20 Oktober 2024

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt

2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju semput, nafas tak panjang. 2 minggu juga aku 'minimum' masuk kelas. Sekadar bagi latihan. 

3 hari minggu lepas, aku menghadiri mesyuarat bawah seliaan Lemba**. Sudah lama aku freeze diri dari mereka walaupun 2 tahun aku pernah bersama L ini. 2018 dan 2019. Ia bermula apabila aku menjadi pengganti a.k.a bidang terjun kerana masalah kesihatan rakan sejawatku.

2020 hingga 2022 aku sambung belajar dengan tajaan. Aku hampir kecundang dan hampir serah diri untuk dikenakan penalti 100k. Banyak. Alhamdulillah 2+1 (2 tahun belajar sepenuh masa serta tajaan dan 1 tahun perlu dihabiskan sambil bekerja). Aku belajar ketika PKP dengan pilihan mix mode. Alhamdulillah semua Allah punya perancangan, aku berjaya konvo pada hari lahirku pada umur kurang setahun 40 an. 

Dengan umur 40 an, aku merasakan diri bertambah teruk kerana semakin lalai. Semakin banyak habiskan masa di sekolah sebagai guru dan warden. 

Penganugerahan APC kali pertama dalam perkhidmatan juga tidak membantu aku kerana itulah rutinku selama ini. Sama sahaja di sekolah lama (11 tahun khidmat) dan sekolah baharu. Cara kerjaku tetap sama tetapi penerimaan orang berlainan.

Ini juga kemungkinan aku belum ada komitmen besar untuk aku pegang selain di tempat kerja. Itu sahaja kemahiran yang aku ada. Itu sahaja kerja yang sepatut aku siapkan biar setimpal dengan gajiku. Adakah masih ada keberkatan itu untukku?

Berbalik kerja bersama L semula, aku mungkin semakin tidak menang tangan. Trial SPM sedang berlangsung dan SPM juga bakal menjelang. Calon SPM semakin membimbangkan. Mereka berusaha tapi apakan daya, itu sahaja mereka dapat hasil dengan 12 subjek yang mereka ambil. Bebanan, tekanan dari pelbagai arah. Apa perlu aku buat?

Namun aku perlu menjaga kesihatan kerana aku melihat rakan sekerjaku mendapat serangan jantung 2 kali dalam tempoh 2 minggu. Kerjanya lebih berat dan lebih banyak dariku dan lebih muda dariku. Dia yang masih single dan menjadi tulang belakang keluarga. Sakit ke klinik sendiri. Bahkan ke hospital warded pun pergi sendiri. Tiada peneman. Aku terbayang aku di tempatnya. Memang pergantungan kepada Allah dan keluarga.

Sekadar coretan peribadi.

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...