25 Oktober 2017

Pengiring

Kenapa aku terpilih? sedangkan pelajarku tiada. Ramai lagi guru lain, kenapa aku dipilih? Siapa pilih aku? 'pilih' itu kerja Allah.

Guru pengiring sebahagian kerja yang perlu dilaksanakan. Aku pernah jadi guru pengiring di peringkat sekolah, peringkat daerah dan peringkat negeri.

Suatu ketika, aku baru balik dari perjalanan musafir yang jauh. Hampir 500km. Pada pagi keesokan perlu hadir ke suatu tempat menjadi guru pengiring. Badan panas. Kepala berdenyut. Demam. Boleh sahaja aku ke klinik ambil mc. Tetapi aku tidak suka ke klinik. Ada sebabnya. Paling tidak suka bila kena 'warded'.

Aku teruskan tugas itu bersama pengiring lain. Kata bos "dah sampai di sini, teruskan....".Yang pasti kami berdua sahaja guru pengiring perempuan. Semuanya ada hikmah walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Di sana, aku banyak habiskan masa  mandi dan nikmati air sungai. Sejuk, nyaman dan tenang. Kepalaku pasti merasai kenikmatan itu. Aku tidak berseorangan tetapi bersama guru pengiring lain dan juga jabatan lain. Aku 'join' sesiapa yang turun sungai. Berkenalan dalam air. Mereka sangat 'sporting'.  Rupa-rupanya mereka senior kusza. Rasa kerdil diri ini.

Hampir seminggu juga aku berada di sini. Seolah-olah Allah menghantar diriku untuk berehat. Nak pergi sorang2 memang mustahil. Jumpa juga personaliti tv tetapi aku tidak berminat bersembang lama kerana demam dan suara hilang.

Pengalaman di sana sangat  berharga dan tidak boleh digambarkan dengan mata pena. Inilah pengalaman 2 tahun lepas tetapi rasa baharu sahaja berlaku. Moga perkenalan ketika di sana masih terjalin kukuh. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...