15 Mei 2026

Hari guru 2026

Bulan Mei yang penuh dengan kerja yang tidak pernah siap. Buat pertama kali tahun ini aku ambil 2 hari cuti semata-mata untuk rehat. 

1Mei hari pekerja, aku masih ada di sekolah. Meneruskan kerja sebagai warden. Hari minggu seterusnya berada di Kenyir bersama anak-anak kem kepemimpinan. Ahad tu aku mc. 

Hari ini sebelum hari guru, join main bowling dengan rakan2 seguru. Sejujurnya, hidupku, duniaku penat dan tidak pernah sunyi. Aku yang nak rehat. Terfikir pula, apa yang kawan2ku yang telah berkeluarga?

Alangkah bahagianya jika Allah kurniakan kami semua pasangan yang memahami. Realitinya, hakikatnya, hanya diri sendiri yang tahu. Ujian Allah ke atas kita semua adalah berbeza. Hidup single juga tetap ada ujiannya. Moga Allah kurniakan kita semua kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semalam...
Aku buat hal lagi.

"Kalau aku tak buat, dia yang buat hal! kecoh satu sekolah dia buat!" kata kawan sebelahku. 

Aku desak pentadbir buat mesyuarat  bersemuka dengan alasan 'ARAHAN YANG SAMPAI TIDAK JELAS'.

Akhirnya mesyuarat dibuat.

Di mana aku?

Aku ada kelas dengan murid tingkatan 5. Bincang jawapan ppt. Ada yang nak baiki markah. Ada macam-macam soalan. Asal sekejap masuk kelas dan nak masuk mesyuarat itu, akhirnya satu jam aku melayan budak2 ni.

Habis kelas, nak ke mesyuarat. Jumpa cikgu2 lain. Katanya mesyuarat dah habis. Nama aku kena petik. Lantak laa...hasilnya mesyuarat sia2. Tiada keputusan...Hmmm

Maaf kawan2. Aku desak buat mesyuarat tetapi tiada hasil. Memang pentadbir tak tau nak buat apa sebab tidak tahu keadaan sekolah. Adakah begini jika pentadbir dari sekolah luar datang?

Kontraktor nak baiki bumbung sekolah. Murid tingkatan 1-3 akan pdpr. Murid tingkatan 4 dan 5 masih di sekolah. Cikgu2 yang 100 orang ini berada di sekolah. Keselamatan kami bagaimana? kayu dari bumbung, bahan2 dari bumbung jatuh. Rasa tak selamat. Akhirnya nyawa kami tiada nilai. Jadi, guru2 kena selamatkan diri masing2 jika apa2 berlaku, tiada siapa yang akan dipertanggungjawabkan. 

Selamat Hari Guru semua. 

Guru jaga Guru. 


16 April 2026

Markah Prestasi PB3P

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang menulis di sini. Sebagai diari atau pengalaman hidup.

Aku sebagai seorang guru yang berkhidmat lebih 15 tahun di sekolah menengah. Guru biasa. Harapnya sentiasa biasa. Tiada yang luar biasa. Semua rezeki dari Allah. Kadang yang Allah tangguhkan kerana bersebab. Sebab yang aku sendiri tidak tahu.

Aku sebenarnya terpanggil menulis apabila aku jumpa penilaian pb3p seorang guru juga 75%. Banyak penglibatan dia dalam dunia digital dan khidmat bakti luar sekolah. Di sekolah, hanya pihak sekolah yang tahu. 

Aku pernah dapat markah lebih tinggi sikit dari ini. Mungkin kerana aku kuat membantah sehingga 1 tahun aku lambat sah jawatan. Cara aku juga salah. Ketua tetap ketua. Arahan tetap arahan. Aku generasi Y2K. Memang perlu penjelasan logik untuk aku buat kerja. Tahan tekanan.

Ini penilaian aku tahun 2018. 

Sejak tahun 2016, aku banyak terlibat dengan dunia luar sekolah iaitu ppd dan jpn. Tahun yang menakutkan aku kerana menjadi JU subjek baru. Aku tak tahu, kursus yang aku hadir itu adalah untuk JU. Apabila balik ke negeri tempat kerjaku, aku perlu beri bimbingan dan taklimat kepada guru-guru di negeri ini. 

Tahun last PMR, aku sempat jadi guru pemeriksan kertas PMR ganti guru bersalin. Orang tawarkan, aku terima. Itulah situasi aku sebagai pendatang baru.

Tahun 2017, aku masih jadi JU tapi subjek lain pula. Sehingga satu tahap, aku tanya pengawai JPN , "Tuan, tiada orang lain ke?". "Tiada. Awak wajib pergi". Aku dalam hati memang marah tapi tidak terkeluar dari mulut sebab aku tiada alasan kukuh. Terdetik juga di hati, "Macam aku ni kena buli" . Lama-lama aku berdamai dengan tukar minda dengan kata-kata " Ini peluang aku belajar dengan senior dan pakar2".

Rupanya 2018, lagi mencabar. Aku kena pegang 3JU. Aku JUK. Aku Ketua Pentaksir. Negeri PT3. Dalam kerja hakiki aku tetap banyak, GPM, Ketua Panitia, Guru Pengawas, Guru Disiplin dll. Sebelum aku perlu kerja luar sekolah, kerja di sekolah tetap aku selesaikan. Apabila pentadbir minta, aku serahkan apa yanh diminta. Aku pada asalnya aku tolak tugas secara lisan, kerja yang diminta tetap jalan. Aku bimbang kerana aku seorang, kerja orang lain akan tergendala. Ketika ini aku dapat markah 98.45%. Guru yang dapat APC, lebih tinggi 0.01% dari aku.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa banyak jawatan di sekolah? Sekolah aku tak ramai murid dan guru. Jadi apa-apa laporansekolah besar buat, kami tetap kena buat. 

2019, seorang GC sekolah aku tengok aku sentiasa 'hilang' di sekolah. Sekejap aku ke Langkawi, ke Pangkor, ke KL, ke Melaka dll. Malas nak sebut. Nanti kome cari. hehe

Tahun ni aku naik DG44. Tak lama aku naik jadi ketua bidang. Rupanya peluang aku masuk ke pantai timur semakin tipis. Itulah pandangan aku.

GC sekolah aku ni selalu 'menekan' pasal mohon HLP sebab dia tengok aku banyak sijil negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini semua sijil JU dan penyertaan sahaja. Pernah juga aku hantar artikel dari blog ni tapi aku dah delete artikel tu untuk elakkan plagiat. 

2020 aku berjaya dapat HLP. Pertama kali mohon, terus dapat. Rezeki dari Allah.

Sebelum tu aku banyak dengar cerita pengalaman HLP. 

Dia dah mohon 7 kali tali tidak berjaya interview.

Ada masa interview bawa hasil kerja dengan bawa 'carry beg'. 

Ada masa interview kena koyak kertas proposal.

Macam cerita seram bagi aku.

Aku dapat HLP musim covid. Tiada iv. Hanya hantar video proposal.

2020 hingga 2022 aku sambung belajar dengan HLP 2+1. Maksudnya aku cuti belajar 2 tahun dan reposting. Dalam tempoh 1 tahun lagi, aku perlu habiskan HLP semasa bekerja.

Alhamdulillah sekarang aku berada di negeri kenal dengan cara reposting selepas 13 tahun berkhidmat.

Untuk rekod, aku belum pernah dapat APC sepanjang 13 tahun ini. 

2023 di sekolah baharu, Allah rezekikan APC di tempat ini. Aku hanya buat kerja yang diberikan. Amanah yang diberikan. Jarang ambil cuti hingga sekarang.

Cukup dulu setakat ni...

Aku doakan semoga guru2 lain termasuk ustazah yang terlanggar murid dipermudahkan urusan. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Bismillahi Tawakkaltu Alallah...

03 Januari 2026

Pesanan Ayyuha al-Walad

 Assalamualaikum wbt...


Tahun 2025 telah melabuhkan tirai. Muncul 2026 Masihi yang semakin mencabar seiring dengan peningkatan umur 42 tahun. Tua. Veteran. Pencen. Semua menjadi satu.


Ada satu pesanan yang mungkin kita boleh jadi pedoman dan ingatan kepada diriku dari Buku Ayyuha al-Walad...Duhai Anak! oleh Imam al-Ghazali.

PESANAN PENTING:

1) Tidak sia-siakan waktu.

Salah satu tanda Allah menjauhkan diri daripada hambaNya ialah kesibukannya dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, dan seseorang itu jika berlalu walaupun sejam daripda umurnya dalam selain dari apa yang diciptakan untuknya daripada ibadat, maka sudah memadai untuk dipanjangkan pemyesalannya. Dan barangsiapa yang melepasi umur 40 tahun, sedangkan kebaikannya belum menjangkau keburukannya, maka bersedialah untuk ke Neraka.

2) Ilmu tanpa amal.

Azab pedih kepada orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak memanfaatkan di jalan Allah. Hal ini disebut oleh Abdul Wahid bin Zaid: Barangsiapa yang mengamalkan ilmunya, maka Allah akan membuka baginya ilmu yang belum dikethaui sebelumnya. Ada pepatah mengatakan " Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah"

3) Tidak beramal, tiada pahala.

Tanpa amalan, seorang hamba Allah tidak akan menadapat pahala sebagai persediaan akhirat dan mendapat syurga Allah. Hal ini sesuai dengan hadis yang mengatakan bahawa apabila matinya seorang anak Adam, terputus semua amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

4) Niat beribadat hanya kepada Allah.

Walaupun amal ibadat banyak bukan jaminan masuk ke syurga. Bahkan masuk syurga dengan rahmat Allah yang dapat diperoleh dari mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Nasihat Imam al-Ghazali supaya kita semua bangun sebahagian waktu malam untuk bertahajud kerana ini perintah dalam Surah Az-zariyat 51: 18.

Nabi SAW bersabda: TIGA suara yang disukai Allah; Suara ayam jantan, suara orang membaca Al-Quran dan suara orang beristighfar ketika waktu sahur.

5) Balasan kepada hambaNya yang taat

Mereka akan mendapat kecukupan dan diberi kekuatan untuk mempertahankan diri dari kejahatan dan hawa nafsunya.

6) Orang cergas adalah yang beramal untuk akhirat.

Orang bodoh adalah orang yang mengikut hawa nafsu dan berangan-angan . Siang malam sibuk dnegan harta sedangkan harta dikumpulkan bukan miliknya selainkan milik warisnya. Harta sepatutnya dibelanjakan ke jalan Allah.

Ada pepatah mengatakan "dari begitu banyak sahabat, dan tidak ditemui sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak ditemui pakaian lebih baik kecuali daripada TAKWA. Aku merenung terhadap semua jenis amal, namun tidak ditemui yang lebih baik daripada memberi NASIHAT BAIK. Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tidak temui rezeki yang lebih baik daripada SABAR"

7) Menghindari kesenangan dunia.

Apabila waktu malam seseorang menghabiskan masa dengan membaca buku untuk dunia sahaja, perkara ini adalah sia-sia. Sebaliknya apabila kita habiskan masa menuntut ilmu dengan niat kerana Allah, maka kerja itu menadi mulia dan termasuk ibadat.

Banyak lagi nasihat ringkas. Semuanya terkena kepada diri sendiri. Moga Allah berikan kemanisan melaksanakannya sebelum ajal menjemputku.

Buku terjemahan ini aku beli dari ZRA strim. Memang terpikat dengan cerita Tuan Haji Zainal. Sekian

SUMBER:

1. (PDF) Kajian Intertekstual Nasihat dalam Kitab Ayyuhal Walad Imam Al-Ghazzali

2. Al-Ghazali. 2024. Terj : Muhammad Yusra Hulaimi. Duhai Anak. Cetakan ke-12. The Biblio Press, Selangor.

Hari guru 2026

Bulan Mei yang penuh dengan kerja yang tidak pernah siap. Buat pertama kali tahun ini aku ambil 2 hari cuti semata-mata untuk rehat.  1Mei h...