Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

16 Februari 2019

Susunan Kerajaan dan kisah tersembunyi.

Teringin nak beli buku Bidayah Wan Nihayah versi Bahasa Melayu. Yang ada dalam koleksi hanya dalam Bahasa Arab. Sebagai orang yang lemah dalam Bahasa Arab, kadang-kadang bimbang terjemahan sendiri tersasar dari maksud yang sebenar. Sebab kelemahan ini, aku perlukan terjemahan dari pakar yang boleh terjemahkan kitab ini secara keseluruhan.

Penciptaan langit dan bumi

Zaman Nabi Adam hingga Nabi Isa.

Kerajaan Islam

1. Kerajaan Islam pertama : Kerajaan dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW

2. Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin. Kerajaan ini dibawah pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Bin Affan Ali Bin Abi Thalib.

3. Khalifah Kerajaan Umaiyyah. Kerajaan yang mempunyai ramai ilmuan Islam pada zaman ini.

4. Khalifah Kerajaan Abbasiyyah. Kerjaan yang berjaya menakluki Baitul Maqdis dibawah tentera Salahuddin Al-Ayubi.

5. Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ini kerajaan yang terakhir sebelum kejatuhan sistem Khilafah.

Ketika pergi ke muzium Melaka, aku ada terbaca tentang hubungan baik kerajaan Islam Melaka dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Gambar itu hilang. Kehadiran Jepun ke Tanah Melayu adalah untuk membantu membebaskan Tanah Melayu dari tentera British. Tetapi aku tiada sumber untuk dibuat rujukan. Sejak akhir-akhir ini, aku terjumpa video dari Youtube tentang kajian DNA yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia. Dibentangkan oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin.



Aku juga pernah baca di IIUM berkaitan sejarah keluarganya. Banyak sejarah kita yang masih tersembunyi.

Boleh baca dalam blog berikut:






14 September 2017

Tadlis/ Penipuan dalam Urusniaga.

Bab tadlis sangat sukar dicari dalam ceramah dalam youtube. Sumber arab ini boleh digunakan buat sementara.






Takrif tadlis.
·       
         Dari segi Bahasa: berasal dari kalimah ‘dallasa’, dikatakan penipuan dalam urusniaga: Apabila tidak menjelaskan sesuatu keaiban (kecacatan) pada barang kepada pembeli.
·         Dari segi istilah syara’: Menyembunyikan keaiban barang jualan dari pembeli.
*transaksi yang mengandungi hal yang tidak diketahui oleh salah satu pihak.

Dalil pengharaman Tadlis.
*     
Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
Tadlis ialah jenis dari cara mengambil harta orang lain secara batil yang diharamkan oleh Allah.
*    
  Surah Al-Mutaffifin ayat 1-3:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Al-Mutaffinfin adalah mereka yang mengurangkan hak manusia dalam timbangan dan sukatan dan ini lah perbuatan orang yang tadlis.
*      

    Hadis riwayat muslim:
“ Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah lalu satu tempat longgokan (gerai longgokan buah) dan memasukkan tangan dalam longgokan itu dan didapati tangan baginda basah, maka baginda berkata,”apakah ini wahai pemilik makanan? Katanya: buah ini terkena hujan, wahai Rasulullah. Baginda berkata, “Adakah kamu tidak meletakkan makanan (buah) ini diatas supaya dapat dilihat oleh orang lain.  Barangsiapa yang menipu, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami”.

Jenis-jenis tadlis

1. Penipuan dalam kualiti.
Penjual menyerahkan barang yang tidak berkualiti seperti menjual jam tiruan dengan harga yang mahal dan mengatakan ia adalah jam original.


2. Penipuan dalam kadar sukatan
Penjual mengurangkan timbangan dan sukatannya seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat untuk menimbang barang jualan.

3. Penipuan dalam kuantiti
Unta atau lembu atau kambing yang ditinggalkan kantung susunya( tidak diperah) semalaman dengan sengaja supaya susunya berkumpul (banyak) dalam kantungnya, maka pembeli akan menyangka binatang ini sentiasa mempunyai susu yang banyak, maka dia akan berminat untuk membelinya, dan mungkin boleh menambahkan harganya (jual mahal). Apabila berlaku dalam pembelian ini, akad ini sah tetapi bercampur dengan perkara haram, kerana didalam urusniaga ini ada penipuan dan tadlis. Apabila pembeli sedar akan hal ini, dia boleh memilih untuk serahkan semula dengan serta merta. Apabila dia serahkan dan susu telah digunakan, maka penyerahan ini mesti bersama satu sha’ (2.7 kg)tamar/kurma  mengantikan susu yang telah diambilnya.

4. Provokasi
Dalam jualan lelong, jika seseorang sengaja membida dengan harga yangb tinggi, sedangkan dia tidak bermaksud untuk membelinya, cuma nak pastikan barang lelong dijual pada harga tinggi. Apabila berjaya dibeli, urusniaga ini sah. Apabila ada bukti bahawa ia ada persepakatan antara penjual dan orang yang provoke, maka haram(berdosa) kedua-dua mereka. Penjual menipu pembeli dan penipuan keatas pembeli ini, kerana pembeli berhak memilih.

Kesan terhadap perbuatan penipuan.

ü  Jualan sah tetapi tertangguh
ü  Dosa terhadap penipu
ü  Hak pemilihan atas pembeli antara redha jual dan batalkan jualan.

SSUMBER: BUKU TEKS KBD-SYARIAH T3


27 Januari 2017

Adakah Perlu Qada' Solat Yang ditinggalkan?

Sila tonton video dibawah.

25 tahun tak solat. Apakah perlu qada' solat yang ditinggalkan itu? Qada' solat ....

Kenyataan beliau penyebabkan timbul banyak persoalan. Oleh itu, ada video dari Syeikh Nuruddin menjawab kenyataan beliau ini. 



Adakah solat yang pernah ditinggalkan dahulu, iaitu sebelum bertaubat, perlu di qada' semula atau memadai dengan solat taubat sahaja? Adakah haram mengerjakan solat sunat kalau sebelum selesai solat qada'?

Sebelum jawab soalan ini, jawab soalan saya dahulu.

Dahulu di Mesir, saya ada terpinjam 100k, 50k, dan 25k, adakah memadai saya cuma meminta maaf sahaja apabila berjumpa di Malaysia?

Maaf maaflah. Hutang tetap dibayar. Tidak kira cara bagaimana.

Jumhur ulama' mengatakan seseorang yang meninggalkan sejumlah apa pun solat fardu, wajib diqada' dan tidak sekadar solat taubat sahaja. Taubat sekadar minta ampun kerana lengahkan solat. Solat tetap wajib diqada'.

*******
Dengar video dahulu.


10 Disember 2014

Ya Rasulullah ~Hatiku tidak akan lupa selama-lamanya~

Lagu ini amat menyentuh perasaan bagi orang yang memahami maksudnya. Jom layan dulu.





 يا رسول الله وقدوتنا لن ندع الغرب يندسنا
 لن نرضى أبدا ذلتنا يا رسول الله

سنحطم قيد مأسينا وندك حصون أعادينا
ونزمجر وسط أعادينا يا رسولَ الله

 رجل قد جمعَ الاحسان بالحكمة والصدقِ اِزدَانا
وبه ظهر الحق وبَانا برسول الله

  يا رسول الله وقدوتنا لن ندع الغرب يُنْدِسنا
 لن نرضى أبدا ذلتنا يا رسول الله

لا ندري كيف تجرئتم وتماديتم بعداوتنا
 لا ندري كيف تطرقتم لرسول الله
شُلت أيدٍ بتماديها قد حفرت قبراً يحويها
 ...بما قد رسمتْ هادينا ورسول الله

وقلوبٌ...وقلوبٌ...وقلوبٌ...ابدا لا تنسى
وقلوب أبدا لا تنسى مَن أصلحها 
فغدتْ تُرسى سهما رمحا سيفا قوسا برسول الله

يا غرب اعتبروا بماضِينا كم دُسْنا رؤوس أعادينا 
...وسنمضى اليوم كماضينا لرسول الله

يا غرب يشفعكم نورٌ 
قد أشرق فوق روابينا لم يبق الاسلامُ سجِينا يا رسولَ الله ...يا رسول الله

15 Julai 2014

Generasi Hampir Hilang.



Adik Musa dimuliakan kerana Al-Quran. Mengalir air mata sesiapa sahaja yang memahaminya. 

Kuatlah Diri, Wahai Pejuang!


Man walks past a mural dedicated to Palestinian resistance fighters

Ramadhan. Bulan yang mulia. Seribu kebaikan dikumpulkan dalam satu bulan. Seribu ujian juga untuk umat Islam yang terpilih. Umat Islam tetap umat yang kuat jika ada iman dalam diri. Di mana iman umat Islam sekarang? Adakah seperti buih di lautan???!

Terasa lemah diri ini apabila aku hanya menonton apa yang berlaku kepada saudara seagama di Palestin. Hancur badan di mamah bom daripada kafir laknatullah, Zionis bukan Israel (Nama Nabi Yaakub). 

10 April 2014

Adab dengan guru.

Keberkatan tiada andai tidak beradab dengan guru. Bijak dan pangkat besar tiada jaminan bahagia andai tiada adab.



'syair Bahasa Arab tingkatan 1'

Rujuk entri  lama

1. Kisah Murid vs Guru SINI 

2. Kisah Musa Berguru SINI

3. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dirotan SINI

01 Januari 2014

Khidmat Mobily

Menjejak kaki ke Airport King Abdul Aziz terasa seperti mimpi. Apabila mendarat di Mattar King Abdul Aziz, terus doa semoga Allah sesuaikan keadaan di bumi ini dengan badanku. Kami menaiki penerbangan Air Asia X. Sedikit memenatkan bagi warga emas kerana banyak berjalan dan naik tangga. Itulah yang aku nampak pada air muka terutama ibuku yang ada masalah sakit lutut. Terasa pergeseran antara tulang. Tahan sakit. Berjalan perlahan.

Sebaik sahaja turun dari Air Asia X, kami perlu menaiki bas dan berhadapan dengan pemeriksaan ketat. Ini prosedur biasa bagi mana-mana jemaah umrah. Mahram perlu berada berdekatan dengan orang bawahannya. Selepas scan barang-barang hyang di carrie, pihak travel minta kumpul passport. Aku sedikit cuak apabila diminta serah pasport kepada pak arab ni. Adakah dia pihak Andalusia? Jadi aku positifkan diri. Ada pegawai Andalusia yang bertutur dalam bahasa melayu Indonesia. Beliau minta kami ke tempat bas. Yang menghairankan hanya kami sahaja berada di tempat bas. Rupanya yang lain pergi solat jama' ta'khir dan qasar (solat asar dan zohor digabungkan dan dibuat 2 rakaat 2 salam). Salah faham terjadi, ada yang mengatakan solat maghrib sekali di situ. Jadi perjalanan ke Madinah sedikit terlambat.

Ketika berada di Airport King Abdul Aziz Jeddah ini, ramai tukang sapu menawarkan penjualan simcard. Yang paling glamour simcard Mobily. Ada harga 25 riyal dan 20 riyal kredit disediakan. Ada harga 45 riyal dan 40 riyal kredit. Apabila beli simcard ini, jangan buang kad yang dilekatkan simcard itu. Ini kerana setiap kali 'topup' perlu masukkan ID. Jika tiada ID, nak topup tak boleh, nak transfer pun tak boleh. Ayah dan makcik aku tak dapat nak topup sebab hilang kad itu. Pelbagai nombor aku cuba reka, tapi tak dapat. Apabila aku dah guna simcard ini, aku cuba godek-godek. Langgan What's App sebulan. 20 riyal/month. Ada langkah dia.

Panduan simcard mobily
Check no telefon sendiri taip *222#
Check baki taip *1411#
Godek-godek *1100#
Langgan What's App send 211 to 1100
Topup taip *1400*(no kad)*ID# tekan call

Khidmat wifi ada di bahagian lobi hotel. Aku tinggal di Hotel Mubarak Silver Hot jika di Madinah. Hotel Nada Khalil di Mekah. Sekadar menyebut untuk ingatan aku pada masa akan datang. Terasa nak pergi lagi. Aku mula godek bila aku bercuti. Tak dapat nak pergi masjid, aku godek la. Banyak aktiviti aku berada di masjid.

Ketika di Madinah, aku sentiasa berdua dengan adik perempuanku. Jadi kami banyak minum air zam zam. Jadi kami banyak kalu mengunjungi tandas. Sebelum masuk waktu 2kali kami pergi. Jadi bila tiada wudu', kami banyak melepak di depan pintu masuk masjid. Ketika ini,kelihatan ramai orang beri sedekah kepada orang yang menunggu termasuk kami juga dapat pemberian itu . Ada Al-Quran, roti arab bersama susu masam (zabady). Kadang-kadang jadi lucu sebab kami nak tunggu hampir masuk waktu untuk ambil wudu' baru. Yang diminta tidak diberi, malah kami yang tunggu masuk waktu ini diberi. Makanan diberi kepada kami, tapi kami tak makan. Kami hulurkan kepada orang yang meminta tadi. Kami sangka itu kawan dia sebab berjalan seiring.

Setiap kali masuk masjid baca doa masuk masjid, minum air zam zam sepuasnya, solat sunat tahiyyatul masjid. Di Madinah, ada waktu tahrim. Haram solat ketika waktu tahrim. Di Masjidil Haram tiada waktu tahrim. Jadi setiap masa diisi dengan solat-solat sunat. Jika terasa ada yang tidak kena pada diri atau bersalah kepada seseorang, solat sunat taubat. Moga hati jadi tenang. Banyakkan selawat ketika di Madinah. Apatah lagi di masjidil Nabawi. Ziarah dalaman, kami buat sendiri sahaja kerana ibu dan makcik banyak pengalaman di sini. Masuk Raudhah sangat senang. Waktu nak masuk Raudhah, aku lihat jemaah Malaysia, sangat satuh arahan. Tunggu dan tunggu. Tapi kami tak tunggu. Masuk sekali dengan arab. Dengan mudah kami diizinkan masuk. Berada di belakang tiang. Solat dan berdoa lama. Berjurai-jurai air mata. Minta keampunan dan segala permintaan terlintas difikiran aku sebut. Mana-mana kawan-kawan yang kirim salam aku sebut. Aku sangat terasa Rasulullah menyambut kedatangan kami dengan mesra. Andai aku sempat bertemu Rasulullah dan berada pada zaman Rasulullah.

Aku nak kongsi video payung gergasi di Masjidil Nabawi ditutup. Ketika ini hampir masuk waktu maghrib.


'kubah ini akan bergerak ke tepi dan akan kelihatan langit dan cahaya matahari menerobos masuk ke kawasan dalam masjid'





'gambar dalam kawasan masjidil nabawi kawasan perempuan'

Komunikasi di tanah haram, tiada masalah bagi aku. Mereka banyak bertutur dalam bahasa arab pasar. Ramai dari Mesir. Pengalaman di Mesir, memudahkan komunikasi aku bersama jemaah lain. Tukang sapu yang bertugas, memberi khidmat yang terbaik. Bila ditanya, dijawab dengan baik. Tandas sangat bersih sebab selalu dibersihkan oleh petugas Indonesia. Tak sangka ramai orang Indonesia bermukim di sini.

Cuaca di Madinah paling sejuk 17 'C. Paling panas dalam 25'C. Nak ambil wudu' waktu pagi, sejuk sangat. Selepas wudu' terus kena lap dengan tuala. Dalam beg sentiasa ada 2 botol mineral. Isi air zam-zam dan guna ketika wudu'. Minum air zam zam sahaja di sini. Terasa kenikmatannya. 

Di sini, aku belikan 3 baju fit lengan panjang untuk perempuan dan sodry (baju lelaki yang biasa diletakkan diluar baju kemeja). 3 atau 4 lapis baju dipakai. Paling luar pakai jubah dan telekung solat. Itu dah cukup selesa bagi aku. Aku banyak ikut caraku di Mesir selama hampir 3 tahun di sana. Jadi, tak semua tindakan aku boleh dijadikan panduan. Jika aku berani berjalan seorang diri, orang lain jangan ikut. Aku masih boleh berkomunikasi dengan masyarakat sekitar. Jadi jangan tiru gayaku. Nasihat aku, sentiasa berjalan dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya berdua. Semuanya terserah kepada Allah. Tawakal sangat perlu disini. Mulut perlu dijaga. Kerana mulut badan binasa. Perumpamaan ini perlu digunakan.

p/s: Selamat Tahun Baru Masihi 2014.

23 November 2013

Semangat Ammar.

Bismillah...

Semangat menulis datang kembali. Kembali seperti semangat Ammar. Aku tak kenal siapa Ammar. Ada video tetapi internet sangat perlahan. Jadi dibiarkan dahulu video itu. Semakin banyak kisah di fb dan blog tentang Ammar. Keterujaan ingin tahu semakin melonjak. Siapa dia ni???!

Sementara video tak dapat ditonton, aku cuba baca entri dari Ustaz Hasrizal tapi server down. Mungkin ramai sangat masuk ke laman web ustaz. Aku semakin sibuk dan terlupa tentang Ammar. Pulang ke kampung, line streamyx ok dari android. Terperasan lama tak update guna laptop.



Aku mula ingin tahu tentang remaja ini adalah 'berjiran dengan Maqam Abu Ayub Al-Ansori'. Hatiku terus terdetik, "Apa kehebatan remaja ini sehingga mendapat kebenaran dikuburkan bersebelahan dengan dengan sahabat Rasulullah?". Video di atas telah menjawab persoalanku ini.
"Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 

Beliau juga mempunyai semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Kota Konstantinople. Kisah Sultan Muhammad AL-Fateh dileh di baca pada entri yang lalu. Tahun 2010 (SINI). Tahun 2011 (SINI). Tahun 2012 (SINI). Adakah ini ada kaitan dengan Ammar? Wallahua'lam.

Beliau meninggal dunia berjumpa dengan Allah dalam keadaan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) walaupun dalam usia 20 tahun. Wajahnya masih berpeluh selepas dimandikan dan dikafankan. Wajahnya seperti orang sedang tidur. Wajahku bagaimana? Ya Allah, matilah aku dalam 'husnul khatimah'. Aminn.

Jasa beliau terlalu banyak jika dibandingkan dengan remaja seusianya. Perkara ini juga banyak dikongsi oleh rakan beliau sendiri dalam fan page ini (https://www.facebook.com/letsfollowammar?ref=profile) serta ahli keluarga. Perkongsian oleh Ustaz Hasrizal di SINI

'kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal bersama Ammar'

Banyak perkara yang dilalui oleh Ammar. Kebanyakannya disebalik tabir. Kebaikannya disebut-sebut selepas syahid. Ada yang menganggap beliau seorang syahid yang tertangguh kerana keinginannya syahid di Syiria. 4 November 2013 ini adalah tarikh kesyahidan beliau setelah kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh sebuah ambulan.

'dari fb'

Visi dan misi beliau: 

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”


Perkongsian daripada Sdr. Abu Akhyar Al-Qudsi
Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.

Jauh sangat kerja aku dibandingkan dengan beliau. Terasa kerdil diri ini walaupun hidup lebih lama dari Ammar. Semoga perkongsian di blog ini menjadi sahamku di sana. Aminn.

06 Jun 2013

27 Rejab 1434 H

"poster dari fb"

Sempena Hari Isra' Mikraj ini, aku nak kongsi video Ya Hana Na!

Rentak baru dari Ust Zainol Asri. ^_^

Dengar jangan tak dengar. Ada cerita sket dari ustaz. Lepas habis ustaz cerita, baru mula qasidah. ^_^

Nahh lirikk sekali!




ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami



12 Mac 2013

Perjuangan.

Rindu nak coret-coret di blog ini. Tiada idea sebab kurang membaca. Baca kemudian tinggal. Tak habis. Tak faham. Nak coret lagi tak boleh. Hampeh. Kosong. Ini akibat baca tak habis.



Macam-macam perkara berlaku diluar dugaan. Pencerobohan di Lahad Datu. Berita di tv banyak ulangan. Kadang seolah-olah ada udang di sebalik yang berlaku. Hakikatnya pembunuhan ini antara umat Islam. Perpecahan berlaku sebagaimana di Syria di bawah kekuasan Basyar Al-Asad.

Golongan bukan Islam. Golongan antu-Islam pasti gembira dengan apa yang berlaku sekarang. Islam dihina. Islam tidak mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan. Akhir zaman. Inikah yang sedang berlaku.
Semakin tua dunia, semakin cantik dan kacak manusia. Paling malang akhlak semakin terhakis. Nilai moral dan adab semakin hilang nilainya.

Semakin lama agama Islam dan bahasa yang menjurus kepada mengenal Allah dipandang sepu. Diketepikan. Tiada kepentingan. Tiada gunanya. Semua yang bersifat keduniaan diangkat tinggi. Melebihi martabat sebenar. Perit untuk dipertahankan.

Aku tak dapat bayangkan penderitaan penduduk Palestin. Mereka telah lama mempertahankan tanah yang mulia. Di situlah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang terlindung disebalik Masjid Sakhra yang berkubah kuning. Setiap pejuang adalah hafiz Al-Quran. Kita dimana?

Aku terlalu fakir untuk persoalkan itu semua. Terpulang kepada diri masing-masing.
Takziah untuk pejuang-pejuang yang terkorban mempertahankan negara. Moga syahid di sisi Allah. Aminnn :)

21 Jun 2012

Cinta Bukan Matlamat Tetapi Sebagai Alat

Pernah tengok filem Bollywood? Penuh dengan cinta. Sehingga sesiapa yang menonton akan merasakan cinta itu adalah segala-galanya. sehingga Tuhan pun tidak dapat memisahkan mereka. Adusss! Bertuhankan cinta pula. rosak betul muda mudi sekarang jika mereka jadikan filem-filem ini contoh. Siapa yang masukkan unsur-unsur ini?

Keluarlah kata-kata 'makan tak kenyang...mandi tak basah'. Dengar tazkirah dari Ustaz Pahrol ini dulu. Jom layan...^_^

'Ustaz Pahrol'

Orang berilmu yang tawaddu' diumpamakan seperti air. Air akan mengalir ke tempat yang rendah. Air akan terjun dari tempat tinggi ke tempat rendah. Air juga akan berkumpul ditempat rendah seperti lembah, wadi dan sebagainya. Akhirnya membentuk sumber air bagi kehidupan manusia.

Begitulah seorang manusi. Lagi dia merendah diri, lagi mudah dia mendapat ilmu. Tidak malu menerima ilmu dari orang yang yang lebih kecil dari kita. Dari segi jawatan dan sebagainya. Sehingga ada hadis mengatakan mengatakan," Aku tidak tahu," adalah sepatuh daripada ilmu. Sebab itu akhir sterakhir begi orang yang berilmu adalah "Allahu A'lam," yang membawa maksud Allah yang lebih mengetahui. Pengetahuan manusia terbatas. Hanya diumpamakan setitis air dilautan yang luas.

Persoalan 'cinta' bagi Ustaz Pahrol adalah penting kerana Allah berfirman dalam Al-Quran sebanyak 80 kali. 80 kali tu. Jika Allah sebut sekali pun dah dikira penting. Ini 80 kali. Ini menunjukkan CINTA itu penting. Ada yang tidak bersetuju? Ada juga aku dengar ,"manusia memerlukan kasih sayang,". Betul. Aku tak salahkan ayat ini. Sebab kurang kasih sayang menyebabkan remaja sej=karang lebih percaya kekasih daripada ibubapa. "BF saya lebih memahami saya berbanding orang lain," kata seorang remaja. "kalau saya terluka, dia memujuk saya dengan kata-kata yang lemah lembut,"ayat biasa aku dengar.

Kita kembali kepada persoalan kenapa cinta itu penting?

CINTA menentukan masa depan kita pada masa akan datang!

Ada seorang Arab badwi datang jumpa Rasulullah dan bertanyakan tentang hari kiamat. Nabi jawab dengan pertanyaan juga,"Apa pesiapan kamu menghadapinya?"kata badwi ini ,"aku tidak bersedia menghadapinya lagi. Cuma akau persiapkan diri aku dengan cintakanmu, wahai Rasulullah"."Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat nanti," kata Rasulullah SAW.AWAS!Jika kamu cinta di dunia, kamu menuainya di akhirat nanti.Jika kamu cintakan kebaikan, kebaikan yang kamu dapat di akhirat nanti.
Jika kamu cintakan keburukan, kebutukan itu akan datang kepada kamu di akhirat nanti.

Tanda cinta....

1. RINDU : terasa dalam diri. teringat akan dia.

2. SEBUT : selalu sebut. tidak letih menyebut. berulang-ulang kali sebut.

3. JUMPA : nak berjumpa. ingin berjumpa.

4. IKUT :ikut kelakuannya. buat selaras dengan kehendak orang yang dicintai.

Betul tak??? Fikir la sendiri ^^

Manusia juga ada yang menjadi HAMBA CINTA. Sebab manusia akan bertindak dengan apa yang dia RASA.

Contoh...

Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah, 80% orang Islam di Malaysia tidak solat. Aku tak tau adakah Melayu sahaja atau campur dengan bangsa lain. Dalam 5 solat fardu itu, solat subuh la paling ramai orang Islam tidak solat. Susah nak buat. Semua orang Islam akan kata ,"Assolatu Khairum Mina Naum (Solat itu lebih baik dari tidur)," Kita tau tetapi tidak rasa solat itu lebih baik dari tidur...

Aku nak ambil kata-kata Ustaz Pahrol ini," ramai orang mencari bahagia dalam rumahtangga tetapi tidak ramai orang membawa bahagia dalam rumah tangga. Kata ulama' JANGAN cari bahagia dalam rumah tanggan tapi BAWAlah bahagia dalam rumahtangga," Bila difikirkan...betul juga. Mungkin sebab itu, wujud perceraian setiap 15 minit. Seorang bayi lahir setiap 18 minit akibat zina. Hancur negara!

Ini menunjukkan kita TIDAK PANDAI URUSKAN CINTA DALAM KEHIDUPAN.

Ingatlah!

Kita harus akui umat Islam telah jatuh ke tahap paling bawah. Agama Islam tidak akan jatuh tetapi umat Islam yang jatuh. Jika pen jatuh ke bawah, adakah dia akan jatuh lagi? Tidak kan. Sebab tidak ada bawah lagi. Begitu juga jika kita tidak akui kita telah jatuh ke tempat paling bawah, kita akan terus jatuh lagi. Jadi, JANGAN nafikan bahawa kita tidak jatuh lagi. Sebab bila kita jatuh ke tempat paling bawah, kita akan naik semula. sebab tiada tempat lagi kita nak pergi. Mesti kita naik semula kan.

Analogi...

Jika kita nak satu kayu dengan kayu, perlu cantumkan dengan paku.

Jika kita nak satukan batu dengan batu, mesti dengan simen.

Jika kita nak satukan manusia, perlu dengan IMAN.

Kenapa umat Islam sekarang berpecah? Apa puncanya?

1. Percaya ada Allah tetapi tidak yakin kepada Allah.

2. Percaya kepada akhirat tetapi tak rasa akhirat itu ada. Cuba lihat dalam agama lain. Adanya percaya kehidupan semula bagi agama Budha. Adanya hukum karma bagi agama hindu. Ini menunjukkan TIDAK ADA KEADILAN MUTLAK ATAS DUNIA. Hati atau fitrah kita merintih inginkan akhirat. Adanya hari pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan di dunia ini...andai kita semua rasa adanya hari pembalasan ini, kita tidak akan melakukan apa yang Allah larang. Tidak ada balas dendam dan hasad dengki. Tapi tengok sekarang...realiti kita...huhuhu

3. Terlalu pentingkan diri sendiri. Sebab itu CINTA MESTI KERANA ALLAH yang pasti kena CINTA ALLAH DAHULU.

Kenapa Allah anugerahkan cinta kepada kita?

Mulakan dengan tujuan Allah ciptakan kita. Iaitu untuk menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

AMANAH...berat atau ringan. Sebelum Allah offer kepada manusia, Allah telah offer kepada makhluk lain. Semua tidak sanggup. Sehingga dalam al-quran surah Al-Hasy ada menyebut bahawa jika diberi kepada gunung, hancur berkecai gunung itu. Bila di 'offer' kepada manusia, manusia sanggup menanggungnya. Tapi Allah bagitau...JANGAN TANGGUNG SAORANG-SORANG. Mesti berJEMAAH, bersama-sama.huhuhu

Cinta bukan matlamat tetapi sebagai alat.
Cinta bukan tujuan tetapi sebagai jalan.


Syarat CINTA KERANA ALLAH.

1. Ikhlas. Cinta seorang suami atau isteri sebab dia adalah teman untuk merebut cinta Allah.

2. Ikut syariat. Ikut apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.

3. Dahulukan Allah jika bertembung kehendak isteri atau suami dengan suruhan Allah.

Bila seseorang ada masalah, mesti dia ada masalah dalam rukun iman. Kalau syahadah sudah lengkap, cuba tengok solat. lengkap tak?

NAK BAIKI DUNIA, KENA BAIKI MANUSIA,
NAK BAIKI MANUSIA, BAIKI HATINYA,
NAK BAIKI HATINYA, KENA BAIKI SOLATNYA.
BETUL ATAU SALAH?

"Kecilkan masalah, besarkan cita-cita"

Seperti Al-Fateh. Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membebaskan Kostantinopel. Walaupun Rasulullah menyebut dalam hadis," hanya pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik akan dapat menawan Konstantinopel". Al-Fateh tak kata ,"Itu mesti orang lain yang dapat tawan,"..Bahkan dia mengatakan,"aku akan membenarkan kata-kata Rasulullah itu. Akulah orang itu!"

KISAH 1 SINI

KISAH 2 SINI

KISAH 3 SINI


Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Betul?

Bagaimaman nak selesaikan benang yang kusut? Kalau ditarik kasar, benang kan putus. Jika berlembut, sampai bila akan selesai? Petua orang tua-tua...cari punca dahulu. Akhirnyas edikit demi sedikit akan selesai kekusutan benang itu. Wallahu A'lam...

Jika silap pemahamanku..tegur ye

28 Mei 2012

cuti pertengahan tahun 2012

Sesiapa sahaja yang berada jauh dari kampung dan keluarga akan teruja balik ke kampung. Walaupun letih, digagahkan jua untuk menatap dan berjumpa ibu ayah. Jika jauh di luar negara, apatah lagi. Jangan marah adik-adikku yang tak balik. Memang sunyi kamu semua tak ada. Semua berkumpul best kan.

Bila saat cuti sekolah terbayang di kepala. Semua ahli keluarga pulang ke kampung. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Pelbagai masakan disediakan. Kenduri pun belambok.hehehe...

"Bila nak balik?" Soalan yang sentiaasa diajukan oleh sesiapa sahaja. ( ye ke?)

"Jangan balik lambat sangat,"(trik nak guna keretaku atau nak ajak jalan-jalan. hahaha).

Kali ni aku drive seorang diri lagi. Kawan disebelah hanya menemaniku dan berbual denganku. Kadang-kadang nampak dia tertidur. Letih duduk disebelah kan? hehehe...8 jam permusafiran ini. Jika lelaki tak penat. Aku ini cuma menggunakan kudrat perempuan. Disebabkan balik kampung, diusahakan jua drive. Laju ke aku bawa kereta ni? Aku pun tak tau. Kata kawanku...sekejap je dah sampai. Apa maknanya???!

Asal perancangan tidak menggunakan laluan highway...silap tengok signboard, aku masuk ke plaza tol Gambang. Sempat kena tol RM4.30 hingga ke plaza tol Jabor. Rasa jauh perjalanan, hakikatnya sama sahaja.

Jika perempuan drive waktu siang, boleh gunakan jalan biasa ni. Kalau waktu malam, guna highway. Jalan biasa ni tiada lampu jalan. Bahaya jika tersadai ditepi jalan.

Sepanjang perjalanan ini, jalan raya kelihatan tenang hingga masuk ke negeri sendiri, memang 'jem' teruk. Ramai sangat orang Terengganu balik kampung. Masing-masing tak sabar. hehehe...siap ade konvoi 'BELIA 1 MALAYSIA'

*****

Kelas tambahan.

Aku buat secara santai bermula jam 8.00-10.00 pagi. Kehadiran pelajar lelaki, tidak memuaskan. Ketua kelas datang juga walaupun lambat. Terima kasih Zul Nizam. (jangan bangga kalau dapat sebut nama kat sini. hahaha)

Pelajar-pelajar lain, terima kasih sudi hadir. Moga impian anda menjadi kenyataan. Target A semua mata pelajaran. Jika cukup syarat =)

*****

Berbekam.


'alat-alat bekam moden'


'boleh download di SINI'

Walaupun berbekam adalah sunnah Nabi Muhammad tetapi amat kurang yang mempraktikkannya. Berdekatan dengan kampungku ada 'spa hpa' yang menawarkan perkhidmatan ini. Pemiliknya Kak Jah yang ramah mengalu-alukan kedatanganku dan ibuku. Hanya mesej di pagi, aku dipermudahkan Allah untuk terima treatment ini.

Bangun untuk solat subuh, terasa sakit seluruh badan. Aku bangun untuk solat subuh dan seterusnya mesej kepada Kak Jah. Aku cadang nak pergi pukul 9 pagi. Tapi Kak Jah minta pukul tengahari sebab darah banyak keluar masa matahari atas kepala. 11.30 pagi aku dah berada di kedainya. Memang dia tunggu kedatanganku. hehehe...

8 titik bekam aku buat termasuk kepala. Bahagian kepala, pilihan terakhir sebab sayang rambut. Bila nak bekan bahagian kepala kena  botak la sikit. Waaa..banyak darah keluar di bahagian ini. Memang aku sakit kepala selepas buat modul soalan baru-baru ini. Banyak fikir ke? Bahagian betis banyak juga. Banyak berjalan apatah lagi memandu mengunakan kereta manual.

Ramai takut nak buat bekam kan? Sakit sikit seperti kena gigit semut. Kalau pembedahan lagi sakit kan. Bekam ini adalah mengeluarkan darah kotor atau toksik dalam badan. Nak guna lintah pun ok. Tapi aku tak pernah cuba lagi. Kena gigit lintah tu dah biasa.hehehe...

'Hadis soheh tentang galakan berbekam'

25 Mei 2012

Ihtifal Bi Yaumil Muallimin (Sambutan Hari Guru) 2012

Sambutan hari guru sepatutnya diadakan 16 Mei 2012 mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan. Dengan alasan tidak tahu menahu, sekolahku telah merancang sambutan hari guru peringkat sekolah pada 23hb (Rabu) tetapi dibatalkan. Sehari sebelum (Selasa) aku berada di Tampin menghadiri bengkel. Maklumat ini aku tahu melalui guru sekolahku sendiri dan mengatakan sambutan itu ditangguhkan hingga hari Jumaat (hari ini). Banyak betul halangan jika nak buat sesuatu program. (senyum skit..hehehe)

Pagi Jumaat yang dingin dengan hujan yang berterusan menyebabkan acara luar dewan tidak dapat diteruskan. Hanya acara dewan dikekalkan walaupun ada sedikit salah faham antara pelajar PSSku. Maafkan aku kerana tidak mempedulikan (tidak tanya) acara yang ingin dimasukkan. Aku cuba menganggap mereka mampu lakukan. Tetapi mereka tidak merujuk kepadaku. Adakah ini kesilapanku?

Keletihan pergi kursus, bengkel dan mesyuarat di tempat yang agak jauh membataskan aku dengan mereka. Sedikit gambar mereka yang membuat persembahan.







Kalau rasa tak best cuba tengok video ni. hehehe...jangan marah ye ^_*


Selamat bercuti semua!

Jangan lupa buat kerja rumah yang telah diberi.

Ampun & maaf andai tersilap kata dari insan yang tidak lari dari kesilapan

Panjang umur kita jumpa lagi

15 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

'profile picture yang baru aku edit'

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDIDIK SEDUNIA TERUTAMA IBUBAPAKU, GURU2, PENSYARAH2, USTAZ 2 DAN USTAZAH, TEACHER2 & APA SAHAJA GELARAN UNTUK PENDIDIK. MOGA IKHLASKAN DIRI MENDIDIK MEREKA KERANA ALLAH WALAUPUN HAKIKATNYA SUSAH.



06 Mei 2012

Fesyen-Yes Or Not???!

Malam Konvensyen Bidadari Dunia aku tak sempat nak ikuti slot ini. Walaupun ada siaran ulangan sekejap, tetap tak puas hati...huhuhu

Coretan berkaitan SINI

Akhirnya jumpa juga slot ni. Alhamdulillah ^_^

Nak nangis sama bila tengok Kak Wardina baca surah Al-Hasyr. Dalam Ma'thurat Kubra ada yea. Tapi berapa ramai yang baca? Aku??? Ada baca...ada tidak...

Jom dengar dan hayati...



Kak Wardina sebagai moderator, Catriana Ros Nor Hayati, Pn Suriati (pemilik butik busana ) dan Datin Zaleha.

Dimulakan dengan doa Nabi Musa sebelum berjumpa Fir'aun.

(27)قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
  (يَفْقَهُوا قَوْلِي (28
Maksudnya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku;

Kemudian dibacakan surahAl-Hasy , ayat 18-23...Ini dibaca oleh Kak Wardina sendiri. Tersentuh hati ini. Nak nangis rasanya. Dah menitis air mata. Allahu Akbar!:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
 Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

لَا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۚ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ

Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).  

لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ   
Maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Maksudnya: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Fesyen ditentukan oleh kapitalis. Siapa Kapitalis ini?


Mereka yang menguasai sistem barangan jual beli.

Fesyen sentiasa berubah. Fesyen ditentukan oleh apa yang popular. Adakah kita juga mangsa fesyen?


Surah apa yang suruh kita pakai tudung?


1. Surah An-Nur ayat 31:




وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
2. Surah Al-Ahzab ayat 59: tentang melabuhkan tudung.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...