28 Februari 2021

Ahkam Sultaniyyah 1

Mukaddimah

Kitab al-Ahkam al-Sulthaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah mengandungi asas dan kaedah-kaedah yang terlaksana atas kerajaan Islam dari aspek akad kepimpinan, kefarduannya, syarat pemilihan baginya dan Wilayat yang diuruskan dengannya. Dalam kitab ini menjelaskan secara sempurna bagi sistem kerajaan seperti kementerian, jenis-jenisnya dan Imarah dan syarat yang diambil kira di dlaamnya, perundnagan dan penghukuman, pemelihara keturunan dan wilayah solat, haji, zakat, pembahagian fai,  jizyah, kharaj dan kehidupan kematian dan pengeluaran air dan perubatan, al-arfaq, pembahagian tanah , harta maadin, peletakan al-Diwan, Hudud dan hisbah dan sebagainya daripada cabang pentadbiran yang khusus.

Sumber utama kitab ini adalah  al-Quran dan al-Sunnah. Kemudia ia dipecahkan dalam kitab-kitab Fiqh kecuali dikumpulkan dalam kitab al-Ahkam al-Sulthaniyyah yang ditulis oleh seorang hakim, Abi Yu'la Muhamad ibn al-Husayn al-Farra'.

Kedua-dua kitab ini  banyak bab-bab dan cabang hampir serupa. Penulis telah memperbaiki peletakan dan sebab persamaannya. Allah mengetahui bahawa kedua-dua kitab ini bersumber dari Kitab al-Amwal oleh Abi Ubaid al-Qasim ibn Salam dan Kitab Kharaj ditulis oleh Qudamah Ibn Jaafar dan Yahya ibn Adam al-Qurshiy dan sebaginya.

Kitab Abu al-Hassan al-Mawardiy lebih baik dari Kitab al-Farra'. Pendapat yang disebut adalah pendapat yang bukan dari Mazhab Syafii iaitu daripada ulama' mazhab lain. Kebanyakan darinya merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi dan Syair.

Adapun sebab penulisannya, maka diringkaskan dalam mukaddimahnya dengan berkata:

"Apabila al-Ahkam al-Suthaniyyah menguasai perkara yang lebih berhak dan tidak difahami dalam semua hukum yang diputuskan oleh mereka berkaitan melayari bersama kesibukan dalam politik dan pentadbiran, aku memilihnya bagi mematuhi dalamnya yang biasanya ditaati, untuk mengetahui mazhab2 fuqaha' dalamnya bagu memenuhinya  dan dipenuhi keadilan dala pelaksanaan dna penghukuman dan pengetahuan yang disifatkan mengambil dan memberinya dan aku memohon Allah sebaik-baik pengetahuan dan mendorong kepadanya taufiq dan hidayah dan cukuplah Dia sebagai saksi.

Tidak mengapa bahawa kita tunjukkan di sini bahawa penulis banyak berpegang kepada banyak hadis dhaif. Aku lebih suka dia gunakan dirinya kerana dalam Kitab Sahih sangat memerlukan.

Pengetahuan dalam kitab ini.

Kitab ini terhad kepada dua perkara;

1) Meletakkan garis panduan (parameter) kepada nas yang lengkap. Dalam banyak cetakan buku tidak terdapat darinya yang mungkin dianggap nas dengan banyaknya penyelewengan dan pembetulan yang berlaku padanya dan memberi kesan kepada keperluan membuat nota kaki yang tidak berfaedah sebagaiamn di buat oleh beberapa cetakan dan ulang cetak. 

Maka telah mula dalam setiap pandangan bahawa cetakan buku tidak berbeza kecuali pengulangan yang lama tanpa dibuat kesahan dalam mensahihkan nas. 

Jika cenderung kepada penthabitan maka didatangkan dua naskhah darinya dan membandingkan antaranya untuk menjelaskan keapda kalian kebenaran kata-katanya. Ambil contoh cetakan Mesir, cetakan Dar al-Kutb al-ilmiyyah atau cetakan dar al-kutb al-arabiy, kita akan dapati pengulangan cetakan yang ada kesalahan, kelemahan ini akan dinaqalkan oleh orang yang tidak tahu

2) Mengeluarkan hadis nabi yang mulia dan menyebut darjat kesahihannya. Begitu juga buku ini merangkumi sekumpulan hadis-hadis yang tidak sahih, maka ia menjadi kelaziman ke atas pengulangan cetakan yang menjelaskan tingkatan atau darjat kesahihan. Kadang menjadi kejahilan pentahqiq yang lalu kecuali satu penulisan yang dilakukan ada kelemahannya.

p/s : terjemahan huru hara. 

Hukum Zimmi dan Musta'min di Negara Islam 1

 Pendahuluan

Setiap maza dan zaman, masyarakat Islam akan berada bersama bukan Islam. Hal ini menghairankan kerana Islam tidak memaksa seseorang untuk masuk Islam dan tidak menghalang orang muslim daripada hidup bersama orang yang berbeza kefahaman akidah dan agama. Mereka memahami  bahawa semuanya adalah hamba Allah dan walaupun bukan dari ikatan keimanan secara tetap bersama bukan Islam dan menolak kehidupan berkongsi dengan mereka dalam naungan negara Islam.

Realiti hari ini, ilmu Allah mendahului perkara yang akan berlaku maka syark tidka mnegabaikan dari menyusun sistem hubungan dengan bukan Islam dalam negara Islam sama ada hubungan bersama orang Islam atau hidup dalam dikalangan mereka. Begitu juga orang bukan Islam kedudukan mereka  pada pandangan syarak dari segi hukum dan perkara berkaitan orang Islam. Pandangan fuqaha' yang tersediakan dalam tajuk ini sedikit sebanyak berada dalam pelbagai buku yang berselerak/ bertaburan dalam bab-bab fiqh yang berbeza dan tidak ditulis satu persatu- yang diketahui oleh penulis- semua kitab ini terkumpul dalam bab ini (buku ini).

Untuk itu, penulis berminat menulis tesis tajuk ini dalam buku Ahkam al-Zimmiyyah wa al-Musta'minin fi Dar Al-Islam' (Hukum-hakam Zimmi dan musta'min dalam negara Islam).

Hakikatnya tajuk ini penulis berusaha semampunya untuk menunjukkan dan menjelaskan kepada manusia bahawa syariat Islam bagi umat Islam ada kaitannya dengan agama dan undang. Ia di nisbahkan orang bukan Islam terikat dnegan undang-undang selagi mereka hidup dalam negara Islam. Terdapat kebaikan buat mereka yang dikelilingi oleh perundangan supayaa mereka mengetahui dari aspek syariat Islam.

Tajuk ini paling penting bagi meluaskan pemikiran dari pelbagai sudut. Penulisan ini mendapat bimbingan dari  gurunya, Muhamad Salam Madkur. Beliau menyediakan dari sudut pandangan beliau kecuali saya sangat berminat dengan perbincangan tajuk ini mampu dengan sendirinya untuk menunjukkan gambaran yang jelas yang berfokus kepada bukan Islam dalam negara Islam yang membawa kepada penyediaan tajuk ini dalam semua aspek. Saya memohon kepada beliau untuk bawa tajuk ini keseluruhannya dalam tesis ini dan saya mempertahankan tesis ini dengan harapan penulisan ini diterima oleh beliau.

2- Saya telah berazam dalam perbahasan ini menjadi dasar undang-undang syariat. Saya akan mengabungkan hukum hakamnya sebagaiman yang ada, tidak mengikut hawa nafsu, tidak membawa apa yang tidak sepatutnya dibawa dan tidak mengatakan apa yang tidak dikatakan. Oleh itu, saya berpegang bahawa kitab ini dapat menjelaskan tentang syariat Allah yang tidak boleh ditukar ganti dan diseleweng. Perbahasan ini  merupakan amanah dengan mengasingkan dari hawa nafsu.

Telah disebut dalam permasalahan yang dibahaskan, ada pandangan mujtahid yang diletak atasnya kerana pendapat mereka bersandarkan keapda ijma' atau nas-nas yang qat'e yang thabit dan pendalilannya dianggap benar dari sudut pentafsiran nas dan pemahaman syariat dan pengistinbatan hukum dari dalilnya. Ia termasuk dalam lingkungan ijtihad yang diterima yang diharuskan untuk berhujjah sebagaimana keharusan mentarjihkan pendapat apabila wujud perbezaan pendapat. 

p/s: hanya untuk rujukan pemilik blog. ini adalah terjemahan spontan dan mempunyai kelemahan.

27 Februari 2021

Makaddimah dalam Ilmu Mantik 1

 Ulum Aqliyyah terbahagi kepada empat iaitu Usul Fiqh, Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh, Ilmu Mantik dan ilmu falsafah (umum). Ilmu ini dari akal manusia dengan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan ini bermula lahirnya dan wujudnya manusia sejak nabi Adam a.s. Pengetahuan tersebut bersifat pasti dan daruriyyat serta ada dalam pemikiran setiap insan. Qawanin Aqliyyah (undang-undang akal) seperti qanun al-huwiyyah (paling utama) iaitu qanun zatiyyah. Alif wa alif. Setiap sesuatu yang maujudat, ada zatnya. A=A. Qanun al-Huwiyah adalah asas kepada semua pemikiran logik atau ilmu aqliyyah. Daripada sini, ia akan membuat kaedah pembuktian berdasarkan kewujudan sesuatu perkara, al-asya’ al-thabitah  atau hakikat al-thabitah (hakikat sesuatu itu adalah tetap, wujud) atau dipanggil qanun al-huwiyah. Contohnya air itu wujud dengan dapat dirasai dengan tangan, dengan minum. Hakikat thabitah supaya tidak mudah dipertikaikan oleh orang lain.

*Qawanin Al-Daruriyyat dalam ulum Aqliyyah. Pertama; Qanun al-Huwiyyah. Kedua;  Qanun  Illiyyah. Maksudnya setiap sebab ada musabab, setiap perkara ada puncanya. Qanun al-Huwiyyah adalah asas dan  Qanun Illiyyah adalah penguat kepada Qanun al-Huwiyyah. Setiap yang wujud mesti ada pencipta. Ketiga; Qanun al-Naqidan La Yajtamian iaitu suatu benda  yang bertentangan seperti hidup dan mati tidak akan bertentang. Qanun al-Naqidan La Yajtamian menguatkan lagi Qanun al-Illiyyah dan Qanun al-Huwiyyah. The Law of Identity. Qanun al-Naqidan La Yajtamian La Yartafi’an tiada pertentangan dan percanggahan dan tidak terangkat. Perbincangan dalam ilmu Mantik berkaitan dengan ‘akas, tadakhul, tabayun dll. 

MUKADDIMAH

Ilmu Mantik bukan dari produk akal orang Muslim (sudah wujud sebelum kerasulan) sebagaimana dalam Ilmu Hadis, al-Fiqh, Usul dan sebagainya dari ilmu-ilmu yang terhasil dari pemikiran Islam yang asal/sebenar (cth: ilmu faraid).( Ilmu mantik wujud apabila wujudnya manusia berdasarkan kemampuan akal manusia). Ilmu Mantik adalah ilmu yang asing dari sistem pengetahuan pemikiran Islam dan diambil dari peninggalan orang-orang Greek (Yunani) Klasik yang kembali kepada ahli falsafah terkenal Aristotle. Kemudian sampai kepada kita melalui aktiviti penterjemahan secara besar-besaran terhadap peninggalan Greek yang berkembang pada pemerintahan Khalifah Abbasiyyah al-Makmum (Anak kepada Khalifah Harun al-Rasyid) yang mana mengambil peranan mengusahakan pusat peradaban di Jundisabur (Bayt al-Hikmah) dan mengembalikan kepada kekuatannya selepas Kisra Anushiran yang memegang tampuk pemerintahan Sasania.

Selepas masuknya Ilmu Mantik ke dalam dunia Islam melalui pintu politik (atas dasar pemerintahan) ditukarkan menjadi Falsafah Islam bermula dengan al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina. Kemudian pada kurun ke-5 hijrah, berlaku Islamisasi Ilmu Mantik yang disusun oleh Abi Hamid al-Ghazali. Islamisasi ini bukan bermaksud masuk perbahasan agama dalam Ilmu Mantik, tetapi membawa maksud membersihkan ilmu Mantik dari masalah yang bercanggah dengan agama Islam yang mana Imam al-Ghazali menolak ilmu falsafah Yunani yang bercanggah dengan falsafah Islam. Kemudian selepas itu, masuknya Ilmu Mantik dalam setiap bidang ilmu Islam pada awalnya dalam Sejarah Islam Klasik di tangan Imam al-Ghazali sendiri yang mana menyatakan dalam [1]mukaddimah Kitab “al-Mustasfa” bahawa “sesiapa yang tidak mendalami atau menguasai Ilmu Mantik, maka tidak terpakai ilmunya ”. Oleh itu apalikasi atau penggunaan Ilmu Mantik dalam semua ilmu-ilmu Islam dan dikuatkan oleh ulama’-ulama’ Islam yang menambah perbahasan Mantik yang tidak diketahui oleh orang Yunani dan bukan Parsi.

Kitab yang ada pada tangan pembaca bukan suatu pembaharuan kecuali dua kataegori;

  1. Mudah dan senang kerana kebiasaannya dalam uslub atau gaya bahasa kitab ini ada penjelasan bagi memudahkan kefahaman pembaca.
  2. Terkandung contoh-contoh baharu dan berkaitan dengan ilmu-ilmu moden berbanding contoh-contoh klasik yang memenuhi kitab mantik terdahulu dan mempunyai nilai yang lain (mampu beri kepada pembaca dalam pelbagai ilmu lain). Ia membolehkan pembaca menjadikan mantik sebagai alat dalam ilmu-ilmu lain bagi mengelakkan pembaca dalam pemikiran yang sempit.


[1] Kata Imam al-Ghazali “ilmu semuanya bermula dari ilmu mantik. Barangsiapa yang tidak menguasai ilmu Mantik, maka ilmunya tidak dipercayai”


p/s: ini adalah nota kuliah. mohon teguran jika ada kesilapan dalam penterjemahan secara literal ini.

SUMBER:

1) Dr Nayif ibn Nahar. 2016. Muqaddimah fi Ilm Mantiq. Dimasq: Dar al-Aql

2) Kelas Mantik secara google meet.

5- Pandangan Syariat Islam Kepada Dunia

 Pembahagian manusia pada dasar akidah

5- Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW kepada semua manusia. Firman Allah (al-A'raf 9:158)

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا

 Maksudnya: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang diutuskan kepada kamu semua.

Firman Allah (al-Saba' 22: 28)

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا

 Maksudnya: Tidak kami utuskan  kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira.

Allah utuskan Rasulullah SAW umumnya kepada semua manusia sama ada mereka berbeza negara atau tempat kediaman. Begitu juga Allah utuskan secara umumnya pada tempat, mak ia juga umum pada masa kerana Saidina Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang telah diutuskan berdasarkan firman Allah (al-Ahzab 22:40)

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Maksudnya:  Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seseorang lelaki dikalangan kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup para nabi. Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Oleh itu syariat Islam sesuai dengan semua tempat dan masa.

Barangsiapa yang menerima seruan Islam dan keamanan dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah orang Islam. Manakala orang yang tidak menerima dan tidak beriman kepada kerasulan nabi Muhammad SAW ialah orang bukan Islam.. Begitu juga pembahagian manusia dari sudut syariat Islam terbahagi kepada dua pembahagian yang besar, golongan Islam dan golongan bukan Islam.. Syariat Islam membahagikan manusia kepada asas penerimaan Islam atap penolakan dari perbezaan dari sudut jantina atau warna kulit atau bahasa atau iklim atau perbezaan yang lain. Ini dibuktikan yang didatangkan oleh dalam al-Quran dalam banyak ayat, firman Allah (al-Jathiah 25: 30-31)

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ .وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا أَفَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَاسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ  

Maksudnya: Adapun orang yang berima dan mengerjakan amalan soleh, maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (syurga). Itulah keuntungan yang nyata. Dan adapun orang-orang yang kafir (kepada mereka dikatakan): "Apakah belum ada ayat-ayatKu yang dibacakan kepadamu, lalu kamu menyombongkan diri dan kamu menjadi kaum yang berbuat dosa?"

Firman Allah (Muhamad 26: 1-2)

الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ. وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
 Maksudnya: Orang-orang kafir dan menghalang manusia dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka. Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman keapda apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

 Firman Allah (al-Taghabun 28:2)

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya:  Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan ada diantara kamu yang beriman. Dan Allah melihat apa yang kam kerjakan.

Ayat-ayat al-Quran dan selainnya menyatakan dengan jelas bahawa manusia menajadi salah satu bahagian sama ada beriman kepada apa yang diutuskan Allah ialah orang muslim, makala yang kufur kepada Allah ialah bukan Islam.

Pembahagian manusia dari asas akidah Islam, pada pandangan syarita Islam bukan apda perkara al-nazari yang tidak memberi kesan kepada kehidupan, bahkan pembahagian ini kepentingannya sampai kepada susunan yang membahawa kepada kemudharatan di dunia dan di akhirat. Apabila asas pembahagian ini tertentu berfokus keapda individu dalam negara Islam, kelebihannya berfokus kepada akhirat dan apa-apa yang membawa keapda akhirat mendapat pahala dan balasan.

p/s: ini adalah terjemahan secara literal untuk rujukan sendiri. Mohon rujuk kitab Arab sebenar dari rujukan di bawah.


SUMBER:

1)Al-Quran dari apps Zekr dan al-quran word. Mohon rujuk kitab al-Quran sebenar.

2) Dr Abd al-Karim Zaidan. 1988. Ahkam al-Zimmiyyin wa al-Musta'minin fi Dar al-Islam. Muassasah. Thaba' al-thaniah. al-Risalah: Beirut.

21 Februari 2021

Prinsip Keadilan Global

 Prof Muhamad Abu Zahrah (1994: 38)dalam bukunya 'Membangun Masyarakat Islam' atau 'Tanzim al-Islam li al-Mujtama' , prinsip kasih sayang merupakan prinsip utama dalam hubungan orang Islam dan non-muslim sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9. Mawaddah merupakan asas hubungan kemanusiaan yang kekal dan berterusan. Namun sebaliknya berlaku apabilan berlaku peperangan, pelanggaran kontrak, maka keadilan ini adakan diputuskan. Walau bagaimanapun orang Islam wajib berlaku adil walaupun mempunyai kebencian kepada mereka berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 8.

Begitu juga bagi menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakan dan kemudharatan. Beliau menyatakan bahawa tujuan utama syariah yang tertinggi adalah mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Kemaslahatan ini dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada orang ramai dalam masyarakat yang terdiri daripada  pelbagai bangsa dan agama.

SUMBER:

Muhamad Abu Zahrah.1994. Membangun Masyarakat Islam. terj Shodiq Noor Rahmat. Jakarta: PT Pustaka Firdaus.

20 Februari 2021

Calon SPM 2020.

Kali pertama mengajar calon spm 2020😍. Rupanya tidak wujud spm 2020. Mereka bakal menjawab soalan spm pada tahun 2021. Sejarah tercipta dengan banyaknya perkara tertangguh pada tahun 2020. Banyak hikmah yang belum tersingkap. Allahu A'lam🌟✨💫😊

Selamat berjuang Wahai pecinta ilmu💪💪💪. Biar apa pun halangan, semangat SPM tidak akan luntur. Bittaufiq wannajah🙌

18 Februari 2021

Banyak Agensi terlibat dalam Harta Pusaka.

Bila aku melihat jumlah harta beku meningkat, terfikir pula tentang baitulmal. Apa kata baitulmal dapat semua harta beku ini? Hah!!!

Aku cuba cari mana-mana artikel, tiada kesesuaian dengan persoalan aku. 

Bila baca kedudukan baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab, terfikir dan berangan "Alangkah baiknya harta-harta beku milik orang Islam ini diserahkan kepada baitulmal". Dari sudut perundangan, aku sendiri tidak tahu. Ada sesiapa buat kajian pasal ini? Ada sesiapa jumpa artikel yang boleh jawab persoalan aku? Woha!

Ingat lagi perbualan aku dengan seorang pegawai yang uruskan harta pusaka "Saya hairan macamaman surat khabar boleh bagitahu harta yang tidak dituntut sebanyak sekian dan sekian? Saya sendiri tidak tahu. Di mana data diorang dapat? Kami tidak pernah ada data berkaitan harta beku ini. Kami hanya boleh tahu, tuntutan harta, bilangan yang mohon dan yang telah selesai. Jika dah lantik pentadbir pun dikira telah selesai," jawab pengawai ini dengan tegas.

Harta alih dan harta tidak alih.

Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu harta. 

Yazid & Ibnor (t.th), umat Islam wajib percaya bahawa segala ciptaan Allah termasuk harta yang ada di muka bumi adalah hak Allah untuk keperluan manusia keseluruhannya. Manusia perlu faham bahawa Allah adalah pemilik mutlak kepada pemilik segala-galanya yang ada di muka bumi dan manusia sebagai khalifah dan menjadi pentadbir kepada harta yaang ada di muka bumi ini. Oleh itu, Allah telah tetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi menguruskan harta berkenaan.

Maksud harta.

Ibn Athir: harta pada asalanya iaialah sesuatu yang dimiliki, terdiri daripada emas, perak dan kemudian digunapakai dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dari wang. pemakaian istilah mal di sisi orang Arab adalah merujuk keapda unta kerana harta mereka kebanyakan terdiri daripada unta.

Kamus al-Munjib: harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwi keapda binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan unta sama ada jantan atau betina. Ia juga membawa maskud tiap-tiap benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau kumpulan. Mengikut pengertian umum, maksud perkataan harta atau Mal yang paling mudah difahami adalah peredaran wang di antara manusia sama ada dari bahan galian mahupun kertas.

Mazhab Hanafi: Harta adalah sesuatu yang menjuruskan kecenderungan manusia  kepadanya secara tabii atau semual jadi dan boleh disimpan serta boleh digunakan ketika waktu yang dihajatkan. 

Sebahagian yang lain berpendapat harta adalah sesuatu yang pada kebiasaannya boleh diambil manfaat daripadanya atau sesuatu yang boleh dimiliki dan dikawal walaupun tanpa keperluan

Imam Shafii: seperti yang dinyatakan oleh al-Suyuthi bahawa  harta adalah sesuatu yang bernilai dan mesti dibayar gantirugi jika berlaku kerosakan.

Ulama' Maliki: sesuatu yang boleh dinamakan sebagai mal adalah yang digunakan oleh pemiliknya seahaja jika ia diperoleh dengan cara yang betul.

Al-Buhutiy: harta dari segi syarak  ialah sesuatu yang ada padanya manfaat yang harus selain daripada manfaat untuk hajat atau darurat.

Kitab Mu'jam lughat al-Fuqaha': harta 9mal) adalah merujuk kepada nama bagi himpunan sesuatu yang dimiliki oleh manusia. Asalnya ilah sesuatu yang menjadi cenderung kepadanya secara tabii dan boleh disimpan seperti duit dan juga apa-apa yang sebanding dengannya, Selain itu, ia juga bermaksud setiap sesuatu yang boleh dimanfaatkan dnegannya sepertimana yang diharuskan oleh syarak dalam keadaaan yang selain daripada keadaaan darurat.

Harta Alih :
  • duit simpanan bank
  • wang tunai
  • simapanan KWSP
  • Saham (BSKL, SDN BHD, Koperasi, BKRM, ASB)
  • Barang kemas atau perabot
  • Kereta atau motor
  • pampasan pengambilan tanah
  • Pampasan insurans atau takaful
  • Tabung Haji
  • Binatang ternakan
Harta Tak Alih:
  • Tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya
  • si mati ada mengusahakan ataupun memohon tanha A.A atau T. O.L semasa hidup daripada membuat bayran premium
  • Tanah yang dipajakkan seperti lombong
  • Tanah yang dipegang oelh seseorang bagi pihak si mati sama ada sebagai pemegang amana, pentadbir atau wasi
  • Tanah yang patut diturun milik kepad si mati daripada pusaka yang sedang dibahagikan.
  • Pegangan dibwah Land (Group Settlement Areas) act 1960
  • Sesuatu kepentingan dalam gadaian atau pajakan
  • Ramah pangsa
Undang-undang utama pentadbiran harta pusaka di Malaysia.

  1.  Mahkamah tinggi - Akta Probet & Pentadbiran 1956 (Akta 97) - lebih RM 2 Juta -Akta wasiat 1956.
  2.  Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan - Akta Harta Pusaka Kecil 9Pembahagian ) 1955 (Akta 98) -Bawah Rm 2 Juta
  3. Amanah Raya Berhad - Akta Perbadanan ARB 1995 (Akta 532) - Bawah RM 600K.
Isu Bidang Kuasa:

1) Senarai 1- Persekutuan - Akta 97 dan Akta 98

2) Senarai 2 -Negeri - Mahkamah Syariah dan Sijil Faraid

3) Pendaftaran - Seksyen 346 & 348 Kanun Tanah Negara (KTN) - Akta 97 & Akta 98.


SUMBER:

1) Yazid Ahmad & Hj. Ibnor Azli Ibrahim. t.th. Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil: Satu Tinjauan.


3) IKIM


16 Februari 2021

Al-Ahkam al-Sultaniyyah 2: Imam al-Mawardi

 Alhamdulillah. Aku cuba berjinak-jinak dengan pembacaan buku al-Ahkam al-Sulthaniyyah. Disebabkan buku ini dalam Bahasa Arab, aku cuba juga cari cerita beliau dalam Bahasa Melayu supaya kefahamanku tidak tersasar jauh. 

Sebenarnya buku yang ditulis ini, telah ditulis semula atau dicopy oleh orang kepercayaannya selepas kematian al-Imam al-Mawardi (SINI). Terdapat 20 bab dalam Kitab ini yang mana aku rasa tak mampu nak habiskan dalam masa yang singkat. Yang menghairankan aku, ada masa-masa tertentu yang aku boleh fahami iaitu baca pada awal pagi. Jika dah siang dan matahari dah mula ada, aku baca ulang-ulang tetapi aku masih kurang faham. Aku sendiri tidak tahu sebabnya. Selama ini aku pergi tanya abangku, melalui whatsup atau video call. Senangnya dia terjemahkan. Kan kitab ini kepunyaannya. hahaha

Nama sebenar beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Muhamad ibn Habib al-Mawardiy al-Bashry  yang bermazhab al-Shafiiyyah dan ulama' terkenal ketika pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. Beliau banyak meninggalkan khazanah ilmu dalam pelbagai thaqafah Islamiyyah. Kenapa di panggil al-Mawardiy? hal ini dinisbahkan kepada penjualan air mawar kerana keluarga merupakan penjual air wangian ros. 

Beliau dilahirkan pada tahun 364H/ 974M di Basrah. Beliau belajar pada awalnya di kampung halamannya di Basrah yang terkenal sebagai pusat keemerlangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam.Beliau hidup pada zaman kejatuhan dan kegelapan Kerajaan Abasiyyah di mana banyak kerajaan kecil seperti kerajaan Buwaih dan kerajaan Saljuk muncul untuk melepaskan diri dari pentadbiran kerajaan pusat di Baghdad (Jasri Jamal t.th). Ketika itu juga, dunia melihat kejatuhan dan kelemahan pemerintahan kerajaan khalifah Abbasiyyah dan para khalifah menjadi lambang tidak mempunyai kuasa dan taring serta tunduk keapda penguasa Bani Buawaih (Jasri Jamal t.th).

Beliau mengambil ilmu dari beberapa kumpulan antaranya al-Hassan ibn Ali ibn Muhamad al-Jabaly, sahabat khalifah al-Fadhl ibn Hubab al-Jumahy dalam bidang bahasa (al-Lughawiy) dan hadis, Muhamad ibn 'Ady ibn Zahr al-Muqary, Muhammad ibn al-Mu'ally al-Azdy, Jaafar ibn Muhamad al-Fudhal al-Baghdadiy. Dalam Ilmu Fiqh dari Abu al-Qasim Abd al-Wahid al-Suwmary al-Qadhiy. Kemudian beliau bermusafir ke Baghdad dan bertemu al-Sheikh Aba Hamid Ahmad ibn Abi Thahir al-Isfaraniy (Imam mazhab syafii) meninggal tahun 406 dengan mendalami ilmu Fiqh.

Beliau terpilih menjadi Qadiy (hakim) di beberapa negeri dan menjadi ketua hakim di Ustuwa', Naisabur. Beliau kembali ke Basrah dan mengembangkan karier dalam bidang kehakiamn di bawah pentadbiran Khalifah al-Qadir dan al-Qa'im. Selepas itu, beli menjadi Aqda' al-Qudah, Ketua Hakim Negara bagi pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. 

Penglibatan beliau bukan setakat menjadi hakim, bahkan menjadi utusan atau perantara pemerintah dalam menyelesaikan pertikaian antara khalifah dan pemerintah kerajaan-kerajaan kecil yang muncul kerana kelemahan kerajaan Abbasiyyah. Pada pemerintahan Khalifah al-Qadir, khalifah ini mengarahkan setiap ulama' mazhab menulis buku mewakili mazhab masing-masing. al-Mawardi menulis kitab al-Iqna' bagi mewakili mazhab Shafii, Abu Hasyn al-Quduri menulis kitab Mukhtasar mewakili mazhab Hanafi, Qadi Abu Muhamad menulis kitab Mukhtaar bagi mewakili mazhab Maliki. Khalifah al-Qadir mengikhtiraf kitab tulisan al-Mawardi dan melantik beliau sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau mempunyai kedudukan/ hubungan yang baik di samping khalifah dan pemerintah Bani Buwaih dan beliau diundang ke istana. Apabila ditanya Jalal al-Daulah ibn Buwaih pada tahun 429 iaitu Khalifah al-Abasiy yang menambah pada gelarannya شاهنشاه (shahin shah?-aku tak tahu sebutannya) iaitu Malik al-Muluk dan fuqaha' seperti Abi al-Thayyib al-Thabary menfatwakan harus guna gelaran itu sedangkan al-Mawardiy menyatakan tidak harus guna gelaran itu. 

Anak murid beliau tidak banyak disebut dalam kitabnya kecuali dua orang iaitu Ahamd ibn Ali ibn Thabit al-Khatib al-Baghdadiy, Imam Hadis pada waktunya dan Abu al-Izz Ahamd ibn Ubaid Allah ibn Khadish.

Antara Kitab yang ditulis oleh beliau;

  1. Kitab tafsir- al-Nukat wa al-'Uyun dalam 4 jilid.
  2. al-Hawiy al-Kabir fi Fiqh al-Shafii dalam 30 jilid
  3. Kitab al-Iqna'
  4. Kitab Adab al-Qadhiy dalam 2 jilid
  5. Kitab a'lam an-Nubuwah
  6. Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah
  7. Kitab Nasihat al-Muluk
  8. Kitab Qawanin al-Wizarah wa Siasah al-Mulk
  9. Kitab Tashi; al-Nadhar wa Ta'jil al-Zhafr
  10. Kitab fi al-Nahw
  11. Kitab al-Amthal wa al-Ahkam: mengandungi 300 hadis, 300 kata-kata nasihat dan 300 ayat berkaitan puisi Arab.
  12. Adab al-Dunya wa al-Din
Beliau meninggal dunia pada tahun 450 pada usia 68 tahun dan dikuburkan di bab Harb di Baghdad, disolatkan oleh al-Khatib al-Baghdadiy. Beliau meninggal pada bulan yang sama dengan Qadhiy Abu al-Thayyib al-Thabary yang Faqih dalam mazhab Syafii.

Jasri Jamal (t.th) dalam artikel beliau 'Pemikiran Qadi al-Qudah al-Mawardi (m.450H/1058M) dalam Sistem Kehakiman Islam: Suatu Tinjauan Ringkas' menceritakan bahawa dunia Islam dan dunia Barat mengikhtiraf al-Mawardi dalam dunia akademik. tumpuan banyak diberikan keapda pemikira pentadbiran politi melalui buku al-Ahkam al-Sulthaniyyah yang telah di alih bahasa kepada bahasa Perancis, Inggeris, German, Turki, Indonesia dan Itali termasuk Bahasa Melayu (masih belum jumpa). Namu dalam artikel ini merujuk kitab Adab al-Qadiy dan al-Ahkam Sultaniyyah dala  bidang kehakiman dan pentadbiran perundangan. Pengalaman luas beliau sebagai hakim dan ketua hakim serta pentadbiran politik kerajaan Abbasiyyah memperlihatkan bahasa sistem kehakiman sebagai satu sitem yang tidak dapat dipisahkan dalam sistem pentadbiran negara seperti mana yang digambarkan dalam karya beliau yang ulung, Al-Ahkam al-Sulthaniyyah.

Al-Mawardi secara umumnya mempraktikkan ijtihad dalam sesuatu hukum, memberi alasan penghakiman dan menerangkannya dengan menggunakan hujjah ulama' tedahulu. Hampir keseluruhan penghukuman dan alasan penghakiman al-Mawardi bersandarkan keapda ijtihad sendiri terutama melibatkan isu-isu baharu yang kontroversi seperti kenyataan beliau "pandagangan ini benar bagiku dari pandnagan orang lain.." atau "Pendapata aku ini lebih tepat". Beliau juga lebih mengutamakan mazhab Shafii berbanding mazhab lain. Sebagi contohnya al-Mawardi tidak menerima pelantikan wanita sebagai hakim perbicaraan. Beliau juga berpandangan bahawa hakim mestilah orang yang berkemampuan untuk melakukan ijtihad dan menolak taqlid. Beliau menyarankan hakim sebelum membuat sebrabaf penghukuman, hendaklah merujuk al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan qiyas. Beliau juga berandnagan sesuatu hukuman mesti bersandarkan ijtihad dari fakta kes dan kemaslahatan pihak-pihak yang bertikaian walaupun hukuman itu bertentangan dengan pegangan mazhab hakim itu sendiri. Oleh itu al-Mawardi melarang taqlid buta tuli bagi seorang hakim tanpa melihat sesuatu kes tersebut.


SUMBER:

1) Abu Hassan Ali ibn Muhamad ibn Habib al-Bashry al-Bahgdadi al-Mawardi. 1996. al-Ahkam al-Sulthaniyyah. Beirut: Maktabah al-Islamiy (ditahqiq oleh 'Asam Faris al-harasataniy dan Muhamad Ibrahim al-Zaghraliy

2) Kenali Ulama Ummah: Abu Hassan Ali al-Mawardi (364-450 H)

3) Jasri Jamal. t.th. Pemikiran Qadi al-Qudah al-Mawardi (m.450H/1058M) dalam Sistem Kehakiman Islam: Suatu Tinjauan Ringkas. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat


14 Februari 2021

Hilang Cara Berfikir dan Beradab

 Aku baru mula baca buku Ust Hasrizal. Buku beliau adalah buku sekunder dan aku tak nafikan untuk memahami buku primer adalah sukar apatah lagi buku itu bukan dalam bahasa ibunda kerana kebanyakannya dalam dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tak dinafikan aku lebih faham BA dari BI. Walaupun sukar, aku tetap perlu teruskan kerja penyelidikan aku. Moga aku terus kuat dan kuat serta tidak dilupakan jangan ulangi perangai lama yang suka tidur. hohoho

Aku hidup dengan sia-sia apabila aku banyak habiskan dengan tidur, tengok drama, habiskan masa di FB dan IG. Aku tidak ada media sosial lain. Kadang aku perlu buka youtube untuk mencari adakah terdapat para asatizah yang mengajar kitab-kitab turath yang sukar untuk aku fahami istilah-istilahnya. Apa pun pencarian di internet perlu di susuli dengan pertanyaan kepada mana-mana guru walaupun secara online. Pendemik C19 membataskan kita mencari ilmu melalui guru secara bersemuka a.k.a F2F (sebelum ini aku pernah guna secara berdepan-kena kutuk "ayat apa la ni!")

Aku masuk balik cerita buku Ust Hasrizal. Ada yang mengatakan ust berfahaman liberal. Cara penulisan ust pula selari dengan kepala aku ini. Adakah aku sekular? Jika sebelum ini, seseorang copkan ust ini wahabi, mufti ini wahabi, bla..bla..bla. Aku baca dengan dengar kalam yang ust yang dimaksudkan. Ok je ceramahnya. Aku jadi wahabi ke? Ada sekali, geng yang dicop wahabi memetik kata-kata atau pendapat seseorang yang dikatakan wahabi di negara mereka. Hah! mungkin di sini lah puncanya. 

Buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' adalah merujuk kepada buku Dr Yusuf al-Qardawi iaitu Thaqafah al-Da'iyah. Ini buku usrah aku dahulu. Tapi aku tak boleh nak faham sangat dengan cara terjemahan melayu itu. Buku asalnya dalam BA, aku tidak ada. Lagi sukar kan. Garapan yang Ust Hasrizal nukilkan memang santai dan mudah difahami. Memang semua orang yang bergelar Islam adalah pendakwah. Tak kira berdakwah secara menulis, bercakap, akhlak dan banyak lagi. 

Begitu juga apabila sebut tentang pentadbiran beradab. Menurut Mohd Zaidi Ismail (t.th) dalam artikelnya 'Pentadbiran Beradan: Faham dan Rencana Dasar' menyatakan bahawa pentadbiran beradab merujuk keapda suatu gerak kerja ilmu dan amal yang menjurus keapda pencapaian sesuatu akibat yang terpuji berneracakan satu tatanan yang benar lagi adil. Antara syaratnya adalah mengenali dan mengakui bahawa pentadbiran itu memiliki 2 dimensi iaitu akli dan amali yang mana nampak berbeza sebenarnya ia bersatu. Kedua mengenali dan mengakui bahawa akibat-akibat itu selain bermacam-macam juga memiliki kedudukan yang berbeza-beza dalam satu tananan yang benar. Ketiga ialah mengenali dan mengakui bahawa sementara pentadbiran beraneka bentuk dan lapangan serta berbagai tingkat dan lapisannya, perhatian yang khusus perlu diberikan keapda punca semua itu dalam diri seseorang insan. Sejak dasawarsa kebelakangan ini istilah dalam pengurusan pentadbiran dibentuk oleh sarjana barat menyebabkan banyka istilah, fahaman konsep, kaedah danpendekatan berlatarbelakangkan persekitaran, pengalaman, pembawaan dan pandangan hidup mereka. Bahasa juga perlu diterjemahkan dengan adab selaras dengan kata " bahasa itu jiwa bangsa" dan ungkapan pujangga melayu "Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

Jika dibaca ulang-ulang kenyataan di atas ada sesuatu yang kurang difahami kan. Ini ayat yang aku salin terlebih dahulu dan perlu diperbaiki semula. Sukar juga memahami tulisan orang lain tanpa baca keseluruhan  artikelnya.


Kamus Dewan Edisi 4 Tahun 2015;

Tadbir: Urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu pemerintahan 

Tatanan : aturan, sistem, susunan, tatatertib

Dasawarsa: masa sepuluh tahun, dekat.


SUMBER:

1) Hasrizal Abdul Jamil. 2020. Seni Berfikir Yang Hilang. Selangor: Iman Publication.

2) Mohd Zaidi Ismail. t.th. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar.

13 Februari 2021

Siyasah Syar'iyyah

 Aku sebenarnya tak tau sangat pasal siasah atau politik ini. Bila buat pembacaan, aku perlu buat ringkasan dari jurnal yang aku baca. Ini juga bantu aku faham apa itu siasah. Selalu netizen bagi hujah yang kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi aku cuba kumpulkan apa yang aku dapat dari bacaan. Apa yang aku tulis untuk diriku bukan pendapat orang lain.

Jom mulakan pembedahan.

Kejatuhan sistem khilafah Islam menjadikan punca topik Siyasah Syar'iyyah banyak dibahaskan. Yang banyak diketengahkan adalah konsep pentadbiran iaitu al-Shura atau nilai yang menjadi tunjangnya ialah al-'adalah atau maslahah. Jadi prinsip asas lain yang menjadi teras dalam politik adalah siyadat al-Shar'iah.

Tujuan kajian: mengkaji prinsip siyadat al-syariah , lalu merumuskan hubungan antara politik Islam dengan prinsip ini dan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam sesbuah negara.

Kajian penyelidikan kualitatif - kajian literatur dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan.

Hasil dapatan: siyadat al-syariah adalah perkara asas dalam konsep politik Islam itu sendiri dan menjadi titik perbezaan utama dengan konsep-konsep politik yang lain.

3 unsur dalam sesbuah negara bagi mengaplikasikan prinsip ini;

1) sumber perundangan tertinggi

2) kayu ukur pemerintah dalam membuat pilisi

3) pengiktirafana rakyat terhadap kedaulatan Islam itu sendiri.


Apa maksud siyadat syar'iyyah?

al-Nasir : Suatu displin ilmu berkiatan tindakan pemimpin mengurus sesebuah negara berasaskan syariat sama ada dalam urusan yang mempunyai dalil khusus atau tidak dengan berpandukan maslahah serta kaedah umum dan maqasidnya. Ia ditakrifkan sebagai suatu ilmu berkaitan politik atau pemerintahan sesebuah negara bersandarkan syarak

al-Qardawi: bukanlah semua ruang dalam siyasah bebas keapda ijtihad atau pandangan tetapi terdapat beberapa asas yang tidak akan berubah walaupun ada perbahan masa, tempat atau manusia yang disebut sebagai thawabit (kekal) . ulama' mengariskan bahawa siyadat al-shari;ah adalah antara perkara thawabit dalam politik Islam.

Rumusan dari kajian ini mendapati prinsip siyadat al-syar'iyyah adalah perkara asas yang bersifat dhowabit (kekal). Menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam khususnya pemerintah Islam berusaha memastikan prinsip ini tertegak dalam tiga dimensi: mengukuhkan dalam sistem perundangan negara,pemerintah yang komited melaksanakan prinsip ini serta seluruh yang memahami dan mendokong prinsip ini (aku tak faham lagi ni-jadi aku copy dulu). Oleh itu wasilah untuk menegakkan prinsip ini antaranya dalam pendidikan, pemerkasaan undang-undang, penubuhan badan serta institusi Islam, penerangan dan pelbagai cara lain yag boleh menyumbang ke arah mengukuhkan prinsip siyadat al-shar'iah.

Dalam artikel Abdul Jalil Borham (2013) ilmu siyasah al-Syar'iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan keapda asas-asas Islam iaitu mentadbir urusan umum bagi Daulah Islamiah dengan perkara yang membawa kebaikan keapda manusia dan mengelakkan kemudharatan serta tidak melanggar sempadan syariah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati ulama'. Dalam artikel banyak juga pendapat seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Abidin, Iamam Haramain, Yusuf al-Qardawi. Pandangan orientalis barat juga ada seperti V. Fitzgerald, C.A. Nallino dan Schacht. Ada cerita sejarah tanah melayu dan banyak lagi.

Kesimpulan: Malaysia sebuah negara Islam tetapi pengamlan siyasah syar'iah tidak sempurna dan tidak menyeluruh.. Terdapat kecactan pada syarat perwakilan, ciri2 pemimpin, kaedah akad kontrak dan kuasa mendaulatkan Islam. Perubahan politik mesti terlebih dahulu perubahan terhadap akidah dan kefahaman umat. Boleh rujuk, dari sumber di bawah ye.

p/s: aku nak komen sikit pasal Dr Rozaimi dan Ust Mohit berdebat semalam. Aku nampak hujjah Dr kemas dengan penerangan maqasid syariah yang meletakkan hifz al-nafs tempat yang pertama. Aku sokong dengan kenyataan itu. Bab usul fiqh ini, Ust Mohit nampak tak kuasai ilmu ini. Jadi sebab itu pandnagan beliau, lebih kepada ulang-ulang kena berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Bagi aku yang tak pandai ini berpandangan, ilmu usul fiqh ni perlu dikuasai oleh agamawan kerana nak faham quran dan sunnah, kena tahu kaedah bagaimana nak istinbat hukum menjadi fiqh. Ilmu fiqh lain dan ilmu usul fiqh lain. Mungkin aku juga salah dalam penilaian aku ini. 

Tengah-tengah Dr Rora berhujah tetiba keluar kata ibn Bazz...eh..eh..eh kenapa Dr ambil pendapat ulama' Wahabi ini? Aku sempat terdetik, patut pun dia dipanggil wahabi. Mungkin beliau pun tak sedar sebab aku pada awalnya ada juga petik kata-kata Ibn Bazz ini. Nampak logik dan kena dengan selera kita yang ikut nafsu ini. hahaha Aku ini dah kena tembak kaw-kaw oleh seseorang bila aku tulis dalam komennya " saya tak tau nak bezakan siapa wahabi dan siapa tidak wahabi ". Lepas tu, memang kena peluru berpandu bertubi-tubi dia tembak aku. Aku hadap la. Tapi kan kesian pulak tengok agamawan bertelagah dalam live yang jadi pengadil netizen. Cadangan aku, perdebatan itu buatlah secara tertutup bersama agamawan lain. Bagi persediaan yang cukup. Nak panggil pakar2 di kalangan pensyarah pun ok. Ramai pakar sebenarnya tetapi lebih kepada penulisan dan kajian. Ini pandangan aku dan tidak mewakili sesiapa.


SUMBER:

1) Muhammad Firdaus Zalani & Anwar Fakhri Omar. 2019. Kepentingan Prinsip Siyasah al-Sharo'ah (kedaulatan Islam) di dalam Siyasah Syar'iyyah (Politik Islam). Jurnal of Advanced Research in Sicial and Behavioural Sciences 15, Issue 1 : 69-84.

2) Abdul Jalil Borham. 2013. Konsep Siyasah Syar'iyyah dan Pelaksaannya Dalam Konteks Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pelaksanaan Siyasah Syar'iyyah Dalam Konteks Masa Kini; Isu dan Cabaran, anjuranKUIM apda 21.02.2013 di Auditoriun Pujangga KUIM, Melaka.

11 Februari 2021

Islam Tidak boleh disebarkan Kepada Non Muslim di Malaysia?

Perkara 3 (1) dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan hak kebebasan beragama terhadap setiap warga.

Apakah isi kandungan perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1)?

Perkara 3 (1)

"Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Perkara 11 (1)

"Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasa (4), mengembangkannya"

Fasa (4)

"Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang  persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"

Kenapa pula timbul isu bahawa tindakan organisasi dakwah yang menyebarkan agama Islam terhdapa warga bukan Islam di Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli  bertentanagn dengan Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1)? Aku dah mula fikir. Siapa yang mulakan isu ini? mesti bukan Islam kan. Jika orang Islam pertikaikan, aku rasa macam tak logik. Yang peliknya bantahan daripada Setiausaha Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAK), Pn Ivy Josiah dan peguam bebas, Siti Kasim. Alahai, orang Melayu Islam sebagai peguamnya. Terbalik fakta. Sepatutnya agama lain tidak boleh sebarkan agamanya seperti perkara 11 (4).

Jika ikut data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Negara, warganegara Malaysia yang Islam adalah di kalangan orang Melayu dari baka sejak lahir. Agama Islam dari mak ayah dan nenek moyang. Akidah mereka inilah yang paling membimbangkan. Goyah. Tidak kukuh. Apatah lagi, Gerakan Kristianisasi bergerak aktif dan berani. Jika merujuk NGO yang banyak buat dakwah atau street dakwah adalah NGO di kalangan mualaf. Mualaf yang aku maksudkan adalah bukan Islam sejak lahir. Mereka Islam ketika umur belasan tahun, masa belajar, dan hidayah dari Allah seperti Ust Ebit Liew, Ust Firdaus Wong dan Dr Ridhuan Tee Abdullah (sekadar sebut nama, sebenarnya ramai lagi). Sejak kita merdeka, bangsa cina yang masuk Islam sekitar 0.6% berbanding bangsa cina yang masuk Kristian iaitu 11 %. Penduduk Malaysia berjumlah 15, 782,012 pula terdiri dari 60.6% Islam dan 39.4% adalah bukan Islam termasuk aties.

Sebenarnya, Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Cuma promosikan Islam yang sebenar. Ceritakan tentang nabi Muhammad. Masa aku join street dakwah, aku rasa tak guna sangat. Pamplet yang disediakan tak dapat dihabiskan apatah lagi nak bercerita tentang Islam kepada foreigner. Itulah kelemahan Bahasa Inggeris. Rasa janggal dan tercari-cari perkataan sesuai apabila ditanya tentang hijab. Ilmu kemasyarakatan dan pergaulan memang kurang diberi perhatian. Aku akui sangat. Menulis boleh sangat kan. hahaha

Satu lagi artikel berkaitan persepsi muslim terhadap non-muslim yang dikira tahap positif dengan nilaian 77.8%. Walaupun nampak nilai positi tingg, namun sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama, ia mempunyai jurang yang agak besar. Cuba kita teliti, bilangan muslim dan non-muslim juga adak berbeza dan tidak sembang. Situasi ini kelihatan kurang menyenangkan dan kurang intraksi antara satu sama lain.

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke laman web sumber rujukan yang aku lampirkan. Moga bermanfaat.


SUMBER:

1) Perlembagaan_Persekutuan.pdf (usm.my)

2)(14) (PDF) ISU DAKWAH TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: ANTARA TUNTUTAN MAQASID SYARIAH DAN KEKANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (researchgate.net)

3) 4949 (ukm.my)

09 Februari 2021

Baitulmal dan perundangan di Malaysia

 Pada zaman khalifah Umar al-Khattab, kaum muslimin dikurniakan rezeki dan harta yang melimpah ruah dari hasil zakat, jizyah dan lain-lain menyebabkan ruang baitulmal tidak mencukupi. Ada antara para sahabat mencadangkan supaya membuat bancian penduduk dengan mencatat semua nama penduduk membolehkan mereka diberi bantuan tahunan secara tetap dan saksama.

Hal ini bermula apabila Abu Hurairah  tiba di Madinah dari Bahrain. Setelah khalifah Umar bertanyakan tentang keadaan penduduk di sana, lalu beliau bertnaya tentang hasil kutipan yang diperolehi dari Bahrai dengan berkata, “Apa yang saudara bawa bersama-sama ke Madinah ini?” lalu Abu Hurairah menjawab, “Aku membawa wang sebanyak 500 dirham, wahai Amirul Mukminin”. Khalifah Umar terperanjat mendengar jumlah wang yang besar dibawa dari Bahrain oleh Gabenornya. Khalifah Umar bertanya lagi seakan-akan tidak percaya dan diakui oleh Abu Hurairah. Kemudian Khalifah Umar meminta Abu Hurairah pulang untuk berehat dengan sangkaan Abu Hurairah mengantuk, letih dan tersilap menyebut jumlah itu dan memintanya dating semula pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, Abu Hurairah menyatakan jumlah yang sama. Kemudian Khalifah Umar bangun dan berucap dihadapan orang ramai.

“Wang yang banyak telah tiba. Kalau tuan-tuan sukakan wang itu dibahagi-bahagikan dengan cara dihitung, maka kami sedia menghitungnya, jika hendak disukat, kami sedia menyukatnya.”

Ketika ini, bangun salah seorang daripada mereka meencadangkan setiap nama penduduk didaftarkan dalam buku pendaftaran. Cadangan ini diterima dan semua penduduk didaftarkan dalam buku daftar. Mengikut sumber daripada al-Harith dari Ibnu Sa’ad dari Jubayr bin al-Huwayrith bin Naqayd mengatakan, “Umar telah merujuk keapda orang-orang Islam berkaitan buku pendaftraan bancian penduduk dan Saiddina Ali r.a. berkata “kongsikan bersama setiap tahun apa sahaja harta yang terkumpul dengan kamu dan jangan simpan sesuatu apa pun”. Saidina Uthmana bin Affan r.a berkata, “Saya lihat banyak harta yang mencukupi untuk semua orang dan ia tidak dapat dihitung sehinggalah kamu dapat mengenali mereka yang telah mengambilnya dan mereka yang belum menerimanya. Saya tidak suka dilakuakn secara bercelaru.” Al-Walid bin Hisyam bin al-mughirah berkata kepadanya, “Wahai Amirul Mukminin, saya telah berada di Syam dan melihat raja-raja mereka menyediakan buku daftar dan mewujudkan Diwan Tuan sepatutnya adakan buku daftara dan dan jadikan diwan. Umat menerima nasihat ini, lalu memanggil Aqil bin Abi Thalib dan Makhzamah bin Nawfal dan Jubayr bin Mut’im. Mereka semua adalah ahli genealogi bagi suku puak Quraisy lalu berkta keapda mereka, “Tuliskan senarai penduduk mengikut darjat mereka”.

Menurut Hailani Muji Tahir dalam bukunya bertajuk ‘Pengenalan Tamadun Islam Dalam Istitusi Kewangan menjelaskan bahawa pada asasnya, hanya terdapat satu bentuk institusi kewangan  dan harta dlam Islam iaitu Bayt al-Mal. Institusi ini mnegandungi pelbagai jenis harta seperti zakat, cukai, harta wakaf dan harta kebajikan yang diletakkan dibawah pengawasannya. Harta yang terkumpul ini mempunyai perbezaan khusus dalam organisasi, pengumpulan dan penggunaannya dan operasinya tidak dilakukan secara terpisah, malah slaing melengkapi untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan keapda masyarakta dan negara.

Pada masa peninggalan Khalifah Abu Bakar, wang yang tinggal dalam baitulmal hanya tinggal 1 dirham sahaja kerana telah dibahagikan kepada semua yang memerlukan. Manakala zaman Khalifah Umar harta semakin bertambah dan Khalid al-Walid mencadangkan penubuhan diwan  Jabatan Penbendaharaan Negara dengan kelulusan Majlis Shurah di Kota Madinah dan wilayah-wilayah Islam yang lain. Diwan ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan pentadbiran ke atas harta-harta negara. Khalifah Umar bersetuju dengan cadangan itu dan melantik ‘Aqil bin Abi Thalib, Makhzamah bin Nawfal dan Jubayr bin Mut’im diamanahkan mengendalikan diwan yang kemudiannya dikenali Bayt al-Mal. Pengurusannya telah diletakkan dibawah Sahibi Bayt al-Mal.

KEDUDUKAN BAITULMAL DALAM SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Senario sistem perundangan di Malaysia iaitu undang-undang sivil dan udang-undang Islam.

a)   Undang-undang sivil bermaksud undang-undang awam. Sumbernya ialah dari sumber bertulis dalam  Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan merupakan undnag-undang tertinggi dan apa-apa undang-undang yang dibuat bertentangan dengannya akan terbatal dan tidak sah. 

Se Setiap negeri terdapat Perlembagaan Negeri masing-masing yang ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri. Terdapat 13 Perlemabagaan Negeri di Malaysia menurut Jadual Kelapan Perlemabgaaan Persekutuan. Anatara peruntukan berkenaan, Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada beberapa perkara seperti menjalankan apa-apa tugas sebagai ketua Agama Islam atai mengenai Adat Istiadat Melayu. Seterusnya undang-undnag persekutuan iaitu undang-undnag yang dibuat dan diluluskan di Parlimen .Undang-undnag yang digubal selepas merdeka dipanggil Akta dan sebelum merdeka dinamakan Ordinan. Contoh Undnag-undang persekutuan ialah Akta Kontrak 1950. Undang2 negeri merujuk keapda undnag-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan undnagn Negeri. Undang-undang yang telah digubal dipanggil Enakmen.

b)  Undang-undnag Islam merupakan cabang yang kedua dalam system perundangan di Malaysia. Walaupun Islam diterima oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai agama Persekutuan, penerimaan tersebut tidka menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undnag negara. Selaras dengan kehendak berkenaan dan selaras dengan kedudukan agama Islam di bawah kuasa raja-raja bagi negeri-negeri, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah urusan negeri-negeri. Jadual kesembilan, Senarai 2- senarai negeri Perlembagaan Persekutuan menyebut kuasa kerajaan negeri adalah seperti berikut:

“Kecuali di Wilayah-wilayah Persekutuan, Hukum Syara’ dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dnegan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwiman, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, Wakaf Islam dan takrif serta anamah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama islam dan kahirat, yayasan, amanah, khairat dan Yayasan khairat yang dijalankan kesmua sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana temoat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhdapa rukun-rukun Islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa undang-undnag persekutuan; mengawal pengembagan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu”

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahwa undag-undang Islam di Malaysia merupakan undang-undnag diri dan keluarga bagi orang-rang yang menganut agama Islam. Undang-undang diri dan keluarga ini boleh dibahagikan keapda tiga iaitu undang-undang keluarga, undnag-undang jenayah dan undnag-undang kehartaan. Undang-undang kekeluarganan dan undang-undang jenayah telah banyak dibincangkan kedudukan dan peranannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berhasil keluarkan Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri. Enakmen Jenayah Islam dan Prosedur Jenayah Syariah dan Acara Mal telah digubal oleh negeri-negeri di Malaysia bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah dan menjamin keadilan keapda orang-orang Islam di Malaysia.

Dalam konteks sistem perundangan di Malaysia, undang-undang kehartaan ialah suatu undang-undang yang tersendiri kerana undang-undnag keluarga Islam tidak memasukkan beberapa perkara yang berhubung dengan kehartaan sebagai sebahagian daripadanya. Undang-undang kehartaan merupakan suatu undang-undang yang tidak jelas istilahnya. Penulisan ulama’ terdahulu menghuraikan berkenaan harta tidak merangkumi semua aspek harta dalam Islam dan sekadar merangkun=mi persoalan atau huraian tentang sumber dan perbelanjaan kewangan negara Islam pada zaman tersebut. Manakala ulama’ moden berpendapat bahawa undang-undang kehartaan sepatutnya termasuk dalam urusan kekeluargaan dan nikah cerai kerana semuanya urusan diri atau persendirian dan wajar dinamakan undnag-undang persendirian atau al-ahwal al-Syakhsiyyah. Ini menunjukkan undag-undnag harta adalah satu kategori undang-undang tersendiri yang pada permulaannya termasuk dalam kategori keawngan negara. Namun kerangka kerjanya belum mantap terumbang ambing dengan kategori undang-undang yang lain seperti kekeluargaan.

SUMBER:

1) Dr Muhammad Baltaji. 2007.'Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam'.  Terjemah: H. Abdul Rachman Saleh Siregar, L.c. Cetakan pertama .  Selangor. Terbitan Berlian Publications Sdn Bhd

2) Hailani Muji Tahir.1998. 'Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan.  Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.   

3) Ruzian MarkomA. 2003. Penubuhan baitulmal kebangsaan : Satu Keperluan Menurut Undang-undang Islam di Malaysia dalam buku 'Ke Arah Pembangunan Baitulmal Kebangsaan. Penyunting: Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Kuala Lumpur. Terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. 

08 Februari 2021

Ibnu Hazm

Aku sebenarnya tak tau cara nak cari teori yang sesuai untuk kerangka teoritikal yang aku perlu tulis. Puas aku baca tapi tak satu pun aku faham. Entah la. Aku tak tau apa aku nak buat bila aku masih gagal cari teori. 

Ada yang kata teori ni perlu ada nama tokoh yang cetuskan idea tu. Aku cuba google. Download jurnal. baca dan terus baca. Tak satu pun aku rasa kena dengan kajianku. Aku cuba guna keyword 'tokoh pemikir Islam', tokoh pemikir pengurusan. Aku jumpa beberapa nama. Last aku jumpa Ibnu Hazm. Luasnya ilmu ini sehinggakan aku tak kenal siapa tokoh ni. Aku pecah kepada beberapa tema untuk tahu tentang tokoh ini.

Biodata.

Nama lengkap Ibnu Hazm ialah Abu Muhammad Ali ibnu Abu Umar ibn Said ibn Hazm al-Qurtudi al-Andalusi. Ada iras2 Imam Shatibi kan. hehehe.

Kita sambung lagi...

Ibnu Hazm dilahirkan pada akhir bulan Ramadhan 184 H ( 994M) dan dari kalangan keluarga yang kaya raya. Nama ayahnya Abu Umar Ahmad, seorang keturunan Parsi dan merupakan pembesar Parsi. Ketika ini adalah dalam pemerintahan Hajib al-Mansur Abu Amir Muhammad ibn Abu Amir al-Qanthani (wafat 192H) dan Hajib Abdul Malik al-Mudzaffar (wafat 399H/ 1009 M)

Sejak ibunya wafat,Ibnu Hazm membesar dalam istana bersama pengasuhnya tang terdiri daripada wanita yang terpelajar. Merekalah yang mendidik Ibnu Hazm. Mereka mengajar baca, tulis dan memahami maksud al-Quran serta pelbagai syair. Arab. Kehidupan dan dunianya hanya di istana dan tidak mengenal dunia luar serta masyarakat Cordova yang merupakan kota metropolitan. 

Ibnu Hazm kemudiannya diserhka kepda Abu Ali al-Husain bin Ali al-Fasi, seorang ulama' yang memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam bidang keilmuan, amali mahupun kearkannya. Di bawah bimbingan gurunya ini, Obnu Hazm mulai menuntut ilmu secara intensif dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu baidalam bidang agama ataupun bidang umum.

Ibnu Hazm mula belajar hadis dari Amir al-Jasur ketika usia 16 tahun. Ketika itu, hadis dan fiqh merupakan dua bidang ilmu yang berkaitan sehingga dapat dikatakan bahawa Ibnu Hazm mempelajari ilmu fiqh pada masa yang sama. 

Ibnu Hazm mempelajari ilmu dari ulama' lainnya sama adad ketika menetap di Cordova atau ketika dalam pengembaraan di pelbagai kota hingga ke Moroko. Ibnu Hazm dapat pelbagai ilmu seperti tafsirm hadis, fiqh, usul fiqh, teologi (akidah), perbandingan agama, bahasa, sastera dan falsafah. Bila sebut falsafah, aku terasa Ibnu Hazm setaraf dengan pemikir Aristotal dan Imam Al-Ghazali. Ini baru terfikir. Abaikan jika tiada kaitan.

Hasil ilmu pengetahuan Ibnu Hazm ini adalah faktor bapanya yang sukakan ilmu pengetahuan disamping ketekunan dan kesungguhan beliau mengausai ilmu serta kecerdasan luar biasa. Ya la kan. Mula-mula Ibnu Hazm bermazhab Maliki, kemudian mazhab Syafie dan akhir sekali Ibnu Hazm adalah ketua Imam mazhab al-Zohiri. Mazhab al-zhohiri masih lagi Mazhab bawah Ahli sunnah wal al-Jamaah. Kenapa aku sebut ASWJ? Sebab ada satu persoalan aku kepada seseorang tentang aku tidak tahu apa itu wahabi dan aku tak kenal siapa wahabi walaupun aku pernah pergi Daurah Murshid tentang Penyelewangan Wahabi dan diberi hadiah buku tentang wahabi. Aku dah baca habis tapi masih aku tak nampak. Betul ke mufti tu wahabi? betul ke ustaz itu wahabi. Sepanjang pembacaan aku, kata-kata ceamah dia tak nampak pun wahabi. Jadi aku sekadar baca tanpa faham. 

Ada satu kuliah yang aku hadir secara google meet dalam subjek Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid al-Shariah, tiba-tiba guruku cakap bab tazahum. Masa ini line internet putus-putus. Rupanya kawan sekuliah tanya pasal kenapa pasal tazahum kita ambil kitab Syiah? Guruku jawab "kita tiada sumber lain kecuali kitab syiah yang bukukan tentang tazahum. Kalau tanya aku pasal tazahum, aku krik-krik tak boleh jawab. Masa peperiksaan online, keluar tajuk tazahum. Aku hanya goreng sahaja. Lepas itu internet lost. Hilang tak dapat dikesan. Aku wasup guruku dan biau buat tambahan masa. Rupanya aku kena jwab semula dari awal. Jadi aku tak tau apa yang aku jawab selepas itu.Yang pasti aku hanya nak submit. Yang best lagi, kawan aku syok jawap satu soalan sebab masih berbaki satu soalan yang dia jawab. Akhirnya, tak sempat submit. Kira tak jawab. Perenggan ini selingan je. hehehe

Kita sambung lagi...

Ibnu Hazm ni mengikut jejak ayahnya yang jadi wazir dalam tiga pemerintahan iaitu Khalifah Abdurrahman IV al-Murtadha yang jadi pembantu Umayyah, Pemerintahan Khalifah Abdul Rahman V al-Musthansir dan pada masa pemerintahan Hisyam al-Mu'tad. Ibnu Hazm memang terlibat secara langsung dalam situasi politik bagi menghadapi seranagn Bani Hammud yang cenderung keapda Syiah dari Maghribi yang digulingkan oleh bani Umayyah di Andalusia.

Ibnu Hazm ini tidak terlibat dalam pentadbiran negara, tetapi menjadi pengajar dan penulis hingga akhir hayatnya. Beliau wafat di desa Manta Lisham, dekat Sevilla.

Setelah tumbangnya Dinasti Umayyah dan kegagalan bidang politik menyedarkannya untuk kembali tekun dalam dunia keilmuan secara lebih serius dan intesif sehingga membawanya ke puncak keilmuan dan mengukir nama dalam perkembangan intelektual Islam.

Pada awalnya Ibnu Hazm menganut mazhab Maliki yang merupakan mazhab rasmi negara. Jika di Malaysia, mazhab rasminya adalah mazhab Syafie termasuk dalam perundangan Islam.  Sama juga di Andalusia ni. Lagipun Ibnu Hazm ini mendapat pelajaran awal dari gurunya yang bermazhab Maliki seperti Abdullah bin Dahundan Ahmad bin Jasur dengan mempelajari kitab Muawatta', karangan Imam Malik. Secara tak langsung Ibnu Hazm belajar Hadis dan Fiqh.

Kemudian, Ibnu Hazm beralih ke mazhab Syafie kerana masih dalam proses mencari bagi mematangkan diri dan pemikirannya. Ini memperlihatkan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap ulama' dan masyarakat bertaklid secara fanatik. Obses sangat ni bahaya tau. hahaha. Ini dapat dilihat dalam reaksi mereka ketika perdebatan dan perbezaan pandangan Ibnu Hazm di Valencia dengan menyatakan 'Ini bukan mazhabmu!'

SUMBER:

Choiriyah (2016) Pemikiran Ekonomi Ibnu Hazm.



05 Februari 2021

Harta Ummah

 Baitulmal 

Isu yang berlaku dalam baitulmal

1) Abdullah Abdul Ghani et. al (2017) Isu-isu dalam pengurusan dan Pelaporan Wakaf, zakat dan biatulmal di Malaysia.

- kajian berkaitan terhad 

- tadbir urus, struktur dan model berbeza di negeri2 di Malaysia. Ada negeri yang gabungkan tadbir urus wakaf, zakat dan baitulmal bawah satu bumbung MAIN. negeri mana yang cekap?

- Isu gred pegawai yang terlibat dalam penyediaan pelaporan kewangan dan perakaunan- slah tanggapan dalam kalanagn pengguna penyata kewangan terutama golongan bukan Islam.

- isu penilaian semula aset -terdapat aset yang tiada nilai komersial spt tanah2 wakaf khas utk pembinaan masjid dan kubur

2) Rabiatul Hasalah Mahmood. 2017. Pengurusan Wakaf di Malaysia : Isu dan cabaran.

- Pembangunan tanah wakaf tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan.

- ketidakcukupan dana dalam pembanguna harta wakaf- tanah terbiar dan terbengkalai yang belum dibangunkan.

- tiada latihan bagi kakitangan pengurusan wakaf.

- Kepincangan pengkalan data lama menyebabkan waris nak tuntut tdak dapat melakukan tindakan sebab tiada maklumat lengkap.

-Tiada kesedaran masyarakat yang kurang memahami ciri2 wakaf yang dinamik.

-Kekurangan tenaga pakar

-Ketidakseragaman perundangan wakaf.

3) Baharuddin bin Aziz. t.th. Isu & Masalaha Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka.JKPTGP

-  su bidang kuasa dan punca kuasa. Banyak agensi yang terlibat berkaitan harta pusaka.

- Pusaka mualaf : perkahwinan pertama merujuk Seksyen 51, Akta Memperbaharui undang-undang (Perkahwinan & perceraian) 1976.

-Tiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebus beli bahagian baitulmal. Ada yang minta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih dahulu dan urusan tebus beli dibuat spt jual beli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut jumlah nilaian harta  yang ditetapka oleh Pentadbir Tanah dan ada yang nak buat penilaian sendiri. Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan si mati tiada meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal mendapat bahagian.

- Waris kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan harta pusaka

-bidang kuasa perlu diperjelaskan

-Ada cadangan -AJAR FARAID DI SEKOLAH2. Bukankah telah ada sekarang dalam buku teks tingkatan 5 KSSM


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...