Manusia sentiasa dalam keadaan serba salah jika tiada pendirian dan keyakinan. Keadaan di sekeliling membuatkan kita terikut-ikut dengan mereka. Oleh itu Allah turunkan wahyu kepada utusanNya melalui malaikat Jibril. Semua panduan telah diberikan. Apa panduan itu? Tentulah Al-Quran dan As-Sunnah. Andai kita tersasar, jadi kembalilah kepada Quran dan Sunnah. Allahu Akbar!
Seorang guru sama ada cikgu, teacher atau ustaz dan ustazah, mereka tidak terlepas dari kesalahan. Sabarnya tidak lama. Marah tetap ada. Geram apatah lsgi. Bila dibiar terasa pelajar semakin melampau. Terlalu keras, pelajar terus jauh. Jadi apa piligan
yang ada? Semuanya kerana sayang kepada pelajar. Takut pelajar jauh dari agama.
Ibu bapa selalu merasakan guru ingin mendera anaknya. Kesalahan anak dibiarkan. Guru-guru dipersalahkan. Akhlak anak ditunding jari kepada guru yang digelar ustaz dan ustazh. Dimana ajaran mereka sejak didalam kandungan? Mereka lebih dekat drngan anak-anak. Guru di sekolah hanya memberi pendedahan ilmu untuk menghadspi dunia yang penuh dugaan. Guru terbaik adalah ibubapa.
Segala perbuata ibubapa akan diikuti. Andai di sekolah, mereka wajib solat. Adakah mereka juga solat di rumah. Ibu bapa yang memantau. Andai ibu bapa mereka juga tidak solat, apa lagi yang boleh guru buat? Bak kata orang 'bapa borek anak rintik'. Anak adalah cerminan ibubapanya. Walaupun tidak sepenuhnya.
Melihat kepada perilaku ibubapa yang membela anak, ramai guru terkilan. Guru yang dulu dihormati, sekarang telah dicemuh. Semua kata guru dusta. Semua kata anak betul. Jadi lebih baik ajar anak di rumah.
Maaf andai coretan ini melukakan pembaca. Inilah realiti yang berlaku. Akhlak pelajar semakin merudum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Imam Malik
Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
betul jugak kan..cabaran guru semakin tegar..moga dapat harungi kedegilan pelajar dan semoga pelajar2 cik sufi terpilih mendpat taufiq dan hidayah-Nya..:)
BalasPadam