01 Januari 2021

Matlamat Syariah 1

AL-RAISUNI

Dr Ahmad Abdul Salam Mohamad al-Raisuni lahir pada tahun 1953. Beliau merupakan pakar usul fiqh Islam dari Maghribi yang menjadi Pengerusi Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia. Beliau juga merupakan bekas ketua Gerakan Kesatuan dan Pembaaharuan (MUR), iaitu sayap gerakan masyarakat bagi parti Islam di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (JDP). Jalur intelektualnya dikesan dengan gerakan reformis salafis di Maghribi yag dimulakan oleh Allal al-Fasi. Ulama' Mazhab Maliki kontemporari seperti Muhammad al-Tahir Ibn Ashur dan Abdullah bin Bayyah turut mempengaruhi beliau. Sekarang beliau mengajar di Qatar, Maghribi dan pelbagai negara lain (wikipedia online 2020).

MUSTAFA AL-ZARQA'

Mustafa al-Zarqa' (1907-1999) dalam buku Kompedium Maqasid al-Shariah (2017: 84) bahawa maqasid al-shariah sangat diberi perhatian dalam memberi pandnagan fiqh dan fatwa dengan mengatakan bagi menajwab soalan-soalan fiqh, jawapannya tidak boleh bertaklid dengan mazhab tertentu bahkan mengambil pandangn dari mazhab yang sesuai  dengan konteks situasi dan zaman lebih menepati Maqasid al-Shariah, kecuali jika ada keperluan untuk menggunakan prinsip Sadd al-Dhari'ah, disebabkan berlaku helah terhadap hukum syarak dan ditakuti keburukan dalam pelaksanaannya. Beliau juga tulis dalam kitab Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah bahawa sekiranya tiada penyelesaian dalam mazhab-mazhab fiqh terhadap kemusykilan tertentu maka kami akan mencari hukum yang sesuai dengan prinsip, kaedah maqasid al-Ahariah umum dan khusus bagi topik itu. Selain itu, beliau menegaskan TIGA alat untuk memahami hadis dengan baik iaitu; pengetahuan mendalam terhdap Bahasa Arab, penggunaan akal dan kemampuan dalam Fiqh al-Shariah. Dalam kitab al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, beliau menjelaskan dengan panjang lebar tentang konsep istislah iaitu perbahasan mengenai konsep maslahah dan perkaitannya dengan Maqasid al-Shariah. 4 faktor yang menyeru kepada al-Istislah iaitu mendapat maslahah, menolak mafsadah, Sadd al-Dhari'ah dan perubahan zaman. Setiap faktor tersebut perlu memenuhi jalan al-istislah dengan memberikan hukum-hakam yang munasabah dan merealisasikan Maqasid al-Shariah dalam menegakkan kehidupan sosial atas manhaj terbaik supaya mendapat hasil terbaik bagi masyarakat. Selain itu, ketika beliau membicarakan tentang kepentingan ijtihad kolektif (al-Ijtihad al-Jama'i) dalam aliran semasa, terdapat dua perkara penting yang menajdi perkara penting bagi merealisasikan Undang-undang Sivil Islam sebagai menjawab keperluan-keperluan zaman baharu. Pertama adalah mengambil manfaat daripada khazanah fiqh yang luas daripada pelbagai mazhab dan aliran yang muktabar tanpa terhad dengan satu mazhab sahaja. Kedua ialah pengeluaran baharu terhadap hukum hakam berdasarkan Usul al-Fiqh dan Maqasid al-Shariah.

الاستحسان m/s 168

Takrif bahasa.

Istihsan berasal daripada perkataan استحسن - يستحسن - استحسانا dan merupakan pecahan daripada perkataan hasuna حسن yang membawa maksud baik daripada sudut bahasa , istihsan bermaksud menganggap sesuatu itu baik dan elok

Takrif Istilah

al-Sarakhsi: Al-Istihsan ditakrifkan sebagai meninggalkan al-Qiyas (dalam istinbat hukum) dan mengambil apa yang lebih baik bagi manusia. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai mencari kemudahan dalam hukum, dalam permasalahan yang menyulitkan manusia (al-Sarakhsi 1993:10/145). Takrif ini menyerlahkan roh syariat kerana mencari kemudahan ialah sebahagian Maqasid al-Shariah yang utama (al-Kilani, t.th; 72) 

Abu al-hassan al-Karkhi: al-istihsan sebagai seseorang mujtahid meninggalkan menghukum sesuatu masalah dengan hukum masalah lain yang sebanding dengannya kerana ada sesuatu pertimbangan yang lebih utama yang mendorongnya untuk meninggalkan hukum itu (al-Amidi, t.th: 4/158)

Ibn al-Arabi: al-Istihsan bermaksud mujtahid cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan dalil itu boleh menyalahinya kerana ad dalil lain yang bertentangan dengan sebagian daripada maksud asal sesuatu hukum. Maksudnya ia berpaling daripada menghukum sesuatu masalah dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus pad al-Quran atau hadis (Husayn Hamid Hassan 2003: 366)

Pembahagian Istihsan;

1) استحسان بالعرف 

al-Istihsan bi al-Urf dari segi istilah ialah istihsan yang berlaku pada setiap perkara yang mempunyai amalan atau kebiasaan yang tersendiri tetapi hukumnya berbeza dengan hukum asal yang sepatutnya diaplikasikan pada perkara tersebut (al-Bardasi, t.th; 315)

Contoh: Seseorang bersumpah tidak akan makan daging, namun iai makan ikan. Ia tidak dikira melanggar sumpah keraan kebiasaan masyarakat hari ini tidak memanggil ikan sebagai daging.

Contoh lain: fiqh Mazhab Hanafi mengatakan bahawa antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang. Mengikut prinsip ini tidak harus mewakafkan harta alih kerana harta itu cepat rosak dan tidak berkekalan. Namun Imam Muhammad bin Hassan mengharuskan wakaf harta alih seperti buku-buku dan seumpamanya kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya. Oleh itu, ia harus berdasrkan al-istihsan walaupunmmenyalahi prisnsip umum.

2) استحسان بالمصلحة, 

al-Istihsan yang berlaku atas pertimbangan maslahah. Istilah akan digunakan jika dalil umum yang digunakan akan membawa kepada kesulitan, maka perkara tersebut dikecualikan atas dasar maslahah dan menghilangkan kesulitan (al-Shatibi 1974:288)

Contoh: kerosakan sesuatu yang dilakukan oleh pekerja wajib diganti mengikut kaedah umum. Pekerja ialah pemegang amanah, maka kerosakan yang berlaku tidak perlu diganti. Ini akan menimbulkan mafsadah bagi manusia. Oleh itu penggantian bagi kerosakan itu adalah wajib berdasaran konsep al-istihsan bagi menjaga kemaslahatan manusia.

3) استحسان بالنص

Takrif istilah

Al-Nas merujuk kepada sumber wahyu; al-Quran dan hadis manakala al-istihsan bi al-Nas  bermaksud setiap setiap masalah yang diberikan hukum yang bertentangan dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana mempunyai dalil khusus daripada nas.

Contoh: jual beli secara tempahan (Bai' al-Salam) merupakan jual beli sesuatu barang yang belum ada ditangan penjualnya. Menurut kaedah adalanya jual beli dengan cara ini adalah haram kerana barang tidak wujud semasa transaksi jual beli dilaksanakan. Rasulullah saw melarang jual beli spt ini dilaksanakan seperti di dalam sabda Rasulullah kepada Hakim bin Hizam;

لا تبع ما ليس عندك

"Jangan engkau menjual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau" (riwayat Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah melarang menjlankan transaksi jual beli sekiranya barang tidak wujud semasa majlis akad berlangsung. Namun jual beli Bai' al-Salam dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau dalil tersebut kerana ada nas lain yang mengharuskannya, iaitu hadis mengenai peristiwa Rasulullah datang ke Madinah sedangkan penduduknya pada masa itu menjalankan jual beli bai; al-salam ke atas buah-buahan dalam masa setahun atau dua tahun. Kemudian rasulullah bersabda;

"Barangsiapa yang menjual salam dalam kalangan kamu, maka hendaklah ia berjual salam denagn sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang jeals" (Riwayat Bukahri dan Muslim)

hadis ini menunjukkan Rasulullah telah membenarkan transaksi jual beli bai' al-salam tetapi barang itu hendaklah dengan sukatan yang jelas dan pertimbangan yang diketahui. begitu juga dengan tempoh transaksi jual beli mesti diketahui.

4) استحسان بالاجماع


مقاصد أفعال الرسول kompendium m/s 198

Takrif bahasa: al-Maqasid (rujuk Maqasid al-Shariah)

Af'al berasal daripada perkataan  فعل - يفعل - فعلا yang merujuk kepada semua perbuatan sama ada disengajakan atau tidak

Al-Rasul bermaksud utusan, pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang membawa risalah. Istilah Rasul ini dugunakan  bagi merujuk Nabi Muhamamd s.a.w.

المقاصد العامة m/s 200

Takrif bahasa

al-Maqasid ( rujuk istilah Maqasid al-Shariah)

al-Ammah (rujuk istilah al-Hajah al-Ammah)

Takrif istilah;

terdapat dua aliran yang berbeza dalam mentakrifkan al-Maqasid al-Ammah

1) Maqasid yang medatangkan maslahah kepada setiap individu dalam masyarakat iaitu smeua indiviud tidak etrkecuali daripada mendapat manfaat daripada maqasid tersebut. Al-Khadimi sedikit berbeza pandangannya, menyatakan bahawa tidaklah menajdi sesuatu kemestian maqasid itu mendatangkan maslahah kepada setiap individu tetapi memadai hanya mendatangkan maslahah keapda individu tetapi memadai hanya mendatangkan manfaat keapda sebahagian besar masyarakat.

2) Perkara-perkara yang dijaga rapi untuk dipastikan dapat direalisasikan dalam masyarakat seluruh atau sebahagian besar hukum syara'. Perkara tersebut seperti al-Daruriyyat al-khams, keadilan dan mengeluarkan mukallaf dari kongkongan nafsunya

Daripada dua aliran di atas, dapat difahami bahawa perbezaan dalam pentakrifab terhadap maqasid al-Ammah berlaku disebabkan oleh perbezaan pandangan. Aliran pertama melihat dari sudut jumlah mukallaf yang terlibat dalam maqasid tersebut  dan aliran kedua melihatnya dari sudut jumlah hukum yang terlibat dengan sesuatu maqasid.

Contoh maqasid keadilan menjaga sistem kehidupan ummah dan keselarasan di hadapan undang-undnag dan maqasid al-Taysir (Keringanan) menghilangkan setiap kesulitan  yang diperlukan oleh setiap individu dalam urusan harian mereka. Atas perkiraan ini, maqasid ini dinamakan sebagai umum kerana sifatnya yang umum meliputi segenap individu atau sebahagian besar masyarakat .

SUMBER:

1.  Ahmad al-Raysuni - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

2. Buku: Kompendium Maqasid al-Shariah. terbiatan IDE Research Centre Sdn Bhd. Oktober 2017. editor Nurul Asyirah Abas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...