25 Mac 2020

Pemimpin Yang Teruji Covid-19

Ketika drama politik sedang berlangsung, namanya tidak pernah dijulang. Namanya tidak disebut. Drama kali ketiga aku melihat walaupun bukan didepan mataku sendiri.

Kali pertama, ketika TM meletak jawatan sebelum TA ambil alih. Kemudian ditukarkan kepada N. 

Ketika Pru14, aku menyaksikan drama kali kedua. Video merayu supaya jatuhkan N. TM jadi PM semula. 

Belum sampai 22 bulan memerintah, drama ketiga menjelma. Letak jawatan! Agung lantik jadi PM sementara. Kononnya disangka Agung akan lantik beliau semula. Malangnya, TMY yang dilantik. 

TMY dilantik dalam keadaan mengejut. Kemudian negara dilanda Covid-19. Padahal Covid-19 telah wujud ketika pemerintahan TM dalam PH. Apabila dinasihatkan sekat kemasukan pelancong China, konon masih boleh dikawal. Pemerintahan TMY lah yang cuba baiki kelemahan dan ketelanjuran kerajaan terdahulu.

Langkah yang baik dibuat TMY pada kaca mata diriku:

1. Lantik menteri yang berkelayakan bagi bidangnya. Walaupun ada beberapa orang yang aku tidak setuju kerana ada kontroversi sebelum ini. Namanya belum bersih bagiku. Kelemahan tetap ada kerana tiada manusia yang sempurna dan tiada dosa kecuali Nabi Muhammad.

2. Mengawal atau menyekat kemasukan pelancong dari China. Ini aku kurang pasti. Aku perlukan sumber yang kuat.

3. Perkenalkan  PKP bermula 18/3/2020- 31/3/2020. Sekarang ditambah lagi 2 minggu. Ia akan berakhir hingga 14/4/2020. Ia terakluk kepada perubahan. 

STAY AT HOME!

Ikutlah arahan pemimpin supaya penularan covid-19 dapat diputuskan rangkaiannya.

23 Mac 2020

Covid-19 Satu Ujian

13/3/2020 - hari terakhir persekolahan & kelas tambahan Al-Syariah Ting 3.

14/3/2020 -  masuk kelas di USIM. Ambil adik di KLIA 2. Pulang ke kampung melalui jalan Muadzam Shah. Mula masuk LPT melalui tol Gambang. Singgah R & R Kuantan. Singgah di Shell lupa R & R mana tapi aku tak keluar dari kereta kecuali pegang handle pam minyak. 

15/3/2020 - ke Kedai Mesin Jahit, Kedai Baiki printer. Mandi laut.

16/3/2020 - pergi perpustakaan negeri beli barang dapur di Saba*** dan Mydin Mall.

17 /3/2020 - Beli bahan basah dengan penjual van.

18/3/2020 - Mula arahan Kawalan Pergerakan PKP.

 18- 20/3/2020 - stay at home.

20/3/2020 - aku dah ada batuk2 dan sakit tekak ringan.

21/3/ - dapat tahu guru satu sekolah +ve covid-19. Bukan jemaah tabligh tapi 7/3 pernah hadir satu mesyuarat pibg dan berada di sebelah guru yang hadir Ijtimak Tabligh. Buat saringan setelah dapati cikgu berkenaan +ve covid-19

23/3/2020 - buat saringan di KK berhampiran kampung. Mula kuarantin di rumah sewa mak sendirian. 

Cukuplah setakat ini dahulu.

19 Mac 2020

Walid bin Mus'ab

Kisah Firaun yang asalnya nama Walid bin Mus'ab.

Lahir dari bapanya yang pernah membunuh lembu kerana menyangka lembu sengaja menunjukkan dia (lembu usia 3 tahun) boleh beranak. Sedangkan dia telah berkahwin slama 170 tahun tetapi gagal dapat zuriat.

Sebelum nyawa lembu habis, lembu itu sempat berkata-kata

" Hai Mus'ab, kamu akan dapat seorang putera. Namun, kerana ketidaksabaran dan sifat hasad dirimu kepada diriku maka aku yakin puteramu nanti menjadi tiang neraka jahannam."

Asal Walid bin Mus'ab seorang pemuda yang miskin dan malas bekerja. Dia juga membunuh Fir'aun sebenar dan mengikhtiraf dirinya sebagai Fir'aun baharu. Walid bin Mus'ab merupakan Fir'aun yang lemas dan memerangi Nabi Musa serta mengaku diri sebagai Tuhan.

Buku ini adalah fiksyen. Kisah dalam buku ini tidak boleh dijadikan sandaran. Bagiku, buku ini sesuai untuk seseorang yang ingin mengetahui jalan cerita. Ada juga kisah dalam buku ini mengikut jalan cerita dalam Al-Quran.

Buku ini adalah pinjaman perpustakaan negeri ketika menemani adik mencari bahan untuk kuliahnya di masjid. Kebetulan 2 hari lepas itu pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.

Sumber: Firaun Tenggelam dalam Laut Merah. Oleh Abdul Latip Talib. Terbitan HR Publishing 2019.

11 Mac 2020

Peluang Tidak Berulang.

Golongan muda adalah pelapis untuk generasi akan datang. Jika mereka tidak menjadikan pengalaman sebagai peluang untuk menimba ilmu, maka tunggulah. ZERO!

Aku sangat terkesan jika golongan agamawan yang menjadikan alasan untuk mengelakkan tugas. Apatah lagi tugasan sedia ada tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya. Aku kecewa!

Adik-adik graduan baharu tidak perlu mendabik dada kononnya ...

Akulah yang sempurna!
Aku tahu semuanya!
Aku paling handal!
Aku...aku..aku...segala-galanya aku.

Memang aku bukan dilahirkan pandai. Aku tidak dilahirkan terus menjadi pemimpin. Aku sedar diri ini kurang pengalaman. Aku kurang motivasi diri. Aku kurang ilmu.

Apa yang aku buat?

Aku hidup dengan berani mencuba perkara baharu. Aku terima jawatan walaupun 'bidan terjun'. Aku terima amanah walaupun terasa berat untuk dipikul. Aku cuba laksanakan walaupun bukan terbaik. Aku cuba walaupun aku bukan terpilih. Aku sedar, aku hanyalah cebisan kain buruk yang melukut ditepi dinding.

Graduan baharu. Graduan agama. Graduan yang mengecewakan walaupun bukan semua. Kenapa aku? aku nak lepaskan jawatan? Apakah anda tahu, jawatan yang diberikan adalah amanah. Jika tidak tahu, tolonglah rajinkan diri bertanya. Banyak lagi pengalaman yang perlu dikutip. Panjang lagi perkhidmatan anda.

Aku terkesan dengan kata-kata bos baharu. 

"Kita diberi gaji yang banyak. Malangnya kita gagal membentuk 'customer' kita menjadi oeang yang berilmu, berakhla mulia. Ya. Dimana keberkatan hidup kita?"

Sentap!

Deep!

Bos yang baik akan melahirkan staff yang baik. Jalannya penuh liku. Jalannya penuh onak dan duri. Kesabaran menjadi penguat untuk terus istiqamah.

Bukan agamawan sangat komited dengan kerja. Tiada duit 'overtime' diberikan. Tiada reward tertentu dipinta. Tiada pujian yang dipinta. Hanya Allah menjadi saksi keikhlasannya.

Aku malu. Aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan Allah. Aku gagal membentuk generasi pelapis baharu. Aku terlalu 'beri muka'. Aku tak layak menjadi pemimpin. Maafkan aku.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...