Hari ni baru aku perasan barangan pos dalam bentuk buku tulisan Tuan Hafizul Faiz bertajuk "Tuhan, Seindah Apa di Hujung Sana?"
Aku baca berulang-ulang tajuk ini. Semudah ini buat tajuk? Ya!
Sejujurnya tajuk ini membuatkan aku mula menggeledah isinya. Biar sedikit walaupun tidak semua. Suasana dan keadaan aku membolehkan aku menyendiri untuk merungkai isi kandungan buku ini.
Aku sebenarnya tidak kenal Tuan Hafizul. Aku pernah lihat beliau sekilas sebagai pelajar sarjana musim PKP. Adakah betul beliau sedang sambung belajar? Allahu a'lam.
Aku mula baca sedikit. Santai ceritanya. Santai olahannya. Sesuai dengan santapan keperluanku yang perlu santapan ringan-ringan sahaja.
Setiap bab aku baca dan baca. Rupanya penghujung setiap bab ada ilmu. Ilmu yang aku paling lemah dan sedang belajar. Ada ilmu saraf!
Mula dengan kata akar, kata asal sesuatu perkataan arab. Sekali dengan terjemahan. Hebat! Sesuai dengan ilmu beliau dalam sastera Arab.
Kemudian diteruskan dengan Fi'il Madhi , Fi'il Mudhari', Fi'il Amr, Masdar, Isim Fa'il, Isim Maf'ul, Kata Sifat, Fi'il Mazid, Masdar Fi'il Mazid dan Isim Maf'ul Mazid. Fuh! lengkap. Hebat!
Ketika aku sambung belajar ke peringkat sarjana, kelemahan ketara yang aku ada adalah aku tidak faham apa yang kitab arab tulis. Sedangkan sarjana aku sangat memerlukan rujukan arab. Itu antara sebab aku tidak puas melihat disertasi aku dan rujukan aku kerana vocab aku kurang. Metod Kualitatif memerlukan penulisan yang kemas dan penulisan secara naratif. Berbeza dengan metod kuantitatif.
Ada seorang murid aku meminta aku membuat pilihan untuknya sambung belajar menerusi messenger
"Antara pengajian Islam dan Bahasa Arab, Ustazah akan pilih bidang yang mana?"
Aku balas "Dulu saya ambil pengajian Islam Syariah. Tapi sekarang saya rasa menyesal sebab tidak betul-betul belajar Bahasa Arab. Jika diberi pilihan sekarang, saya akan ambil Bahasa Arab. Sebab Bahasa Arab ada rujukan utama agama kita,"
Tidak aku sangka, dia satu-satunya muridku yang sambung bidang Bahasa Arab. Taajub!
Sekarang anak muridku telah menjadi guru Arab di salah sebuah sekolah di Malaysia.
Pandangan aku sekarang atau hari ini, ilmu agama seperti akidah,tafsir, syariah/fiqh dan lain ilmu agama perlukan metod khusus dengan guri yang betul. Bahasa Arab hanya tools/alat/jambatan untuk memahami ilmu agama berkenaan.
Nasihat untuk diriku, jangan berhenti mencari ilmu. Kerana ilmu yang ada hanyalah setitik air dari selautan air. Luasnya ilmu Allah yang tak terhitung banyaknya. Hanya Allah yang mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan