07 Mac 2021

Hibah 1

Imam al-Shafii membahagikannya kepada pemberian. Kata beliau: Seseorang mendermakan hartanya keapda orang lain, jika terjadi selepas kematian menjadi wasiat. Manakala yang berlaku ketika hidup, terdapat dua pembahagian iaiatu pemilikan secara total seperti hibah dan sedekah; yang kedua adalah wakaf.

Pemilikan secara total ini terbahagi kepada 3 jenis; hibah, hadiah dan sedekah sunat. Pemberian tanpa memerlukan kepada balasan dan pembayaran dinamakan hibah. Ia perlu disertai dengan membawa barang yang nak dihibahkan (al-mauhub) dari satu tempat ke tempat penerima hibah (al-muahub lahu) membesarkannya atau memuliakannya, maka ia menjadi hibah. Jika  ia disertai dengan menjadikan pemilikan yang memerlukan supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat pahala di akhirat dinamakan sedekah, maka ia lebih baik dari hadiah dengan menghibahkan dengan memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Kaedahnya ialah "Setiap hadiah dan sedekah adalah hibah, bukan sebaliknya"

Rukun Hibah dan Syaratnya berterusan;

Rukun Hibah;

  1. Pemberi hibah (al-wahib) 
  2. Penerima hibah (al-mauhub lahu)
  3. Sighah iaitu lafaz ijab dan qabul
  4. Barang yang dihibahkan (al-mauhub)
Apakah perbezaan hibah dan hadiah?
Hibah memerlukan kepada lafaz akad serah dan terima, manakala hadiah tidak disyaratkan ada akad dan tidak memerlukan lafaz dan hanya memerlukan tindakan. Sebab itu, pemberian hibah ini tidak boleh ditarik semula kecuali pemberian ibu atau bapa kepada anaknya seperti yang pernah berlaku di Malaysia. 

Dalam mazhab al-Shafii, tidak boleh dalam ijab qabul itu ada berkaitan dengan syarat dan masa. Ia juga tidak boleh melewatkan antara ijab dan qabul bahkan memerlukan kepada bersambung antara ijab dan qabul itu. 

Cukup setakat ini dulu.

SUMBER:

1) Muhyi al-Din ibn Sharaf Abi Zakaria al-Nawawi. 1995. Raudhat al-Thalibin wa 'Umdah al-Mufattin. Jil 5. Beirut: Dar al-Fikr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...