20 Julai 2019

Cukup-cukuplah Sekolah!

Motivasi. Cara lama. Contoh lapuk. Sama. Entah apa program yang tarik minat pelajar Alfa ini. Dunia gajet. Adakah program motivasi cara ini berkesan?

Begitu juga cara guru mengajar. Guru sangat selesa dengan cara lama. Bosan. Teacher centre. Itu lah panggilan dalam pendidikan.

Apa solusi Key Py Eim? mata pelajaran bertambah? Isi kandungan semakin bertambah? Laporan PBD perlu dihantar dan dipantau? Hantar guru pergi kursus pedagogi pak21? Tidakkah guru ini telah dilatih ketika di ipg dan universiti?

Teringat pembacaan dari perkongsian warga Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Finland. Tiada penaziran. Tiada pemantauan. Mereka percaya apa yang guru ajar dan laksanakan. Bila 'percaya' tiadalah peperiksaan.

Salah seorang warga 'LP' pernah maklumkan bahawa apabila ditanya kepada 'orang besar' Finland tentang ujian PISA mendapat no. 1 di dunia. Hanya jawapan 'terima kasih'. Tiada ulasan panjang. Apabila ditanya lagi, jika ujian PISA Finland tidak dapat no.1. Jawapannya sangat mengejutkan bagiku.

' KAMI TIDAK KISAH . KAMU YANG LETAKKAN NOMBOR'.

Cukup- cukuplah sekolah! ...tagline yang menjadikan aku terfikir. 'Stress' nya budak-budak sekarang.

Bagi usia kanak- kanak sepatutnya masih bermain, dikerah untuk pergi kelas tuisyen. Waktu persekolahan bermula 7.30 pagi hingga 1.00 petang. 2.00 petang hingga 5.00 petang, kelas kafa. Seterusnya pergi tuisyen. Kadang ketika maghrib tuisyen. Solat pernah ditanya? Malam ada yang dihantar tuisyen lagi. Ada yang buat kerja sekolah. Ada yang terus tidur keletihan.

Hari minggu, ada program bla bla bla...Ada kelas tambahan di sekolah. Latihan bola dan sebagainya.

Isnin, pergi sekolah. Cikgu minta kerja rumah yang perlu dihantar. Tidak siap. Kena marah. Kena 'bebel' sebakul! Stress !!!

Cukup lah coretan idea. Bagi yang nak jadi cikgu...fikirlah banyak kali. Jika dah jadi cikgu, ikhlaskan diri. Moga 'jariah' di akhirat kelak.

13 Julai 2019

Takziah buat keluarga Che Ngah.

Ujian semua orang akan lalui. Sama ada kita terima dengan redha atau sebaliknya. Iman senipis kulit bawang hampir tidak kuat melaluinya.

Berita tentang kematian pasti mengejutkan bagiku. Kakak kepada ibuku yang merupakan ibu tunggal dan meninggalkan 14 orang anak dan ramai cucu. Jatuh dipangkuan anak lelaki selepas salam pertama. Sungguh mudah dan mulia pengakhirannya. Sebelum solat asar, beliau telah mandi dan bersedia untuk solat. Meninggal di KL dan bawa pulang ke kampung bersama telekung solatnya.

Aku bertolak pulang ke kampung jam 4.00 pagi. Aku sampai tepat jam 10.00 pagi. Aku terus ke perkuburan dan tidak sempat melihat atau solat jenazah bersama jemaah. Aku dapat lihat lubang kubur sedang dikambus dengan tanah oleh anak, cucu dan anak-anak saudara. Alhamdulillah urusan keluarga ini dipermudahkan. Cepat urusannya. Tiada apa yang boleh aku buat untuk keluarga ini kecuali pelukan semangat. Suara aku hampir tidak keluarga malah gugur mutiara dari tubir. Mereka kelihatan kuat. Aku pula sebaliknya. Aku kalah dengan emosi.

Rehatlah che ngah. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Damailah di sana. Moga syurga tempatmu.

Petang hari, aku ke hsnz melawat rakan. Sungguh berbeza mukanya. Melidi badannya. Aku takut jadi ratu airmata. Aku cuba berbual dengan tetamu yang hadir, dia hanya mendengar. Sesekali aku pandang rakanku ini. Kelihatan menahan sakit. Aku doakan semoga Allah beri kesembuhan dan kuat menghadapi hari-hari yang seterusnya. Suami dan anak-anak adalah pendorong terbesar. Merekalah orang paling dekat. Pengasuh anak-anaknya juga orang sangat baik. Dia dikelilingi oleh orang baik. Sebaiknya tidak berada lama di tempat pesakit. Syafakillah!

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...