18 Februari 2021

Banyak Agensi terlibat dalam Harta Pusaka.

Bila aku melihat jumlah harta beku meningkat, terfikir pula tentang baitulmal. Apa kata baitulmal dapat semua harta beku ini? Hah!!!

Aku cuba cari mana-mana artikel, tiada kesesuaian dengan persoalan aku. 

Bila baca kedudukan baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab, terfikir dan berangan "Alangkah baiknya harta-harta beku milik orang Islam ini diserahkan kepada baitulmal". Dari sudut perundangan, aku sendiri tidak tahu. Ada sesiapa buat kajian pasal ini? Ada sesiapa jumpa artikel yang boleh jawab persoalan aku? Woha!

Ingat lagi perbualan aku dengan seorang pegawai yang uruskan harta pusaka "Saya hairan macamaman surat khabar boleh bagitahu harta yang tidak dituntut sebanyak sekian dan sekian? Saya sendiri tidak tahu. Di mana data diorang dapat? Kami tidak pernah ada data berkaitan harta beku ini. Kami hanya boleh tahu, tuntutan harta, bilangan yang mohon dan yang telah selesai. Jika dah lantik pentadbir pun dikira telah selesai," jawab pengawai ini dengan tegas.

Harta alih dan harta tidak alih.

Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu harta. 

Yazid & Ibnor (t.th), umat Islam wajib percaya bahawa segala ciptaan Allah termasuk harta yang ada di muka bumi adalah hak Allah untuk keperluan manusia keseluruhannya. Manusia perlu faham bahawa Allah adalah pemilik mutlak kepada pemilik segala-galanya yang ada di muka bumi dan manusia sebagai khalifah dan menjadi pentadbir kepada harta yaang ada di muka bumi ini. Oleh itu, Allah telah tetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi menguruskan harta berkenaan.

Maksud harta.

Ibn Athir: harta pada asalanya iaialah sesuatu yang dimiliki, terdiri daripada emas, perak dan kemudian digunapakai dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dari wang. pemakaian istilah mal di sisi orang Arab adalah merujuk keapda unta kerana harta mereka kebanyakan terdiri daripada unta.

Kamus al-Munjib: harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwi keapda binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan unta sama ada jantan atau betina. Ia juga membawa maskud tiap-tiap benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau kumpulan. Mengikut pengertian umum, maksud perkataan harta atau Mal yang paling mudah difahami adalah peredaran wang di antara manusia sama ada dari bahan galian mahupun kertas.

Mazhab Hanafi: Harta adalah sesuatu yang menjuruskan kecenderungan manusia  kepadanya secara tabii atau semual jadi dan boleh disimpan serta boleh digunakan ketika waktu yang dihajatkan. 

Sebahagian yang lain berpendapat harta adalah sesuatu yang pada kebiasaannya boleh diambil manfaat daripadanya atau sesuatu yang boleh dimiliki dan dikawal walaupun tanpa keperluan

Imam Shafii: seperti yang dinyatakan oleh al-Suyuthi bahawa  harta adalah sesuatu yang bernilai dan mesti dibayar gantirugi jika berlaku kerosakan.

Ulama' Maliki: sesuatu yang boleh dinamakan sebagai mal adalah yang digunakan oleh pemiliknya seahaja jika ia diperoleh dengan cara yang betul.

Al-Buhutiy: harta dari segi syarak  ialah sesuatu yang ada padanya manfaat yang harus selain daripada manfaat untuk hajat atau darurat.

Kitab Mu'jam lughat al-Fuqaha': harta 9mal) adalah merujuk kepada nama bagi himpunan sesuatu yang dimiliki oleh manusia. Asalnya ilah sesuatu yang menjadi cenderung kepadanya secara tabii dan boleh disimpan seperti duit dan juga apa-apa yang sebanding dengannya, Selain itu, ia juga bermaksud setiap sesuatu yang boleh dimanfaatkan dnegannya sepertimana yang diharuskan oleh syarak dalam keadaaan yang selain daripada keadaaan darurat.

Harta Alih :
  • duit simpanan bank
  • wang tunai
  • simapanan KWSP
  • Saham (BSKL, SDN BHD, Koperasi, BKRM, ASB)
  • Barang kemas atau perabot
  • Kereta atau motor
  • pampasan pengambilan tanah
  • Pampasan insurans atau takaful
  • Tabung Haji
  • Binatang ternakan
Harta Tak Alih:
  • Tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya
  • si mati ada mengusahakan ataupun memohon tanha A.A atau T. O.L semasa hidup daripada membuat bayran premium
  • Tanah yang dipajakkan seperti lombong
  • Tanah yang dipegang oelh seseorang bagi pihak si mati sama ada sebagai pemegang amana, pentadbir atau wasi
  • Tanah yang patut diturun milik kepad si mati daripada pusaka yang sedang dibahagikan.
  • Pegangan dibwah Land (Group Settlement Areas) act 1960
  • Sesuatu kepentingan dalam gadaian atau pajakan
  • Ramah pangsa
Undang-undang utama pentadbiran harta pusaka di Malaysia.

  1.  Mahkamah tinggi - Akta Probet & Pentadbiran 1956 (Akta 97) - lebih RM 2 Juta -Akta wasiat 1956.
  2.  Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan - Akta Harta Pusaka Kecil 9Pembahagian ) 1955 (Akta 98) -Bawah Rm 2 Juta
  3. Amanah Raya Berhad - Akta Perbadanan ARB 1995 (Akta 532) - Bawah RM 600K.
Isu Bidang Kuasa:

1) Senarai 1- Persekutuan - Akta 97 dan Akta 98

2) Senarai 2 -Negeri - Mahkamah Syariah dan Sijil Faraid

3) Pendaftaran - Seksyen 346 & 348 Kanun Tanah Negara (KTN) - Akta 97 & Akta 98.


SUMBER:

1) Yazid Ahmad & Hj. Ibnor Azli Ibrahim. t.th. Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil: Satu Tinjauan.


3) IKIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...