"تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال"

'Banner puasa'
Tidak terlambat untukku mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'. Maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisanku selama ini. Teguran kalian amat diperlukan supaya aku dapat baiki diri dan penulisan yang 'coret dan carik' ini.
Semalam 4 syawal. Aku ke Dungun. Kenduri perkahwinan sahabatku. Orangnya sempoi dan 'slamber'. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang yang dekat. Majlis ini dibuat bersama adik perempuannya. Semuanya sudah selamat berumah tangga. Tenanglah hati ibunya kerana ada penjaga anakanda-anakanda tersayang.
Sejak pulang ke tanah air tahun 2007, ini kali pertama bertemu muka dengannya. Kurus tetapi muka tetap 'cubby'. Kami hanya brhubung melalui telefon, whatsupp atau facebook sahaja. Aku hanya dapat berdoa dari jauh "Selamat pngantin baru Salihah! Semoga Allah mengekalkan kebahagiaan sahabatku ini hingga ke syurga,". بارك الله لكما و جمع بينكما في الخير....
Jodoh & ajal sudah ditentukan. Jangan lah kalian merasa susah hati terhadap perancangan Allah ini.
Jodoh...persoalan paling glamor. Persoalan paling hot. Persoalan yang tiada jawapan kecuali hanya Allah yang tahu. Doakan diri ini dan kalian di luar sana dipertemukan jodoh yang baik.
Anak...persoalan bagi rakan-rakan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Sabarlah. Moga Allah menggantikan pahala terhadap kesabaran kalian.
Ada rakan yang 'janda' pada usia muda. Aku doakan kalian mendapat jodoh yang baik. Yang bertanggungjawab memikul amanah Allah. Jangan terpengaruh dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah'. Kita semua manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan dosa.
Pernah jumpa seorang doktor muda. Membebel berkaitan 'lambat kahwin'. Umur dah tua tapi anak masih kecil. Segala persoalannya, dia jawab sendiri. Tiada guna berhujah. Diam lebih baik. Kadang ada sedikit 'bengang' dengan doktor ini. Moga bertemu lagi. Harap tiada 'bebelan'. Tiada teori yang panjang. Tiada andaian yang tak masuk akal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan