Takrif tadlis.
·
Dari segi Bahasa: berasal
dari kalimah ‘dallasa’, dikatakan penipuan dalam urusniaga: Apabila tidak
menjelaskan sesuatu keaiban (kecacatan) pada barang kepada pembeli.
·
Dari segi istilah syara’:
Menyembunyikan keaiban barang jualan dari pembeli.
*transaksi yang mengandungi hal yang tidak diketahui oleh
salah satu pihak.
Dalil pengharaman Tadlis.
Al-Quran, surah Al-Baqarah
ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau
mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan
jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
Tadlis ialah jenis dari cara mengambil harta orang lain
secara batil yang diharamkan oleh Allah.
Surah Al-Mutaffifin ayat
1-3:
Kecelakaan besar bagi
orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila
menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan
cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka
menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Al-Mutaffinfin adalah mereka yang mengurangkan hak manusia dalam timbangan dan sukatan dan ini lah perbuatan orang yang tadlis.
Hadis riwayat muslim:
“ Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w telah lalu satu tempat longgokan (gerai longgokan buah) dan memasukkan
tangan dalam longgokan itu dan didapati tangan baginda basah, maka baginda
berkata,”apakah ini wahai pemilik makanan? Katanya: buah ini terkena hujan,
wahai Rasulullah. Baginda berkata, “Adakah kamu tidak meletakkan makanan (buah)
ini diatas supaya dapat dilihat oleh orang lain. Barangsiapa yang menipu, maka dia tidak
termasuk dalam golongan kami”.
Jenis-jenis tadlis
1. Penipuan dalam kualiti.
Penjual menyerahkan barang yang tidak berkualiti
seperti menjual jam tiruan dengan harga yang mahal dan mengatakan ia adalah jam
original.
2. Penipuan dalam kadar
sukatan
Penjual mengurangkan timbangan dan
sukatannya seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat untuk menimbang
barang jualan.
3. Penipuan dalam kuantiti
Unta atau lembu atau kambing yang
ditinggalkan kantung susunya( tidak diperah) semalaman dengan sengaja supaya
susunya berkumpul (banyak) dalam kantungnya, maka pembeli akan menyangka binatang
ini sentiasa mempunyai susu yang banyak, maka dia akan berminat untuk membelinya,
dan mungkin boleh menambahkan harganya (jual mahal). Apabila berlaku dalam
pembelian ini, akad ini sah tetapi bercampur dengan perkara haram, kerana
didalam urusniaga ini ada penipuan dan tadlis. Apabila pembeli sedar akan hal
ini, dia boleh memilih untuk serahkan semula dengan serta merta. Apabila dia
serahkan dan susu telah digunakan, maka penyerahan ini mesti bersama satu sha’ (2.7 kg)tamar/kurma mengantikan susu yang telah diambilnya.
4. Provokasi
Dalam jualan lelong, jika seseorang sengaja membida
dengan harga yangb tinggi, sedangkan dia tidak bermaksud untuk membelinya, cuma
nak pastikan barang lelong dijual pada harga tinggi. Apabila berjaya dibeli, urusniaga ini sah. Apabila ada bukti bahawa ia
ada persepakatan antara penjual dan orang yang provoke, maka haram(berdosa)
kedua-dua mereka. Penjual menipu pembeli dan penipuan keatas pembeli ini, kerana
pembeli berhak memilih.
Kesan terhadap
perbuatan penipuan.
ü Jualan sah tetapi
tertangguh
ü Dosa terhadap penipu
ü Hak pemilihan atas pembeli
antara redha jual dan batalkan jualan.
SSUMBER: BUKU TEKS KBD-SYARIAH T3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan