02 Oktober 2020

Fasa Covid-19 Jan 2020.

Menurut BH, Covid-19 di Malaysia di kesan bermula 23 Jan 2020. KK melalui CPRS terima 3 kes (2 di Sabah dan 1 di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV). Kemudian KKM sahkan kes di Sabah negatif.

Jadi hanya 1 kes di Selangor.

**********

24 Jan 2020: KKM maklumkan 8 kontak rapat kes pertama di Singapura berada di johor Bahru dan dikuarantin.

**********

25 Jan 2020: Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV membabitkan 3 warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan 2020. Ketika ini KKM nasihatkan rakyat Malaysia tidak melancong ke China.

***********

26 Jan 2020: KKM rancang tambah ibasan suhu badan di pintu masuk negara.

***********

27 Jan 2020: KKM kenalpasti 26 hospital di seluruh negara. Kerajaan juga menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuatkuasa serta merta.

Ketika ini ada keluar cerita bahawa ada satu wilayah di China tidak kena Covid-19 sebab ramai orang Islam. Jadi dibuat andaian, orang Islam tidak akan kena Covid-19 ini

************

28 Jan 2020: YdPA Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semusa masjid di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu Covid-19. Hingga sekarang, aku tiada dengar perkembangan Jawatankuasa ini. Senyap atau aku tidak tahu.

************

29 Jan 2020: KKM sahkan pertambahan 3 kes postif dan jumlahnya adalah 7 kes. PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dalam persediaan bawa balik rakyat Malaysia dari Wuhan, China.

************

30 Jan 2020: KKM sahkan pertambahan kes positif Covid-19 dalam kalangan kontak rapat kes ke-8. Jumlah positif adalah 8 kes.

Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China.

Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Kerajaan Sabah mengambl keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke  Sabah berkuatkuas serta-merta.

Ketika ini, Sabah bertindak cepat.

***********

31 Jan 2020: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisyhtiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia. 

Setahu aku, WHO ini takkan isyhtihar jika tiada kepentingan pertubuhan mereka. Bila mereka tergugat, baru disiyhtiharkan darurat. Tiada sandaran fakta.

Rujukan

1. Telegram Majlis Keselamatan Negara mula dicipta 12 Mac 2020

2. Berita Harian 1 di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...