“Ada tujuh golongan
yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali
perlindunganNya. Mereka adalah :
1. Pemimpin yang adil
2. Anak muda yang
sentiasa beribadah kepada Allah
3. Seorang yang
hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4. Dua orang yang
bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
5. Seorang yang
berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian mencucur air matanya
6. Seorang lelaki yang
dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab, “Sesungguhnya
aku takut pada Allah!”, dan
7. Seorang yang
mengeluarkan sedekah lantas disembunyikan sampai tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.” (Bukhari dan Muslim)
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن
يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ
جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ﴿الطلاق: ٣
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Nabi Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ
ِلأُتَمِّمَ صَالِحَ اْلأَخْلاَقِ.
“Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ
إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ.
“Kaum Mukminin yang
paling sempurna imannya adalah yang akhlaknya paling baik di antara mereka, dan
yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada
isteri-isterinya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan