28 Jun 2021

IV dan DV. Apakah maksudnya?

Assalamualaikum semua,

Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis.  Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa yang aku jumpa dahulu walaupun aku tak faham apakah maksud IV dan DV. Jika ada sesiapa yang tahu, boleh masukkan dalam ruangan komen. Aku amat hargai.

Independent variable (IV) ialah variable tak bersandar yang dikaji kesannya terhadap variable bersandar atau dependent variable (DV). Dalam kajian eksperimental, IV dimanipulasi untuk melihat kesannya terhadap DV. Oleh itu kajian ini dinamakan treatment, manipulated, antececedent atau predictor variable.

Dependent variable (DV) ialah variable yang kesannya dicerap akibat IV. DV ini juga boleh dipanggil outcome atau effect variable.

Contoh: apabila aku susah nak faham, aku akan tengok contoh dulu.

Kaedah mengajar (IV) dimanipulasi dengan menjadikan dua kaedah berbeza (X dan Y) bagi melihat kesannya keapda skor (DV). Kaedah mengajar ialah treatment dalam kajian yang dimanipulasi bagi melihat kesannya kepada DV.

Sebenarnya aku dah selesai defend proposal. Malangnya aku masih tak faham apa itu IV dan DV. Kita tengok apa Dr OT bagi.

Terdapat 5 jenis variable selain IV dan DV. Biasanya kita jumpa IV dan DV sahaja kan? Sebenarnya variable ini penting terutama bagi pengkaji yang menjalankan kajian eksperimental supaya kesan pada DV benar-benar disebabkan oleh IV, bukannya variable laian yang tidak dikaji.

Apakah 3 lagi variable selain IV dan DV ini?

Mediated variable (mediator) ialah varible yang menjelaskan mengapa hubungan antara IV dan DV berlaku. madiate ini seperti orang tengah yang intervene atau masuk campur antara dua pihak yang bergaduh untuk menjelaskan hubungan kedua-duanya suapaya ada penyelesaian.

Jom tengok contoh dari DR OT.

Anda kaji hubungan antara kekerapab membaca novel BI (IV dengan skor BI (DV), kerana anda ingin mengetahui samada pelajar yang kerap membaca novel mendapat skor BI yang lebih baik. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa penguasaan BI juga adalah variable yang menyebabkan pelajar itu kera membaca novel dan akhirnya berlaku peningkatan skor BI. Oleh itu, penguasaan BI mediated variable yang dapat menjelaskan hubungan antara IV dan DV.

Dengan membuang penguasaan BI, hubungan antara IV dan DV telah tidak bermakna. Maksudnya tidak guna mengukur g=hubungan antara IV dan DV ini jika subjek anda tiada menguasai BI, sebab mereka tidak akan membaca novel BI. Jadi penguasaan dalam BI menjelaskan mengapa hubungan IV dan DV ini berlaku.

Kita tengok contoh yang diketengahkan.

Umur yang bertambah (IV) mempengaruhi skor lulus memandu (DV), namun pengalaman membawa kereta adalah mediated variable yang menjelaskan hubungan ini. Jika subjek tiada pengalaman membawa kereta, umur meningkatpun tidak akan mempengaruhi skor memandu.

Oleh itu, key (kata kunci) ialah variable yang menjelaskan mengapa wujudnya hubungan antara Iv dan DV.

Mederator variable ialah variable yang berinteraksi bagi meningkat atau mengurangkan kekuatan hubungan antara IV dan Dv. Dalam bahasa mudah moderate bermakna "sederhana" atau tidak exterem. Variable ini bukanlah variable utama yang extreme tetapi variable ini boleh berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV.

Contoh lain lagi:

Kekerapan menonton beritan (DV) dipengaruhi oleh umur (IV) tetapi jantina boleh menguatkan hubungan ini . Ini bermaksna lelaki yang  berumur lebih kerap menonton berita berbanding dengan perempuan berumur. Oleh itu jantina ialah variable ketiga (selain IV dan DV) yang mmoderate dan berinteraksi dengan umur bagi menguatkan kekerapan menonton berita.

key (kata kunci) ialah variable yang berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV

Ada cerah sikit? hahaha...

Seterusnya, 

Extraneous variable ialah variable luaran selain IV yang mempengaruhi DV

Nak terus faham, perlu kepada contoh.

Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV). Selain itu, isu semasa yang berlaku juga mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu semas adalah extraneous variable yang perlu dikawal.

Variable extranous ini tidak dikehendaki dalam kajian kerana menganggu DV.  Aku kurang faham maksud ini. Maksudnya, jangan ambil data ketika ada isu hangat sehingga semua orang termasuk mudan dan kanak-kanak menonton berota tersebut seperti peristiwa tsunami. Ketiak itu semua orang kata dia kerap menonton berita. Yang terbaik adalah tanggih dulu pengambilan data sehingga tiada berita sensasi berlaku. Ada juga pengkaji menamakan variable ini sebagai confounding variable.

Apa kesimpulan DR OT?

Dr OT mengetengahkan bahawa penting dan crucial bagi anda yang membuat kajian kuantitatif khususnya koleransi dan eksperimental supaya membaca kajian lepas dan cuba mencari ulasan tentang variable mediator, moderator dan extranous bagi mneyakinkan pembaca bahawa anda memahami kesan variable-variable tersebut, bukan sahaj Iv dan DV. Kefahaman tentang variable-variable selain Iv dan DV kajian anda akan meberikan "weight" kepada kredibility anda. Jika anda menjalankan kajian eksperimental pula, kupasan bagaimana anda mengawal variable extranous adalah wajib.

Masih timbul persoalan, dimana IV dan DV dalam kajian kualitatif? Aku buat kajian kualitatif bukan kuantitatif. Cari lagi.

Dari artikel Kamarul Azmi Jasmi (2012) membincangkan tentang analisis data dan penyediaakn jadual matriks di NVivo sebagai persediaan untuk pelaporan dalam dapatan kajian. Beliau  menumpukan perhatian kepada 5 bahagian utama iaitu bagaiaman membina tema daripada data kualitatif, pemilihan kaedah analisis, ketepuan data, pemilihan pola tema, dan persediaan model sebagai rumusan alam setiap bahagian yang setara dengan objektif kajian.

PEMBINAAN TEMA:

  • Mampu menjawab persoalan kajian dengan baik, iaitu kejujuran dalam penganalisisan data
  • mengeluarkan tema melalui kata kunci yang terhasil dari data
  • mengeluarkan tema melalui keterangan ayat terhadap kata kunci tertentu
  • membina pelbagai tema daripada data yang boleh dimengertikan kepada pelbagai maksud dan aspek
  • membuat hubungan antara tema yang dibina dengan sesuatu tema yang lain
  • tahap terakhir pencabahan tema yang dibina
  • larangan semasa membuat tema.
PEMILIHAN KAEDAH ANALISIS

Penganalisisan data kualitatif boleh dilakuakn dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian pengkaji dan objektif kajian. Antara bentuknya adalah berdasarkan;
  • tema : analisis paling biasa dan popular iailah berdasarkan tema dapatan kajian (Dawson C. 2002:115). Penggunaan metod analisis perbandingan berterusan satu tema terhdap keseluruhan tempat kajian -penyilangan yang paling tinggi kepada rendah. 
  • tempat penyelidikan: pengkaji akan memaparkan dapatan kajian mengikut sekolah
  • attribut: beza jantina, jenis sekolah, umur, pendidikan dll
KETEPUAN DATA

maksudnya pembinaan tema yang dilakukan tidak mungkin membentuk akan terbentuk lagi kerana telah mencapai tahap yang tidak mungkin ada lagi tema baru akan terbentuk.

POLA DAPATAN KAJIAN

maksudnya bentuk, diagram atau model yang diikut apabila membuat sesuatu.

aku tak jumpa lagi IV dan DV dalam kajian kualitatif. Jadi aku stop dulu.

SUMBER:

1. notaradar

2. Dr OT

3. Kamarul Azmi Jasmi

Jasmi, K. A. (2012). Analisis data dalam penyelidikan kualitatif in Kursus Penyelidikan  Kualitatif siri 3 2012 at Felda Residence Tg. Leman, Mersing, on 23-22 May 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim, pp 1-11. 

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...