11 Mac 2021

Madkhal oleh Raisuni 1

 Sebelum aku teruskan penulisan berkaitan kitab ini, perlu diberi perhatian bahawa blog ini aku jadikan bahan rujukan yang aku kumpulkan. Kemungkian segala soalan tidak akan dilayan. Maaf ye. Hasil pengumpulan ini tiada sandaran yang betul dan tidak boleh menjadi rujukan. Aku terpaksa tulis wal-awal berkaitan hal ini kerana bimbang dijadikan hujjah. Ilmu adalah hal yang dipelajari, difahami dan di amalkan serta disebarkan. Aku masih bertatih dan masih mencari kebenaran yang sukar untuk diperolehi terutama zaman internet. Sebab itu aku letakkan SUMBER di bahagian bawah untuk rujukan bersama kerana kadang-kadang penulisan ini adalah pandangan dan cetusan dari penulis sahaja. Wallahu a'lam

***********

Tahun lepas, aku telah mula kuliah menggunakan kitab karangan Dr Ahmad Raisuniy yang dibekalkan oleh universiti melalui pdf dan kuliah secara online menggunakan aplikasi google meet. Apabila aku baca sendiri tanpa mendengar kuliah, kitab tentang Maqasid al-Shariah ini sukar difahami. Ketika menjawab soalan peperiksaan secara maya juga, sukar aku nak jawab kerana soalan banyak berkaitan aplikasi Maqasid dalam tempoh covid-19 seperti penutupan masjid, solat berjarak dan banyak lagi.

Dalam kuliah Aplikasi Usul Fiqh, ada kuliah bersama seorang ustaz yang aku kira pakar dalam usul fiqh. Laju betul beliau mengajar. mungkin terkejar-kejar dengan kerja lain. Aku rasa macam best mendalami ilmu ini kerana melalui usul fiqh ini, hukum dapat dikeluarkan mengikut keadaan semasa. Itulah ilmu Fiqh kan? Bila berkaitan mengeluarkan hukum, hanya majlis fatwa dan para mufti yang mempunyai kemampuan dan kelayakan berbuat demikian bukan netizan. Bagi aku yang masih diperingkat permulaan, cuba berjinak-jinak untuk mendalami ilmu ini.

Yang paling aku ingat, nak belajar Usul Fiqh yang merupakan asas kepada Maqasid al-Shariah ini perlu kepada kekuatan ilmu Bahasa Arab terutama bab Sorof dan ilmu Maaniy. Tak dilupakan juga Ilmu Mantik tidak boleh diabaikan. Kebanyakan pelajar syariah seperti aku, masih lemah dalam ilmu Bahasa Arab dan Ilmu Mantik. Kebetulan aku terjumpa iklan berkaitan kelas mantik. Alhamdulillah telah selesai perjumpaan 12 kali secara maya dan terdapat penambahan oleh ustaz secara live di fb. Alhamdulillah. inilah hikmah belajar dan kerja dari rumah. Nota kelas Mantik 1 (SINI), 2 (SINI)dan 3 (SINI). Yang seterusnya, aku belum siap notanya sebab dah pernah ponteng kelas. huhu. Sekarang aku sambung kitab akidah pula. Ini juga aku pernah ponteng sebab pihak KKM call untuk buat swab test. ketika aku menulis ini, aku masih dalam tempoh kuarantin. Kluster adik ipar. Adik aku dan babynya dah masuk hospital. Harap cepat sembuh.

************

Isi kandungan kitab al-Muwafaqat ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu umum dan khusus. Yang umum mengandungi perbahasan isi kandungan kitab secara menyeluruh. Manakala kategori khusus mengenai perbahasan Maqasid al-Shariah yang terdapat dalam kitab.

UMUM - ia terbahagi kepada 5 kajian . Bahagian I: pendahuluan yang mempunyai 13 Muqaddimah ( panduan penting untuk memahami kita  ini secara keseluruhan.. Bahagian II: berkaitan dengan hukum-hukum syariat yang bersifat taklifi ( wajib, sunat, haram, harus dan  makruh) dan bersifat wad'i (Sebab, syarat, Mani', sahih dan fasid, azimah dan rukhsah). Bahagian III: Berkaitan Maqasid al-Shariah dan hubungan dengan dari dari hukum-hukum syariah. Bahagian IV: membincangkan dalil-dalil sumber pengambilan hukum seperti perbahasan khusus , umum, mutlak dan muqayyad, nasakh dan mansukh, dan sebagainya. Bahagian V: perbahasan tentang Ijtihad dan Taqlid termasuk permasalahan Taarid dan tarjih, mufti dan mustafti.

KHUSUS- Perbahasan Maqasid al-Shariah dalam 4 bahagian. Pertama Muqadiimah yang membahaskan secara ringkas illah dan hikmah hukum syariah. Kedua maqasid yang mengamdungi perbahasan mengenai tujuan Allah menurunkan undang-undang berbentuk hukuman syariat keapda hambanya di dunia. Ketiga Maqasid Mukallaf yang mengkaji tentang niat (tujuan) manusia dalam semua aktiviti yang dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Keempat penutup kepada kajian khusus tentang bagaimana cara mengetahui Maqasid al-Shariah.

Penulisan Maqasid al-Shariah yang lalu. Entri pertama ( SINI ).

Aku nak masukkan sedikit nota kuliahku sebelum aku terlupa segala-galanya. Sumber dari  Kitab Madkhal Ila Maqasid al-Shariah. Oleh Dr Ahmad Raisuni. Muka surat 6. Kuliah 25/11/2020.

Muqaddimah-

Masalah 1: Istilah Maqasid Shariah

Dalam istilah Maqasid al-Shariah untuk orang yang matang dan tahu cara mengeluarkan hukum. Logik akal untuk sampaikan maklumat.

Al-Maksud atau makshod ialah setiap perkara yang bergantung dengannya niat dan bergerak kepada kehendak ketika bercakap atau membuat sesuatu perbuatan.

Oleh yang demikian, maksud yang dikehendaki atau niat al-syari’ (matlamat Allah) ialah gabungan makna-makna, matlamat-matlamat (tujuan), kesan-kesan akibat dan hasil yang terletak padanya yang berkaitan dengan khitob syara’ (al-Quran dan As-Sunnah) dan bebanan yang Allah kehendaki (al-taklif al-sharii) dan yang dikehendaki dari orang mukallaf yang diusahakan  ke arah dilaksanakan hukum syara’.

Maka syariat (Allah) kehendaki dari orang mukallaf untuk menjadikan matlamat mereka pada setiap yang Allah kehendaki (apa rahsia disebalik syariat ini) – setiap yang dikehendaki oleh syara’- apa yang Allah nak, itulah maqasid dan hendaklah dia capai matlamat yang diharapkan.

Dan inilah kami jadikan  dua sumber maqasid iaitu dari sudut syarak (Allah) dan mukallaf dari sudut yang lain (objektif perundangan).

Tetapi dihimpunkan (syara’ dan mukallaf) matlamat yang sama meliputi matlamat yang dikehendaki Allah. Pastikan ia tidak bercanggah dengan kehendak Allah yang asal. Untuk faham syara’. Rahsianya perlu dikupas oleh para mujtahid.

Dengan membuat penelitian terhadap hubungan atau kaitan maqasid shariah dan maqasid mukallaf, maka pembahagian awal yang diletakkan oleh Imam al-Shatibi bagi maqasid ialah kepada dua penulisan iaitu maqasid shariah dan maqasid mukallaf.


Maqasid mukallaf tidak banyak dibincangkan dalam madkhal ini dan cukup kita tahu bahawa ‘maqasid shariah’ tidak mungkin difahami kecuali melalui ‘maqasid mukallaf’ dengan menjadikan yang kedua(maqasid mukallaf) ini selaras dengan yang pertama (maqasid shariah), maka kita tengok sedikit bersama penulisan pertama (maqasid Syariah).

Maqasid syari’ (matlamat Allah)

Penelitian kepada penggunaan  dalam lingkungan untuk ‘matlamat Allah’ atau dalam secara individu: maqsod al-syari’ dan maksud syari’- mungkin berbeza antara perimgkat maqasid ini iaitu maqasid khitob dan maqasid al-ahkam.


Maqasid al-Khitob

Adakala diungkapkan tentang Maqasid al-khitob- mengikut siyaq- dengan kehendak nas atas maksud satu persatu ayat atau maksud hadis dan menggunakan istilah khas ini Ketika sampai 2 nas syara’ dengan 2 makna dengan menjadikan salah satu dari keduanya bukan maksud dan satu lagi yang dimaksudkan. Maksud ayat ini ialah maqasid khitob ditulis apabila terdapat dua makna pada nas syara’-yang tidak dikehendaki adalah yang pertama dan yang dikehendaki adalah makna kedua. Secara jelasnya makna yang pertama mudah dan cepat difahami apabila baca nas. Tetapi dengan membuat penambahan dalam penelitian dan mentadabbur dengan menjadikan pengukuran kepada dalil-dalil sampingan lain untuk membantu kefahaman, maka jelas bagi kita, nas itu ada sesuatu yang tersirat, tidak terlintas diakal fikiran atau zhohir nas, maka yang dimaksudkan itu adalah yang tersirat. Contoh arak, larangan tersuratnya adalah larangan minum arak dan perlu dijauhi membawa maksud haram. Yang tersirat adalah arak itu memabukkan, oleh itu semua yang mabuk, hukumnya haram.

Berdasarkan kepada kehendak khitob al-sharii, hukum yang dikehendaki dan tidak nampak pelaksanaannya, sebagaimana akan membantu mengenal pasti illah di atasnya dan rahsia disyariatkannya.

Apa yang perlu diberi perhatian dalam siyaq ini bahawa maqasid khitob adalah tafsiran Syariah (pentafsiran, penghuraian, dapat hukum dari nas itu) biasanya membawa dua aspek: kecenderungan terhenti pada lafaz nas dan huruf-huruf nas, memadai pada zohir lafaz dengan memberikan secara zohir dan satu bentuk kecenderungan meneroka maksud matlamat khitob yang diperturunkan dan sandaran aliran ini, satu persepakatan yang diterima secara umum mengandungi tujuan dan hikmah yang dipelihara dan pada keseluruhan hukum “akan dibincangkan selepas ini”, maka kecenderungan tokoh aliran ini meneliti nas syara’ (hukum) untuk keluarkan matlamat yang tersirat atau hikmah-hikmah, kemudian mengambil perhatian untuk menetapkan maknanya yang tersirat. Maqasid al-khitob adalah mencari matlamat pensyariatan yang difahami dari lafaz nas dan hurufnya dan meraikan kaedah  Bahasa dan perkara yang diterima oleh syara’ dan lain-lain (semuanya diambil kira).

Maqasid al-Ahkam

Ketika kita memberi takrifan “Maksud al-Khitob” dalam bentuk yang sahih, penghormatan dalam hal ini kepada bahasa dan penerimaan syariat dan selainnya dari asas-asas yang wajid disandarkan dalam huraian nas syarak, Ketika itu kita telah tahu “Maksud al-syarii” (rahsia perundangan dalam nas syara’ dan kita mengetahui ketetapan yang benar daripada khitob, iaitu: apa yang dikehendaki dari kita dengan dihukumkan oleh khitob itu. Tetapi berbaki kepada kita dan kami bincangkan tentang maqasid adalah untuk mengetahui apa matlamat-matlamat yang dikehendaki oleh khitob syara’ untuk direalisasikan daripada nas untuk sampaikan manusia kepadanya? Apa yang kita nak tahu daripada yang tersirat itu?Apa faedah-faedah yang direalisasikan untuk ketetapan hukum syara’? dengan ungkapan lain: apakah rahsia disebalik perundangan itu?Apakah rahsia larangan membunuh?

Maka contoh:

Apabila kita mengambil contoh berdasarkan firman Allah: خذ من أموالكم صدقة (التوبة : 103)

Khuz adalah feel amar, sadaqah adalah zakat. Kita mungkin kata: sesungguhnya zahir nas ialah kata-kata nabi s.a.w, dan memberi tanggungjawab  supaya mengambil daripada harta manusia dengan kadar tertentu untuk memberi zakat.

Lafaz tersurat ini, maka apabila kita pindahkan kepada perbahasan tentang ‘maksud khitob” kita jelaskan bahawa, tuju kepada lafaz umum semua orang mukallaf dan dituju kepada sifat khusus kepada pemerintah orang muslim dan maksud dengan harta dengan kadar tertentu daripada harta-harta tersebut yang dinamakan nisob dan dengan mengambilnya terletak pada syarat-syarat dan had batasan antaranya: kadar yang dikehendaki adalah ambil tuntutan ke atas “jalan wajib dan pasti” dan maksud daripada ‘akhazaha’ ialah beri kepada orang yang berhak yang Allah sebut dalam ayat lain. Maka itulah ‘maksud khitob’.

Tetapi berbaki kepada kami untuk mengetahui matlamat hukum ini dan dengan sifat khusus pada dua rukun asas padanya iaitu ambil dan agihkan.

Kenapa diambil daripada manusia kadar dari harta mereka miliki pemilikan mengikut syariat?

Dan kenapa kadar yang diagihkan barang yang diambil kepada orang lain? Dan kepada asnaf tertentu? Dan apakah tujuan-tujuan yang dituju oleh syariat?

Menjawab persoalan ini dan sebagainya dari jawapan yang sama iaitu terkandung yang dikehendaki adalah penjelasan “maqasid hukum” selepas penjelasan “maqasid al-khitob”

Pada peringkat maqasid ini, iaitu maqasid al-ahkam dengan makna faedah2 dan hasil disebalik beramal dengan  hukum syara’ -iaitu biasanya yang dikehendaki oleh pembicara maqasid tentang ‘maqasid Syariah’

PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH

Maqasid shariah dengan makna yang lain yang telah disebutkan (maqasid al-ahkam), mungkin tengok kepada konteks Syariah (perundangan Syariah) keseluruhannya, maka kami jadikan Ketika itu maksud mujmal.

Melaihat kepada sudut tertentu-atau meletakkan di sisi- dari Syariah, maka terzahir apda kita maksud itu, adakala tengok dari sudut hukum syara’-satu persatu- supaya menjelaskan maksud khusus atau maksudnya jika terdapat maksud tertentu.

Atas asas ini, kita mungkin membahagikan maqasid shariah kepada TIGA bahagian.

Maqasid al-Ammah

Ialah maqasid yang sempurna meraikannya dan disabitkan menghendaki tercapai peringkat Syariah kesemuanya atau dalam kebiasaan yang lebih umum dari hukumnya dan itulah contoh memelihara daruriat al-khams : Agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Contoh mengangkat kemudharatan dan mengangkat kesakitan (cedera) dan melaksanakan keadilan antara manusia dan mengeluarkan mukallaf dari mengikut hawa nafsu.

Maqasid al-Khassah

Maksud maqasid ini berkaitan dengan skop yang khusus dari skop perundangan seperti maqasid Syariah dalam hukum pewarisan dan berkaitan dengannya, maqasid Syariah dalam skop muamalah maliyyah atau dalam skop keluarga.

Kadang-kadang masuk kandungan maqasid khusus dengan maqasid yang berkaitan dnegan beberapa bab-bab perundangan, tetapi ia terdekat dan temasuk seperti maqasid berkaitan dnegan pentadbiran dan maqasid ibadat ( solat, puasa, zakat)

Yang beri tumpuan keapda pembahagian ini ialah Syeikh muhamamd Thohir ibn Ashur dalam kitabnya “Maqasid al-Shariah al-Islamiah” dan terkandung daripadanya;

  •  Maqasid al-syari’ dalam hukum kekeluargaan
  • Maqasid al-syari’ dalam transaksi kewangan
  • Maqasid al-syari’ dalam hubungan sesame manusia berkaitan dengan badan (kesalahan jenayah)
  • Maqasid  kehakiman dan persaksian
  • Maqasid pemberian (sunat-sunat)
  • Maqasid hukuman-hukuman

 

Maqasid al-Juz’iyyat

Ialah maqasid bagi setiap hukum satu persatu daripda hukum syariat dari Ijab (wajib) atau nadbu (sunat), atau tahrim (haram), atau karahah (makruh) atau syarat. Contoh kita kata: Mahar dalam perkahwinan, maksudnya: mendapat kasih sayang antara suami dan isteri dan kesaksian, maksudnya: sabit berlaku akad nikah bagi mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan.

Suatu yang pasti bahawa kehendak dengan cara yang betul dan sempurna bagi matlamat Allah tidak berlaku kecuali diusahakan buat kajian dan penelitian tentangnya dan penelitian keapda maqasid dari sudut tiga pembahgaian keseluruhannya yang tidak mungkin berbicara tentang maqasid tanpa kita teliti dari setiap bab dan tidak mungkin tercapai maksud bab-bab dan tidak maqasid umum kecuali membedah atau merungkaikan maqasid juziyyat dan mengikutinya dan mengeluarkan pendalilan berkaitan  sebagaimana tidak boleh menetapkan  illah dan maqasid  juziyyat denagn hukum-hukum denganmnegabaikan dari maqasid umum. Objetif maqasid mesti dapat daripada tiga bahagian ini dan tidak boleh dibuat berasinagn. Kita bahagikan untuk anda fahami. Objektif maqasid yang lengkap tengok kepada pembahagian ini. Tidak boleh bincang pasal maqasid kecuali keluar dari setiap bab dengan menggabungkan ketiga-tiga maqasid ini.

Panjang sangat dah ni. Nanti aku sambung semula sebab mudah nak baca dengan buka blog melalui smartphone di mana-mana sahaja. 

SUMBER:

1) Al Muwafaqat: Karya Masterpiece Imam Syatibi ~ Risalah Maqashid Syari'ah

2) al-Raisuni. 2010. Madkhal Ila Maqasid al-Shariah. al-Kaherah: Dar al-Kalimah.

10 Mac 2021

Abdul Karim Zaidan

 Nama ini menjadi cetusan dalam kepala aku setelah mendapatkan buku Ahkam al-Zimmi hasil tulisan Dr Abdul Karim Zaidan. Buku ini merupakan tesis beliau. Aku banyak membuat carian berkaitan muamalat orang Islam dengan bukan Islam, buku beliau menajdi rujukan utama aku. Jadi aku nak tau siapa penulis ini yang sebenarnya. Justeru itu, penulisan kali ini banyak daripada sumber internet sahaja. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan

**************

Biodata

Nama: Prof Dr Abdul Karim Zaidan Bahij Al-'Ani 

Tempat lahir: Baghdad, Iraq

Tahun lahir: 1917

Meninggal dunia: Isnin 27 Jan 2014 / 25 Rabiul Awwal  1435H di Bandar Sana'a, Yaman berumur 97 tahun.


Pelajarannya.

1) dikenali sebagai pemuda yang rajin beribadat pada waktu malam

2) Belajar di Madrasah Ta'lim al-Quran al-Ahliyyah

3) Sambung belajar di Fakulti Undang-undang di Universiti Baghdad

4) Sambung master dan phD di Fakulti Syariah , Universiti Kaherah

1958: menyertai Jabatan Dewan pimpinan Ikhwan al-Muslimin Iraq

1960: dilantik secara rasmi sebagai Muraqib Amm Ikhwan al-Muslimin


Fikrahnya:

1) Terkesan dengan pemikiran Seikhul Islam Ibnu Taimiyyah melalui kitab Aqidah Wasathiyyah Syeikhul islam Ibnu Taimiyyah sehingga menulis kitab Abdul Karim Beraqidah Salafi dan bermazhab Hanafi.

2) Beliau juga tulis kitab ringkasan Aqidah Thahawiyyah dan dijadikan manhaj israh gerakan Ikhwan al-Muslimin di Iraq dan Kuwait yang bermanhaj Salafi dalam Aqidah


Karyanya:

1) Ahkam al-Zimmiyyin wa al-Musta'minin fi Dar al-Islam

2) al-Madkhal li Dirasah al-Sharia'ah al-Islamiyyah

3) al-Kifalah wa al-Hiwalah fi al-Fiqh al-Muqarin

4) Kitab al-Usul ad-Dakwah

5) al-Fard wa al-Dawlah fi al-Shariah

6) al-Mufassal fi ahkam al-Mar'ah

7) al-Wajiz fi Usul Fiqh

8) al-Wajiz fi Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah

9) Syarh al-Iraqi li al-Usul al-Isyriyyin

10) Nazarah fi Shariah al-Islamiyyah

11) al-Mustifat min Qasas al-Quran al-Karim li Al-Dakwah wa al-Da'ah

12) al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Umam wa al-Ifrad wa al-Jama'at.



SUMBER:

1) Biografi Syaikh DR. Abdul Karim Zaidan (fimadani.com)

2) Kenali Ulama Ummah: Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014)

08 Mac 2021

Berurusan dengan orang bukan Islam

Berdasarkan Surah al-Nahl ayat 90, al-mumtahanah ayat 8, menyuruh memberi keadilah kepada bukan Islam dan memebri hak mereka dalam semua keadaan serta semua urusan walaupun antara mereka adalah musuh (Ibn Ali al-Tariqiy 1414H : 46)

Dalam sesuatu pengurusan, ia bergantung kepada negara sama ada negara itu negara Islam atau negara bukan Islam. Adakah Malaysia Negara Islam?

Negara Islam (m/s170)

al-Sarkasiy yang bermazhab Hanafi: Negara Islam adalah kata nama bagi suatu tempat yang berada di bawah kekuasaan orang Islam dan tandanya juga keamanan orang Islam dibawah pemerintahannya

Abd al-Qahir al-Baghdadiy yangbbermazhab Shafii: Setiap negara yang terzahir didalamnya dakwah Islam dikalangan rakyat tanpa sekatan, sembunyi, paksaan, hinaan, melaksanakan hukum Islam ke atas orang ahli zimmi dan tidak menjadikan ahli bidaah itu ahli sunnah.

Takrif ini beri penekanan kepada pelaksanaan hukum Islam daa mengajak kepada Islan dan wujudnya keamanan.

Makna menzahirkan hukum Islam:

ibnu Muflihd dari Mazhab Hambali: setiap negara yang biasanya melaksanakan hukum hakam Islam maka dinamakan negara Islam.

al-Bajramiy dari Mazhab Shafii: negara yan menjadi tempat tinggal orang Islam dan ada ahli zimmi atau dibuka oleh orang Islam dan diakuinya oleh kuasa orang Kafir...

SUMBER:
Abdullah ibn Ibrahim Ibn Alu al-Tariqiy. 1414H. al-Isti'anah bighair al-muslimin fi al-fiqh al-Islamiy. ط٢. Saudi:Muassasah al-Risalah.

07 Mac 2021

Kenali wahabi 1

Aku sedikit konfius dengan kenyataan seseorang yang mengatakan ustaz itu wahabi, mufti itu wahabi, ulama' wahabi. Ada juga yang tulis 200k Wahabi di Malaysia. Adakah itu benar? aku terkejut sebab orang yang disebut itu, aku belum nampak ada kenyataan atau ceramah yang mereka cenderung kepada Wahabi. Aku ambil keputusan untuk mencari mana-mana kenyataan berkaitan Wahabi. Ya aku pernah hadir Daurah berkaitan Wahabi dan bahayanya. Tetapi aku tidak menjangkakan seramai 200k pengikut Wahabi. Aku lagi terkejut apabila penulis yang mengatakan 200k pengikut itu adalah penjawat awam bahawa under ground. Aku macam tak percaya sebab mudahnya dia tulis dalam media sosial. Fuh! semakin pelik orang sekarang. Nampak Islamic tetapi ..... (sambung sendiri) . Satu kenyataan yang disebut oleh penceramah itu, terus dilabel Wahabi. Entah-entah aku juga dilabel Wahabi. hahaha

Sebab itu, aku ambil keputusan untuk belajar dan ulangkaji semula ilmu mantik dan usul fiqh. Lagi pun kajian aku memang ada kaitan dengan dua ilmu yang penting ini. Hal ini supaya aku tidak mudah tertipu dan menyeleweng dari akidah yang benar. Semoga Allah tunjukkan jalan benar kepada kita semua bagi menempuh dunia akhir zaman yang tidak diketahui siapa betul dan siapa salah. Malah sekarang ramai sangat orang tidak pengetahuan (orang bodoh) membuat keputusan bagi orang yang berilmu. Moga aku dijauhkan daripada sikap itu. 

**************

Empat Mazhab terkenal dan masyhur ialah mazhab Maliki, Hanafi, Syafii dan Hanbali. Mereka semua berguru dengan para tabiin. Kedudukan Tabiin ini adalah mereka yang tidak sempat bertemu Rasulullah dan bertemu dengan para sahabat. Bertemu bukan sekadar bertemu, mereka berguru dengan para Sahabat. Ilmu mereka masih bersambung dengan Rasulullah (Ahmad Faizurrahim 2013 :46) 

Sebab itu aku hairan, kenapa masih ada yang mengatakan kita wajib berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah! sedangkan dia hanya baca tafsir Quran. Dia tidak pandai bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama lain. Walaupun aku dah bertahun belajar dan mengajar bahasa Arab, aku masih lemah dalam memahami Bahasa Arab yang ditulis dalam kitab thurath. Teringat maklumat yang diberikan oleh pakar usul Fiqh mengatakan:" nak jadi ulama' bukan belajar degree 4 tahun, terus ceramah dan terus jadi ulama'". Sedangkan beliau sendiri berguru dengan ulama'-ulama' serata dunia Arab masih mengatakan tidak mampu dan masih belajar. 

Memang kita wajib berpegang keapda al-Quran dan al-Sunnah. Persoalannya, bagaimana nak faham kehendak Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah? sedangkan kita orang Melayu yang tidak faham uslud arab mahu pun Ilmu Balaghah. Ia mestilah melalui pakar-pakar yang terdiri dari ulama' mazhab yang mahir dalam pelbagai bidang bukan sekadar Bahasa Arab sahaja. Mereka ini adalah mujtahid yang mana zaman sekarang adalah sukar ditemui. Tidak mungkin dia mengaku, dia adalah pakar? Adakah  seseorang penceramah memetik kata-kata Albani, terus di cop Wahabi? Albani pun aku tak tahu siapa. hahaha (sebenarnya dalam rujukan ini ada biodata yang maklumat tentang Albani-boleh baca sendiri)

Aku bila baca kenyataan berkaitan Wahabi di Fb, aku tidak akan percaya sepenuhnya melainkan aku faham apa itu Wahabi. Jadi entri yang akan dimasukkan dalam blog ini hanya dari pembacaan kerana masih belum dan sukar mencari maklumat berkaitan Wahabi sebab aku bukan ahli dalam Bahasa Arab.

Istilah Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah merujuk kepada apa yang dikatakan oleh dua tokoh ini iaitu Asy'arirah dan Maturidiyyah. Ada juga yang mengatakan Abu al-Hassan al-Asy'airah , Abu Mansur Mathuridiyyah dan Mazhab Salaf al-soleh. (Ahmad Faizurrahim 2013: 45)

Antara ciri-ciri Wahabi yang dimuatkan oleh Ahmad Faizurrahman (2013):

1) Mengaku Salaf al-Soleh: ia kononnya berpegang kepada Manhaj Salaf al-Soleh

2) Memutuskan bahawa ulama' mazhab adalah salah dan menyeleweng. 

3) Membuat tuduhan palsu tanpa sebab. Kadang mereka terkait dengan fahaman Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Kadang ikut pendapat Albani. Kadang ikut Bin Baz. Kitab Bin Baz banyak dapat Maktabah Shamilah. Aku juga ada baca, memang pendapat moden betul. Asalnya aku ambil juga petikan dia. Bila baca tentang ciri-ciri ini, aku keluarkan dari penulisanku.Seram pula. Kata al-Muhaddis al-Hafiz Abdullah al-Harari, Wahabi adalah agama baharu. Sekarang mereka sering bertukar nama bagi mengelakkan kemarahan orang ramai seperti Jemaah Salafi, Jemaah Sunnah, Jemaah Laskar Jihad, Yayasan Ahli Sunnah waljamaah dan ahli hadis. Mungkin ada lagi yang tidak diketahui.

Menurut Syeikh Sirajuddin Abbas & Ahmad Faizurrahman (2013) lagi, kesalahan konsep moden fahaman Wahabi oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan dipopularkan oleh Nashiruddin al-Albani yang dapat dilihat hingga sekarang;

1) Belajar ilmu usuluddin atau tauhid harus mengikut fahaman Ibn Taimiyyah

2) Belajar Fiqhm harus ikut mazhab sesuai dengan nafsu

3) mengambil sumber Quran dan Sunnah yang kuat sahaja tanpa ijma' ulama' dan qiyas. Bahkan Albani berani batalkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

4) Melarang umat Islam bertawassul

5) Larangan ziarah kubur walaupun makam nabi

6) menghancurkan tudu-tugu peringatan kerana menjadikan umat Islam Musyrik

7) Melarang bacaan qasidah yang memuji-muji nabi

8) Laranagn sambutan Maulidur Rasul

9) Melarang belajar sifat 20

10) Fahaman al-Asy'ari adalah fahaman golongan ahli sunnah yang dibuang-jauh-jauh

11) Tidak boleh baca Kitab Dalalilul Khair, Burdah atau lain-lain yang memuji nabi

12) tidak boleh melagukan al-Quran. Tidak boleh tarannum. Habis Wahabi baca macam baca buku biasa ke?

13) Baca zikir la ilaha illa Allah secara beramai-ramai dilarang

14) Amalan tariqat dilarang keras

15) Wirid dan doa selepas solat.

16) Berani kata Imam Syafii bodoh dan tidak tahu hadis. 


SUMBER:

1. Buku Ahmad Faidzurrahim. 2013. Darah Wahabi Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi

Hibah 1

Imam al-Shafii membahagikannya kepada pemberian. Kata beliau: Seseorang mendermakan hartanya keapda orang lain, jika terjadi selepas kematian menjadi wasiat. Manakala yang berlaku ketika hidup, terdapat dua pembahagian iaiatu pemilikan secara total seperti hibah dan sedekah; yang kedua adalah wakaf.

Pemilikan secara total ini terbahagi kepada 3 jenis; hibah, hadiah dan sedekah sunat. Pemberian tanpa memerlukan kepada balasan dan pembayaran dinamakan hibah. Ia perlu disertai dengan membawa barang yang nak dihibahkan (al-mauhub) dari satu tempat ke tempat penerima hibah (al-muahub lahu) membesarkannya atau memuliakannya, maka ia menjadi hibah. Jika  ia disertai dengan menjadikan pemilikan yang memerlukan supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat pahala di akhirat dinamakan sedekah, maka ia lebih baik dari hadiah dengan menghibahkan dengan memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Kaedahnya ialah "Setiap hadiah dan sedekah adalah hibah, bukan sebaliknya"

Rukun Hibah dan Syaratnya berterusan;

Rukun Hibah;

  1. Pemberi hibah (al-wahib) 
  2. Penerima hibah (al-mauhub lahu)
  3. Sighah iaitu lafaz ijab dan qabul
  4. Barang yang dihibahkan (al-mauhub)
Apakah perbezaan hibah dan hadiah?
Hibah memerlukan kepada lafaz akad serah dan terima, manakala hadiah tidak disyaratkan ada akad dan tidak memerlukan lafaz dan hanya memerlukan tindakan. Sebab itu, pemberian hibah ini tidak boleh ditarik semula kecuali pemberian ibu atau bapa kepada anaknya seperti yang pernah berlaku di Malaysia. 

Dalam mazhab al-Shafii, tidak boleh dalam ijab qabul itu ada berkaitan dengan syarat dan masa. Ia juga tidak boleh melewatkan antara ijab dan qabul bahkan memerlukan kepada bersambung antara ijab dan qabul itu. 

Cukup setakat ini dulu.

SUMBER:

1) Muhyi al-Din ibn Sharaf Abi Zakaria al-Nawawi. 1995. Raudhat al-Thalibin wa 'Umdah al-Mufattin. Jil 5. Beirut: Dar al-Fikr.

04 Mac 2021

Kriteria Saham Lulus Syariah

 Kriteria  saham yang lulus Syariah, tidak melaksanakan aktiviti berikt:

1) perkhidmatan berteraskan riba (faedah) seperti yang dijalankan oleh institusi kewangan konvensional seperti bank perdagangan dan saudagar dan syarikat kewangan dan lain-lain. hal ini berdasarkan surah al-Baqarah 2: 275-276.

2) perjudian dan pertaruhan seperti syariakt yang buat aktiviti kasino, sport, toto, nombor ekor dan seumpamanya. Ini berdasarkan firman Allah (al-Maidah 5:90)

3) pengeluaran dan penjualan barangan yang tidak halal atau berangan yang berkaitan dnegan daging babi, arak, bangkai dan sebagainya. Ini berdsarkan firman Allah dalam al-Baqarah 2: 168, al-Maidah 5:3, al-Maidah 5:90

4) Aktiviti syarikat insurans konvensional sebab ada unsur gharar. Firman Allah dalam surah al-Mutaffifin 83: 1-3 dan hadis HR Muslim, no:1513.

"Sesungguhnya Nabi SAW menegah jual beli hasat dan gharar. Jual beli hasat ini ialah satu bentuk jual beli akan dianggap sah apabila pembeli melemparkan baru-batu kecil kepada penjual.

5) Aktiviti pelaburan yang tidak selaras dengan syariah seperti pub, disko, kelab makan yang membawa kelalaian dan kerosakan akhlak sebab ia lebih menggalakkan maksiat. Firman Allah dalam surah al-Qasas 28:55)

6) pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan rokok dan cerut. Ini bedasarkan maqasid al-shariah bagi menjaga 5 maslahah daruriyyah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Rujuk al-Baqarah 2: 195, al-Nisa' 4: 29

7) pemberokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah. Pemberokeran ini melibatkan unsur riba dalam operasinya dan juga melibatkan kaunter-kaunter tidak patuh syariah untuk diurusniagakan oleh pelanggan. Hadis Sunan Abu Dawud, Kitab Ijarah bab fi tahnamil Khamri wa Maitati, no: 3488

" Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan ke atas sesuatu kaum sesuatu makanan, maka haramlah jualan harganya (keuntungan dari jualannya)"

8) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syraiat seperti syarikat yang mengamalkan aktiviti pelacuran dan aktiviti tidak bermoral. Rujuk al-Israk 17:32 dan hadis sahih Bukhari, Kitab al-Buyu', bab: Thamanil kalbi no: 39.

" Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang (memanfaatkan) hasil penjualan anjing, hasil pelacuran dan mengupah tukang tilik"


, No hadith 3488

SUMBER:

1) (16) (PDF) Analisis Perkembangan Pasaran Saham Islam Di Malaysia (researchgate.net)



02 Mac 2021

Mukaddimah Ilmu Mantik 3

PERBAHASAN PERTAMA: MAFHUM AL-ILM

Pemahaman Ilmu bagi ulama' mantik ada pemahaman tersendiri yang berbeza dengan pemahaman ilmu-ilmu lain seperti ilmu syariah dan falsafah.

Apakah perbezaan antara ilmu dalam Ilmu Mantik dan ilmu dalam ilmu-ilmu lain?

Ilmu bagi ulama’ Mantik bermaksud mengetahui semata-mata. Apakah ia bermaksud semata-mata mengetahui? Yang dimaksudkan adalah setiap yang diketahui akal adalah ilmu sama ada mengetahui tentang haiwan, objek sama ada mengetahui secara pasti atau zon atau syak atau waham maka semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik.

Adapun ilmu bagi ulama’ lain, ilmu ialah mengetahui secara pasti apa yang tidak diketahui oleh orang yang lain. Justeru itu, ia bukan semata-mata mengetahui tetapi ia adalah lebih tinggi peringkat pengetahuan.

Ada yang bertanya: apakah maksud dengan lebih tinggi peringkat pengetahuan? Adakah di sana terdapat peringkat yang lain?

Ya. Tahu ialah mengetahui sesuatu bukan satu peringkat sahaja, bahkan terdapat enam peringkat atau tingkatan pengetahuan: yang paling tinggi adalah yakin, kemudian zon, kemudian syak, kemudian waham, kemudian jahil al-basit dan kemudian jahil al-murakab yang akan dibincangkan secara ringkas;

al-Yakin: sesuatu perkara yang diketahui dengan pengetahuan yang kuat iaitu tiada sangkaan yang lain. Ketika ini, ketua cakap kepada askar lain: “pergilah kamu! Dan pastikan tiada musuh dalam kawasan ini!”.

Wajib bagi askar untuk meronda semua kawasan untuk mencari musuh sehingga membawa kepada keyakinan penuh bahawa tidak mungkin ada musuh yang wujud dalam kawasan berkenaan. Begitu juga apabila kamu melihat Ali berdiri, maka kamu kata dengan yakin bahawa dia berdiri. Apabila kamu ceritakan bahawa berpuluh kawan-kawan kamu telah berkahwin, maka dengan yakin bahawa dia telah berkahwin.

Yakin = contoh yang boleh dinisbahkan adalah 100%

Al-Zon : lebih cenderung kepada betul. Di sana terdapat lebih banyak anggapan dan anggapan itu cenderung keapda betul dan yang lain adalah salah. Anggapan yang pertama dianggap zon. Zon ini peringkat lebih rendah dari keyakinan. Apabila yakin tidak ada kesalahan maka zon membawa keyakinan tetapi terdapat anggapan sedikit salah yang lemah (marjuh)

Contohnya: Ketika aku melihat pelajar yang rajin, maka aku beranggapan dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi adakah di sana ada keyakinan? Tidak. Ia bukan yakin, maka di sana terdapat anggapan ada kelemahan yang menyebabkan tidak capai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan mempunyai sebab tertentu. Apabila saya seorang yang yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang sebab ada pemberatnya yang memberatkan kepada kejayaan iaitu kerajinannya.

Dalam al-Quran perbezaan antara yakin dan zon dalam firman Allah dalam surah al-Jathiah ayat 32:

 وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيۡبَ فِيهَا قُلۡتُم مَّا نَدۡرِي مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّٗا وَمَا نَحۡنُ بِمُسۡتَيۡقِنِينَ 

Maksudnya: Dan apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", nescaya kamu menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak menyakini(nya)

Perhatikan orang-orang kufur menyeru -dalam masalah beriman kepada hari kiamat- hal ini sampai kepada mereka pada martabat zon sahaja, tidak sampai kepada martabat yakin. Ini menunjukkan bahawa martabat yakin lebih besar dari martabat zon.

Zon = contoh nisbahnya : antara 51%-99%

Al-Syak: ialah terbina hal berkecuali sekitar masalah kerana ketiadaan pemberat. Ia tidak menafikan, tidak menetapkan, tidak beriman dengan kesahihan dan tidak beriman dengan kesalahan, maka antara dua aspek itu (benar dan bohong) adalah setara, tidak ada pemberat antara keduanya.

Contohnya: kamu telah membaca dua buah kitab pada topik kapitalisme, kemudian kamu bercakap keapda kawan kamu bahawa kapitalisme adalah cara menangani kehilangan dan kepupusan (masalah kemelesetan ekonomi). Kemudian kawan kamu tanya: “dari buku mana kamu dapat penyataan itu?”

Apabila kamu tidak ingat dalam 2 kitab mana yang kamu dapat maklumat itu, maka kamu akan syak (ragu-ragu) dalam keadaaan ini kerana kamu tidak memiliki pemberat yang menjadikan kamu beri’tikad  (berpegang) bahawa salah satu dari dua buah buku yang kamu ingat tentang maklumat itu.

Syak = contoh nisbahnya 50%

Al-Waham: ialah pemberat yang tidak diberatkan. Waham ini berlawanan dengan zon secara sempurna. Zon merupakan pemberat yang memberatkan, maka waham pemberat yang tidak diberatkan.

Contohnya ketika kamu disoal oleh seseorang: Adakah universiti itu dibuka pada hari ini?

Apabila kami menganggap bahawa iktikad 70% bahawa ia dibuka dan 30% tutup, apa maksudnya?

Ini bermaksud bahawa iktikad bahawa universiti itu  tutup adalah contoh waham nisbah baginya . Kenapa? Kerana anggapan itu tidak diberatkan iaitu terhasil ke atas nisbah bawah paras 50%.

Waham = contoh nisbahnya : antara 1% - 49%

Al-Jahl al-Basit: ialah tidak terdapat padanya gambaran atau hukum tentang sesuatu perkara. Contohnya aku kata kepada kamu: Adakah kereta Khalid warna putih atau hitam?

Apabila kami menganggap bahawa kamu tidak melihat kereta Khalid maka kamu akan kata: aku tidak tahu. Maka di sini kamu tidak tahu mengenai keadaan kereta Khalid dan tidak memiliki apa-apa gambaran mengenai kereta itu.

Contoh lain: Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 6:

وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ 

Maksudnya: Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Dengan apa Allah sifatkan orang-orang musyrikin? Allah menyifatkan mereka “kaum yang tidak mengetahui” iaitu mereka jahil, maka mereka tidak mengetahui dakwah Nabi SAW maka mereka musyrik disebabkan sifat kejahilan tetapi bukan jahil murakkab yang akan kita takrifkan nanti, bahkan dia adalah jahil basit.

Selepas kita mengetahui makna jahil basit telah ditanya oleh seseorang: apabila kejahilan ialah  tidak mengetahui, kenapa kami letakkannya dalam peringkat pengetahuan?

Ini adalah soalan yang baik dan semoga sebab yang menjadikan ulama’ Mantik mempunyai darjat kejahilan al-basit dari segi konten martabat pengetahuan bersamanya bukan pengetahuan yang menjadikannya sebab dalam menjelaskan jenis yang lain dari jenis kejahilan iaitu kejahilan murakkab. Jahil Murakkab ialah apabila kita tahu kejahilan basit maka dengan mudah kepada kita mengetahui kejahilan murakab dan kejahilan murakkab adalah jenis dari pengetahuan.

Al-Jahl = contoh nisbahnya : 0%

Al-Jahl al-Murakkab: ialah mengetahui sesuatu yang berlawanan dan bercanggah dengan pengetahuan yang dipegang. Maka telah ditanya seorang saudara kamu: Mana buku aku? Kamu kata kepadanya: buku kamu dalam beg itu. Dia kata kepadamu: adakah kamu yakin? Kamu jawab: Ya aku yakin. Ketika dibukakan beg itu, ia tidak menjumpai satu buku pun.

Ini dinamakan jahil murakkab iaitu bukan semata-mata jahil basit yang mana kamu tidak mengetahui suatu perkara itu, tetapi kerana kejahilan murakkab dari dua perkara: pertama; kamu berpegang kuat bahawa kamu tahu. Kedua; iktikad kamu bertentangan dengan keadaan sebenar.

Maka perbezaan antara jahil basit dan jahil murakab ialah jahil basit ialah kamu tidak tahu dan tahu bahawa kamu tidak tahu. Jahil murakab ialah kamu tidak tahu dan tidak tahu apa yang kamu tak tahu.

Jahil murakab = contoh nisbahnya : kurang dari 0%

Selepas kita mengetahui tingkatan pengetahuan, kita kata bahawa ilmu bagi ulama’ mantik mengandungi semua 6 peringkat; yakin, zon, syak, waham, jahil basit dan jahil murakab, semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik. Adapun dalam ilmu yang lain, maka ilmu secara mutlaknya adalah pada martabat pertama sahaja iaitu yakin dan begitu juga sifat orang berilmu bahawa martabat tertinggi dalam pengetahuan. Dari bab ini Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 148:

قُلۡ هَلۡ عِندَكُم مِّنۡ عِلۡمٖ فَتُخۡرِجُوهُ لَنَآۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَخۡرُصُونَ 

Maksudnya:  Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu kemukakannya kepada Kami?" Kamu tidak mengikuti kecuali sangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Bukan bermaksud ilmu dalam ayat ini semata-mata mengetahui sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama’ mantik tetapi maksudnya ilmu ialah pengetahuan peringkat tertinggi iaitu yakin.



01 Mac 2021

Mukaddimah Ilmu Mantik 2

Sambungan dari nota di SINI

 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN BERKAITAN MANTIK.

Premis pertama: Apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Mantik?

Ilmu Mantik ialah kaedah ilmu akal yang membantu kita membuat gambaran dan bukti dengan cara yang betul.

Dan sekarang kita akan menceritakan takrif dan menjelaskan pengecualian yang mana takrif Ilmu Mantik berlegar dalam ruangan berikut;

1)     Kaedah Aqliyyah

Kaedah Aqliyyah ialah kaedah-kaedah yang tidak mampu bagi akal yang sihat mengingkarinya; contohnya: dua perkara bertentangan tidak boleh digabungkan dan tidak boleh diangkat. Ayat positif berlawanan dengan ayat negatif. Oleh itu takrif sama maksud dengan al-mu’arraf (benda yang nak ditakrifkan) dan sebagainya dari kaedah-kaedah yang akan kita belajar dalam kitab ini. 

Perkara yang terkecuali dalam Kaedah Aqliyyah antaranya;

a)   Kaedah saintifik iaitu kaedah yang  bukan melalui akal semata-mata tetapi melalui bukti-bukti saintifik. Contohnya; ilmu perubatan, Fizik, Kimia yang mana ilmu ini terbina atas pembuktian saintifik seperti eksperimen, penyelidikan dan sebagainya.

b) Kaedah al-Ma’rafiyyah iaitu kaedah yang dikaitkan dengan ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Contohnya ilmu ekonomi, ilmu politik, ilmu falsafah dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini terbina dalam banyak perbahasan mengikut teori yang terbukti telah berlaku dengan tepat dan kadang-kdang tidak berlaku dengan tepat dari segi zatnya.

2)     Dianggap membantu mentasawwurkan (mengetahui sesuatu tanpa menghukum) dan pembuktian dalam cara yang tepat.  Anggapan ini membawa kepada kaedah mantik yang membantu kita dalam dua perkara;

a)     Mengambarkan kefahaman yang benar. Apabila kita hendak menjelaskan makna riba, maka ilmu mantik akan membantu kita dengan cara yang betul bagi menjelaskan makna riba itu.

b)   Kita dapat membuktikan dengan cara yang betul, ketika kita hendak mempertahankan pendapat. Justeru itu, ilmu Mantik membawa kepada kaedah-kaedah yang betul bagi menjadikan pembuktian itu betul dan menonjolkan kecacatan dalam pembuktian yang salah.

Premis kedua: Apakah penyusunan Ilmu Mantik?

Takrif yang lalu bagi Ilmu Mantik menjelaskan kepada kita perbahasan yang tersusun dari Ilmu Mantik. Kita akan katakan bahawa Ilmu Mantik ialah Kaedah Aqliyyah yang membantu menggambarkan dan membuktikan kesahihan. Oleh itu ilmu Mantik terdiri dari dua perbahasan utama;

·       Perbahasan pertama: al-Tasawwurat

Iaitu sesuatu yang membantu kita mengetahui sesuatu dan memahaminya.

·       Perbahasan kedua: al-Tasdiqat

Iaitu sesuatu yang membantu kita dalam menghukumkan permasalahan yang betul dan salah.

Setiap permasalahan dalam perbahasan ini terbahagi kepada dua. Al-Tasawwurat terbahagi kepada al-Kulliyat al-Khams dan al-Takrifat. Al-Tasdiqat terbahagi kepada al-Qadaya dan al-Istidlal.

 

`

Premis ketiga: Apakah kepentingan Ilmu Mantik?

1)     Setiap perbahasan dari perbahasan Ilmu Mantik mempunyai faedah yang terbuka luas (bebas). Dalam pengetahuan kita, perbahasan al-takrifat mampu mengetahui sesuatu dengan takrif yang betul dan selamat. Begitu juga dalam perbahasan istidlal, kita mampu menunjukkan gambaran yang betul dan tiada kecacatan padanya. Maka Ilmu Mantik memberikan kamu alat berfikir yang betul sama ada dalam memahami sesuatu ataupun dalam menghukum sesuatu.

2)     Ilmu Mantik ini meluas dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dalam ilmu-ilmu syariah. Terdapat dalam banyak kitab-kitab tentang penulisan istilah-istilah Shariah Islamiyah dan pemasalahan mantik (contohnya ulama’ Usul membahagikan mantik kepada lafaz berperingkat, lafaz kandungan dan lafaz iltizam,jika kita tidak belajar ilmu mantik bagaimana nak faham istilah-istilah ini) , bahkan terdapat perbahasan mantik yang sempurna dalam beberapa kitab Usul Fiqh dan Ilmu Kalam. Di sana, kita memerlukan pentakrifan ilmu Mantik sehingga kita mampu memahami istilah-istilah dan permasalahan yang dibawa dalam ilmu-ilmu yang lain.

3)     Istilah-istilah Ilmu Mantik, memberi manfaat dalam ungkapan yang kita tidak miliki istilah yang sama. Contohnya jika seseorang bertanya kamu: Apa hubungan antara liberalisme dan sekularisme? Kalau kamu belajar Ilmu Mantik, kamu akan kata: Hubungan liberalisme dan sekularisme adalah hubungan dalam bentuk umum dan khusus atau; umum dan khusus secara mutlak atau bercanggah. Oleh itu istilah-istilah mantik ini membantu kita dalam menjelaskan pemikiran kita. Namun apabila Ilmu Mantik tidak dipelajari, mungkin tidak terdapat lafaz yang mendalam untuk menghubungkan perkataan liberalisme dan sekularisme.

Premis keempat: Adakah mantik menjadikan pemikiran kita betul?

Tidak. Mantik tiada hubungan dalam kesahihan akal yang betul atau akal yang salah dan ia mempunyai hubungan dalam menggambarkan pemikiran. Maka Mantik membimbing kamu kepada cara berfikir yang betul tetapi tidak memberi kamu pemikiran yang betul.

Contohnya: Aristotle adalah ahli falsafah. Setiap ahli falsafah adalah pintar. Oleh itu, Aritotle adalah seorang yang pintar.

Qiyas ini mencukupi syarat mantik untuk mengesahkannya. Ayat pertama adalah positif dan ayat kedua adalah umum, tetapi adakah qiyas itu betul? Dengan makna lain: adakah perbuatan (pintar) Aristotle adalah ahli falsafah? Adakah perbuatan ahli falsafah itu pintar? Perkara ini tiada hubungan dengan Ilmu Mantik, maka Mantik mementingkan gambaran pemikiran bukan dengan perbuatannya, maka contohnya mereka berkata: alif sama dengan ba. Setiap ba sama jim. Oleh itu alif sama dengan jim.

Pada kedudukan kamu telah meletakkan permasalahan yang betul dan salah pada kedudukan alif , ba dan jim. Oleh itu Ilmu Mantik bukan sumber pemikiran tetapi ia membuka pemikiran sama ada pemikiran itu betul atau pemikiran itu salah.

(*contoh lain ilmu mantik ini adalah alat seperti baju besi. Apabila baju besi dah ada, maka kita gunalah baju besi itu untuk berperang. Jika tidak gunakan baju besi itu, kita mudah tercedera)

Premis kelima: Adakah Islam mengharamkan Ilmu Mantik?

Pengharaman dalam Islam terikat dengan kemudharatan. Setiap kemudharatan menjadikannya haram. Apabila kita memerhati dalam ilmu mantik kosong dari permasalahan falsafah, maka kita tidak akan mendapati sesuatu yang memudharatkan. Ilmu Mantik terbahagi kepada tasawwurat (Kuliyyat al-Khams dan al-Takrifat) dan tasdiqat (Qadaya dan Istidlal), yang mana dalam perbahasan ini mungkin terdapat kemudharatan? Tidak terdapat dalam perbahasan Ilmu Mantik ini yang mengandungi kemudharatan yang menyebabkan pengharaman Ilmu Mantik. Justeru itu, Ilmu Mantik mengajar kamu bagaimana mentakrifkan atau mendefinisikan sesuatu dengan pentakrifahan yang sebenar, adakah ini dikira memudharatkan? Ilmu Mantik mengajar kamu bagaimana berhujjah dengan pembuktian yang betul, adakah ini memudharatkan?

Premis keenam: Adakah kitab ini mencukupi dalam Ilmu Mantik?

Kitab ini tidak mencukupi bagi orang yang ingin mendalami semua perbahasan atau permasalahan ilmu Mantik, tetapi mungkin mencukupi bagi orang yang membataskan perkara lebih penting dalam permsalahan ilmu mantik yang menjadikan kamu mampu mengaplikasikan dalam pemikiran dan mampu memahami istilah-istilah mantik yang bertaburan dalam ilmu-ilmu lain.


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...