02 Mac 2019

Bakal Imam Besar.

Berada di sebelah MB sukar bagi orang biasa. Tidak bagi seorang remaja 13 tahun ini.

Azan asar berkumandang. MB solat dahulu di masjid. Kelihatan MB solat sunat qabliyyah.

Apa yang menarik tentang remaja 13 tahun tadi. Dia turut sama solat sunat qabliyyah. Semua jemaah masjid menunggu. Muazzin turut menunggu untuk iqamat. Selepas 2 rakaat, remaja ini bangun menambah rakaat. Muazzin tunggu lagi. Apabila dia sambung lagi, muazzin terus iqamat. Habis iqamat, dia habis solat sunat. Terus bangun untuk solat asar secara berjemaah tanpa rasa bersalah. Sebelah MB. Kau ada?!

Aku teringat seorang pelajarku. Semasa perkhemahan, dia jadi imam solat isya' berjamaah. Rakaat pertama, selepas baca fatihah dia baca surah pendek. Hebat. Rakan dia tak hafal. Rakaat kedua selepas baca fatihah, baca surah pendek lagi. Hebat, hebat.

Masuk rakaat ketiga selepas baca fatihah secara jahhar (suara kuat), dia baca surah pendek lagi. Aku dah tepuk kepala. Apahal dia ni? tak pernah solat isya' berjemaah ke? Sambung rakaat ke-4 , dia buat perkara sama. Hai! nak kena budak ni!!

Kesimpulannya, mereka berdua budak baik. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Jika tidak biasa solat berjemaah, pasti ada kejanggalan. Solat sah tetapi tidak ikut sunnah. Tidak ikut kebiasaan.

Tegurlah berhikmah supaya menjadi ingatan dan peristiwa ini tidak berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...