01 Januari 2021

Mantiq atau Ilmu Logik

Bagi memahami kitab Turath, seseorang pelajar perlu mengetahui 4 perkara (kata-kata Ust. Fauwaz dari youtube:

1) Ilmu Nahwu

2) Ilmu Sorof

3) Ilmu Balaghah

4) Ilmu Mantiq

Usul Fiqh 800 term Usul Fiqh. Oleh itu aku masukkan apa yang aku dapat dari Ilmu Mantiq. Ilmu Mantiq sangat penting oleh pelajar supaya terdidik dengan cara berfikir yang sistematik, kritis dan terhindar dari kesalahan. Kata Imam al-Ghazali ialah " orang yang tidak memiliki pengetahuan tentang ilmu mantiq, mak ilmunya diragui"

Definis Ilmu Mantiq (galerikitabkuning.com):

1) ilmu yang mempunyai peraturan dan undang-undnag yang harus diperhatikan dan dijaga dan jika tidak dipelihara maka seseorang akan salah dalam berfikir

2) Ilmu yang mempelajari tentang ketentuan-ketentuan yang dijadikan petunjuk bagi seseorang dalam berfikir sehingga dia jauh dari kemungkinan salah dalam berfikir

3) Ilmu tentang hukum yang berfungsi sebagai pemelihara jalan fikiran dan menjaganya dari setiap kekeliruan.

Rumusannya definisi Ilmu Mantiq ialah Ilmu yang mempelajari rambu-rambu dan sistem berfikir seseorang dengan benar.

Bagi Prof Dr H. Baihaqi A.K ilmu Maqtiq merupakan ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia berfikir supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang betul sehingga terhindar dari kesalahan berfikir yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru.

Pengertian Mantiq menurut istilah;

  1. Alat atau dasar yang kegunaannya untuk menjaga dari kesalahan berfikir
  2. Sebuah ilmu yang membahaskan tentang alat dan formula berfikir sehingga seseorang yang menggunakannya akan selamat dari berfikir yang salah.

Ilmu yang membahaskan tentang kaedah berfikir yang sahih dan salah atau kaedah yang menunjukkan kepada manusia cara berfikirnya terselamat daripada tergelincir dan menyelamatkannya dari mendapat maklumat yang salah atau peraturan-peratauran jika dijaga akan mengelakkan pemikiran dari berfikiran salah.

MANUSIA MEMERLUKAN ILMU MANTIQ.

Manusia berbeza dengan semua haiwan dari segi akal. Akal adalah alat untuk berfikir supaya sampai keapda sesuatu yang tidak diketahui dan dengan berfikir kita mengetahui fakta dan hakikat sebenar.

Manusia secara semula jadi terdorong untuk berfikir dan ia digunakan selama ia hidup sama ada ketika kecil atau telah dewasa berdasarkan kemampuan akalnya.

Berfikir bukan sentiasa membawa kepada hasil yang betul. Kadang-kadang tergelincir dari kebenaran tanpa disedari dan kesalahan tanpa niat. Kekeliruan kebenaran akan terbatal dan membawa kepada maklumat tidak betul.

Bagi menyelamatkan manusia dari kehinaan dan menerima maklumat yang salah dan diletakkan  kaedah-kaedah yang menunjukkan kepada panduan berfikir, bergerak mengikut apa yang ditetapkan.

FAEDAH ILMU MANTIQ

  1. Mendidik kekauatan akal dan perkembangan  akal dengan latihan dan pengkajian berterusan dengan cara berfikir
  2. Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan melaksanakan amalan pada waktunya
  3. Membezakan pemikiran yang betul dan pemikiran yang salah.
ILMU
Ilmu terbahagi kepada DUA iaitu Tasawuri dan Tasdiqi (almuflihun.com).

Tasawuri: ilmu yang benar kebenarannya
Tasdiqi: ilmu yang sudah pasti kebenarannya.

Mantiq Tasawuri berkait rapat dengan ungkapa yang ada dalam fikiran manusia. Ia membentuk ungkapan kalimah yang sesai dengan apa yang difikirkan, sesuai dengan makan yang ingin kita sampaikan. Ia sangat penting apabila kita ingin membuat definisi sehingga definisi yang kita buat mencakupi dan spesifik terhadap makan yang dimaksudkan. Dalam pemikiran Islam, Mantiq Tasawuri digunakan dalam hampir semua disiplin ilmu keislaman seperti fiqh, Usul Fiqh, Ilmu Kalam, Tasawuf, falsafah dan sebagainya.

5 elemen penting yang harus diketahui yang disebut dnegan al-Kulliyat al-Khams;
  1. al-Jins: bentuk kelompok dalam klasifikasi terhadap terma tertentu yang lebih rendah dari kebiasaan. Anggota al-jins memiliki persamaan dalam bidang tertentu dan kerabat terdekat.
  2. al- naw': ungkapan yang lebih spesifik terhadap sesuatu yang mempunyai sifat hampir sama dan masih dalam satu kelompok. ia juga dapat menjadi jawapan terhadap pertanyaan 'apakah..'
  3. al-Fasl: ungkapan atau sifat yang menjadi ciri khas dari sesuatu dan sifat tadi tidak dimiliki oleh yang lain.
  4. Irdul Am: ungakapan  atau sifat khas dan dimiliki oleh banyak komponen. contohnya berjalan. Sifat ini dimiliki oleh haiwan dan manusia. Selain itu, ia boleh makan, minum dan qada' hajat.
  5. Irdul Khas: ungkapan atau sifat yang hanya dimiliki oleh entiti tertentu iaitu ketawa, menagis, sedih, merokok dll

Setiap tasawuri dan tasdiqi dibahgikan kepada badihi dan nazori. Badihi ialah perkara yang tidak perlu keapda berfikir dan penelitian mendalam seperti meraung kerana kesakitan. Manakala nazori memerlukan peelitian dan perbahasan lain seperti  tasdiqi bahawa alam ini baharu, al-Quran adalah mukjizah dan orang mati akan dibagkitakan dari kubur.

SUMBER:

1. Ilmu Mantiq, Pengertian, Sejarah dan Hukum Mempelajarinya (galerikitabkuning.com)

2. Andre's Blog: Pengertian, Pembagian, Sejarah, dan Manfaat Ilmu Mantiq (satuhati-satukisah.blogspot.com)

3. Muzakkirah Fi Ilmu al-Manthiq. disediakan oleh Siti Saadiah binti Shafiq. Pensyarah Kuliah Usuluddin, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin. 2002.

4. Datuk Dr Daud Bakar dan Ustaz Fauwaz. Sembang Santai Syariah - Bagaimana nak baca dan faham Kitab Turath - YouTube

5. Mantik Tashawuri dan Tasdiqi | (almuflihun.com)

6. Esensi ilmu – shoalihin (wordpress.com)

Matlamat Syariah 1

AL-RAISUNI

Dr Ahmad Abdul Salam Mohamad al-Raisuni lahir pada tahun 1953. Beliau merupakan pakar usul fiqh Islam dari Maghribi yang menjadi Pengerusi Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia. Beliau juga merupakan bekas ketua Gerakan Kesatuan dan Pembaaharuan (MUR), iaitu sayap gerakan masyarakat bagi parti Islam di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (JDP). Jalur intelektualnya dikesan dengan gerakan reformis salafis di Maghribi yag dimulakan oleh Allal al-Fasi. Ulama' Mazhab Maliki kontemporari seperti Muhammad al-Tahir Ibn Ashur dan Abdullah bin Bayyah turut mempengaruhi beliau. Sekarang beliau mengajar di Qatar, Maghribi dan pelbagai negara lain (wikipedia online 2020).

MUSTAFA AL-ZARQA'

Mustafa al-Zarqa' (1907-1999) dalam buku Kompedium Maqasid al-Shariah (2017: 84) bahawa maqasid al-shariah sangat diberi perhatian dalam memberi pandnagan fiqh dan fatwa dengan mengatakan bagi menajwab soalan-soalan fiqh, jawapannya tidak boleh bertaklid dengan mazhab tertentu bahkan mengambil pandangn dari mazhab yang sesuai  dengan konteks situasi dan zaman lebih menepati Maqasid al-Shariah, kecuali jika ada keperluan untuk menggunakan prinsip Sadd al-Dhari'ah, disebabkan berlaku helah terhadap hukum syarak dan ditakuti keburukan dalam pelaksanaannya. Beliau juga tulis dalam kitab Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah bahawa sekiranya tiada penyelesaian dalam mazhab-mazhab fiqh terhadap kemusykilan tertentu maka kami akan mencari hukum yang sesuai dengan prinsip, kaedah maqasid al-Ahariah umum dan khusus bagi topik itu. Selain itu, beliau menegaskan TIGA alat untuk memahami hadis dengan baik iaitu; pengetahuan mendalam terhdap Bahasa Arab, penggunaan akal dan kemampuan dalam Fiqh al-Shariah. Dalam kitab al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, beliau menjelaskan dengan panjang lebar tentang konsep istislah iaitu perbahasan mengenai konsep maslahah dan perkaitannya dengan Maqasid al-Shariah. 4 faktor yang menyeru kepada al-Istislah iaitu mendapat maslahah, menolak mafsadah, Sadd al-Dhari'ah dan perubahan zaman. Setiap faktor tersebut perlu memenuhi jalan al-istislah dengan memberikan hukum-hakam yang munasabah dan merealisasikan Maqasid al-Shariah dalam menegakkan kehidupan sosial atas manhaj terbaik supaya mendapat hasil terbaik bagi masyarakat. Selain itu, ketika beliau membicarakan tentang kepentingan ijtihad kolektif (al-Ijtihad al-Jama'i) dalam aliran semasa, terdapat dua perkara penting yang menajdi perkara penting bagi merealisasikan Undang-undang Sivil Islam sebagai menjawab keperluan-keperluan zaman baharu. Pertama adalah mengambil manfaat daripada khazanah fiqh yang luas daripada pelbagai mazhab dan aliran yang muktabar tanpa terhad dengan satu mazhab sahaja. Kedua ialah pengeluaran baharu terhadap hukum hakam berdasarkan Usul al-Fiqh dan Maqasid al-Shariah.

الاستحسان m/s 168

Takrif bahasa.

Istihsan berasal daripada perkataan استحسن - يستحسن - استحسانا dan merupakan pecahan daripada perkataan hasuna حسن yang membawa maksud baik daripada sudut bahasa , istihsan bermaksud menganggap sesuatu itu baik dan elok

Takrif Istilah

al-Sarakhsi: Al-Istihsan ditakrifkan sebagai meninggalkan al-Qiyas (dalam istinbat hukum) dan mengambil apa yang lebih baik bagi manusia. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai mencari kemudahan dalam hukum, dalam permasalahan yang menyulitkan manusia (al-Sarakhsi 1993:10/145). Takrif ini menyerlahkan roh syariat kerana mencari kemudahan ialah sebahagian Maqasid al-Shariah yang utama (al-Kilani, t.th; 72) 

Abu al-hassan al-Karkhi: al-istihsan sebagai seseorang mujtahid meninggalkan menghukum sesuatu masalah dengan hukum masalah lain yang sebanding dengannya kerana ada sesuatu pertimbangan yang lebih utama yang mendorongnya untuk meninggalkan hukum itu (al-Amidi, t.th: 4/158)

Ibn al-Arabi: al-Istihsan bermaksud mujtahid cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan dalil itu boleh menyalahinya kerana ad dalil lain yang bertentangan dengan sebagian daripada maksud asal sesuatu hukum. Maksudnya ia berpaling daripada menghukum sesuatu masalah dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus pad al-Quran atau hadis (Husayn Hamid Hassan 2003: 366)

Pembahagian Istihsan;

1) استحسان بالعرف 

al-Istihsan bi al-Urf dari segi istilah ialah istihsan yang berlaku pada setiap perkara yang mempunyai amalan atau kebiasaan yang tersendiri tetapi hukumnya berbeza dengan hukum asal yang sepatutnya diaplikasikan pada perkara tersebut (al-Bardasi, t.th; 315)

Contoh: Seseorang bersumpah tidak akan makan daging, namun iai makan ikan. Ia tidak dikira melanggar sumpah keraan kebiasaan masyarakat hari ini tidak memanggil ikan sebagai daging.

Contoh lain: fiqh Mazhab Hanafi mengatakan bahawa antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang. Mengikut prinsip ini tidak harus mewakafkan harta alih kerana harta itu cepat rosak dan tidak berkekalan. Namun Imam Muhammad bin Hassan mengharuskan wakaf harta alih seperti buku-buku dan seumpamanya kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya. Oleh itu, ia harus berdasrkan al-istihsan walaupunmmenyalahi prisnsip umum.

2) استحسان بالمصلحة, 

al-Istihsan yang berlaku atas pertimbangan maslahah. Istilah akan digunakan jika dalil umum yang digunakan akan membawa kepada kesulitan, maka perkara tersebut dikecualikan atas dasar maslahah dan menghilangkan kesulitan (al-Shatibi 1974:288)

Contoh: kerosakan sesuatu yang dilakukan oleh pekerja wajib diganti mengikut kaedah umum. Pekerja ialah pemegang amanah, maka kerosakan yang berlaku tidak perlu diganti. Ini akan menimbulkan mafsadah bagi manusia. Oleh itu penggantian bagi kerosakan itu adalah wajib berdasaran konsep al-istihsan bagi menjaga kemaslahatan manusia.

3) استحسان بالنص

Takrif istilah

Al-Nas merujuk kepada sumber wahyu; al-Quran dan hadis manakala al-istihsan bi al-Nas  bermaksud setiap setiap masalah yang diberikan hukum yang bertentangan dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana mempunyai dalil khusus daripada nas.

Contoh: jual beli secara tempahan (Bai' al-Salam) merupakan jual beli sesuatu barang yang belum ada ditangan penjualnya. Menurut kaedah adalanya jual beli dengan cara ini adalah haram kerana barang tidak wujud semasa transaksi jual beli dilaksanakan. Rasulullah saw melarang jual beli spt ini dilaksanakan seperti di dalam sabda Rasulullah kepada Hakim bin Hizam;

لا تبع ما ليس عندك

"Jangan engkau menjual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau" (riwayat Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah melarang menjlankan transaksi jual beli sekiranya barang tidak wujud semasa majlis akad berlangsung. Namun jual beli Bai' al-Salam dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau dalil tersebut kerana ada nas lain yang mengharuskannya, iaitu hadis mengenai peristiwa Rasulullah datang ke Madinah sedangkan penduduknya pada masa itu menjalankan jual beli bai; al-salam ke atas buah-buahan dalam masa setahun atau dua tahun. Kemudian rasulullah bersabda;

"Barangsiapa yang menjual salam dalam kalangan kamu, maka hendaklah ia berjual salam denagn sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang jeals" (Riwayat Bukahri dan Muslim)

hadis ini menunjukkan Rasulullah telah membenarkan transaksi jual beli bai' al-salam tetapi barang itu hendaklah dengan sukatan yang jelas dan pertimbangan yang diketahui. begitu juga dengan tempoh transaksi jual beli mesti diketahui.

4) استحسان بالاجماع


مقاصد أفعال الرسول kompendium m/s 198

Takrif bahasa: al-Maqasid (rujuk Maqasid al-Shariah)

Af'al berasal daripada perkataan  فعل - يفعل - فعلا yang merujuk kepada semua perbuatan sama ada disengajakan atau tidak

Al-Rasul bermaksud utusan, pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang membawa risalah. Istilah Rasul ini dugunakan  bagi merujuk Nabi Muhamamd s.a.w.

المقاصد العامة m/s 200

Takrif bahasa

al-Maqasid ( rujuk istilah Maqasid al-Shariah)

al-Ammah (rujuk istilah al-Hajah al-Ammah)

Takrif istilah;

terdapat dua aliran yang berbeza dalam mentakrifkan al-Maqasid al-Ammah

1) Maqasid yang medatangkan maslahah kepada setiap individu dalam masyarakat iaitu smeua indiviud tidak etrkecuali daripada mendapat manfaat daripada maqasid tersebut. Al-Khadimi sedikit berbeza pandangannya, menyatakan bahawa tidaklah menajdi sesuatu kemestian maqasid itu mendatangkan maslahah kepada setiap individu tetapi memadai hanya mendatangkan maslahah keapda individu tetapi memadai hanya mendatangkan manfaat keapda sebahagian besar masyarakat.

2) Perkara-perkara yang dijaga rapi untuk dipastikan dapat direalisasikan dalam masyarakat seluruh atau sebahagian besar hukum syara'. Perkara tersebut seperti al-Daruriyyat al-khams, keadilan dan mengeluarkan mukallaf dari kongkongan nafsunya

Daripada dua aliran di atas, dapat difahami bahawa perbezaan dalam pentakrifab terhadap maqasid al-Ammah berlaku disebabkan oleh perbezaan pandangan. Aliran pertama melihat dari sudut jumlah mukallaf yang terlibat dalam maqasid tersebut  dan aliran kedua melihatnya dari sudut jumlah hukum yang terlibat dengan sesuatu maqasid.

Contoh maqasid keadilan menjaga sistem kehidupan ummah dan keselarasan di hadapan undang-undnag dan maqasid al-Taysir (Keringanan) menghilangkan setiap kesulitan  yang diperlukan oleh setiap individu dalam urusan harian mereka. Atas perkiraan ini, maqasid ini dinamakan sebagai umum kerana sifatnya yang umum meliputi segenap individu atau sebahagian besar masyarakat .

SUMBER:

1.  Ahmad al-Raysuni - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

2. Buku: Kompendium Maqasid al-Shariah. terbiatan IDE Research Centre Sdn Bhd. Oktober 2017. editor Nurul Asyirah Abas.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...