01 Mei 2019

Pengiktirafan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Tiada lagi kejutan bagiku terhadap mana-mana pengiktirafan yang diberi kali ini selepas dapat kejutan besar bulan 10 tahun 2018 . Semua itu dari Allah. Jika Dia berkehendak, pasti semua itu akan hilang sekelip mata.

Yang pasti, tugasan berat bakal menanti. Aku hanya buat sesuatu ikut kemampuan sendiri. Hatiku ingin berkhidmat di negeri sendiri. Tugasan sekarang bakal ternoktah jua. Mohon maaf atas kelemahanku ini.

Kejutan. Kematian ulama' dan para ilmuan sangat memberi kesan mendalam dalam diri ini. Bagaimanakah pengakhiran aku nanti?

Semalam Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah 'Andainya Ini Ramadhan Terakhir'. Sekarang 26 Syaaban 1440H. Lagi beberapa hari untuk menemui Ramadhan. Beliau tidak sempat bertemu Ramadhan. Adakah aku sempat bertemu Ramadhan? اللهم بلغني رمضان.

Aku pula dah baca Juzu'  ke-30. Adakah aku sempat habis bacaan itu? Esok, aku akan berkursus di KL selama 3 hari. Berdasarkan jadual yang diberikan, pengisian sangat padat. Aku rancang untuk hafal beberapa ayat pendek sebelum menjelang ramadhan Isnin ini. Adakah aku masih ada peluang?

Doakan aku terus kuat menggalas tugas dan kepercayaan yang diberikan.

Aku mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan penyampaian aku dalam blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...