02 April 2020

Keputusan Covid-19

Aku telah buat saringan Covid-19 pada 22 mac 2020. Keputusan untuk buat saringan ini begitu berat. Apa yang membimbangkan aku adalah mak. Beliau ada diabetis, darah tinggi jantung. Mengikut kata adik HO, sistem imuniti mak paling lemah dalam keluarga. Jaga jarak!

21 mac 2020 aku telah pergi ke KK di kampungku. Hari sabtu. Tutup. 22 mac 2020 aku pergi sebelum pukul 8.00 pagi. Aku lihat pihak KK masih belum sedia terima tetamu atau pesakit. Aku tunggu. Ada doktor baru sampai dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin selesaikan tugasan lain sebelum sampai ke KK. Cik Puan misi pun ada baru sampai. Ada pengunjung yang datang. Kemudian bertanya kepada pengawal keselamatan dan kemudian mereka pulang. Itu kemungkinan sahaja. 

Keadaan pengunjung sama ada nak buat saringan seperti aku atau ada sakit lain, mereka memakai topeng muka dan sarung tangan a.k.a glove. Aku tertanya-tanya adakah pemakaian glove itu selamat? Aku masih berada dalam kereta. Meninjau keadaan. Kemudian aku buat keputusan untuk pulang ke rumah. 10.00 pagi aku akan datang semula.

Ya. Aku datang ke KK semula. Aku pakaikan topeng muka setelah keluar dari kereta. Terus ke kaunter bahagian luar KK. Dalam khemah biru ada petugas yang memakai PPE telah bersedia. Sebelum aku sampai, telah ada seorang pengunjung. Lelaki. 

Seorang misi datang kepada aku bertanyakan urusanku. 

"Saya datang nak buat saringan," kataku.

"Kenapa nak buat. Awak ada kaitan dengan orang +ve ke?" terus Cik Misi tembak aku. 

Bila aku cakap Ya, terus Cik Misi menjaga jarak denganku. 

Katanya lagi, jika tiada simpton tak perlu buat. 

" Tapi saya batuk," kataku. Cuak nampak muka 2 Cik Misi dan seorang doktor perempuan. 

Terus Doktor ini buat panggilan. Lama juga. Aku tak dapat nak dengar isi perbualan itu. Doktor minta Cik Misi ambil suhu badanku, 36.5. Normal.

Doktor minta aku tunggu sebab dia perlu pakai PPE. 15 minit. Kesian pula aku tengok. Takkan aku nak berpatah balik. Doktor ambil tekanan darah. Bila dah pakai PPE, dia isi namaku dalam borang. Aku lihat ejaannya salah. Aku offer diri untuk tulis.

" Tak apa. Ini kerja saya," jawab doktor.

" Bila pakai PPE ni, mata jadi kabur. Tak jelas sangat," terang doktor ini. Gigih dia menulis persis seorang guru kelas. Sambil itu, doktor bertanya sejarah penyakit. Pernah masuk wad. Ya. Aku pernah masuk wad kerana apendiks sahaja. Jadi jawab sahaja pertanyaannya. Ada seorang doktor lagi buaa kiraan denyutan jantung

Dipendekkan cerita, aku perlu buat saringan dengan cara swap air liur pada hujung lidah atau senang kena jolok hingga terasa nak termuntah.

31 mac 2020, aku cuba telefon KK untuk dapatkan keputusan Covid-19. Pada awalnya keputusanku masih 'pending'. Kemudian aku dapat panggilan lagi. Keputusanku adalah -ve. Alhamdulillah.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...