17 Ogos 2021

Vaksin Satu Pengalaman.

Bulan mac 2021 aku daftar uuntuk terima vaksin covid-19. 26 Julai 2021 aku dapat dos pertama. 2nd dos pada 16 ogos 2021. Selang 3 minggu. Dos pertama, aku tiada simpton sakit-sakit atau lenguh satu badan. Hanya sakit sikit di tempat cucuk iaitu bahu kiri. Vaksin Pfizer.

Dos kedua ini ada kelainan. Balik dari klinik, aku hanya lenguh lengan kiri. Keesokannya, iaitu hari ini, aku rasa sejuk panas. Tak tahu demam ke tidak. Badan tak selesa. Pening kepala. Terasa dunia berpusing. badan lenguh pada sendi-sendi. Sakit mata. Terasa panas. Lagi pula aku masih dalam tempoh period. 

Urat di kepala terasa bengkak. aku urut. letak MMG biar rasa angin panas macam mintak cap kapak. Rasa pening. Macam orang demam. Bila letak tangan di leher tak panas. Lepas makan tengahari aku cirit birit. sakit perut. Kepala still sakit. 

Adakah ini kesan vaksin? 

Hari ini aku tak study lagi. Rasa tak selesa. Kalau baca pun, bukan boleh buat catatan. Tangan lenguh walaupun tangan kanan. Tangan kiri lagi terasa berat. Fuh lain macam vaksin ni. 

Walaupun fatwa mengharuskan vaksin, masih ada yang ragu-ragu nak ambil vaksin seperti ayah aku. Ayah dah dapat vaksin lebih awal. Vaksin Sinovac. Mak pula pfizer. 

Simpton mak aku masa dos pertama cuma letih. mak tidur je. Kemudian beberapa hari kemudian, mak tak boleh berjalan. Lutut mak sakit. Memang sebelum vaksin lagi, lutut mak sebelah kiri kalau tak silap aku memang dah sakit. Bila lepas vaksin tak boleh jalan. Mak aku kuat semangat. Dalam 2 minggu, mak terpaksa duduk atas kerusi beroda untuk kegunaan pejabat. Kadang mak bergantung kat kerusi sambil jalan sikit-sakit dan seorang kena kawal kerusi tu supaya tidak bergerak laju. Masa dos kedua, mak guna kerusi roda. Mak macam sakit tapi senyap. Aku dah lupa macam mana mak masa tu. Tak lama kemudian, mak dah boleh berjalan. Adik Doktor belikan ubat saraf untuk mak. Di klinik, mak mintak dengan Dr Klinik. Dapat lagi. Alhamdulillah. Mak dah ok sekarang. Aku pula yang sakit sekarang. huhuhu

Moga Allah ampuni dosaku dan kedua ibu bapaku. Aminn

09 Ogos 2021

Islam Politik

1. Penamaan Islam politik perlu ditolak. Apakah sebabnya? ungkapan ini bagi tujuan menjauhkan manusia daripada kandungan asalnya, menjauhkan mereka daripada para pendakwah yang benar, yang mengajak kepada Islam yang syumul, yang menganggap Islam adalah akidah dan syariat, agama dan negara.

2. Islam haaya wujud dengan politik. Islam tidak mungkin wujud tanpa politik. Islam adalah akidah, ibadat, akhlak dan syariat yang salibg menyempurnakan. Dalam ungkapan lain, ia adalah minhaj yang sempurna untuk kehidupan berdasarkan prinsip, kaedah, perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan, diatur dan disusun. Ia berkaitan dengan kehidupan individu, urusan keluarga, keadaan masyarakat, asas bernegara dan perhubungan dengan dunia.

SUMBER:
Yusuf al-Qardawi. Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam. Terj: Haji Juanda bin Haji Jaya. Selangor: Syabab Book Link

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...