07 Jun 2020

Norma Baru Covid-19

Musim Covid-19 dan PKPB, sesuatu yang luar norma kehidupan biasa. Belum pernah ada pengalaman begini sejak dahulu. 

Apakah pengalaman luar norma itu?

1. Sosial Distance atau bahasa kampung penjarakan sosial lebih kurang 1 meter. Tak semua yang mampu lakukan tetapi perlu laksanakan demi keselamatan. Jika di klinik, bank, atau mana-mana kerusi, kerusi X mesti dibiarkan kosong.

2. Sekolah ditutup dalam jangka masa yang lama. Sejak bulan 14/3/2020 aku telah pulang ke kampung. Hari ini 7/6/2020 aku masih di kampung. Apa yang berbeza? Hari ini aku mohon kebenaran rentas negeri di Balai Polis M***r. Sekali permohonan peneman. Surat majikan 2 salinan, ic sendiri 2 salinan dan ic peneman 2 salinan. 

"Dibenarkan perjalanan untuk kembali bertugas pada 9/6/2020. Kenderaan : **H 9*1. No tel: 019-*****73" Timb. Ketua Polis Balai Polis *****.

Aku perlu berada di kawasan bertugas dan akan diarahkan bertugas bila-bila masa sahaja walaupun sekolah belum buka. Bak kata Sarjan "Cikgu dah lama berehat". Hanya senyuman dalam 'face mask' dapat aku lakukan. 

Hanya sekolah tutup. Kerja online tetap kena buat. Itulah kataku yang boleh dibuat. 

Aku ke perodua untuk check up kereta untuk perjalanan jauh. RM 25  pembayaran yang perlu dibuat.

3. Sebelum masuk premis mana-mana perniagaan, semua pelanggan perlu diambil suhu badan. Jika melebihi 38 darjah tidak akan dibenarkan masuk. Mungkin itu tanda seseorang sakit.

4. Selain di ambil suhu badan, nama dan no tel perlu dicatatkan, sama ada dalam buku atau dalam bentuk google form (online).

5. Sanitizer juga disediakan. Kadang-kadang kita perlu bersihkan tangan selepas gunakan pen yang disediakan. Yang terbaik, bawa pen sendiri

6. Premis perniagaan perlu dalam 5 orang dalam satu- satu masa seperti kedai telefon. Kedai telefon kecil berbanding supermarket.

7. Jika supermarket ada had yaag ditentukan. Aku tak pasti berapa orang. Jika ada had, pelanggan perlu beratur. Mungkin ada dalam bentuk nombor giliran. 

8. Sentiasa pakai topeng muka. Tidak digalakkan pakai yang kain. Laku keras 'face mask' di farmasi. Sekotak aku beli RM 75. Mahal kan.

9. Laluan masuk dan keluar mesti berlainan supaya tiada pertembungan dua hala. Ini yang berlaku di Pusat Servis Perodua. Begitu juga di pasar malam percubaan.

10. Tiada lagi bersalaman atau peluk cium. Hanya letak tangan di dada sebagai pengganti. Serupa sapaan orang Jepun kan.

Ini sahaja yang aku pernah lalui. Mungkin banyak lagi norma baru yang berlaku kepada orang lain tetapi bukan diriku.

Cukup setakat ini coretan covid-19.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...