16 Februari 2021

Al-Ahkam al-Sultaniyyah 2: Imam al-Mawardi

 Alhamdulillah. Aku cuba berjinak-jinak dengan pembacaan buku al-Ahkam al-Sulthaniyyah. Disebabkan buku ini dalam Bahasa Arab, aku cuba juga cari cerita beliau dalam Bahasa Melayu supaya kefahamanku tidak tersasar jauh. 

Sebenarnya buku yang ditulis ini, telah ditulis semula atau dicopy oleh orang kepercayaannya selepas kematian al-Imam al-Mawardi (SINI). Terdapat 20 bab dalam Kitab ini yang mana aku rasa tak mampu nak habiskan dalam masa yang singkat. Yang menghairankan aku, ada masa-masa tertentu yang aku boleh fahami iaitu baca pada awal pagi. Jika dah siang dan matahari dah mula ada, aku baca ulang-ulang tetapi aku masih kurang faham. Aku sendiri tidak tahu sebabnya. Selama ini aku pergi tanya abangku, melalui whatsup atau video call. Senangnya dia terjemahkan. Kan kitab ini kepunyaannya. hahaha

Nama sebenar beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Muhamad ibn Habib al-Mawardiy al-Bashry  yang bermazhab al-Shafiiyyah dan ulama' terkenal ketika pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. Beliau banyak meninggalkan khazanah ilmu dalam pelbagai thaqafah Islamiyyah. Kenapa di panggil al-Mawardiy? hal ini dinisbahkan kepada penjualan air mawar kerana keluarga merupakan penjual air wangian ros. 

Beliau dilahirkan pada tahun 364H/ 974M di Basrah. Beliau belajar pada awalnya di kampung halamannya di Basrah yang terkenal sebagai pusat keemerlangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam.Beliau hidup pada zaman kejatuhan dan kegelapan Kerajaan Abasiyyah di mana banyak kerajaan kecil seperti kerajaan Buwaih dan kerajaan Saljuk muncul untuk melepaskan diri dari pentadbiran kerajaan pusat di Baghdad (Jasri Jamal t.th). Ketika itu juga, dunia melihat kejatuhan dan kelemahan pemerintahan kerajaan khalifah Abbasiyyah dan para khalifah menjadi lambang tidak mempunyai kuasa dan taring serta tunduk keapda penguasa Bani Buawaih (Jasri Jamal t.th).

Beliau mengambil ilmu dari beberapa kumpulan antaranya al-Hassan ibn Ali ibn Muhamad al-Jabaly, sahabat khalifah al-Fadhl ibn Hubab al-Jumahy dalam bidang bahasa (al-Lughawiy) dan hadis, Muhamad ibn 'Ady ibn Zahr al-Muqary, Muhammad ibn al-Mu'ally al-Azdy, Jaafar ibn Muhamad al-Fudhal al-Baghdadiy. Dalam Ilmu Fiqh dari Abu al-Qasim Abd al-Wahid al-Suwmary al-Qadhiy. Kemudian beliau bermusafir ke Baghdad dan bertemu al-Sheikh Aba Hamid Ahmad ibn Abi Thahir al-Isfaraniy (Imam mazhab syafii) meninggal tahun 406 dengan mendalami ilmu Fiqh.

Beliau terpilih menjadi Qadiy (hakim) di beberapa negeri dan menjadi ketua hakim di Ustuwa', Naisabur. Beliau kembali ke Basrah dan mengembangkan karier dalam bidang kehakiamn di bawah pentadbiran Khalifah al-Qadir dan al-Qa'im. Selepas itu, beli menjadi Aqda' al-Qudah, Ketua Hakim Negara bagi pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. 

Penglibatan beliau bukan setakat menjadi hakim, bahkan menjadi utusan atau perantara pemerintah dalam menyelesaikan pertikaian antara khalifah dan pemerintah kerajaan-kerajaan kecil yang muncul kerana kelemahan kerajaan Abbasiyyah. Pada pemerintahan Khalifah al-Qadir, khalifah ini mengarahkan setiap ulama' mazhab menulis buku mewakili mazhab masing-masing. al-Mawardi menulis kitab al-Iqna' bagi mewakili mazhab Shafii, Abu Hasyn al-Quduri menulis kitab Mukhtasar mewakili mazhab Hanafi, Qadi Abu Muhamad menulis kitab Mukhtaar bagi mewakili mazhab Maliki. Khalifah al-Qadir mengikhtiraf kitab tulisan al-Mawardi dan melantik beliau sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau mempunyai kedudukan/ hubungan yang baik di samping khalifah dan pemerintah Bani Buwaih dan beliau diundang ke istana. Apabila ditanya Jalal al-Daulah ibn Buwaih pada tahun 429 iaitu Khalifah al-Abasiy yang menambah pada gelarannya شاهنشاه (shahin shah?-aku tak tahu sebutannya) iaitu Malik al-Muluk dan fuqaha' seperti Abi al-Thayyib al-Thabary menfatwakan harus guna gelaran itu sedangkan al-Mawardiy menyatakan tidak harus guna gelaran itu. 

Anak murid beliau tidak banyak disebut dalam kitabnya kecuali dua orang iaitu Ahamd ibn Ali ibn Thabit al-Khatib al-Baghdadiy, Imam Hadis pada waktunya dan Abu al-Izz Ahamd ibn Ubaid Allah ibn Khadish.

Antara Kitab yang ditulis oleh beliau;

  1. Kitab tafsir- al-Nukat wa al-'Uyun dalam 4 jilid.
  2. al-Hawiy al-Kabir fi Fiqh al-Shafii dalam 30 jilid
  3. Kitab al-Iqna'
  4. Kitab Adab al-Qadhiy dalam 2 jilid
  5. Kitab a'lam an-Nubuwah
  6. Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah
  7. Kitab Nasihat al-Muluk
  8. Kitab Qawanin al-Wizarah wa Siasah al-Mulk
  9. Kitab Tashi; al-Nadhar wa Ta'jil al-Zhafr
  10. Kitab fi al-Nahw
  11. Kitab al-Amthal wa al-Ahkam: mengandungi 300 hadis, 300 kata-kata nasihat dan 300 ayat berkaitan puisi Arab.
  12. Adab al-Dunya wa al-Din
Beliau meninggal dunia pada tahun 450 pada usia 68 tahun dan dikuburkan di bab Harb di Baghdad, disolatkan oleh al-Khatib al-Baghdadiy. Beliau meninggal pada bulan yang sama dengan Qadhiy Abu al-Thayyib al-Thabary yang Faqih dalam mazhab Syafii.

Jasri Jamal (t.th) dalam artikel beliau 'Pemikiran Qadi al-Qudah al-Mawardi (m.450H/1058M) dalam Sistem Kehakiman Islam: Suatu Tinjauan Ringkas' menceritakan bahawa dunia Islam dan dunia Barat mengikhtiraf al-Mawardi dalam dunia akademik. tumpuan banyak diberikan keapda pemikira pentadbiran politi melalui buku al-Ahkam al-Sulthaniyyah yang telah di alih bahasa kepada bahasa Perancis, Inggeris, German, Turki, Indonesia dan Itali termasuk Bahasa Melayu (masih belum jumpa). Namu dalam artikel ini merujuk kitab Adab al-Qadiy dan al-Ahkam Sultaniyyah dala  bidang kehakiman dan pentadbiran perundangan. Pengalaman luas beliau sebagai hakim dan ketua hakim serta pentadbiran politik kerajaan Abbasiyyah memperlihatkan bahasa sistem kehakiman sebagai satu sitem yang tidak dapat dipisahkan dalam sistem pentadbiran negara seperti mana yang digambarkan dalam karya beliau yang ulung, Al-Ahkam al-Sulthaniyyah.

Al-Mawardi secara umumnya mempraktikkan ijtihad dalam sesuatu hukum, memberi alasan penghakiman dan menerangkannya dengan menggunakan hujjah ulama' tedahulu. Hampir keseluruhan penghukuman dan alasan penghakiman al-Mawardi bersandarkan keapda ijtihad sendiri terutama melibatkan isu-isu baharu yang kontroversi seperti kenyataan beliau "pandagangan ini benar bagiku dari pandnagan orang lain.." atau "Pendapata aku ini lebih tepat". Beliau juga lebih mengutamakan mazhab Shafii berbanding mazhab lain. Sebagi contohnya al-Mawardi tidak menerima pelantikan wanita sebagai hakim perbicaraan. Beliau juga berpandangan bahawa hakim mestilah orang yang berkemampuan untuk melakukan ijtihad dan menolak taqlid. Beliau menyarankan hakim sebelum membuat sebrabaf penghukuman, hendaklah merujuk al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan qiyas. Beliau juga berandnagan sesuatu hukuman mesti bersandarkan ijtihad dari fakta kes dan kemaslahatan pihak-pihak yang bertikaian walaupun hukuman itu bertentangan dengan pegangan mazhab hakim itu sendiri. Oleh itu al-Mawardi melarang taqlid buta tuli bagi seorang hakim tanpa melihat sesuatu kes tersebut.


SUMBER:

1) Abu Hassan Ali ibn Muhamad ibn Habib al-Bashry al-Bahgdadi al-Mawardi. 1996. al-Ahkam al-Sulthaniyyah. Beirut: Maktabah al-Islamiy (ditahqiq oleh 'Asam Faris al-harasataniy dan Muhamad Ibrahim al-Zaghraliy

2) Kenali Ulama Ummah: Abu Hassan Ali al-Mawardi (364-450 H)

3) Jasri Jamal. t.th. Pemikiran Qadi al-Qudah al-Mawardi (m.450H/1058M) dalam Sistem Kehakiman Islam: Suatu Tinjauan Ringkas. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...