04 Oktober 2020

Anak menjadi tuan?

Semalam aku menyaksikan satu situasi antara ibu dan anak. Walaupun ibu ini hanya ibu angkat kerana tiada zuriat setelah lama berkahwin.

Ibu ini pergi 'shopping' dengan tujuan membeli barangan seperti cadar untuk kegunaan homestay beliau. Dibawa bersama anak kecil lebih kurang usia 7 tahun dan jantina lelaki. 

Disebabkan 2 Oktober tarikh lahirnya, dia menuntut ibunya hadiah. Bagi anak ini, setiap 2 oktober dia perlukan hadiah. Nampak kedai permainan, minta ibunya belikan. Merengek. Marah-marah. Hentak kaki. Buat-ba nangis. Aku yang jadi penonton ini rasa nak angkat tangan. Ish, anak orang. Sedarkan diri sendiri.

Adakah cara ini menghasilkan ibu melahirkan tuan? Wallahu a'lam. 

Anak ini akan sentiasa sebut sehingga dibelikan hadiah. Besar. Mahal. RM140 untuk 2 lori truck yang besar dan ada alat kawalan bersama bateri. Bagi aku, ini membazir.

Alhamdulillah, keluarga aku tidak mengamalkannya. Atau kerana keluarga kami, keluarga besar dan tiada kemampuan untuk memberi kepada 13 orang anak. Bagi aku budaya beri hadiah sempena hari lahir, bukan budaya Islam.

Aku teringat mak pernah cakap, hari lahir kita adalah hari kematian kita. Apabila ada ramai yang mati setelah menyambut hari lahir, aku teringat cerita mak. Hampir betul. Jika lahir hari jumaat, kita akan mati hari jumaat. Aku lahir hari selasa malam, adakah aku tiada peluang mati hari jumaat?

Kembali kepada cerita anak dan ibu ini. Aku berbual dengan si anak yang aku panggil 'abang'.

"Ummi sayang abang sebab itu ummi belikan abang hadiah," kataku.

"Ala, semalam kan birthday abang, ummi kena la belikan abang hadiah," kata si 'abang'.

"Sepatutnya abang yang kena beri ummi hadiah sebab ummi yang jaga abang hingga abang jadi besar dan sihat macam ni," si 'abang' tunjuk 💪😅.

"Abang besar nanti, abang beli la. Untuk kakak sekali," kata Si 'abang'. Aku baru nak bahasakan diri acik🤗😂.

"Ummi dah beli tu. Lepas ini abang kena dengar cakap ummi. Ummi suruh kena buat. Ummi marah, jangan buat," kataku lagi. Macam berceramah.

"Baiklah," katanya ringkas sambil sentuh barang mainan lain. 

Nampak gaya,semua mainan dia suka.Nak yang besar. Kecil tak main. Kesian ummi dia.Ikut sahaja telunjuk anak supaya diam.

Entah apa yang akan aku buat, jika si 'abang' adalah anakku. Jangan bayangkan kerana perkara itu belum berlaku.

Yang pasti setiap ibu bapa perlu ada ilmu 'parenting' untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Zaman dahulu pasti berbeza kerana anak-anak sekarang lebih banyak dengan teknologi daripada bergelumang dengan sungai, selut dan segala permainan luar rumah.

Moga aku dan keluarga dijauhkan daripada 'anak menjadi tuan'. Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...