30 Oktober 2019

Banjir dan Rakit

Simbolik kepada banjir adalah lautan ilmu.
Tafsiran rakit adalah merantau.

Mok dan adik minta resipi rempah. Aku dah lupa simpan dalam buku yang mana satu. Aku mula 'geledah' bilik. Eh! Jumpa diari. Rupanya memang aku suka tulis peristiwa yang boleh menjadi kenangan. 

Tahun 1999, aku telah menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sekarang dah tukar nama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). 

Sehari sebelum mengambil keputusan PMR , aku mimpi. Mimpi banjir, aku duduk atas rakit dan rakan sepermainan aku a.k.a jiran rapatku berada atas bumbung rumah sambil pegang 'buah kuntum'. 

"Mu dapat berapa A?" tanya kawanku.

"4A je. Doh mu dapat berapa A?" balasku.

Wajahnya sungul, muram dan senyap. Aku terjaga dari tidur. Bukan main semangat aku bangun dan tak sabar ke sekolah. Aku naik bas sahaja. Berdua. Sebenarnya tak sabar nak tahu kebenaran mimpi itu.  

Ya. Result aku 4A, 2B, 1C dan 2D. 'D' adalah mata pelajaran bahasa. 'A' pula, BM, Math, PAI dan KHB. Aku tak kisah sangat result itu. Yang pasti, aku boleh terus belajar di sekolah yang sama hingga SPM. 

Aku terus belajar diploma, degree dan dpli. Sekarang dah kerja bidang perguruan. Bidang yang sangat mencabar. 

Beza aku dan kawanku. Dia di rumah. Kerja di kampung. Selalu berada di negeri sendiri. Manakala aku, terus berada di negeri lain. Negeri yang tiada saudara mara. Memang jadi perantau. Adakah ini 'rakitku'?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...