04 Jun 2019

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Keputusan epgo telah keluar. Tahun ke-9 aku isi secara online. Setiap kali 'result' keluar, harapan aku tetap ada. Untuk pulang (khidmat) ke kampung (negeri). Banyak kali terlintas dihati untuk menggunakan ' orang dalam'. Aku tahu, semua itu rezeki dari Allah. Apakan daya, aku tetap manusia biasa.

Musafir bersendirian mengundang banyak risiko. Sejak 10 tahun yang lalu. Musafir ini tetap ada hukumnya. Haram bagi seorang perempuan. Ya. Haram. Aku ada jumpa pendapat 'ustazah selebriti' dengan mengatakan hukumnya HARUS sebab negara aman. Inilah pendapat yang menguatkan aku tetap bermusafir tanpa mahram.

Aku tetap masih di 'sini'. Khidmatku masih diperlukan. Adakah kepercayaan ini dapat aku pikul? Aku masih berusaha baiki diri. Depan mataku, masih ramai yang berkaliber. Mungkin pengalaman adalah kurang kerana masih belajar. Getaran tetap ada apabila berhadapan para cendekiawan muda. Paling menakutkan apabila ada soalan. Maafkan diri ini. Terasa tidak layak pegang tanggungjawab ini. Jadi aku anggap ini adalah peluang. Peluang masih terbuka luas untuk timba pengalaman.

Awal pembabitanku dalam dunia kerjaya ini sangat kecil berbanding rakan lain. Mereka tidak dapat hadir ke suatu program dalam tempoh yang lama dengan alasan keluarga. Apabila aku sentiasa hadir dan dihantar untuk sesuatu program, aku tiada alasan untuk menolak tawaran.

Pernah suatu ketika pemanduan dari kampung mengambil masa hampir 10 jam. Aku keletihan. Demam. Aku tetap hadir menjadi pengiring kontijen negeri. Seminggu. Demam. Hilang suara. Rupa-rupanya aku dapat kenalan baharu. Perkongsian pengalaman baharu. Percutian percuma. Mandi air sungai yang sejuk. Itulah hikmahnya.

Alhamdulillah. Orang yang paling layak lulus epgo telah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Bertugas di sekolah lamanya sebagai guru. Lebih kurang 3 minggu menjadi  ' housemate' aku. Di sekolah kelihatan sihat. Tetapi di rumah, dia tidak mampu sembunyikan kesakitannya. Memang dia layak dekat dengan keluarganya. Rezeki Allah, tiada siapa yang tahu.

Moga dia terus istiqamah menabur bakti di sekolah itu. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...