11 Julai 2012

Pengiring Sesat dan Janji Mereka.

Jalan itu. Banyak kali aku berulang alik ke situ. Melalui jalan lain. Cuma pernah balik ikut jalan yang aku pergi hari ini. Penat berpusing-pusing. Takut juga berpatah balik. Bertanya beberapa pekerja stesen minyak yang ditemui. Bukan warga negara. Aku jadi kurang percaya. Bertanya lagi. Oh! aku sudah sesat. Akhirnya bertemu destinasi yang dituju.


Membawa 4 orang pelajar ke satu program untuk memperkenalkan kaedah mudah menjawab soalan PMR dengan mudah. Modul yang menggunakan beberapa tip yang mudah difahami. Mudah sangat. Setiap kali habis program, janji kosong aku dengar dari mulut mereka. 'A' ditangan mereka. Alangkah sombongnya kata-kata itu tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah dan juga usaha mereka sendiri. Aku masih kabur dengan kata-kata itu. Ya Allah, buktikanlah kata-kata mereka. Hidayah itu itu milikMu.

Makanan tak disentuh. Lapar sangat tapi tahan demi pelajar-pelajar ini.Di sana, terus diberi taklimat tugas fasilitator.Setiap kumpulan mempunyai 8 peserta. Peserta ini kebanyakan terdiri daripada mereka yang tidak lulus matapelajaran BA ini. Ada yang OK. Yang KO nya, apabila peserta tidak menghafal tasrif feel madhi , mudhari' dan feel A'mr. Dhamir munfasil dan dhamir muttasir masih kabur. Masa yang singkat ini dihabiskan dengan membuat jadual formula dhamir dan tasrif ini. Inilah punca mereka tidak lulus!
Ada seorang peserta dari kumpulan aku suka sangat khayal. Apa yang dilayan, aku tak tau. Tenaga pengajar memberi tips-tips, hingga ke istana mana dia sampai, Istana Biru di langit? Bila disuruh, dia buat tanpa melawan. Ikut sahaja. Perempuan ini dah jatuh cintun ke? Andaianku tidak berasas. Gurunya datang kepadaku dan mengatakan pelajarnya itu bermasalah. Selalu khayal dan senyum seorang diri. Tak tau nak dikategorikan pelajar GALUS atau pelajar gagal. Itu kenyataan gurunya. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutku untuk mengomen pelajar itu. Pelajarku bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...