2012 merekalah yang terbaik. Merekalah sangat terkesan. 2017 aku sendiri banyak terkesan. Dulu menangis. Sekarang juga menangis.'Mereka' aku tidak tahu. Drama atau tidak, mereka yang tahu. Ada juga yang 'kering' hatinya. Semakin meningkat usia, mereka pasti 'lembut' hati pada masa 5 tahun akan datang.
Walaupun 4 tahun yang lalu, perbelanjaan tidak banyak beza. Peningkatan dari segi penginapan, makanan dan pengangkutan. Ekonomi juga tidak seperti 4 tahun yang lalu.
Jika 4 tahun yang lalu, anak masih kecil. Sekarang mereka semakin membesar. Perbelanjaan juga besar. Pengorbanan juga bertambah besar. Sebuah keluarga pasti sangat 'berkira' untuk perbelanjaan tertentu.
Kadang terfikir, adakah program ini memberi kesan atau tidak? Bagi pengendali program, peserta wanita sangat terkesan.
Aku juga tidak boleh beri 'persepsi' awal tentang diri mereka. Itu sahaja yang termampu aku berikan. Hanya Allah yang memberi hidayah.
Aku doakan semoga semua peserta ada perubahan pada tahun 2017 dan seterusnya.
Aktiviti yang sempat aku saksikan.
****************************
****************************
Abdul Muthalib telah bernazar untuk korbankan seorang zuriatnya
Maka jatuhlah ia kepada Abdullah, anaknya
yang paling indah wajahnya
Kebesaran Allah yang menunjuk jalan , ditukarkan
dengan dikorbankan unta
Maka selamatlah anaknya Abdullah , Disyukuri
dengan linangan yang suci
Abdullah pemuda kacak dan tampan , Dikahwinkan Aminah, puteri rupawan
Maka mengandung ia, akan Baginda, Yang penuh
kemuliaan dan keberkatan
Ayahnya Abdullah dipanggil Tuhan, berduka Aminah,
anaknya yatim
Rabi’ul Awwal lahirlah bayi yang mulia, yang bersujud
pada Allah yang Esa
Amat sempurna indah memancar, cahayanya
menyinari seluruh Alam
Seluruh makhluk langit dan bumi mengucap salam ke atas kewujudannya
Abdul Mutalib menatap bayi yang indah,
terpilu hati melihat yatim tiada berayah
Dibawa cucunya tawaf di Kaabah, berdoa kepada
Tuhan sepenuh hati
Maka mendengarnya bisikan pada qalbi, namakan
Muhammad, dia insan terpuji
Apabila Halimah Sa’diah memandang Baginda,
kasihnya mekar dipangkunya pulang
Padahal ketika itu tiada yang mahu
menyusunya, kerana Baginda anak yatim tiada berkayaan
Barakah rezeki melimpah pada keluarga
Halimah, kerana cinta mereka kepada Baginda
Bayi yang barakah dikembalikan kepada Aminah,
lalu dibawa menziarahi pusara ayahnya
Abdullah
Kesedihan menimpa , baginda yang kecil
Ibunya Aminah pula meninggal diperjalanan
Dipelihara pula datuknya sehingga meninggal
Dipelihara pula oleh Abu Talib yang amat
miskin
Hidup kecilnya sudah berdikari
Itulah susunan Allah, Yang Maha Penyayang
Mengembala kambing jauh di gunung
Tiada pernah merungut akan kesusahan
Kelaparan dan kesunyian adalah kehidupannya
Haiwan dan gunung menjadi teman penghiburnya
Gelaran Al-Amin diberikan kepadanya
Hidupnya suci tiada berdusta
Dilamar Siti Khadijah sebagai suami
Melihat akhlak indah menguruskan dagangannya
Di Gua Hira’ Baginda berkhalwah sayu
Maka didatangi Jibril, membawa wahyu
Bacalah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu
Engkaulah penutup para Nabi dan Rasul
Duhai Para saudara semua
Apakah kalian tiada gembira
Kelahiran Baginda penyelamat insan
Dari kegelapan tiada bertuhan
Duhai Para saudara sekalian,
Janganlah berpaling dari Nabimu
Jalannya membawa pada kebahagiaan
Jalannya menghancur nafsu dan syaitan
Bagindalah nanti yang akan mencarimu
Ketika ketakutan di Hari Akhirat
Syafaatnya luas tiada terhingga
Para malaikat tak dapat menahannya
Maafkan kami yang lalai selawat padamu
Sedangkan engkau amat mencintai kami
Maafkanlah kami wahai jiwa yang pemaaf
Diri kami yang penuh dosa dan noda
Ya Rasulullah, sudilah kiranya
Sudilah Tuan memandang kami
****************************
BAYANGAN WAJAHMU (click tajuk untuk dengar lagu ini)
Usah lari mengejar bayanganmu
Henti langkah jika kau sedar
Tunduk bersimpuh hadap dirimu
Dirimu adalah bayanganNya...
Jangan tempuh sempadan laisa..
Pasti langkahmu akan tersasar..
Pandanglah alam juga dirimu...
Semua ternyata wajahnya..
Co
Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu
Wujudku bayangMu
Wujudku wajahmu
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..
Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.
Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yg tahu.
Dibalik mata
kau yg memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..
Dibalik mata
kau yg memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..
Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu
Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..
Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.
Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.
Dibalik mata
kau yang memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..
Dibalik mata
kau yg memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..
Hilanglah aku nyata wujudmu..
*****************************Nazam Sifat 20 (click tajuk untuk dengar)
*****************************
40 peserta dibahagi kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada 8 ahli. Kumpulan berdasarkan warna fail. Hijau, biru, kelabu, kuning dan pink.
Pak ketua bagi kem ini ialah Hafiz. Manakala mak ketua ialah Athirah. Tugas paling penting dalam kem ini selama 3hari 2 malam.
Ketua kumpulan terdiri dari Udin, Daus, Halal, Wan, Ibad.
Peraturan:
1. Jaga masa.
2. 100% komitmen.
3. Jaga adab dan ikhtilat
4. Susun selipar/kasut.
1. Jaga masa.
2. 100% komitmen.
3. Jaga adab dan ikhtilat
4. Susun selipar/kasut.
~ADAB-MASA-KOMITMEN~
Tugas bermula dengan aktiviti beri nama kumpulan, visi, misi.
Bacaan Motto MRD, Asmaul Husna, prinsip10.
Ada penceritaan tentang siapa kita? siapa Allah. Bab Tauhid diperteguhkan. Selawat tobibi. Nyanyian Nazam Sifat 20. Bayangan Wajah. Nyanyian kisah nabi Muhammad. Zikir Munajat. Bacaan Surah Al-Insyiqaq dan tadabur makna.
10 - 12 Mac di Brindley Traning Camp, Pasir Panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan