21 Februari 2020

Adab semakin hilang ditelan waktu.

Alhamdulillah. Kem telah selesai walaupun ada beberapa orang masih bercuti kerana dikesan terkena influenza A dan influenza B. Aku sendiri tak tahu apa jenis penyakit ini. Musim 'Novel Corona Virus' melanda, ada pelajar yang tidak pergi kem masih demam dan ada kes denggi. Moga mereka semua cepat sembuh.

Tahun 2020 menjadikan seseorang bertambah moden. Diriku semakin tua, tidak dapat nak adaptasi pemikiran generasi 2020 inginkan. Canggih. Semakin canggih. Tetapi akhlak dan adab semakin meninggalkan kita. Lihatlah pelajar tingkatan 1 tahun ini. Semakin biadap. Semakin kurang ajar. Mereka tidak dapat bezakan antara kawan dan guru. Mereka ridak dapat bezakan orang tua atau muda. Semuanya sama bagi mereka. 

Masih ada yang beradap. Masih ada yang berakhlak. Masih ada yang menghormati antara satu sama lain. Malangnya, kurang adab ini akan menjadi virus kepada pelajar yang beradab. Jika tidak dibendung, pelajar 'nakal' akan mempengaruhi pelajar yang 'baik'. Hal ini sangat mencabar. 

"Sukarnya mendidik anak zaman 2020"

Aku tak nafikan. Akhlak mereka bermula di RUMAH. Akhlak mereka berdasarkan bagaiman ibu bapa mereka mendidik. Ada seorang ustazah, malangnya anak menjadikannya hamba. Ada seorang teacher, untungnya dia sebab anaknya sangat sopan dan mendengar kata. Tak semua orang ada ilmu parenting. Tak semua akhlak diwarisi. Yang pasti, anak akan terbentuk berdasarkan cara didikan ibu bapa di rumah. 

Aku bukan orang yang layak bercakap berkaitan pendidikan anak-anak. Tetapi aku sedang menjadi pendidik bagi pelajar sekolah menengah. Semakin lama berkhidmat, semakin sukar mendapat perhatian pelajar. Guru bercakap, dia nak bercakap. Bila waktu guru nak keluar, baru nak mula bertanya. Bila guru nak uji kefahaman berdasarkan apa yang diajar, baru tahu rupanya dia tidak faham apa-apa. Bagaimana nak tolong mereka ini?


13 Februari 2020

Kem muncul lagi

Alhamdulillah. Kali ini kem kepimpinan bakal dilaksanakan esok selama 3 hari. Sudah puas diri ini menjadi guru pengiring. Apakan daya, inilah tugasan yang perlu digalas. Komitmen kurang ketika di sini, membolehkan aku bebas bergerak. 

Aku bakal menghadiri kelas. Oleh itu, aku terpaksa bergerak lebih awal. Mungkin selepas subuh. Sayang nak tinggalkan kelas. Minggu akan datang aku bakal ponteng kelas sebab ada perkara penting yang perlu aku dahului terutama untuk calon spm. SPM batch pertama 2020. 

Harapanku supaya kem ini berlangsung dengan jayanya tanpa halangan. Terutama kes penyakit terbaharu ' Novel Corona Virus'. 

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...