19 Julai 2026

Harold's

Assalamualaikum wbt.

Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemaranku. Memang aku kurang makan dan minum dua benda ini. Jimat duit kan?

Entah apa mimpi budak dua orang ni, jadi wakil untuk Batch mereka bagi hadiah ini. Macam bagi suapan. 

Aku akui 2 minggu ni, aku sangat marah kepada batch mereka terutama murid lelaki. 

Mereka tidak hormat ketua mereka a.k.a Ketua Murid. KP ni ketakutan dengan ugutan sehingga ambil keputusan berulang alik dari rumah ke sekolah selama 2 minggu ni. Semalam baru KP masuk asrama. 

Sekolah ini, sekolah asrama penuh. Kerana nak selesaikan sendiri masalah, timbul salah faham kawan-kawan. 

"You Touch, you go"

" Kena buang sekolah" 

Macam2 versi murid ni.

Minggu lepas aku dah membebel ditambah dengan rasa geram, aku bercakap 30 minit. Darah aku terus naik kepala. Zup naik ke kepala. Pening. Aku nak marah.Mood mengajar dah ke laut. Aku tak tahu sama ada aku cakap elok atau tidak. 

Hari ni mereka ramai2 datang minta maaf dengan aku dan suz (Housemate & team mate aku). Bahagian aku yang mereka minta maaf, aku tersembur pasal maaf, setia kawan, saling menjatuhkan, keluar asrama lambat, disiplin ke laut sejak jadi f5 dan turun aras bawah dll. Memang aku sembur apa yang ada dalam kepala.

2 orang ni, Uwais & Yusuf ketuk pintu dan pada masa yang sama Suz baru sudah solat. Jadi aku lock pintu dulu sebab Suz nak tukar tudung.

Aku benarkan 2 orang ni masuk BPS. Aku memang pula nak ke kelas pukul 2.00 ptg. Jadi aku tunggu buah bicara mereka dengan Suz sebab tiada peneman. Serba salah nak tinggal 2 orang ni bersama Suz 

Mengejutkan, mereka kumpul duit sikit sorang nak beli makanan dalam gambar ni kepada aku berdua. Weh! luar biasa betul pemikiran budak2 gen z ni.  Dia ingat nak sejukkan kemarahan aku dengan benda ni semua. 

Padahal aku dah maafkan mereka semua. Aku tak simpan dalam hati. Sebab tu aku sembur sehabis baik apa yang dalam kepala aku. Hilang stress. Rupanya mereka ingat aku masih marah mereka. 

Aku ni memang guru subjek. Malah aku juga warden. Baru duty semalam dengan buat rampasan 3 ketul barang. 2 iphone n 1 android real me. 

Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah atas anugerah murid2 yang berbudi bahasa walaupun murid sekolah harian sukar jumpa seperti mereka. 

Berikan ketenangan dan kemudahan mereka ketika menjawab SEMUA soalan peperiksaan SPM pada minggu2 seterusnya. Aku maafkan mereka. Guru lain juga maafkan mereka.


Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...