29 Mei 2019

Perubahan

Ramadhan bakal berlalu. Tidak pernah berpatah balik. Never u-turn. Umur semakin pendek. Aku masih berada ditakuk yang lama. Entah bila akan berubah. Sukar berubah. Sukar istiqamah. Kelemahan sukar dibaiki.

Material berubah. Smartphone berubah. Redmi note 7. Setelah tular, telefon yes 4G bakal diambil semula. Hanya nokia 3310 milikku. Tanpa berfikir panjang, shopee jadi sasaran servey harga. Murah pada fikiranku, terus order. 4g Ram, storage 128g. RM833. Murahkah?

Jawatan berubah pada nama. 10 tahun pengalaman kerja. Hakikatnya sama sejak dahulu. Bebanan tugas bakal terasa. Selepas Aidill Fitri, tugasan bersambung. Kepercayaan yang diberikan cuba dilaksanakan. Maklumat perlu disampaikan. Rasa kerdil. Itulah perlu aku lalui.

Dahulu isi egtukar online. Sekarang manual. Moga harapan berpindah ke negeri sendiri tetap ada. Mohon doa dari kalian.

14 Mei 2019

Hikmah Azab Tangguh

Ayat 8 Surah Hud

Hikmah Allah tangguhkan azab kepada umat Muhammad.

1. Orang yang mempunyai kesediaan iman, dapat beriman.

2. Ramai antara kaum Musyrikin telah beriman dan menunjukkan keislaman dan  prestasi mereka yang baik

3. Ramai orang kafir melahirkan zuriat-zuriat yang beriman

SUMBER:
Tafsir Fi Zilalil Quran Jilid 5 m/s 260-261

04 Mei 2019

Kisah Kerjaya

Adakah anda seorang askar?

Anda boleh jaga stor senjata. Anda boleh jadi driver trak. Anda boleh jadi perawat di medan peperangan. Malangnya, apabila diberi M16 dan diarahkan bunuh sasaran, anda tidak sanggup. Sebenarnya, anda BUKAN ASKAR!

Adakah anda seorang doktor?

Anda tahu sakit ini perlukan jenis ubat dan cari di farmasi. Tiada masalah. Anda cerita tentang teori sakit ini, sakit itu. Tiada masalah. Anda diminta pesakit yang sedang berdarah, anda kata "darah darah ni, saya tak boleh. Nak pitam,". Sebenarnya anda BUKAN DOKTOR!

Adakah anda seorang guru?

Anda mengajar. Boleh. Tiada masalah. Anda tahu kemampuan pelajar dalam kelas. Anda tahu dia tidak hadir. Anda tahu kedudukan ekonominya. Anda tahu dia boleh jawab soalan setiap kali PdP. Anda tahu dia boleh. Apabila nak buat pentaksiran, pihak yang tidak pernah jumpa pelajar anda ini buat penilaian dalam bentuk peperiksaan. Sebenarnya anda BUKAN GURU.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK!

RAMADHAN KARIM!

ALLAHU AKRAM!

01 Mei 2019

Pengiktirafan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Tiada lagi kejutan bagiku terhadap mana-mana pengiktirafan yang diberi kali ini selepas dapat kejutan besar bulan 10 tahun 2018 . Semua itu dari Allah. Jika Dia berkehendak, pasti semua itu akan hilang sekelip mata.

Yang pasti, tugasan berat bakal menanti. Aku hanya buat sesuatu ikut kemampuan sendiri. Hatiku ingin berkhidmat di negeri sendiri. Tugasan sekarang bakal ternoktah jua. Mohon maaf atas kelemahanku ini.

Kejutan. Kematian ulama' dan para ilmuan sangat memberi kesan mendalam dalam diri ini. Bagaimanakah pengakhiran aku nanti?

Semalam Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah 'Andainya Ini Ramadhan Terakhir'. Sekarang 26 Syaaban 1440H. Lagi beberapa hari untuk menemui Ramadhan. Beliau tidak sempat bertemu Ramadhan. Adakah aku sempat bertemu Ramadhan? اللهم بلغني رمضان.

Aku pula dah baca Juzu'  ke-30. Adakah aku sempat habis bacaan itu? Esok, aku akan berkursus di KL selama 3 hari. Berdasarkan jadual yang diberikan, pengisian sangat padat. Aku rancang untuk hafal beberapa ayat pendek sebelum menjelang ramadhan Isnin ini. Adakah aku masih ada peluang?

Doakan aku terus kuat menggalas tugas dan kepercayaan yang diberikan.

Aku mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan penyampaian aku dalam blog ini.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...