: Aku duduk berhampiran dengannya iaitu hampir dengannya. Begitu juga Allah berfirman dalam surah al-Qiyamah ayat 34 :

أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ  

iaitu Allah akan musnahkan kamu dan kemusnahan lebih dekat bagi kamu dari setiap keburukan.

الأولى  ini adalah sighah tafdhil bagi wazan أفعل" للمقاربة" . Dalam Al-Quran Allah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 68:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ 

dengan makna lebih layak dan lebih utama. Dia kata:Si fulan ini lebih awla  dengan perkara ini dalam si fulan yang lain. Maksudnya paling layak. dan fulan lebih awla di sini membawa maksud lebih utama . 

Dalam hadis yang bawa maksud @ Faraid lebih berhal ke atas keluarganya, maka baki lebih layak bagi bagi lelaki. iaitu paling dekat dan rata dalam bab nasab adalah ahli waris si mati. 

Antaranya membawa nisbah 'awlawiyyah' dan jamaknya 'awlawiyyat. Ada yang mengatakan : baginya awlawiyyah dalam amalan ini. iaitu lebih utama. Manakala dinisabahkan kepada 'awlawiyyat' , maka di dinisbahkan dari أول : kami tentukan yang lain, dia kata: هذا أول بين الأولية dan muannath bagi الأول  adalah الأولى dan جمع  adalah أوّليات. Secara rigkasnya mungkin dikatakan bahawa penggunaan dari segi bahasa untuk ambil istilah awlawiyyat dengan berikut, iaitu: Paling layak, paling berhak, paling utama, paling rajih dan paling dekat. Apabila dikai kalimah أولى dalam Al-Quran dan sunnah maka kita akan dapati makna sebelum ini telah disebut , antaranya:

  1. إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ iaitu manusia paling utama adalah pengikut Nabi Ibrahim yang mengikut dalam beragama. Nabi Muhammad dan orang-orang beriman di kalangan sabahabt Muhajirin dan Ansor lebih awla daripada pengikut Nabi selepas daripada mereka. Awla di sini bermaksud lebih layak.
  2. Dari Ibnu Abbas r.anhuma berkata: Rasulullah mendatangi (pergi berjumpa) penduduk Madinah, baginda mendapati bahawa golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Baginda bertanya tentang puasa itu, maka mereka berkata: Hari ini (hari Asyura) Allah menagkan Nabi mUsa dan Bani Israel ke atas Fir'aun. Kami berpuasa untuk mengagungkan peristiwa itu. Kemudian Nabi berkata: Kami (umat Islam) lebih utama atau lebib dekat dengan Nabi mUsa daripada kamu. Mak Rasulullah menyarankan untuk berpuasa pada Hari Asyura'. Dam maksud kalimah lebih utama, lebih layak dan lebih dekat.
Penulis kitab ini (bukan aku) melihat berdasarkan kalimah 'awla' dalam kamus Mu'jam bahasa dan dari pengkajian Al-Quran dan beberapa hadis yang menunjukkan kepada makna sebelum ini. Ia tidak terkeluar daripada makna itu dan semunya mengabungkan maknanya dalam perbahasan 'Awlawiyyat, maka apabila kami nak tahu hukum dan melaksanakannya, maka akan melihat atau akan beri perhatian susunan keutamaan iaitu lebih layak dan begitu juga pertimbangan hukum yang utama dan lebih rajih dan dianggap lebih dekat untuk dicapai.

*** maksud dari segi bahasa dah panjang. Tak masuk lagi makna dari segi istilah. 

Takrif Awlawiyyat dari sudut istilah.

Telah mucul istilah Awlawiyyat dalam Fiqh Islami yang terkini atau moden atau kontemporari. Al-Qardawi dianggap pelopor bagi istilah ini. Istlah awlawiyyat ini disandarkan kepada kalimah 'fiqh' maka menjadi Fiqh Awlawiyyat. Untuk membawa istilah ini menunjukkan bahawa Awlawiiayt ini ada disiplin yang khusus dan akan dibawakan secara ringgakas beberapa takrif umala' tentang fiqh awlawiyyat membantu meletakkan gambaran yang menyeluruh tentang Awlawiyyat:
  1. Qardawi: Meletakkan setiap sesuatu pada martabat keadilan, dari segi hukum hakam dan penilaian dan amalan yang terbina atas standart atau parameter yang tepat dibawa oleh cahaya wahyu. Maka penggunaan lafaz 'fiqh' di sini datang dengan makna faham. Iaitu faham awlawiyyat dengan menyusun yang mana lebih penting.
  2. Uthmaniy: Ilmu untuk tahu amalan utama dan amalan kurang utama dan tindakan yang baik dengannatikan dengan sesuatu yang baik atau buruk dan begitu juga dengan memahami terbaik dari yang baik dan buruk dari yang terburuk.
  3. Fathi Yakan: mengetahui apa yang utama dari yang lain untuk dilaksanakan dengan makna mendahulukan yang lebih utama dan lebih layak ke atas yang lain. Ini dilihat dari sudut waktu atau masa ketika melaksanakn perkara itu.
Ini adalah secara ringkas takrif ulama' terkini dan apa yang tumpuan lebih penting dalam perbahasan ini adalah seperti berikut;
  1. Takrif-takrif ini mengukuhkan penilaian hukum hakam, amalan dan tanggungjawab yang seimbang, bukan semuanya pada kedudukan yang sama. Ada antaranya tanggungjawab besar, ada tanggungjawab kecil, ada yang meletakkan dalam kekautan, ada yang letakkan pada nota kaki, ada yang wajib ke atas orang muslim dan individu dalam penjagaan nasab yang Allah jadikan antara tanggunjawab, amalan antara satu sama lain sehingga meletakkan setiap amalan dalam martabat syariah, tidak diletakkan rendah dan tidak pula diletakkan tinggi.
  2. Takrif ini menyatukan bahawa hak tentang kewajipan didahulukan ke atas amalan yang lain. Kewajipan ini diandaikan untuk tidak membuat anggaran bahkan terbina atas parameter dan standart hukum yang lebih utama. Maka Syariah Islamiyyah datang menimbangi antara maslahah (kepentingan) dan mafsadah( kerosakan) dan mendahului rajih anatranya sesuai dowabit untuk mengistinbatkan hukum dari nas-nas syarak dengan cara istiqra'. Ia mesti dibongkarkan tentang bagaimana menentukan dan kenyusun keutamaan, maka umunya maslahah dan mafsadah menjadi bercampur maka satu perbuatan terikat untuk menghilangkan dua maslahah atau masalahah dan masfsadah. Contohnya hukuman qisas adalah menajga maslahah untuk jemaah dalam menjaga diri mereka dan ia adalah maslahah dharuriyyah tetapi mafsadah ke atas hak penjenayah.
  3. Mengetahui Awliyyat dan meraikan awliyyat tidak terbatas kepada golongan profesional yang sibuk dengan mengeluarkan fatwa dan mengistinbatkan hukum bahkan dituntut ke atas setiap orang muslim untuk berijtihad mengikut keadaan atau situasi yang dihadapinya nanti.
  4. Dituasi yang memerlukan keperluan daruriyyah denga meraikan awlawiyyat iaitu dalam keadaan bercampur lebih daripada satu  dan banyak alternatif  yang bukan daruriyyat maka ketika ini meraikan maslahah dengan menghasikan sususnan yang lebih utama dan lebih sesuai.
Apabila penulis mengkaji tentang takrif awliyyat dari ulama' terdahulu, maka tiada istilah yang tertentu digunakan dan mereka telah mengembalikan sebab kepada perkara berikut;
  • Menjadikan masalah dengan pemikiran yang biasa, maka akan yang baik atau sejahtera merangkumi apa-apa yang bermanfaat dan diterima secara lumrah.
  • Menjadikan jaga awlawiyyat adalah hakikat syark yang lebih memberi penekanan ke atas pelaksanaan tanpa meletakkan dalam penulisana, maka tidak dapat dicernkan istilah awlawiyyat seperti perbahasana kita yang lalu dan isu semasa pada zaman itu tidak memerlukan yang muncul dalam perbahasan ini. (dengan maksud sekarang kita masih meneruskan car lama, cuma susun kaedah dan letakkan bawah tajuk Fiqh Awlawiyyat-kefahaman aku)
Dengan menggunakan fiqh awlawiyyat ini, hukum hakam syarak dalam kategori ini ada illah yang ditentukan dan dibelakang fiqh awlawiyyat ini mucul maqasid untuk mencapai apa yang Allah nak (syarak) untuk dicapai. Maka tajuk ini meniti atau meningkat secara perlahan-lahan secara semulajaid di bawah perbahasan fiqh usul yangbbanyak antaranya: Maqasid Syariah, ilalh, jenis hukum taklifi, qias dan istihsan, masalah untuk raf'ul haraj wa taisir dan saddu zarai' . Selain itu, perbahasan utama ini meraikan awlawiyyat dalam hukum ke atas amalan dan telah dikenali oleh ulama' usul dan fiqh dengan mengkaji mengikut kedah syarak dalam pensyariatan dnegan menyusun awlawiyyat sunnah pensyariatan maka terbinalah awlawiyyat kaedah fiqh dan merujuk keapda nya.

Maka suariah mendahulukan fardu daripada sunat dan mendahulukan nas ke atas ijtihad, mengelakkan keburukan lebih utam daripada mengambil maslahah, maslahah umum didahulukan ke atas maslahah yang khusus dan melanggar keburukan ringan untuk mengelakkan menudharatan yang lebih bnayak dan sebagainya. Rumusannya bahawa pengkaji tidak menjumpai istilah awlawiyyat dari ulama' terdahulu tetapi kewujudan mereka diperlukan untuk memeahami awlawiyyat iaitu mendahulukan  yang lebih penting dari yang penting denagn cara berfikir merekea dan sebahagian fatwa mereka.

Dalam menentukan takrif awlawiyyat, maka kita (penulis) mencadangkan takrif berikut dan bersandarkan takrif yang lalu dengan menggunakan perbahasan ini.

Definisi paling tepat ialah kaedah yang terbina ke atas kefahaman  nisabah lebih baik dan amalan lebih utama, dan mengetahui kelebihan beramal dengan kelebihan kurang beramal dan rajih dengan marjuh dengan membina  ke atas martabat ilmu dan dengan realiti yang berlaku untuk merealisasikan perkara lebih penting dengan meminimumkan kemudharata dan mengetahui hasil-hasil yang terhasil dalam pelaksanaan amalan ini.

P/S: notaku sahaja.

23 November 2020

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

 TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan.

Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda. Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan HAFIZAH ISZAHANID, mendapatkan pandangan pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, untuk menghuraikan isu ini.

Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah

KETIKA Perlembagaan digubal pada 1956-1957, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A).

Pada masa sama, Perlembagaan menyebut soal Mahkamah Syariah dalam Jadual Ke-9. Walaupun tidak memperincikan struktur bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi menyebut perkara ini tidak boleh disentuh Peguam Negara kerana adalah kuasa Mahkamah Syariah.

Bukankah ini jelas mengiktiraf kuasa Mahkamah Syariah dan memang ada Akta Mahkamah Syariah 1965, yang menyebut secara terperinci bidang kuasa dan batasan mahkamah itu. Undang-undang sudah mengakui secara jelas perkara itu. Tidak timbul perlu dijelaskan kerana sudah jelas. Bagi mereka yang tahu, memang sudah jelas. Bagi yang tidak tahu, kita hendak kata apa? Kena belajarlah.

Kesan Perkara 121(1A) dipinda

PINDAAN pada 1988 dibuat selepas bertahun-tahun seminar serta ketetapan dan seruan dibuat supaya mengelak konflik. Pindaan itu secara hitam-putih mengatakan tanpa ragu-ragu kamu tak boleh. Ini untuk mengelakkan kedegilan dan kemungkinan campur tangan yang tidak munasabah. Ada kes sebelum 1988 menunjukkan Mahkamah Sivil menghormati kes-kes Mahkamah Syariah, tetapi ada hakim yang menunjukkan mereka mengatasi kuasa Mahkamah Syariah.

Jika dipinda kesan politiknya cukup besar. Ini bermakna kita berundur ke belakang. Kita mengungkai semula perkara yang sudah disimpulkan dan mengaburkan yang sudah dijelaskan. Kita akan berdepan persoalan bahawa adakah kita akan berundur ke belakang dari segi pelaksanaan Islam. Apatah lagi dalam keadaan pelaksanaan Islam tidak mengganggu dan menafikan hak sesiapa.

Apa yang dilihat sekarang seolah-olah Perkara 121(1A) mengancam kedudukan bukan Islam. Ini tidak timbul sama sekali. Yang jelasnya begini, apakah yang menyebabkan mereka gusar dan tidak senang hati.

Walaupun yang keluar (murtad) menjadi duri dalam daging bagi umat Islam, tetapi sebenarnya yang memeluk Islam lebih ramai. Mungkin dipersoalkan mengapa orang Islam bising jika yang masuk lebih ramai dari yang keluar. Tetapi kami tidak pernah memaksa seseorang memeluk Islam. Tetapi kalau sudah masuk, dia tidak boleh keluar begitu saja. Ada caranya, bukan keluar masuk seperti tukar baju saja. Ini yang menjadi masalah.

Begitu juga dengan seruan supaya orang bukan Islam berkahwin dengan orang Islam tanpa menukar agama. Ini tidak boleh diterima kerana apa pun orang kata, Islam mempunyai peraturan yang jelas dalam semua hal. Sama ada berkahwin atau mati. Ini sesuatu yang istimewa. Orang Islam hingga kiamat, siapa yang mahu mengahwini orang Islam perlu memeluk Islam. Kalau tidak jangan kahwin.

Jangan lupa bahawa negara ini asalnya adalah Melayu dan Islam. Inilah yang paling kukuh dari sudut undang-undang. Jadi kalau kita masuk reverse gear akan timbul persoalan, siapa orang Melayu sekarang? Jangan lupa bahawa dalam Perlembagaan, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini bermakna seorang Melayu yang murtad tidak boleh menjadi Melayu lagi.

Isu pindaan tidak sepatutnya sensitif

SENSITIF bergantung kepada keadaan dan saya fikir selepas hampir 50 tahun merdeka, isu begini tidak sensitif lagi. Kita kenalah matang sedikit dan dalam keadaan bukan Islam menuntut itu dan ini, mereka harus terbuka dan rasional. Berhujah dengan matang dan memberi bukti sepatutnya. Saya fikir ini sesuatu yang boleh dilakukan.

Mengenai kawan-kawan bukan Islam kita, saya rasa mereka jangan takut kalau orang Melayu-Islam menyebut soal sejarah kerana hak mereka sendiri pun dalam Perlembagaan banyak bergantung kepada sejarah. Hak kewarganegaraan dan hak mengundi umpamanya adalah sejarah. Jadi soal sejarah bukan sesuatu yang menyebelahi orang Melayu-Islam saja. Sejarah juga memberikan hak kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Jahil mengenai Perlembagaan

SEBENARNYA saya berpendapat, isu ini bukan masalah undang-undang dan Perlembagaan, tetapi kefahaman masyarakat sendiri, sama ada jahil atau tidak mengetahui kedudukan sebenar.

Malangnya kejahilan atau ketidaktepatan maklumat itu dijadikan sebagai modal untuk menghurai dan mengulas perkembangan semasa. Kekeliruan ini menyebabkan kekeliruan seterusnya, sedangkan kedudukan undang-undang dan Perlembagaan cukup jelas.

Sebenarnya pindaan yang dibuat pada 1988 menjelaskan pindaan yang sudah berlaku. Pindaan itu menyatakan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak menimbulkan kesamaran. Sebelum pindaan pada 1988, telah ada kes mahkamah berkaitan isu ini.

Pada 1982, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berkata Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila pindaan dibuat pada 1988, kita boleh mengatakan hakikatnya, Parlimen hanya memaktubkan apa yang sudah berlaku.

Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam.

Kita jangan termakan dengan hujah bahawa Mahkamah Syariah diberi kedudukan lebih tinggi atau mengatasi Mahkamah Sivil. Itu tidak betul! Sebenarnya Mahkamah Sivil tidak ada kuasa dalam isu membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Tentulah berbeza hujah dan dakwaan bahawa Mahkamah Syariah mengatasi kuasa Mahkamah Sivil. Ini dua perkara yang berbeza. Sama juga bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa membicarakan kes-kes membabitkan kuasa Mahkamah Tentera, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Perindustrian.

Ini soal bidang kuasa! Mahkamah Sivil adalah institusi yang diwujudkan dan diletakkan di bawah Perlembagaan. Kalau Perlembagaan mengatakan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil kena patuh.

Kebebasan beragama tidak dipertikai

TIDAK timbul soal menafikan hak bukan Islam kerana Mohammad Abdullah adalah Islam dan seperti kes lain, tidak ada sesiapa memaksanya memeluk Islam. Timbul gambaran bahawa sekarang ini kedudukan atau hak kebebasan beragama, terutama bukan Islam diancam. Ini tidak betul kerana struktur Perlembagaan memberikan ruang kepada kebebasan beragama.

Persoalan penting sekarang ialah Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk menangani isu yang terletak dalam bidang kuasanya. Tidak timbul Mahkamah Syariah mengambil atau menafikan hak bukan Islam.

Ini bukan usaha memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Ini ialah keadaan orang Islam kena patuh kepada ajaran Islam. Ini sudah lama disebut dalam Perlembagaan. Walaupun tidak secara jelas, tetapi sudah ada pengkhususan kuasa diberikan kepada kedua-dua mahkamah. Jika orang Islam mencuri atau membunuh, itu tugas Mahkamah Sivil.

Mengenai soal agama seperti nikah cerai dan murtad, itu kuasa Mahkamah Syariah dan ini sudah lama diakui Mahkamah Sivil. Soalnya sekarang, apakah Mahkamah Sivil mempunyai kepakaran menangani soal agama? Selain soal-hitam putih undang-undang, adakah Mahkamah Sivil boleh menangani persoalan mengikut undang-undang lain?

Kalau kita perhatikan, orang yang tak faham Islam dan tak faham adat Melayu pun orang yang setiap hari bergaul dengan orang Melayu. Soal ini bukan remeh-temeh, tetapi memerlukan huraian dan kematangan. Mungkin masih dianggap sebagai sensitif dan menakutkan, tetapi sebagai negara yang sedang berkembang, kita harus menerima ada ketika tertentu, kita harus bersedia berdepan secara terbuka untuk menjernihkan hak yang selama ini yang taken for granted.

Mungkin ada yang anggap tak payah diperjelaskan kerana semua sudah faham tapi rupa-rupanya masih ada perkara tertentu yang masih tak jelas atau barang kali sekarang timbul suasana baru yang mungkin barang kali meminta kita memberikan huraian lebih mendalam. Sekarang ini banyak perkara baru yang timbul. Dulu orang Melayu kahwin sesama orang kampung. Dia tidak kahwin orang jauh.

Sekarang orang Melayu duduk di bandar dan kondominium. Sudah ramai orang Melayu mengahwini bukan Melayu. Maknanya interaksi antara kaum begitu lumrah. Soal hubungan antara orang Islam dan bukan Islam memerlukan kematangan kerana membabitkan soal status dan agama. Bagi saya, orang Melayu kena belajar, lebih matang dan tahu siapa mereka.

Hikmah kepada umat Islam

INI sesuatu kemungkinan yang menarik untuk diperhatikan. Tetapi saya tidak nampak semua ini boleh dibuat secara mudah. Kita perhatikan kalau perkara lebih kecil seperti Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2005) pun tidak mudah ditarik balik, apatah lagi yang membabitkan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga. Bagaimana hendak membuka simpulan yang sudah lama terpahat dalam Perlembagaan dan juga mengingati bahawa pindaan itu sekadar mengesahkan perkara yang sudah wujud?

Tentulah lebih susah. Jadi maknanya dalam keadaan sudah ada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sekarang, maknanya di peringkat Persekutuan pun sudah ada rangkaian atau hierarki Mahkamah Syariah yang pada saya sudah memperkukuhkan kedudukan mahkamah ini, saya tidak nampak bagaimana perkara ini boleh dirungkai kerana kesannya cukup banyak.

Pihak berkuasa dan semua pihak perlu memberikan gambaran yang betul. Saya lihat tidak ada satu percubaan serius menerangkan kedudukan sebenar Perkara 121(1A). Apakah sejarah dan hakikatnya? Malah kita lihat seolah-olah hendak merungkaikan perkara itu yang saya fikir tidak betul dan akan menimbulkan masalah lain yang lebih besar. Kita perlu perjelaskan bahawa kedudukan dan hak orang bukan Islam tidak terancam.

Bagaimana hendak terancam kalau mereka yang mengambil keputusan memeluk Islam, ini adalah secara sukarela dan tanpa dipaksa? Dalam kes Mohammad pun ada perkara dan fakta tertentu yang mesti diketengahkan supaya keadaan dapat dijernihkan. Tidak timbul soal pihak yang berkenaan tidak mengambil berat tentang kebajikan si mati. Cuma keadaan barangkali ialah kita tidak dapat mengalahkan takdir dan mungkin ada hikmahnya di sebalik peristiwa itu.

Isu yang dibangkitkan ini menyebabkan kita mempelajari balik khazanah sejarah kita yang sebelum ini kita fikir tidak ada sebarang kepentingan. Di sinilah pentingnya Perlembagaan dilihat dalam konteks yang lebih luas dan mendalam supaya Perlembagaan tidak dilihat hanya sebagai sesuatu yang boleh ditulis dan dipadam. Kalau ini kefahamannya, bahaya! Negara dan masyarakat mana pun, Perlembagaan adalah suatu pernyataan nilai, komitmen, tolak ansur dan sejarah.

Kalau Perlembagaan dilihat sebagai sesuatu yang boleh dipinda, diubah dan dimasukkan yang baru, ini bahaya kerana ini menyebabkan Perlembagaan bergantung pada kekuatan. Siapa yang ada lebih sokongan, duit dan lobi akan mendapat kehendak mereka dimaktubkan. Kedua, Perlembagaan harus dilihat sebagai suatu yang tertanam dalam masyarakat dan tidak boleh Perlembagaan dilihat sebagai di Parlimen semata-mata.

Sebab itu Perlembagaan harus disebarkan supaya semua orang faham. Saya katakan hikmah sebab semua pihak ingin tahu apakah Perlembagaan, apakah peruntukan itu sedangkan perkara ini sudah lama wujud. Pindaan itu dibuat pada 1988 dan baru sekarang, sesetengah orang baru nak tahu. Ini saya rasa satu hikmah, kesempatan yang baik mempelajari semula. Bukan ganjil sebab kalau sebut peguam pun, kalau kerjanya hari-hari hanya menangani soal perjanjian sewa beli rumah, mereka pun tak tahu perkara ini kerana ini tidak ada keuntungan dari segi kewangan! Sebab itu kadang-kadang di kalangan peguam sekali pun berpinga-pinga.

Perlembagaan perlu ada keseimbangan

SAYA tidak nafikan isu ini akan timbul lagi. Perlembagaan seperti perkara lain ia harus berubah dan menyesuaikan diri dengan kehendak dan keadaan semasa. Walaupun Perlembagaan memaktubkan perkara yang dipersetujui, tetapi manusia ini berubah. Apa yang dipersetujui 50 tahun dulu terpaksa dilihat kembali 100 tahun lagi. Ada perkara yang tidak boleh kita lupakan, Perlembagaan adalah satu rakaman, gambaran sejarah lalu. Perlu ada keseimbangan antara mengambil kira perkembangan semasa dan baru dengan keperluan lama.

Dalam soal Islam dan hak keistimewaan Melayu memang perkara yang sentiasa menimbulkan ketegangan. Oleh kerana masyarakat berubah dan dalam dunia global ini tidak dapat dielakkan. Pengaruh dan pemikiran dari luar memang sentiasa mempengaruhi kita. Kita sendiri pun perlu menyesuaikan dan mengambil kira apakah pandangan itu sesuai dengan kehendak semasa.

Hakim Mahkamah Sivil yang bukan Islam pun kena memahami undang-undang Islam. Hakim Islam lebih lagi. Mereka yang terbabit dengan undang-undang Malaysia, sama ada ahli akademik, pengamal undang-undang dan rakyat secara keseluruhan perlu memahami undang-undang Islam. Ini bukan untuk memeluk Islam, tetapi mengetahui apa Islam kata mengenai isu begini.

Seperti di Mahkamah Sivil, jika tidak tahu Islam mungkin akan membuat keputusan yang tidak adil dalam keadaan yang membabitkan pihak beragama Islam? Sebagai hakim, ada satu kelebihan jika mengetahui undang-undang asal negara ini.

Ini perkara yang perlu ditekankan. Hakim dan peguam sama ada di Mahkamah Syariah atau Sivil perlu tahu undang-undang Islam. Paling tidak sebagai perbandingan dan sebagai satu sumber untuk membaiki undang-undang sedia ada. Islam pada saya boleh dijadikan satu sumber untuk reformasi undang-undang negara supaya lebih baik dan adil. Begitu juga undang-undang Hindu dan Cina pun, apa salahnya kita belajar? Hakim Mahkamah Syariah juga kena tahu Perlembagaan dan undang-undang sivil untuk kesempurnaan. Sebagai pengajaran dan iktibar, apa salahnya?

SUMBER:

Perundangan di Malaysia yang dikaitkan dengan Jenayah Remaja.

Jenayah dikalangan rmaja semakin banyak apatah lagi pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan. Aku cuba bandingkan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Jika ada kesilapan atau sumber yang salah, tolong betulkan.

1) Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

Seksyen dan Kesalahan Undang-undang di bawah adalah hasil ceramah DSP Nor Azlinda Binti Hj Nordin, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan komuniti Pilis Diraja Malaysia, Kontijen Melaka.

2)Seksyen 354 Kanun Keseksaan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau mengetahui mungkin bahawa dia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang utu, hendaklah dihukun dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dia daripada hukuman-hukuman itu.

3) Seksyen 376 Kanun Keseksaan Rogol. Seorang lelaki adalah dikatakan melakukan 'rogol' jika dia, terkecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal berikut;

(a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;

(b) dengan tiada kerelaan perempuan itu;

(c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;

(d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa dia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang dia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya dia akan memberi kerelaan;

(e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan; 

(f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelannya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya; 

(g) sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun

4) Seksyen 376 Kanun Keseksaan Hukuman bagi rogol Tertakluk kepada subseksyen (2),(3) dan (4), barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan

(2) Barang siapa melakukan rogol ke atas seorang perempuan di bawah manamana keadaan berikut; 

(a) Pada masa, atau segera sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, menyebabkan kecederaan kepada perempuan itu atau kepada mana-mana orang lain; 

(b) Pada masa, atau segera sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, meletakkannya dalam ketakutan kematian atau kecederaan kepada perempuan itu atau mana-mana orang lain; 

(c) Kesalahan itu telah dilakukan dalam kehadiran atau di hadapan mana-mana orang lain; 

(d) Dengan tiada kerelaan perempuan itu, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun;

(e) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur dua belas tahun; 

(f) Dengan kerelaannya, apabila kerelaannya diperolehi dengan menggunakan kedudukan kuasanya terhadap perempuan itu atau kerana hubungan profesional atau hubungan amanah lain yang berhubung dengannya; 

(f) Pada masa kesalahan itu perempuan itu mengandung; 

(g) Apabila disebabkan atau pada masa perogolan itu, wanita itu menjadi gila; 

(h) Apabila dia mengetahui yang dia menghidap Human Immuno-Deficiency Virus (HIV) / Acquired Immune Defiency Syndrome (AIDS) atau apa-apa penyakit yang boleh berjangkit melalui seks dan virus atau penyakit itu adalah atau mungkin boleh berjangkit kepada wanita itu;

(g) Apabila disebabkan atau pada masa perogolan itu wanita itu membunuh diri, atau 

(h) Apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada masa pelakuan jenayah itu Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan

(3) Barang siapa melakukan rogol ke atas seorang perempuan di mana hubungan perempuan itu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukuman agama, adat atau kebiasaan, untuk berkahwin dengan perempuan itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang dari sepuluh sebatan.

(4) Barang siapa semasa melakukan atau percubaan melakukan rogol menyebabkan kematian perempuan yang dirogol itu atau yang ke atasnya percubaan rogol itu dilakukan hendaklah dihukum mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari lima belas tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan.

5)Seksyen 377A Pertubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang yang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

6) Seksyen 377B Hukuman kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

6) Seksyen 309A Kesalahan membunuh anak

Apabila seseorang perempuan, dengan sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang bersengaja, menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir, akan tetapi pada waktu perbuatan atau ketinggalan itu dia belum cukup pulih dari akibat melahirkan anak itu dan oleh sebab itu ketenteraman fikirannya pada waktu itu telah terganggu maka dia adalah melakukan kesalahan membunuh anak walaupun keadaannya kesalahan itu adalah terjumlah kepada kesalahan membunuh orang jika tidak kerana seksyen ini.

7) Seksyen 309B Hukuman bagi kesalahan membunuh anak

Barang siapa melakukan kesalahan membunuh anak hendaklah dihukum mengikut budi bicara Mahkamah, dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda

8) Seksyen 312 Menyebabkan Keguguran

Barang siapa dengan sengaja menyebabkan seorang perempuan yang baru hamil gugur hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.

9)Seksyen 315 perbuatan dilakukan denga niat hendak mengelakkan aak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkannya mati selepas dilahirkan

Barang siapa, sebelum seseorang anak dilahirkan, melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu hendak mengelakkan anak itu daripada dilahirkan hidup, atau hendak menyebabkan anak itu mati selepas dilahirkan, dan dengan perbuatan itu mengelakkan anak itu daripada dilahirkan hidup, atau menyebabkan anak itu mati selepas dilahirkan, hendaklah jika perbuatan itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud hendak menyelamatkan nyawa ibunya, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 316 Menyebabkan kematian anak yang belum lahir yang telah bersifat dengan suatu perbuatan boleh terjumlah kepada kesalahan mematikan orang yang salah.

Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dalam keadaan yang sedemikian bahawa jika dia dengan jalan demikian itu menyebabkan kematian dia adalah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah, dan dengan perbuatan itu menyebabkan kematian seorang anak yang telah bersifat yang belum lahir, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.

Seksyen 317 Ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kenaka-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu.

Barang siapa yang menjadi bapa atau ibu seorang kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun, atau yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu, mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat hendak membuang kanak-kanak itu sama sekali, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 318 Menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit Barang siapa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang kanakkanak dengan jalan mengebumikan atau dengan jalan lain membuang mayat kanak-kanak itu mati sebelum atau selepas atau dalam masa dia dilahirkan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

SUMBER:

1) Berita harian SINI

2) Islam. gov SINI

Undang-undang Jenayah Islam di Selangor

 Kebanyakan masalah jenayah berkait dengan Mahkamah Tinggi di Malaysia. Aku tak pernah sedar atau tak pernah dnegar tentang hukuman jenayah syariah dilaporkan di media arus perdana kecuali berkaitan dnegan rogol, sumbang mahram, penceraian, dan pusaka. Mungkin aku terlepas pandang dalam hal ini. Jadi aku cuba kumpul maklumat dari sumber yang berautoriti.

ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Tarikh Persetujuan DiRaja :10 Januari 1996
Tarikh disiarkan dalam Warta :18 Januari 1996
Tarikh mula berkuatkuasa :22 November 1996 [Sel P.U. 47/96]

_____________
SUSUNAN SEKSYEN
BETA PERKENANKAN,

tt.
SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ,
Sultan Selangor


(MOHOR KERAJAAN)

10hb Januari 1996


Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan tentang kesalahan-kesalahan Syariah; dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.


[ ]


MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Selangor seperti yang berikut:

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi orang-orang Islam sahaja.

Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"baligh" ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syara';

"Enakmen 1952" ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' 1952;

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989;

"fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah dan mengikut seksyen 31 Enakmen Pentadbiran;

"Hakim" ertinya Hakim yang dilantik di bawah seksyen 38 atau seksyen 40 Enakmen Pentadbiran;

"Hukum Syara'" ertinya Hukum Syara' mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

"li'an" ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syara' bahawa isterinya telah melakukan zina;

"Mahkamah" ertinya mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen Pentadbiran;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 29(1) Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Timbalannya;

"muncikari" ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara';

"perbuatan sumbang mahram" ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan yang, mengikut Hukum Syara', dilarang mengahwini satu sama lain;

"qazaf" ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

"takfir" ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

"zina" ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

(4) Jika timbul sebarang keraguan atau kesulitan dalam pentafsiran apa-apa perkataan atau ungkapan yang berkaitan dengan Hukum Syara', Mahkamah hendaklah mempunyai budi bicara untuk menentukan erti perkataan atau ungkapan itu.

Seksyen 3. Kecualian prerogatif.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa prerogatif Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri Selangor sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN 'AQIDAH

Seksyen 4. Pemujaan salah.

(1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Seksyen 5. Mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan.

Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 6. Takfir.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam-

    (a) adalah orang kafir;

    (b) telah berhenti menganuti agama Islam;

    (c) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima sebagai menganuti agama Islam; atau

    (d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-

    (a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi oleh undang-undang bertulis kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama Islam; atau

    (b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberikan atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak disiarkan dalam Warta.

Seksyen 7. Doktrin palsu.
    (1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

    (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan kesalahan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

    Seksyen 8. Dakwaan palsu.
      Mana-mana orang yang-

      (a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali; atau

      (b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

      BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

      Seksyen 9. Mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith.

      Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat AI-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

      Seksyen 10. Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam.
        Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:-
          • (a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
          • (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

          • (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,

        adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


          Seksyen 11. Memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat.

          Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

          Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama.
            Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-


            • (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam;

            • (b) Majlis;

            • (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,
            adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

            Seksyen 13. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.
              (1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

              (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu.

              Seksyen 14. Mengajar tanpa tauliah.
                (1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah subseksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri sahaja

                Seksyen 15. Mengingkari perintah Mahkamah.

                Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                Seksyen 16. Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara'.
                  (1) Mana-mana orang yang:-

                    (a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau menyebarkan dengan apa-apa cara apa-apa buku atau dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang mengandungi apaapa jua yang bertentangan dengan Hukum Syara';

                  • atau

                  • (b) ada dalam miliknya apa-apa buku, dokumen atau bentuk lain rakaman sedemikian untuk dijual atau bagi maksud untuk disebarkan dengan apa-apa cara lain,
                  • adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                  (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, dokumen atau bentuk lain rakaman yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, dokumen atau bentuk lain rakaman itu.

                  Seksyen 17. Berjudi.
                    (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                    (2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi.

                    (3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.

                    Seksyen 18. Minuman yang memabukkan.

                    (1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                    (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

                    Seksyen 19. Tidak menghormati Ramadhan.
                      Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:-

                        (a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu;


                      • (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya,
                      adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

                      Seksyen 20. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

                      Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

                      Seksyen 21. Tidak membayar zakat atau fitrah.
                        Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi-

                          (a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau


                        • (b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana pihak lain yang diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,
                        adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

                        BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

                        Seksyen 22. Perbuatan sumbang mahram.

                        Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        Seksyen 23. Pelacuran.

                        (1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        (2) Mana-mana orang yang:-
                          (a) melacurkan isterinya atau anaknya atau kanak-kanak dalam peliharaannya; atau

                          (b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau anaknya atau kanak-kanak dalam peliharaannya melacurkan diri,

                        adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        Seksyen 24. Muncikari.

                        Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        Seksyen 25. Persetubuhan luar nikah.

                        (1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        (2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        (3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya dan sedang dia sedar tentang perbuatannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

                        (4) Bagi maksud subseksyen (3), seseorang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

                        Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

                        Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

                        Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

                        Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

                        Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

                        Seksyen 29. Khalwat.

                        (1) Mana-mana:-
                          (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

                          (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
                        di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                        Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan.

                        Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

                        Seksyen 31. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

                        Mana-mana orang yang dengan sengaja bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syara' di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

                        BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

                        Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.

                        Mana-mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya pergi atau dengan apa-apa cara lain mempengaruhinya supaya meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan bersuami itu kembali kepada suaminya.

                        Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

                        Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

                        Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

                        Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

                        Seksyen 35. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

                        Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

                        Seksyen 36. Qazaf.

                        Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

                        Seksyen 37. Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa.

                        Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

                        Seksyen 38. Penyalahgunaan tanda halal.

                        Mana-mana orang yang mempamerkan, pada mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

                        BAHAGIAN VI - KECUALIAN AM

                        Seksyen 39. Perbuatan hakim apabila bertindak secara kehakiman.

                        Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang hakim apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah diberikan kepadanya, oleh undang-undang.

                        Seksyen 40. Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah mahkamah.

                        Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut, atau yang diwajarkan oleh, penghakiman atau perintah mahkamah, jika dilakukan semasa penghakiman atau perintah itu masih berkuatkuasa, walaupun mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu, dengan syarat bahawa orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedemikian.

                        Seksyen 41. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang.

                        Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang, atau yang oleh sebab kesilapan fakta dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian.

                        Seksyen 42. Ketidaksengajaan dalam melakukan perbuatan yang sah di sisi undang-undang.

                        Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja atau malang, dan tanpa apa-apa niat atau pengetahuan jenayah, pada melakukan di suatu perbuatan yang sah di sisi undang-undang mengikut cara yang sah di sisi undang-undang, dan dengan cermat dan waspada yang sepatutnya.

                        Seksyen 43. Perbuatan kanak-kanak yang belum baligh.

                        Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh.

                        Seksyen 44. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal.

                        (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tidak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu pada masa dia melakukannya, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.

                        (2) Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan-
                          (a) keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya; dan

                          (b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuaian seorang yang lain,

                        maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak sempurna akal.

                        (3) Dalam seksyen ini, "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh narkotik atau dadah.

                        Seksyen 45. Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

                        (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

                        (2) Kecualian yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

                        Huraian 1 - Seseorang yang, dengan kerelaannya sendiri, atau kerana diugut akan dipukul, menyertai kumpulan ajaran salah dengan mengetahui pegangan mereka tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan bahawa dia telah dipaksa oleh sekutunya supaya melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

                        Huraian 2 - Seseorang yang ditangkap oleh suatu kumpulan ajaran salah dan dipaksa supaya melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang dengan ugutan bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.

                        BAHAGIAN VII - PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN

                        Seksyen 46. Penyubahatan sesuatu perkara.

                        Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia perkara.

                          (a) menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; atau

                          (b) mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau

                          (c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, pelakuan perkara itu.

                        Huraian 1 - Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.


                        MISALAN
                          A, seorang pegawai awam, adalah diberikuasa dengan waran daripada mahkamah untuk menangkap Z. B, yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C bukanlah Z, dengan sengaja menyatakan kepada A bahawa C ialah Z, dan oleh yang demikian dengan sengaja menyebabkan A menangkap C. Di sini B bersubahat dengan cara hasutan dalam penangkapan C.

                        Huraian 2 - Mana-mana orang yang, sama ada sebelum atau pada masa sesuatu perbuatan dilakukan, melakukan apa-apa jua untuk memudahkan perbuatan itu dilakukan dan oleh yang demikian memudahkan perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.

                        Seksyen 47. Penyubahat.

                        Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan jika dia sama ada bersubahat dalam pelakuan sesuatu kesalahan, atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu.

                        Huraian 1 - Menyubahati dalam peninggalan sesuatu perbuatan dengan menyalahi undang-undang boleh terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun penyubahat itu sendiri tidak terikat untuk melakukan perbuatan itu.

                        Huraian 2 - Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan tidaklah perlu bahawa perbuatan yang disubahati itu dilakukan atau bahawa kejadian yang cukup bagi mewujudkan kesalahan itu telah disebabkan berlaku.


                        MISALAN
                          A menghasut B supaya meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut. B enggan melakukannya. A adalah bersalah menyubahati B supaya melakukan kesalahan itu.

                        Huraian 3 - Tidaklah perlu bahawa orang yang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, atau bahawa dia sepatutnya mempunyai niat atau pengetahuan salah yang sama dengan niat atau pengetahuan salah penyubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau pengetahuan salah.


                        MISALAN
                          A, dengan niat salah, menyubahati seorang kanak-kanak atau seorang yang tak sempurna akal supaya melakukan suatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dan yang mempunyai niat yang sama seperti A. Di sini A, sama ada perbuatan itu dilakukan atau tidak, adalah melakukan penyubahatan suatu kesalahan.


                        Huraian 4 - Oleh sebab penyubahatan sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahati penyubahatan itu adalah juga suatu kesalahan.


                        MISALAN
                          A menghasut B supaya menghasut C minum minuman yang memabukkan. Oleh sebab itu B menghasut C supaya minum minuman itu dan C melakukan kesalahan itu oleh sebab hasutan B. B boleh dihukum atas kesalahannya dengan hukuman bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan, dan oleh sebab A telah menghasut B melakukan kesalahan itu maka A juga boleh dihukum dengan hukuman yang sama.

                        Huraian 5 - Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan dengan pakatan jahat tidaklah perlu bahawa penyubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Adalah memadai jika dia mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu dan kesalahan itu dilakukan pada menurut pakatan jahat itu

                        Seksyen 48. Menyubahati di dalam Negeri Selangor kesalahan di luar Negeri Selangor.

                        Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan mengikut pengertian Enakmen ini jika di dalam Negeri Selangor dia menyubahati pelakuan suatu perbuatan di luar Negeri Selangor yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan di Negeri Selangor.

                        Seksyen 49. Hukuman bagi pensubahat.

                        Mana-mana orang yang menyubahati apa-apa kesalahan boleh, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan menurut penyubahatan itu, walaupun orang yang disubahati itu melakukan perbuatan itu dengan niat atau pengetahuan yang berlainan daripada niat atau pengetahuan penyubahat itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

                        Seksyen 50. Tanggungan penyubahat jika perbuatan yang berlainan dilakukan.

                        Jika sesuatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang berlainan dilakukan, penyubahat itu bertanggungan bagi perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah menyubahati perbuatan yang dilakukan jika perbuatan yang dilakukan-
                          (a) adalah akibat barangkali daripada penyubahatan itu; dan

                          (b) telah dilakukan dengan pengaruh hasutan itu, atau dengan bantuan atau kana menurut pakatan jahat yang mewujudkan penyubahatan itu.

                        Seksyen 51. Penyubahat bertanggungan bagi kesalahan yang disubahati dan kesalahan tambahan yang dilakukan.

                        Jika perbuatan yang dilakukan adalah merupakan tambahan kepada perbuatan yang disubahati dan membentuk suatu kesalahan berasingan, dan penyubahat itu tahu bahawa perbuatan tambahan itu mungkin berlaku, maka penyubahat itu boleh dihukum bagi setiap kesalahan itu.

                        Seksyen 52. Percubaan.

                        (1) Mana-mana orang yang cuba-
                          (a) melakukan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan Hukum Syara'; atau

                          (b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,
                        dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu boleh, jika tiada peruntukan nyata dibuat dalam Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman untuk percubaan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

                        (2) Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan sebagai hukuman di bawah subseksyen (1) bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

                        Seksyen 53. Penepatan pusat pemulihan atau rumah diluluskan.

                        Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan mana-mana tempat menjadi pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini.

                        Seksyen 54. Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan atau rumah diluluskan.

                        (1) Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 9, 10 atau 11, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang itu menjalani kaunseling atau pemulihan di suatu pusat pemulihan diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

                        (2) Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah Bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang perempuan itu dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

                        Seksyen 55. Pemansuhan dan kecualian.

                        (1) Bahagian IX Enakmen 1952 hendaklah terhenti berkuatkuasa di Negeri Selangor dan setakat itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.

                        (2) Walaupun Bahagian IX Enakmen 1952 ("Bahagian termansuh") dimansuhkan, segala prosiding di bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada apa-apa keputusan mana-mana Mahkamah di bawah Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan dan dibereskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

                        JADUAL


                        Diluluskan pada 1hb Disember 1995.
                        [PU. Sel. (AGM) 0012; DUN. Sel. 30287/1 Jld. I.]
                        ZULKEPLI BIN AHMAD,
                        Setiausaha,
                        Dewan Undangan Negeri,
                        Selangor

                        Rakan Sejawat Toksik

                        Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...