30 Oktober 2019

Banjir dan Rakit

Simbolik kepada banjir adalah lautan ilmu.
Tafsiran rakit adalah merantau.

Mok dan adik minta resipi rempah. Aku dah lupa simpan dalam buku yang mana satu. Aku mula 'geledah' bilik. Eh! Jumpa diari. Rupanya memang aku suka tulis peristiwa yang boleh menjadi kenangan. 

Tahun 1999, aku telah menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sekarang dah tukar nama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). 

Sehari sebelum mengambil keputusan PMR , aku mimpi. Mimpi banjir, aku duduk atas rakit dan rakan sepermainan aku a.k.a jiran rapatku berada atas bumbung rumah sambil pegang 'buah kuntum'. 

"Mu dapat berapa A?" tanya kawanku.

"4A je. Doh mu dapat berapa A?" balasku.

Wajahnya sungul, muram dan senyap. Aku terjaga dari tidur. Bukan main semangat aku bangun dan tak sabar ke sekolah. Aku naik bas sahaja. Berdua. Sebenarnya tak sabar nak tahu kebenaran mimpi itu.  

Ya. Result aku 4A, 2B, 1C dan 2D. 'D' adalah mata pelajaran bahasa. 'A' pula, BM, Math, PAI dan KHB. Aku tak kisah sangat result itu. Yang pasti, aku boleh terus belajar di sekolah yang sama hingga SPM. 

Aku terus belajar diploma, degree dan dpli. Sekarang dah kerja bidang perguruan. Bidang yang sangat mencabar. 

Beza aku dan kawanku. Dia di rumah. Kerja di kampung. Selalu berada di negeri sendiri. Manakala aku, terus berada di negeri lain. Negeri yang tiada saudara mara. Memang jadi perantau. Adakah ini 'rakitku'?

25 Oktober 2019

So'dul Jabal PPIM

Alhamdulillah.

Program So'dul Jabal ppim berjalan lancar. Semua penyelaras program akan rasa debaran apabila program sedang dijalankan. Kelemahan dan kekuatan menjadi sandaran. Sikap profesional pentadbir perlu diambil kira.

Pagi-pagi lagi, bos dah mesej untuk batalkan program ini. Alasan hujan. Sopan sangat penyelaras program. Tabik! Orang muda hormat orang tua!

'Jungle Tracking' tidaklah mencabar bagi 'orang ada-ada'. Bagi aku yang biasa ini, sedikit mencabar. Dengupan jantung berdetak kuat apabila berjalan secara menaik. Apabila kedudukan mendatar dan menurun, jantung kembali seperti biasa. Adakah aku ada sakit jantung?

Seterusnya aktiviti 'kocak air'. Apakah aktiviti ini? kali pertama aku dengar dan aku tidak faham aktiviti ini. Pada awalnya aku menolak pelawaan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Akhirnya, aku masuk dalam lumpur yang berbau ini. Antara objektif aktiviti ini, untuk melihat kumpulan yang bekerjasama. Untuk melihat peranan ketua dan anak buahnya sama ada banyak bercakap atau banyak bertindak.

66 ekor ikan keli telah dilepaskan dalam satu kolam selut yang sederhana besar. Ikan ini telah dibuang sengatnya. Hanya 1/3 ikan sahaja yang berjaya ditangkap semula. Jadi, adakah objektif berjaya? Mereka dikenakan denda. Angkat tangan, turun tangan ke dalam air, ambil selut, lumurkan ke muka seperti pakai 'mask'.

'Masker' ini adalah penjagaan kulit secara semulajadi. Penghalang nyamuk dan pepijat. Banyak lagi. Peserta kelihatan 'kekok' untuk membuat 'masker' sendiri. Bising. Sama ketika nak tangkap keli. Duduk, rasa, licin, jerit!

Hanya 2 guru masuk bersama peserta. Aku sendiri gagal dapat keli. Bagi peserta pula, ada seperti main pesta air. Ada yang tangkap guna tudung. Ada yang masuk dalam tudung. Macam-macam gaya ada. Entah apa yang mereka fikirkan sehingga aktiviti ini mengambil masa yang lama.

Selesai 'kocak air' merrka teruskan laluan 'jungle tracking' hingga ke pusat ko.

Mandi pula jadi masalah. Ada anak berudu dalam kolah! hahaha^^

Inilah yang pernah berlaku kepadaku dahulu. Ketika itu aku datang sebagai guru pengiring. Program Ihya' Ramadhan. Aku rasa paling malang ketika itu. Asalnya ramai guru pengiring. Yang tidur dan menginap bersama peserta adalah 3 orang. Seorang ustaz dan 2 orang guru perempuan termasuk aku. Antara aku berdua, hanya aku ada suara. Tiada tentatif, tiada perbincangan, tiada hala tuju asalkan program jalan. Aku dah berjanji pada diri bahawa aku tidak akan terlibat lagi dalam program gila ini walaupun bos tempat itu minta maaf.

Kembali kepada kes mandi tadi. Mereka terpaksa mandi di belakang surau. Tandas surau termasuk tandas lelaki. Kami hanya peserta perempuan. Kan ppim. Pergerakan Puteri Islam. Lebih 20 minit dari arahan yang dikeluarkan. Pukul 12.30 tengahari, baru ke Jeram Te*****. Hari jumaat pula. Pemandu bas kami bukan muslim. Seorang penganut kristian dan seorang lagi penganut hindu.

Yang menghairankan aku, ada suami seorang guru ini masih di Jeram walaupun waktu jumaat telah masuk. Solat jumaat wajib untuk lelaki dewasa. Rasa nak bising tetapi imanku senipis bawang. Huhuhu...

Perjalanan ke Jeram 15 minit dengan menaiki bas. Malangnya, bas tidak dapat masuk ke dalam kerana jalan kelihatan sempit. Berjalan kaki bersama peserta ke Jeram mengambil masa 15 minit. Keadaan kasutku yang basah dan tanpa stokin menyakitkan kaki. Ketika saat menulis ini, ibu jari kaki terasa sakit. Rupanya kasut 'spare' tidak dibawa ke sini.

Aktiviti tidak dapat dijalankan kerana guru sendiri penat. Jadi hanya makan-makan dan santai. Makan nasi ayam, sandwish dan spageti.

Seterusnya, lawatan ke makam Tuan Tulis. 7.00 malam, kami sampai ke sekolah.

Aku tidak setuju berkaitan membawa gajet. Semua leka selfie. Aktiviti jadi 'lemau' dengan tidak dibenarkan membuat hukuman menjadi perisa. Malas untuk aku buat program jika hal ini masih berlaku. Fokus hilang! Objektif ke laut! Aktiviti sia-sia.

Apa pun, semua peserta dan guru selamat pergi dan pulang. Tahniah kepada semua guru terutama penyelaras program!

20 Oktober 2019

Musim Konvo

Semua orang yang pernah belajar akan melalui hari konvokesyen kecuali tidak hadir, tidak belajar selepas spm dan tidak selesai mengikuti program diploma, ijazah, sarjana dll.

Ya. Aku pernah lalui. Bermula ketika diploma bersama seorang abang. Konvo sekali. Ketika beratur untuk masuk dewan, ramai si gadis cantik cuba cari siapa 'adik abang aku'. Popular abang aku rupanya. Siapa tak suka kan? Suka melayan. Tak tolak ajakan pergi makan, cari barang, jadi driver. Balik rumah, aku tadah telinga dengar cerita dia.

Paling aku tak lupa, cerita tentang perempuan muka cantik, ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia. Kisah teman si gadis pergi beli barang, dapat baju kemeja free. Orang nak belanja, terima je la.

Kemudian masa ijazah, aku konvo di Timur Tengah bersama kawan- kawan senegara. Di Malaysia, aku sambung dpli. Konvo, aku tak pergi. Bos tak beri keizinan. Siap ugut jika aku pergi juga. Ye la. Masa tu aku belum sah jawatan. Aku akur. Masa tu aku fikir, jika aku pergi juga aku bersalah. Jika dalam perjalanan berlaku kemalangan, apa akan jadi pada aku? hatiku tidak tenang. Aku fikir positif.

Majlis konvo adik2, aku cuba bawa mak ayah pergi ke majlis konvo ini. Aku tak masuk tak mengapa. Raikan mereka. Aku jadi jurufoto untuk kenangan mereka.

Bila berlaku provokasi yang berlaku baru- baru ini sangat mengecewakan. Di sini majlis untuk meraikan kejayaan ibu bapa. Dari jauh mereka datang bukan untuk melihat kekecohan. Mereka datang untuk gembirakan anak-anak.

Anak-anak konvo, jangan biarkan ibu bapa menjadi penunggu melihat anak2 bergambar dengan kawan-kawan. Hargailah kehadiran mereka.

Campak topi konvo juga menjadi suatu simbolik bagiku mencampak buku. Sebenarnya buku tidak akan hilang tetapi terus beri info dan pengetahuan kepada pembacanya.

Carilah para guru. Ucapan terima kasih sudah memadai. Hormat mereka sebagai penyampai pengetahuan dan menjadi ilmu bagi yang amalkan.

Tahniah buat semua yang berjaya menamatkan zaman diploma, ijazah, sarjana, Phd. Moga teruskan belajar hingga akhir hayat.

18 Oktober 2019

Bateri Kong di Pusat Servis

Semalam nak servis kereta tertangguh dek kerana mesyuarat lama hingga 3.00 petang.

Hari ini ke pusat servis perodua. Pukul 2.00 petang aku datang. Hari ini merupakan pelanggan yang ramai pernah aku jumpa di sini.

Menunggu lama. Aku sabar lagi. 2 orang yaag datang lambat dari aku dipanggil lebih awal. Aku bangun ke kaunter dan mengatakan aku dah tunggu hampir 1 jam dan kenapa orang datang lambat dipanggil dahulu? jawapannya..kami ikut giliran. Siapa tak marah?

Bila tiba giliran aku, aku kena buat major servis sebab kali terakhir buat pada 2017. Aku akur sebab aku pemandu perempuan yang akan travel jauh lagi dan lagi.

Kak telefon. Ajak keluar. Promosi produk Amway. Pergi ke satu kedai yang ada kemudahan aircond. Senang nak sembang. Pukul 4.30 ptg, dapat panggilan pusat servis. Mentol brake terbakar. Ok aku setuju tukar.

5.15 petang, pusat servis call lagi. Bateri mati. Kereta tak boleh hidup. Eh kad kena block ni. Jadi, dia minta datang segera ke pusat servis ini.

Si mekanik tunjuk bar bateri kosong. Dia juga tunjuk beza bateri penuh. Bar hitam penuh. Mati di pusat servis? macam tak percaya. Harga bateri kering kereta myvi RM 184. Aku minta kurang. Dah tak boleh turun. Apa pilihan aku ada? Terpaksa tukar bateri. Jika tidak, kereta tak jalan.

Kali terakhir tukar bateri pada 7.05.2018. Setahun setengah guna. Itulah tempoh hayatnya.

Alhamdulillah. Allah bantu selesaikan urusan di sini. Esok bakal ke kelas hampir 40 minit perjalanan. Moga Allah lindungi aku dari segala bahaya. Itulah tanda Allah sayang.

17 Oktober 2019

Remaja Cerminan Masa depan.

Mutaakhirin, remaja terdedah dengan dunia luar. Walaupun mereka berada di rumah, malah dalam bilik, mereka masih boleh melayari dunia luar menggunakan telefon pintar. Pintarkah mereka?

Tiada siapa peduli, remaja mencari kekosongan hidup dengan cara tersendiri. Apatah lagi, pekerjaan baru yang popular menggunakan gajet tertentu seperti Youtuber, Influencer dan banyak lagi yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya. Pencetus pekerjaan ini adalah golongan muda dan masih remaja.

Keperluan rohani ditolak tepi. Nasihat orang tua tidak dipeduli. Mereka mengikut haluan sendiri tanpa bimbingan. Apakah keperluan rohani? Apakah panduan agama? Apa yang Allah dan Rasul larang? Semua dianggap kolot dan ketinggalan zaman.

Dari sini, mereka akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri. Apabila akan kemalangan, mereka rakam video dan buat rumusan. Sedangkan mereka boleh bantu mangsa kemalangan. Ini juga menyebabkan mangsa yang boleh selamat, meninggal dunia. Ambulans lambat sampai kerana masing-masing halang laluan dengan cara menggunakan lorong kecemasan dan sebagainya.

Kerosakkan akhlak menjadi-jadi sehingga sanggup jual diri untuk dapat habuan wang ringgit. Rasuah. Jual tender kepada orang tidak layak. Sanggup bocorkan soalan semata-mata habuan dunia. Semua dihujung jari. Palsu semata-mata.

Bagaimana kita sebagai netizen, ibu bapa, guru, kakak, abang, pemimpin yang boleh membentuk sahsiah remaja ini?

Aku sendiri buntu untuk mencari jalan. Takut kena 'kecam'. Takut itu. Takut ini. Bila buat syarahan atau pidato, pelbagai hujjah dikeluarkan. Realitinya, telah dilaksanakan. Di mana kesan positifnya? Laporan cantik. Dokumentasi kemas dan lengkap. Gambar bukti pelaksanaan program cantik. Kajian demi kajian dibukukan. Dimana silap kita?

Punca yang boleh disenarai banyak terutama media massa. Penyelesaian, tiada yang berjaya.

M. Luther King : apa-apa yang bertentangan dengan akal, tentu bertentangan pula  dengan Allah

Gustav Le Bon : Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakan dan peribadinya.

Goethe : Tingkahlaku dan sahsiah seseorang adalah cerminan  yang memperlihatkan watak yang bersangkutan dengan diri seseorang.

Sumber: Dewan Siswa Bil. 6 Tahun 2018.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...